Program TV

DEJAVU DI KINABALU

June 29, 2012





Siapa tengok drama ni, sila angkat tangan !

Wahh, ramainya yang tengok.. hehhehe

Saya sudah ketagih tengok drama ini.

Best la drama ni, nak-nak hero dia, Aqasha (^_~)

Saya tak nak sertakan sinopsisnya. Sebab, saya pun tak baca sinopsisnya. Nanti, tak suprise la kan?..

Then, lagi satu. Tetiba lak boleh suka lagu tema dia, Butterfly, walaupun itu bukanlah lagu baru.. Suka sangat, nak-nak Aqasha ada nyanyi lagu ni dalam drama ni.

Jom kita pakat-pakat tengok cerita ni ye.. Tapi, walaupun saya suka perasaan antara watak Aqasha dan Tiz dalam drama ni, kesian jugak sebenarnya kat tunang Tiz, yang dilakonkan oleh Nazim.. 




P/S : Malam ni nak balik kampung, Kedah :)



Ros.reeza

Bezday

Baby Arif, I LOVE U !!

June 28, 2012




Hari ni , nak letak gambar Baby Arif, anak buah saya yang ke 5.

Sebab :

21 Jun yang lepas, hari jadi dia :)

Happy Belated Bezday !!

yang ke 1 tahun.


Mak Uda sayang Arif.. MMuuah..MMuuaahh.. hehhehehe..

Semoga Baby Arif menjadi anak yang soleh, menjadi anak yang bijak, menjadi anak yang aktif.

Nanti, jangan lupa pakai baju yang Mak Uda hadiahkan tu, yer (^_^) 





Makanan

MASTERCHEF KU

June 27, 2012



Hai semua.. Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan usia sehingga ke saat ini :)

Kenapa tajuk Mastechef?... Saya bukan nak cerita tentang program Masterchef yang kat Astro tu tau..

Tapi, nak cerita tentang.... Emmm, tak ape, cuba anda tengok masakan kat bawah ni dulu.. 


SET A
(1) Ayam goreng kunyit.
(2) Ikan siakap sweet N sour.
(3) Sotong masak kari.
(4) Sayur kobis campur.



SET B
(1) Sambal ikan bilis.
(2) Telur dadar.
(3) Cili kicap.



Satu dari masakan di atas disediakan oleh saya, dan satu lagi oleh suami.

Agak-agak anda mana yang disediakan oleh suami saya?

Haa, cuba teka?

Mesti ramai yang jawab Set B kan?

Kan?

Kan?

Berapa banyak punya kan daa....


Jawapannya....


Salah!

hehehhe



Jawapan yang betul ialah SET A

Percaya tak, percaya tak?


Sebenarnya, suami saya pergi operasi di Kudat, Sabah. Di sana, beliau try la masakkan untuk kawan-kawannya. Sekali tu, beliau mms gambar masakan tu. Fullamak, terkejut saya. Masa tu, hari minggu, hari sabtu kalau tak salah saya. di saat-saat saya sedang menyiapkan Set B di rumah sewa, beliau pula telah pun menyediakan Set A di sana.  Hahahaha.. Jelessnya rasa. Saya masak simple-simple je dekat rumah sewa, sebab ramai yang balik kampung. 

Pandainya masak kat sana ye?.. Nanti balik semenanjung, masak untuk isterimu ini pulak ye (^_~)




Ros.reeza

doa

RESDUNG

June 26, 2012


Hai semua.. Hari ini saya nak share dengan anda semua Petua Untuk Penyakit Resdung.

Petua ni dari Ustaz Sharhan dalam  Program Tanyalah Ustaz di TV9.

Yang ada penyakit resdung tu, bolehlah cuba ye. Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh. Kita mesti berusaha kan...


Juzuk : 17
 No. Surah : 21
 Surah : AL-ANBIYAA'
Ayat : 83

 


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".




CARANYA :-

1. Ambil 7 botol air kolah masjid yang berlainan. (masjid yg aktif)

2. Letak pada sejadah.

3. Buat solat hajat.

4. kemudian, baca surah al fatihah, ayat Qursi dan Surah Al-Abiyaa' (ayat 83).

5. Sedut di hidung dan buang kembali sebanyak 7 kali. (baca selawat)





Ros.reeza

Ilmu

MEMBACA JAMBATAN ILMU

June 25, 2012

Hai semua..

Apa khabar hari ini. Semoga semuanya sihat-sihat belaka.

Wah, tajuk kat atas bukan main lagi, 'Membaca Jambatan Ilmu'. Sungguh ilmiah kan?.. hehehe..

Sebenarnya hari ni cuma nak berkongsi satu buku dengan anda semua. Buku ni, saya dapat masa Majlis Perkahwinan saya dulu. Adik lelaki saya yang hadiahkan. Tak sangka pula dia boleh hadiahkan buku ini. Terima kasih, wahai adikku sayang.

Nak tahu tak buku apa?...

 Inspirasi Cinta Terhebat

yang ditulis oleh

 Burhan Sodiq

Pandangan dari hadapan


Pandangan dari belakang

Pandangan dari sisi


Buku ni sebenarnya gabungan dari beberapa buku yang juga ditulis oleh beliau. Orang kata, buku ni memang best sangat. Eh, kenapa pula nak dengar orang kata?.. Sebab saya tak habis baca lagi. hehhe.. Dapat buku ni pada 1 oktober 2011, sekarang ni dah 25 Jun 2012. Takkan tak habis baca lagi?... Lambatnya...

Awatla yang malas sangat ni nak baca?.... Membaca memang hobi saya. Tetapi, tak ada masa la sekarang nak membaca. Tak pandai nak curi-curi masa.(Alasan, bukan main lagi!)

Jom dapatkan buku ini. BUku ini hanya dijual di Kedai buku Popular sahaja.



Ros.reeza

Ilmu

SEMANIS KURMA

June 22, 2012

Pagi tadi, ada Ceramah Israk Mikraj di tempat kerja saya. Nak tahu tak siapa penceramahnya?


Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah




Wahh, hari ni saya dapat tengok Ustazah dan ustaz live. Live uols, live (baca dengan intonasi Jepp Sepah, k) hehhe... Yang penting ustazah tak semput, ok.. 

Seronok dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah dan Ustaz. Macam dalam rancangan Semanis Kurma gitu. Punyalah ramai yang hadir. Penuh auditorium, hingga ada yang duduk bersila di belakang dan ada yang duduk di atas tangga.

Ok, kat sini saya nak kongsi sedikit isi ceramah Ustazah dan Ustaz pada hari ini, yang saya rasa menarik.
Terdapat sikap berlebih-lebihan yang dilarang.
Antaranya :

(1) Berlebih-lebihan ketika bercakap. 
Kawal lidah kita untuk menuturkan kata-kata yang baik seperti berzikir. Janganlah terlalu banyak bercakap benda yang tak berfaedah, dikhuatiri akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti fitnah. Ha, maksudnya kat sini, janganla asyik bersembang perkara-perkara yang tidak baik, boleh mengurangkan pahala.
Mengikut kajian oleh Syarikat Komunikasi, orang lelaki hanya bercakap 10000 patah perkataan sehari. Manakala perempuan pula, 25000. Wow, banyakkan bezanya?.. 
Adakah kerana perempuan suka membebel?.. hehehhe....

(2) Berlebih-lebihan ketika melihat.
Hendaklah kita mengawal pandangan mata kita dari melihat perkara-perkara yang tidak baik dan boleh melemahkan mata serta iman. Pada gadis-gadis di luar sana, jangan dok usha mamat-mamat hensem ye.

(3) Berlebihan ketika makan dan tidur.
Kawal sedikit pemakan kita. Makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Ustazah kata, kat Malaysia ni, ramai yang meninggal dunia bukan kerana kekurangan makanan, tetapi terlebih makan. Kalau terlebih makan, kita akan merasa cepat letih dan mengantuk. Jadi, ini akan mengganggu kita untuk beribadah kepada Allah. 
 Beberapa tips yang diberi Ustazah ialah, 
(a) makan buah-buahan sebelum makan nasi. Namun, apa yang terjadi sekarang ialah sebaliknya.
(b) Minum air sebelum makan atau selepas makan. Jangan makan sambil bersulam air.

(4) Berlebih-lebihan dalam pergaulan.
Kita perlu menjaga batas pergaulan kita antara lelaki dan perempuan. Jangan terlalu bebas. Sedikit nasihat dari Ustazah untuk para gadis di luar sana, jangan terlalu mudah mengikut lelaki yang baru dikenali dan tiada ikatan apa-apa dengan kita. Kalau nak berdating, dating masa dah jadi suami isteri je, ye :)

Ok, itu antara isi pentinglah. Banyak lagi isi ceramahnya. Tapi, cukup sekadar ini untuk saya menulis.

Kat sini, saya ingin berkongsi beberapa keping gambar sekitar suasana ceramah. Maaf ye, kualiti gambar tak berapa nak elok. Guna kamera handphone je dan duduk jauh. So, terpaksa zoom.





Majlis penyampaian hadiah kecermerlangan peperiksaan anak-anak di hujung majlis. Ramai yang keluar Auditorium.
Gambar ni, kawan saya yang ambilkan. Ekslusif tau, ustaz dan ustazah. Tiba-tiba ada pulak sya kat belakang tu. Kalau saya tahu, mesti saya posing-posing atau rapatkan diri kat sebelah ustazah. Hehehe..


p/s : Sempat bersalaman dengan Ustazah, lembut je tangan dia. Dan yang paling penting, Ustazah memang dah kurus. Tapi, mantain cun jugak macam dulu :)




Ros.reeza

Nilai murni

Errr, Maaf ye.

June 21, 2012



Marilah kita belajar untuk memaafkan orang lain.

dan 

Janganlah kita berdendam.


Betul ke, perempuan suka berdendam???


Jangan malu untuk mengakui kesilapan kita dan sentiasa meminta maaf.




Ros.reeza

Sakit

SAKIT GIGI

June 20, 2012

Aduhh... Petang semalam, tiba-tiba pula sakit gigi menjelma..

Thanx ye Miss Google :)

 Dah lama jugak rasanya tak sakit dah gigi depan ni (gigi arnab tu)... Masa tahun 2010, sakit sangat. Pastu pergi klinik, doktor tampal dah. Agaknya, tampalan tu dah terbuka kot, tu yang sakit pulak semalam? Mula-mula ngilu je.Pastu, memang sakit denyut-denyut. Rasa macam gigi tu nak tercabut je. Takutnya! Terus gi tengok kat cermin. Tengok, elok je. Nasib baik...  Makanan/minuman yang sejuk dan panas memang kena elak. Huhuhu...

Oleh sebab tak boleh tahan, check kat tempat ubat. Haaa, ada pun ubat sakit gigi.. Hari tu ada beli masa balik kampung. Terus makan sebiji. Lepas makan, terus tidur. 


Inilah ubatnya.

Bangun pagi tadi, sakit gigi memang hilang. Maksudnya ubat ni memang berkesan. Tapi, kenapa rasa sakit perut macam angin, rasa loya, pening macam nak pitam dan pinggang sebelah kanan rasa keras dan sakit?...

KENAPA?????

Kesan akibat makan ubat tu ke? Nak kata perut masuk angin, sebelum makan ubat tu dah makan dah.  Maknanya bukan perut kosong pun.

Walaupun tak sihat, tetap juga bangun bersiap nak pergi kerja.

Muka yang tak sihat, namun masih tersenyum

Di saat-saat rasa macam tak best tu, akibat pening2 kan, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan ada mesej. (wahh,ayat..bukan main lagi). Mesej dari housemate saya yang sedang bercuti di kampungnya, Pahang. Mesej tu berbunyi :


"Ujian Allah tak pernah berlaku atas dasar zalimnya Tuhan..melainkan semuanya atas dasar cinta dan teguran. Saat di uji, pilihlah untuk muhasabah dan tersenyum..kerna dalam muhasabah kita akan bertemu titik-titik kelemahan/punca kenapa Allah menguji kita, dan tersenyumlah. Akhirnya kita sedar Allah memberi tegur kepada kita berkali-kali dengan ujian bagi kita membetul apa yang silap...Sayangnya Allah kepada kita tak seperti yang Allah lakukan kepada firaun... Firaun di beri musibah dan terus mati...sedang kita di beri ujian tetapi di beri ruang untuk taubat dan perbaiki. Chill, Allah saaaaangat baik!!"


Thanx my friend :)

Mesej tu memang bererti buat saya di kala ini. Bukan kerana hanya sakit gigi yang saya alami. Tapi, ada lagi hal-hal lain yang sering menggangu akal dan fikiran ini. Orang lihat kita tersenyum bahagia, namun orang itu tidak dapat melihat beban perasaan yang ditanggung diri kita. Mana mungkin kita mampu untuk meluahkan apa sahaja yang kita rasa pada setiap orang yang kita ketemu.


Di saat ini, masih terasa pening-pening dan rasa tak sedap badan. (dah rasa macam tu, boleh pulak pergi minum neslo ais pagi tadi. Emmm, bertambahlah rasa sakitnya :(

Tapi, bukan sakit gigi. Mungkin angin la kot????

** Buat kerja kat opis sambil dengar lagu Azean Irdawati, Bawalah daku bersamamu. (memang feeling la lagu ni)


Ros.reeza


Impian

Tupperware oh Tupperware

June 19, 2012

Kegilaan terhadap Tupperware menjadi-jadi...

Kenapa Tupperware keluarkan warna-warna kegemaran saya?.....

PURPLE + PINK


Tengoklah kat bawah ni, mengancam nye.....











Cantik betul warna-warnanya, secantik harga-harganya. (hehehhe, pada saya agak mahal jugak la )

Malam tadi, col Mr S a.k.a Suami yang berada nun jauh di Kudat, Sabah.... Then, beliau cakap  "kalau beli, nak letak mana? Yang dah beli tu pun, tak guna-guna lagi".

Memang betul pun beliau cakap :(

So, pengajarannya, 

Kalau dah beli tu, gunalah. Jangan dok simpan buat perhiasan dalam almari :)

dan 

keputusannya??

Memang tak dapat la nak beli.

*Gambar di atas diambil dari FB kawan. (terima kasih ye )



Ros.reeza

Makanan

BUBUR KACANG HIJAU

June 18, 2012

Di petang-petang hari ni, teringin la pulak nak makan bubur kacang hijau.. Waaa....teringat kat mak....

Gambar dari Puan Google :)


Nak buat ke tak nak, nak buat ke tak nak?... emmmmm...


Ros.reeza

Makanan

Bila Mood Raya Datang

June 11, 2012

Hai semua.

Raya..raya... Ha? Lambat lagi la nak raya. Puasa pun belum kan. Hari ni dah 21 Rejab. Lepas tu Syaaban, kemudian Ramadhan dan..... Syawal.... Baru boleh raya kan.

Bukan apa, sabtu lepas saya telah pun mencuba satu resepi kuih raya. Ingat raya kali ni nak buat sendiri semua kuih raya. Tak nak beli-beli. Wahh...kira macam azam raya la tu ^_^

Nak tahu tak kuih apa?...


BISKUT CHIP COKLAT ALMOND


Saya ni memang penggemar biskut raya yang ada coklat. Kalau beraya rumah orang, memang biskut coklat yang akan saya rasa dulu tau. Sebab tu la, percubaan kali pertama ni, biskut yang ada coklat sebagai ramuannya. Emmm..sedapnya....(eh, perasan la pulak)

Jom kita layan gambar biskut tu tau.


Ini dia... Biskut hasil tanganku

Nampak sedap tak??

Nyum..nyum.. rangup tau...

Tak sabarnya nak buat lagi.

Suka..suka..

Bila dah sejuk, baru letak dalam tupperware, k...

Taaddaaaa... dah siap pun....

Nak resepi tak?... Ok, saya akan bagi resepinya.. Jangan lupa untuk mencuba ye...



BISKUT CHIP COKLAT ALMOND.


Bahan-bahan (1 adunan )
  • 1 buku butter(250g) / 1cwn majerin(250g)--> Saya guna buttercup.
  • 1 cawan  gula icing(130g) / 1 cwn rata gula kisar(130g)
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan rata tepung gandum(300g)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 cwn serbuk koko(50g)--> Saya guna Van Hountan.
  • 1 sudu teh  baking powder
  • 2/3 cwn coklat chips(boleh lebih @ kurang)--> Saya guna yang Tesco.
  • 1/2 cwn cincangan apa2 kacang, -->kacang gajus @ hazel @ badam.
Cara-cara
  1. putar butter dan gula hingga sebati. masukkan telur, putar 10 saat saja.
  2. ayak semua tepung, serbuk koko dan baking powder. 
  3. gaul rata tepung2 brsama adunan yg diputar tadi. uli perlahan hingga menjadi satu doh yg lembut. campurkan coklat chips & kekacang. gaul rata.
  4. boleh sudukan doh sedikit2 atas dulang. atau bulat2 kan sebesar hujung ibu jari, pastu tekan dengan garfu untuk mencoraknya. ikut suka la nak buat macam mana yer. 
  5. dibakar 5-7 minit, dgn suhu 130c hingga agak rangup. 
Mudah kan?.. Apa lagi, raya ni jom kita pakat-pakat buat kuih raya sendiri tau ^_^


P/S : Sengaja buat lebih untuk dikirim pada suami yang jauh nun di Sabah ^_^


Ros.reeza

Makanan

RESTORAN WADI HADRAMAWT

June 08, 2012

Hai semua...

Sebenarnya hari ni saya nak mengimbau kembali Jamuan Perpisahan KPSU di tempat saya bekerja ^_^

Berpisah bukan kerana bertukar, tetapi bersara.. Wah...sekejap je masa berlalu. Sekejap? Bertahun-tahun tau kerja baru boleh pencen ni. hehehhe...

Selamat Tinggal En KPSU ....

Kali ni, kitorang tak buat jamuan kat office tau.. Bestnya!

Jamuan ni ni adakan di Restoran Arab Wadi Hadramawt pada 25 Mei 2012. Ambil feel arab la kejap..

Ha, ni orang Arab. Walaupun makan kat Restoran Arab, tak memungkinkan kitorang untuk bertukar menjadi orang arab.. hehehhe..

Seumur hidup saya, tak pernah rasa nasi arab. Inilah kali pertama merasa. Dan ternyata lidah saya tak sama dengan orang arab. Nak tahu kenapa?.. Saya tak berapa suka sangat la.. Sebab tak ada kuah.. Saya ni kalau makan nasi mesti nak kuat berlaut ^..^


 Jom layan gambar kitorang kat sana ...





Suasana restoran tenang je.. Jangan tak tahu Maher Zain pun pernah datang tau.







Antara menu yang ada. Alamak! Gambar nasi arab lupa nak ambil. Padahal itulah menu utamanya.. 


MINT TEA



Inilah dia orang yang dirai, Encik Shahrel, KPSU kitorang.. Sentiasa tersenyum ceria.


Bergambar dulu sebelum makan ye ^_^




 Haa.. Pinggan sape ni? Yang pasti bukan pinggan saya. Sebab kat pinggan tu ada tulang kambing. Saya makan set ayam. 




LOKASI : 

 WADI HADRAMAWT
No. 226, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

(Between Sucasa Hotel & Petronas Gas Station)


(dekat dengan petrol pump Petronas 
pastu ada showroom kete mewah..
opposite dgn Victoria Station)


P/S : Selamat bersara diucapkan pada KPSU saya, semoga sentiasa maju dalam apa jua yang dilakukan setelah bersara nanti.
      : Sesekali, apa salahnya kita mencuba menu baru kan?...



 Ros.reeza


Program TV

VERSUS

June 04, 2012

Hai semua... Hari ni saya nak ceritakan tentang Program Versus yang disiarkan di TV9. Untuk makluman, Versus dah pun berakhir pada Jumaat lepas, 1 Jun 2012. Mungkin ada yang kata saya ni terlambat kan?... Tapi, tak apa. Saya tak kisah. Hehhehe...

Saya memang minat Versus ni tau. Ok, Versus ni adalah pertandingan antara band-band kat Malaysia ni. Antara band yang menyertai Versus ialah  :


(1) HUJAN



(2) GO GERILLA



(3) SIXTH SENSE



(4) SOFARZ



(5) BLACK PARALLAX





dan pemenangnya ialah......


HUJAN





Apa pun, semua persembahan malam tu best sangat!

TAHNIAH pada pemenang...





 Ros.reeza

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS