Nak Oven, boleh?

February 10, 2012

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog ni.. hehhehe...

Setiap yang berlaku ada sebabnya.. Bukannya sengaja tak nak update blog ni. Tapi, ada macam - macam hal yang berlaku.. Biasalah, tahun baru kan.. Macam-macam benda kena buat. Lagi satu, internet pun slow je, lagi lah membantutkan niat untuk menulis..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kan?... hehehhe.. Dalam tempoh sebulan ni, macam- macam dah pun berlaku.


Di tahun baru ni, kesihatan saya pun tak stabil. Dah 2 minggu dah kot demam. Bukan setakat demam je, campur dengan selsema, batuk,.. Pening-pening jangan cerita lah..


Di tahun baru ni jugak, saya memang rajin memasak jika balik ke Johor Bahru bertemu suami. Macam-macam masakan dah saya cuba. Target lepas ni nak beli oven. Nak oven yang kecil -kecil je dulu. Nak buat kek pulak. Dah macam -macam resepi saya kumpulkan ni. Masa balik kampung hari tu, sempat mencuba kek coklat lembab untuk keluarga. Alhamdulillah, menjadi kek tu ...


P/S : Nak try buat kek yang ada cream - cream bagai pulak.....
        Mesti anak- anak buah suka nanti....






 Ros.reeza

You Might Also Like

0 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS