Bila Mood Raya Datang

June 11, 2012

Hai semua.

Raya..raya... Ha? Lambat lagi la nak raya. Puasa pun belum kan. Hari ni dah 21 Rejab. Lepas tu Syaaban, kemudian Ramadhan dan..... Syawal.... Baru boleh raya kan.

Bukan apa, sabtu lepas saya telah pun mencuba satu resepi kuih raya. Ingat raya kali ni nak buat sendiri semua kuih raya. Tak nak beli-beli. Wahh...kira macam azam raya la tu ^_^

Nak tahu tak kuih apa?...


BISKUT CHIP COKLAT ALMOND


Saya ni memang penggemar biskut raya yang ada coklat. Kalau beraya rumah orang, memang biskut coklat yang akan saya rasa dulu tau. Sebab tu la, percubaan kali pertama ni, biskut yang ada coklat sebagai ramuannya. Emmm..sedapnya....(eh, perasan la pulak)

Jom kita layan gambar biskut tu tau.


Ini dia... Biskut hasil tanganku

Nampak sedap tak??

Nyum..nyum.. rangup tau...

Tak sabarnya nak buat lagi.

Suka..suka..

Bila dah sejuk, baru letak dalam tupperware, k...

Taaddaaaa... dah siap pun....

Nak resepi tak?... Ok, saya akan bagi resepinya.. Jangan lupa untuk mencuba ye...



BISKUT CHIP COKLAT ALMOND.


Bahan-bahan (1 adunan )
  • 1 buku butter(250g) / 1cwn majerin(250g)--> Saya guna buttercup.
  • 1 cawan  gula icing(130g) / 1 cwn rata gula kisar(130g)
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan rata tepung gandum(300g)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 cwn serbuk koko(50g)--> Saya guna Van Hountan.
  • 1 sudu teh  baking powder
  • 2/3 cwn coklat chips(boleh lebih @ kurang)--> Saya guna yang Tesco.
  • 1/2 cwn cincangan apa2 kacang, -->kacang gajus @ hazel @ badam.
Cara-cara
  1. putar butter dan gula hingga sebati. masukkan telur, putar 10 saat saja.
  2. ayak semua tepung, serbuk koko dan baking powder. 
  3. gaul rata tepung2 brsama adunan yg diputar tadi. uli perlahan hingga menjadi satu doh yg lembut. campurkan coklat chips & kekacang. gaul rata.
  4. boleh sudukan doh sedikit2 atas dulang. atau bulat2 kan sebesar hujung ibu jari, pastu tekan dengan garfu untuk mencoraknya. ikut suka la nak buat macam mana yer. 
  5. dibakar 5-7 minit, dgn suhu 130c hingga agak rangup. 
Mudah kan?.. Apa lagi, raya ni jom kita pakat-pakat buat kuih raya sendiri tau ^_^


P/S : Sengaja buat lebih untuk dikirim pada suami yang jauh nun di Sabah ^_^


Ros.reeza

You Might Also Like

14 comments

  1. Salam kenal.
    Wahhh sedapnya...boleh cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak :)
      saya rasa macam sedap.. heehe.. tp,x tahu la org lain kan..

      Delete
  2. sedapnyee .. jangan lupa follow balik tau ? dah siap follow awak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah follow dah :)

      jgn lupa try buat biskut ni ...

      Delete
  3. waahhh da buat kuih rye la..
    nmpk cm sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..saje try buat awal2 ckit.. kira macam pra raya la :)

      Delete
  4. Salam. Terimakasih visit blog akak. Sedap nampak choc chip awak tu...

    ReplyDelete
  5. wah-wahh..
    semangat nk raye nie
    bg alamat buley, nk mintax ckit chop chip awk tue :D

    singgah cni & follow kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak alamat?.. hehhehe..

      thanx ye jenguk kite kat cni ^-^

      Delete
  6. silakan, silakan :)

    Raya ni boleh buatkan...

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS