Ilmu

SYUKUR PADAMU YA ALLAH

November 21, 2011


Riwayat At-Tabrani

Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.
Tak semua yang kita rancang akan berlaku, namun kita memang perlu merancang kan?.. Begitu juga dengan saya. Tetapi, andainya apa yang dirancang itu tidak menjadi, janganlah kita bersedih. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita telah miliki. Cuba lihat sejenak di sekeliling kita, kadang-kadang kita lebih bertuah. Memiliki itu dan ini...
Kita seharusnya bersyukur dan ucapkanlah Alhamdulillah....
Jangan pula kita merungut dan terus merungut. Teruskanlah usaha untuk mengecapi apa yang kita mahu. Namun, jangan melampaui batas, ya.... Berdoalah pada Allah dan jangan sekali-kali berhenti meminta kepadaNya.....



Kadang-kadang saya bersedih dengan apa yang berlaku pada diri ini. Alhamdulillah, saya cepat tersedar dan kembali mengucapkan Alhamdulillah, dengan apa yang saya miliki hari ini. Saya bertuah kerana menjadi diri saya.. Sering kali saya ingatkan diri ini...supaya selalu bersyukur.
Sambil-sambil itu mari hayati lirik lagu di bawah ini, ya kawan-kawan...

 Opick feat. Amanda Alhamdulillah
 Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

P/S :  Marilah gerakkan bibir kita untuk mengucapkan Alhamdulillah.
       : Kadang-kadang apa yang dihajati mungkin tidak tertunai namun ada hikmah di sebalik semua itu, kan?....
       : Saya sedang menerapkan nilai-nilai positif di dalam diri untuk kebaikan diri dan orang di sekeliling.
       :Bersyukur mempunyai mak, ayah dan keluarga yang amat menyayangi diri ini. Ditambah dengan kehadiran insan bergelar suami...
       

Ros.reeza

Family

SAMPAI BERTEMU

November 14, 2011

 "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)




Setiap hari melihat kalendar.. Dan terus memangkah pabila tarikh itu berlalu. Entah bila boleh berpindah  dekat dengan suami. Sudahlah berjauhan dengan suami, terpaksa jua berjauhan dengan keluarga tersayang. Sungguh. Saya amat merindui orang yang saya sayangi. Saya masih keseorangan di bandaraya besar ini. Mujur masih ada kawan-kawan. Namun, tidak dapat menghilangkan rindu pada suami dan juga keluarga. Saya terpaksa mengharungi cinta jarak jauh sebagaimana waktu bercinta dahulu. Juga sewaktu alam pertunangan. Walaupun saya sudah terbiasa pabila berjauhan. Namun apabila sudah berkahwin, perasaannya jadi lain. Alhamdulillah, diri ini masih tabah untuk menghadapinya. Namun, diri ini tidak dapat menahan air mata dari gugur.. Laju sahaja... Diri ini tak bisa untuk menghadapi kehidupan ini bersendirian..



Saya teringat beberapa peristiwa yang membuktikan saya tidak boleh berjauhan dengan mak dan ayah...


PERISTIWA 1

Teringat pula memori sewaktu lari dari MRSM dulu.. Hehehehe.. Ketawa sendirian apabila mengenangkannya.
Waktu itu saya baru berusia 13 tahun. Apabila ditawarkan untuk ke MRSM Terendak, bukan main seronok lagi. Berkobar-kobar nak pergi. Cukup seminggu kat sana, saya telah buat satu keputusan drastik. Tak tahu dapat mana idea tu.

Pada petang jumaat yang indah, baru habis kelas..

Saya : Hello, Assalamualaikum. Mak, Ija ni.
Mak : Waalaikummussalam. Hai, anak mak telefon..(dalam nada yang gembira)
Saya : Mak, esok ada merentas desa. Tapi, Ija tak cukup tracksiut dengan baju lengan panjang la.. ( buat-buat sedih pulak). Boleh tak mak anta kan?
Mak : Yang bawak aritu, dah tak ada ke?..
Saya : Dah guna dah semua. Tak sempat nak basuh. Orentasi sampai tengah malam.
Mak : Nanti mak cakap kat ayah.
Saya : Ok, mak anta tau.  Ija nak pergi surau dulu.(sembahyang asar)


 Beberapa minit sebelum sembahyang Maghrib....

Saya : Hello, Assalamualaikum.
Kakyang : Waalaikummussalam.
Saya : Kakyang, mak mai tak kat kami?. Kalau mak nak mai, pesan kat mak bawak minyak. Kaki kami melecet la. (cakap dalam satu nafas je, kejar masa.. Nak pergi surau dan syiling yang tak berapa nak banyak, hehehhe)
Kakyang : Ija, mak dah p dah la ngan ayah tadi.
Saya : haa?.. dah mai dah?.. Ok..ok.. Kami p surau dulu nah. Assalamualaikum...
 Kakyang : Waalaikummussalam.

Perasaan saya masa tu seronok tak terkata. Yeay yeay, mak ngan ayah nak mai..  hehehehe..

Kesokkan harinya, Hari merentas desa pun berlangsung.

Pada waktu tengaharinya, saya pergi ke koperasi sekolah untuk membeli pembalut buku. Sewaktu berjalan-jalan tu, tiba-tiba ternampak mak. Wah, mak dah sampai, Apa lagi, saya terus berlari dan memeluk mak. Nak tahu ayat apa yang terkeluar dari mulut?.. Bukannya nak tanya mak sihat ke? Ayah mana? Bila sampai? Mana tracksuit? Hahahaha. Yang terkeluar dari mulut ialah:
                          Saya : Mak, tahun depan Ija dah tak nak sekolah sini dah. Ija nak sekolah kat sana tau.
                          Mak : Kenapa tahun depan? Tahun ni jelah..

hehehe. Mak memang memahami hati Ija lah ..
Terus pergi kemas beg. Sebelum tu, saya dibawa berjumpa dengan kaunselor sekolah. Konon-konon nak pujuk lah tu. Sorry, saya tak termakan pujukan. hehhehe..

***Masa tu nampak sangat otak budak. Tak tahu jarak Kedah dan Melaka amatlah jauh. Bukan macam Sungai Petani dan Merbok.. Namun, mak dan ayah sanggup menghantar sehelai tracksuit dan tshirt untuk anaknya. Lihatlah, betapa besar pengorbanan mereka.. Mak, ayah, terima kasih mak.. Saat ini, Ija menangis apabila teringatkan peristiwa itu. Mana ada orang lain yang sanggup berbuat demikian. Ayah dan mak sanggup berhabis wang dan tenaga untuk Ija. Moga Ija dapat membalas jasa mak dan ayah .

PERISTIWA 2

Lepas SPM, saya ditawarkan ke Politeknik Kulim. Untuk pengetahuan semua Kulim dan Sungai Petani tidaklah jauh mana. Rasanya 2 jam perjalanan kot?.(maaf, kalau salah). Jodoh saya dengan politeknik pun tak lama. Hanya seminggu sahaja.  Saya menjalani orentasi seperti biasa. Pada hari Jumaat, pelajar dibenarkan pulang. Emm, apalagi. Saya pun mengambil kesempatan atas peluang yang di beri. Bukan main banyak lagi beg yang saya nak bawa balik. Saja je tu, nak bagi 'hint' kat mak dan ayah. heehhe..
Sewaktu tiba di kereta ayah :
          Mak :  Amboi, banyaknya beg? Macam nak balik terus je?..
          Saya : (hanya mampu tersenyum je..)
            Adik: Mak, jangan cakap macam tu. Kang dia nak balik betul pulak.
          Ayah : Ada lagi beg kat atas?. Jom p ambik.
        Apakah maksudnya ayat di atas?.. Hahahhahaha.. Sebelum ayah berubah fikiran dengan pantas saya menjawab : Ada lagi, ayah. Jom p ambik :)

Kali ini, ayah amat memahami perasaan anaknya. Terima kasih ayah. hehehe..
Selepas saya pulang dari politeknik itu, ada beberapa panggilan telefon yang diterima untuk melanjutkan pelajaran.. Sampai  satu detik ayah menjawab : 
               Encik, kalau encik bukak kolej tu belakang rumah saya, mungkin anak saya nak p kot?

Hahahahhaa..

PERISTIWA 3

Saya telah memohon jawatan Jururawat Pelatih, U29 di SPA. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi ujian bertulis dan kemudian dipanggil temuduga di Alor Setar. Setelah menunggu beberapa bulan, saya mendapat surat panggilan. Sebelum buka sampul tu, saya berharap yang saya akan ditempatkan di Kolej Kejururawatan Sungai Petani. Namun, hampa tatkala melihat yang tertera si situ ialah KOLEJ MAHSA, Damansara. Tolonglah, kenapa bagi jauh-jauh ni?..
 Saya mula ragu sama ada nak pergi ke tak?....
Namun, saya  telah diinasihatkan untuk tidak pergi. hehhehe.. Nak tahu kenapa?. Sebab dalam perjanjian tu ada tertulis, jika saya gagal untuk menamatkan pengajian penjamin harus membayar sejumlah wang gantirugi kepada pihak kerajaan. Maksudnya, kalau saya lari, penjamin saya mesti membayarnya. Kalau macam tu, siapa yang sanggup untuk menjadi penjamin saya setelah mengetahui sejarah hidup saya?....

Maka, sekali lagi. Saya dan bidang kejururawatan tiada jodoh. Akibat dari penolakan itu, saya telah disenaraihitamkan selama satu tahun oleh pihak SPA..

Setahun telah berlalu, saya mohon lagi di SPA. Alhamdulillah, saya telah berjaya dalam sesi temuduga yang diadakan dan ditawarkan jawatan, Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi).

Setelah 4 hari menjalani kursus induksi di Kuala Lumpur,  saya mendapat surat penempatan. Nak tahu saya dapat di mana?. Di Kuala Lumpur... Emm, mungkin dah ditakdirkan saya perlu berpisah sementara dengan mak , ayah dan keluarga..


Kini, telah 2 tahun 6 bulan saya di Kuala Lumpur. Jauh dari keluarga tersayang.. 

Dan saat ini, saya masih berjauhan dengan keluarga dan SUAMI...

Saya ingin sampaikan lagu di bawah buat suami dan keluarga yang berada jauh di mata namun amat dekat di hati ini.


SAMPAI BERTEMU


Sampai bertemu
Abadikan cinta di hatimu
Kenang daku di setiap ruang waktu
Usah diragui dan bersedih hati
Bersabarlah meniti sepi
Kejauhan ini

Sampai bertemu
Kudoakan sejahtera di hatimu
Dan semoga dibukakan semua pintu
Jalan bahagia
Antara kita
Dengan izin dari-Nya


Hingga bertemu
Aku 'kan selalu menunggu
Biarpun sering ku diuji
Dalam penantian menyiksakan ini
Tak kupeduli

Hingga bertemu
Jangan lupa pada janji yang dulu
Satu yang indah dalam hidupku
Satu itulah dirimu oh oh...
Oh oh oh...

Sampai bertemu
Kudoakan sejahtera di hatimu
Bersabarlah mengharungi liku hidup ini
Aku 'kan setia menanti

P/S : Sesungguhnya hanya Allah swt sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika ini.
       : Terus berdoa semoga hati ini tabah mengahdapi ujianNya.
       : Semoga dipermudahkan untuk ' posting' mengikut suami.




 Ros.reeza
 

Ilmu

15 ZULHIJJAH 1432

November 11, 2011

Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan”. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai)


Hari ini 15 Zulhijjah 1432 atau pun 11 November 2011.
Saya tahu ramai yang memperkatakan tentang tarikh hari ini. 11.11.11.


Ada apa dengan tarikh ini?.

Apa yang istimewanya hari ini?

Ramai yang menunggu ketibaan tarikh ini, kan?..


Di sini, saya tidak ingin membicarakan tentang tarikh ini.
Tetapi, saya ingin menyisipkan beberapa pendapat mengenai tarikh ini.

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kata : Tanpa iktikad apa2 kelebihan pd tarikh tersebut tidak berdose..tetapi bodo.


Tiada apa apa keistimewaan pada tarikh 11.11.11. Aqidah Islam bukan terletak pada nombor. Berhati hatilah dan jangan terpengaruh dengan hal sebegini. Jangan meletakkan sesuatu yang tidak bermakna sehingga merosakkan aqidah,na'uzubillah.
 Apa ada dgn 11.11.11? Ianya adalah 11 Nov 2011,bersamaan dengan 15 Dzulhijjah 1432 dan jatuh pada hari Jumaat. Jadi,banyakkan berselawat ke atas Rasulullah saw dan membaca Surah Al-Kahfi.



Hasrizal Abdul Jamil
11.11.11 tidak sepatutnya memberi sebarang makna kepada manusia yang aqidah, pandangan hidup dan sistem nilainya adalah Islam.


P/S : Selamat pengantin baru buat kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan
       pada hari ini.
      : Juga buat sepupu perempuan yang akan bertunang pada petang ini.
       :Sama-samalah kita berdoa agar jodoh kita dipanjangkan dan diredhai Allah SWT.


Makanan

MASAK -MASAK

November 10, 2011



Hari ini tiba-tiba mood nak masak datang. Tengok kat dalam pendrive, jumpa gambar-gambar masakan yang pernah saya cuba di kampung dulu. Sebenarnya, saya memang minat memasak. Ikut perangai mak agaknya. Terima kasih mak atas tunjuk ajarmu itu .


Tapi, saya masih tidak berkesempatan untuk memasak di rumah sewa. Kerana tiada peralatan memasak yang lengkap(alsan je lebih). Antara masakan yang saya pernah masak di rumah sewa hanyalah sambal udang (favorite tu) , sambal ikan bilis, telur goreng (hahaha, kalau tak tahu, memang nak kena lah), sotong masak kunyit, sambal ikan, sup sayur dan lain-lain. Pendek kata, yang basic-basic je lah…


Emm, tapi kalau kat kampung, lain lah. Macam-macam resepi saya cuba. Yang paling saya suka ialah asam pedas pekat, kari mamak dan paprik campur. Tapi, tak sempat ambil gambar pun. Huhuhu. Kalau nak masak semula pun, mesti nak kena ingat balik. Hehehe..  Selain itu, saya suka buat mee goreng dan keow teow goreng.. Rasa macam sedap je. Hehehe. Macam isi bakul angkat sendiri je?.. Siapa lagi yang nak angkat bakul tu kan?....



Inilah kegemaran saya. Sambal Udang Bersama Petai.





Ini pulak daging blackpepper. Emm sedapnya. (perasan lagi)




Yang ini, sebenarnya saya nak masak ayam goreng kunyit. Tapi, terletak sayur pula banyak sangat.



Favorite jugak ni. Sayur sawi ikan masin. Saya tumbuk je bahan-bahannya.Bawang, cili... Ikan masinnya, saya goreng dulu, baru siat-siat jadi kecil-kecil. Tak suka guna blander. Nanti jadi halus sangat.



Yang ni pulak percubaan pertama. Coklat... Masa ni buat guna acuan agar-agar je. Tak sempat nak pergi beli acuan coklat. Sebab tu besar-besar :) hehehe..




P/S : Tak sabar nak masak di rumah sendiri pulak.
       : Masih banyak yang perlu dipelajari dengan mak tersayang dalam bab masakan.



                 
                   Ros.reeza
                                                                                                               


Family

BUAH HATI PENGUBAT RINDU

November 09, 2011

Sudah sebulan tidak pulang ke kampung. Ini bermakna sudah sebulan jugaklah, saya tidak bertemu dengan kelima-lima anak saudara saya. Sungguh.. Saya amat merindui telatah mereka.. Kenakalan mereka.. hehehhe...

Saya sudah mempunyai 5 orang anak saudara. 3 orang anak Along dan 2 orang anak kakyang.


NIL

Anak saudara yang pertama ialah Ahmad Fakrhul Daniel atau dengan panggilan mesranya Nil. Umur Nil dah menjangkau 8 tahun ketika ini. Nil dilahirkan pada 1 Julai 2003. Rindunya pada Nil... huhuhu.. Rindu nak dengar Nil bercakap. rindu nak berebut remote tv dengan Nil. Rindu nak dengar  Nil nyanyi. hehehe.. Belajar rajin-rajin ye Nil..   Nil dengar cakap nenek dan atuk ye.. Jangan nakal-nakal  :)





NYA

Nya lah satu-satunya anak saudara perempuan saya. Nama sebenarnya ialah Nurrin Batrisyia Dania. Nya dah berusia 6 tahun. Nya lahir pada 7 Januari 2005. Nya ni suka sangat warna ungu, sama lah dengan mak uda dia ni. hehhe.. Nya, tahun depan pergi sekolah tau. Kat sekolah banyak kawan-kawan tau.. Cikgu semua baik-baik.. Jangan pernah takut untuk ke sekolah ye :) Dan lagi satu, rajin-rajin tolong nenek ye.. Nya kan perempuan. Mesti kena ada sikap rajin. kesian kat nenek kena buat semua kerja.






KOCI

Dan yang ketiga ialah Koci atau nama sebenarnya Muhammad Akmal Danish. Ni anak Along yang bongsu. Nama panggilan dia ni pelik sikit. Ala-ala Jepun gitu. hehhehe.. Koci tinggal dengan mama dia, Along. Tak macam Nil dan Nya yang tinggal dengan mak dan yah saya :) 
Koci, jangan nakal sangat tau. Jangan gaduh-gaduh dengan Nya. Nya tu kan akak Koci.. Koci ni pulak dah 4 tahun. Dia lahir pada 30 Jun 2007.




BABY MAT

Haa, anak saudara saya yang ke 4 pulak ialah Baby Mat. Inilah anak kakyang. Nama sebenarnya ialah Muhammad Mahdi Fikri. Baru setahun 4 bulan. Lahir pada 30 Jun 2010. Baby Mat ni suka sangat  lagu hindustan. Antara lagu yang dia suka ialah Yeh Ishq Hai dari filem Jab We Met dan Zoobi Doobi dari filem 3 idiots. Ija rindu sangat kat Mat. Mat jangan nakal-nakal ye. hehehhe...






BABY ARIF

Anak saudara yang kelima pula ialah Baby Arif atau nama penuhnya Muhammad Arif Fikri. Arif ni baru je nak masuk 5 bulan. Geramnya tengok pipi dia ni.. Semoga Arif menjadi anak yang baik yer :)


P/S : Seronok bila ada anak buah ni. Melihat telatah mereka. hehhe..
       : Mak dan ayah, terima kasih kerana telah melahir dan membesarkan Ija :)


 Ros.reeza


Raya

HARI RAYA KORBAN YANG PERTAMA SETELAH BERGELAR ISTERI...

November 08, 2011

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sambutan Hari Raya Korban. Buat pertama kalinya saya menyambutnya sebagai seorang isteri. Kali ini, saya beraya di Johor Bharu bersama dengan suami tersayang. Alhamdulillah.. Masih dipanjangkan usia untuk merasai nikmat Allah swt.
  Buat pertama kalinya beraya jauh dari mak ayah dan keluarga.. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, dah tentu saya sibuk mencari tiket untuk pulang ke kampung lebih awal. Tapi, tidak pada tahun ini.

Saya mencari tiket pada saat-saat terakhir pada tahun ni.. huhu.. Terima kasih pada teman sebilik, Noris yang membelikan tiket tersebut. Nasib baik lah ada jugak tiket. Tak sangka ramai yang membeli tiket awal..

Saya terpaksa bergegas awal ke Terminal Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Seawal jam 6 pagi dah keluar rumah bersama Kak Syal menuju ke Stesen LRT.  Alhamdulillah, jam 7.20 pagi, saya sampai di sana.


Inilah keadaan di Terminal Bersepadu Selatan sewaktu saya sampai:)





Tahun ini, hari raya di sambut dengan keadaan yang sederhana namun meriah:)
Saya beraya di rumah baru:) Terima kasih abg, untuk segala-galanya.. Oleh kerana saya bekerja di Kuala Lumpur, suamilah yang mengambil alih tugas membersihkan dan menghias rumah:)

 Pemandangan dari balkoni rumah:)


P/S : Apabila telah berkahwin, saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.
      : Untuk mak dan ayah, Ieja akan balik kampung nanti yer....

 Ros.reeza

Hari Bahagia

BarakAllahu Lakuma

November 02, 2011



Wahai sekalian manusia. bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

TERJEMAHAN SURAH AN-NISA’ AYAT 1





Hari ini saya ingin berkongsi memori indah dalam hidup saya. Tentu dah tahu kan bila baca maksud ayat di atas?...

Ya, Alhamdulillah, saya telah pun selamat bergelar isteri kepada Muhammad Sabri Bin Dakaria pada 30 September 2011 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1432.



Di sini ingin saya berkongsi sedikit foto yang sempat di ambil pada hari yang penuh bermakna itu .


Sekitar di majlis pernikahan yang berlangsung pada 30.09.2011 iaitu pada hari Jumaat.


Terima kasih ayah kerana mengizinkan Ija bernikah.
Kasih ayah sentiasa di hati walau Ija sudah berkahwin.

Alhamdulillah, dengan sekali lafas. Kita sudah sah menjadi suami isteri. Moga jodoh kita berpanjangan dan kasih kita diredhai Allah s.w.t.




Mak dan Ayah yang menjadi ratu di hati. Percayalah Ija amat menyayangi mak dan ayah. Pengorbanan mu tidak dapat di balas. Kasih sayangmu amat Ija perlukan .



Sekitar di hari kenduri pada 01.10.2011 bersamaan 3 Zulkaedah 1432 iaitu pada hari Sabtu.


Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki.



Hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan.





Gambar kenangan di kenduri sebelah pihak lelaki pada 08.10.2011 bersamaan 10 Zulkaedah 1432 iaitu pada hari Sabtu.



Setelah berumahtangga, banyak tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Serta masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Saya berdoa moga dapat menjadi isteri yang solehah dan juga anak yang solehah. Aminn.

P/s : Kawan-kawan, tolong doakan kesejahteraan rumahtangga saya ye!

(seperti lagu di bawah)


Maher Zain - BarakAllahu Lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
 
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير



Ros.reeza

Program TV

30 MINIT BERSAMA USTAZ DON

November 01, 2011


Alhamdulillah, hari ini 1.11.2011. Masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah.
Hari ini, saya ingin berkongsi tentang satu program tv berbentuk keagamaan yang amat saya gemari Rancangan itu ialah 30 minit bersama Ustaz Don.


Pertama kali menonton rancangan ini, saya amat tertarik. Ini kerana cara penyampaian Ustaz Don yang bersahaja. Ustaz juga bukan hanya bercakap, malah menunjukkan cara sesuatu ibadah dilakukan.

                    
Sebenarnya sebelum rancangan ni, saya dah pun menonton ceramah Ustaz di Program Ihya Ramadhan di TV Al-Hijrah.

P/S : kawan-kawan, ayuh menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.
        Boleh menambahkan ilmu dan juga memantapkan amal ibadah kita.

Ros.reeza

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS