Monday, November 14, 2011

SAMPAI BERTEMU

 "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)




Setiap hari melihat kalendar.. Dan terus memangkah pabila tarikh itu berlalu. Entah bila boleh berpindah  dekat dengan suami. Sudahlah berjauhan dengan suami, terpaksa jua berjauhan dengan keluarga tersayang. Sungguh. Saya amat merindui orang yang saya sayangi. Saya masih keseorangan di bandaraya besar ini. Mujur masih ada kawan-kawan. Namun, tidak dapat menghilangkan rindu pada suami dan juga keluarga. Saya terpaksa mengharungi cinta jarak jauh sebagaimana waktu bercinta dahulu. Juga sewaktu alam pertunangan. Walaupun saya sudah terbiasa pabila berjauhan. Namun apabila sudah berkahwin, perasaannya jadi lain. Alhamdulillah, diri ini masih tabah untuk menghadapinya. Namun, diri ini tidak dapat menahan air mata dari gugur.. Laju sahaja... Diri ini tak bisa untuk menghadapi kehidupan ini bersendirian..



Saya teringat beberapa peristiwa yang membuktikan saya tidak boleh berjauhan dengan mak dan ayah...


PERISTIWA 1

Teringat pula memori sewaktu lari dari MRSM dulu.. Hehehehe.. Ketawa sendirian apabila mengenangkannya.
Waktu itu saya baru berusia 13 tahun. Apabila ditawarkan untuk ke MRSM Terendak, bukan main seronok lagi. Berkobar-kobar nak pergi. Cukup seminggu kat sana, saya telah buat satu keputusan drastik. Tak tahu dapat mana idea tu.

Pada petang jumaat yang indah, baru habis kelas..

Saya : Hello, Assalamualaikum. Mak, Ija ni.
Mak : Waalaikummussalam. Hai, anak mak telefon..(dalam nada yang gembira)
Saya : Mak, esok ada merentas desa. Tapi, Ija tak cukup tracksiut dengan baju lengan panjang la.. ( buat-buat sedih pulak). Boleh tak mak anta kan?
Mak : Yang bawak aritu, dah tak ada ke?..
Saya : Dah guna dah semua. Tak sempat nak basuh. Orentasi sampai tengah malam.
Mak : Nanti mak cakap kat ayah.
Saya : Ok, mak anta tau.  Ija nak pergi surau dulu.(sembahyang asar)


 Beberapa minit sebelum sembahyang Maghrib....

Saya : Hello, Assalamualaikum.
Kakyang : Waalaikummussalam.
Saya : Kakyang, mak mai tak kat kami?. Kalau mak nak mai, pesan kat mak bawak minyak. Kaki kami melecet la. (cakap dalam satu nafas je, kejar masa.. Nak pergi surau dan syiling yang tak berapa nak banyak, hehehhe)
Kakyang : Ija, mak dah p dah la ngan ayah tadi.
Saya : haa?.. dah mai dah?.. Ok..ok.. Kami p surau dulu nah. Assalamualaikum...
 Kakyang : Waalaikummussalam.

Perasaan saya masa tu seronok tak terkata. Yeay yeay, mak ngan ayah nak mai..  hehehehe..

Kesokkan harinya, Hari merentas desa pun berlangsung.

Pada waktu tengaharinya, saya pergi ke koperasi sekolah untuk membeli pembalut buku. Sewaktu berjalan-jalan tu, tiba-tiba ternampak mak. Wah, mak dah sampai, Apa lagi, saya terus berlari dan memeluk mak. Nak tahu ayat apa yang terkeluar dari mulut?.. Bukannya nak tanya mak sihat ke? Ayah mana? Bila sampai? Mana tracksuit? Hahahaha. Yang terkeluar dari mulut ialah:
                          Saya : Mak, tahun depan Ija dah tak nak sekolah sini dah. Ija nak sekolah kat sana tau.
                          Mak : Kenapa tahun depan? Tahun ni jelah..

hehehe. Mak memang memahami hati Ija lah ..
Terus pergi kemas beg. Sebelum tu, saya dibawa berjumpa dengan kaunselor sekolah. Konon-konon nak pujuk lah tu. Sorry, saya tak termakan pujukan. hehhehe..

***Masa tu nampak sangat otak budak. Tak tahu jarak Kedah dan Melaka amatlah jauh. Bukan macam Sungai Petani dan Merbok.. Namun, mak dan ayah sanggup menghantar sehelai tracksuit dan tshirt untuk anaknya. Lihatlah, betapa besar pengorbanan mereka.. Mak, ayah, terima kasih mak.. Saat ini, Ija menangis apabila teringatkan peristiwa itu. Mana ada orang lain yang sanggup berbuat demikian. Ayah dan mak sanggup berhabis wang dan tenaga untuk Ija. Moga Ija dapat membalas jasa mak dan ayah .

PERISTIWA 2

Lepas SPM, saya ditawarkan ke Politeknik Kulim. Untuk pengetahuan semua Kulim dan Sungai Petani tidaklah jauh mana. Rasanya 2 jam perjalanan kot?.(maaf, kalau salah). Jodoh saya dengan politeknik pun tak lama. Hanya seminggu sahaja.  Saya menjalani orentasi seperti biasa. Pada hari Jumaat, pelajar dibenarkan pulang. Emm, apalagi. Saya pun mengambil kesempatan atas peluang yang di beri. Bukan main banyak lagi beg yang saya nak bawa balik. Saja je tu, nak bagi 'hint' kat mak dan ayah. heehhe..
Sewaktu tiba di kereta ayah :
          Mak :  Amboi, banyaknya beg? Macam nak balik terus je?..
          Saya : (hanya mampu tersenyum je..)
            Adik: Mak, jangan cakap macam tu. Kang dia nak balik betul pulak.
          Ayah : Ada lagi beg kat atas?. Jom p ambik.
        Apakah maksudnya ayat di atas?.. Hahahhahaha.. Sebelum ayah berubah fikiran dengan pantas saya menjawab : Ada lagi, ayah. Jom p ambik :)

Kali ini, ayah amat memahami perasaan anaknya. Terima kasih ayah. hehehe..
Selepas saya pulang dari politeknik itu, ada beberapa panggilan telefon yang diterima untuk melanjutkan pelajaran.. Sampai  satu detik ayah menjawab : 
               Encik, kalau encik bukak kolej tu belakang rumah saya, mungkin anak saya nak p kot?

Hahahahhaa..

PERISTIWA 3

Saya telah memohon jawatan Jururawat Pelatih, U29 di SPA. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi ujian bertulis dan kemudian dipanggil temuduga di Alor Setar. Setelah menunggu beberapa bulan, saya mendapat surat panggilan. Sebelum buka sampul tu, saya berharap yang saya akan ditempatkan di Kolej Kejururawatan Sungai Petani. Namun, hampa tatkala melihat yang tertera si situ ialah KOLEJ MAHSA, Damansara. Tolonglah, kenapa bagi jauh-jauh ni?..
 Saya mula ragu sama ada nak pergi ke tak?....
Namun, saya  telah diinasihatkan untuk tidak pergi. hehhehe.. Nak tahu kenapa?. Sebab dalam perjanjian tu ada tertulis, jika saya gagal untuk menamatkan pengajian penjamin harus membayar sejumlah wang gantirugi kepada pihak kerajaan. Maksudnya, kalau saya lari, penjamin saya mesti membayarnya. Kalau macam tu, siapa yang sanggup untuk menjadi penjamin saya setelah mengetahui sejarah hidup saya?....

Maka, sekali lagi. Saya dan bidang kejururawatan tiada jodoh. Akibat dari penolakan itu, saya telah disenaraihitamkan selama satu tahun oleh pihak SPA..

Setahun telah berlalu, saya mohon lagi di SPA. Alhamdulillah, saya telah berjaya dalam sesi temuduga yang diadakan dan ditawarkan jawatan, Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi).

Setelah 4 hari menjalani kursus induksi di Kuala Lumpur,  saya mendapat surat penempatan. Nak tahu saya dapat di mana?. Di Kuala Lumpur... Emm, mungkin dah ditakdirkan saya perlu berpisah sementara dengan mak , ayah dan keluarga..


Kini, telah 2 tahun 6 bulan saya di Kuala Lumpur. Jauh dari keluarga tersayang.. 

Dan saat ini, saya masih berjauhan dengan keluarga dan SUAMI...

Saya ingin sampaikan lagu di bawah buat suami dan keluarga yang berada jauh di mata namun amat dekat di hati ini.


SAMPAI BERTEMU


Sampai bertemu
Abadikan cinta di hatimu
Kenang daku di setiap ruang waktu
Usah diragui dan bersedih hati
Bersabarlah meniti sepi
Kejauhan ini

Sampai bertemu
Kudoakan sejahtera di hatimu
Dan semoga dibukakan semua pintu
Jalan bahagia
Antara kita
Dengan izin dari-Nya


Hingga bertemu
Aku 'kan selalu menunggu
Biarpun sering ku diuji
Dalam penantian menyiksakan ini
Tak kupeduli

Hingga bertemu
Jangan lupa pada janji yang dulu
Satu yang indah dalam hidupku
Satu itulah dirimu oh oh...
Oh oh oh...

Sampai bertemu
Kudoakan sejahtera di hatimu
Bersabarlah mengharungi liku hidup ini
Aku 'kan setia menanti

P/S : Sesungguhnya hanya Allah swt sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika ini.
       : Terus berdoa semoga hati ini tabah mengahdapi ujianNya.
       : Semoga dipermudahkan untuk ' posting' mengikut suami.





 

2 comments:

  1. haha..sama peel mcm adik ciksu yg no.3..dapat msuk teknik arau..tapi hari2 dok call mak..last2 ayh ajak pergi amek balik..tak boleh berjauhan..dan sampai sekarang rezeki dia tok keje pon susah.. selalu fail je temuduga (TD,navy(darah rendah),penjara dan bomba).

    adakah sudah tersurat yg dia perlu jaga mak ayah dikg dari berjauhan..kadang2 kesian dekat dia..result ok..

    ciksu tak keje kat mindef tp dok dekat area mindef..nti ada msa jemput mai rumah ciksu, nak?

    ReplyDelete
  2. haha..sama peel mcm adik ciksu yg no.3..dapat msuk teknik arau..tapi hari2 dok call mak..last2 ayh ajak pergi amek balik..tak boleh berjauhan..dan sampai sekarang rezeki dia tok keje pon susah.. selalu fail je temuduga (TD,navy(darah rendah),penjara dan bomba).

    adakah sudah tersurat yg dia perlu jaga mak ayah dikg dari berjauhan..kadang2 kesian dekat dia..result ok..

    ciksu tak keje kat mindef tp dok dekat area mindef..nti ada msa jemput mai rumah ciksu, nak?

    ReplyDelete