Thursday, November 10, 2011

MASAK -MASAK | ANTARA HOBI DAN BAKAT

Assalamualaikum.
Hari ini tiba-tiba mood nak masak datang. Tengok kat dalam pendrive, jumpa gambar-gambar masakan yang pernah saya cuba di kampung dulu. Sebenarnya, saya memang minat memasak. Ikut perangai mak agaknya. Terima kasih mak atas tunjuk ajarmu itu .


Tapi, saya masih tidak berkesempatan untuk memasak di rumah sewa. Kerana tiada peralatan memasak yang lengkap(alasan je lebih). Antara masakan yang saya pernah masak di rumah sewa hanyalah sambal udang (favorite tu) , sambal ikan bilis, telur goreng (hahaha, kalau tak tahu, memang nak kena lah), sotong masak kunyit, sambal ikan, sup sayur dan lain-lain. Pendek kata, yang basic-basic je lah…


Emm, tapi kalau kat kampung, lain lah. Macam-macam resepi saya cuba. Yang paling saya suka ialah asam pedas pekat, kari mamak dan paprik campur. Tapi, tak sempat ambil gambar pun. Huhuhu. Kalau nak masak semula pun, mesti nak kena ingat balik. Hehehe..  Selain itu, saya suka buat mee goreng dan keow teow goreng.. Rasa macam sedap je. Hehehe. Macam isi bakul angkat sendiri je?.. Siapa lagi yang nak angkat bakul tu kan?....



Inilah kegemaran saya. Sambal Udang Bersama Petai.





Ini pulak daging blackpepper. Emm sedapnya. (perasan lagi)





Yang ini, sebenarnya saya nak masak ayam goreng kunyit. Tapi, terletak sayur pula banyak sangat.




Favorite jugak ni. Sayur sawi ikan masin. Saya tumbuk je bahan-bahannya.Bawang, cili... Ikan masinnya, saya goreng dulu, baru siat-siat jadi kecil-kecil. Tak suka guna blander. Nanti jadi halus sangat.





Yang ni pulak percubaan pertama. Coklat... Masa ni buat guna acuan agar-agar je. Tak sempat nak pergi beli acuan coklat. Sebab tu besar-besar :) hehehe..







P/S : Tak sabar nak masak di rumah sendiri pulak.
       : Masih banyak yang perlu dipelajari dengan mak tersayang dalam bab masakan.



                 
                                               


1 comment:

  1. menarik la coklat tu ros..

    sedap rasa yee sang tu.nnti ciksu buat n3..bz la..hhuhu

    dok bw je bls jejak..

    ReplyDelete