Friday, June 22, 2012

SEMANIS KURMA

Assalamualaikum.
Pagi tadi, ada Ceramah Israk Mikraj di tempat kerja saya. Nak tahu tak siapa penceramahnya?



Ustazah Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah





Wahh, hari ni saya dapat tengok Ustazah dan ustaz live. Live uols, live (baca dengan intonasi Jepp Sepah, k) hehhe... Yang penting ustazah tak semput, ok.. 

Seronok dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah dan Ustaz. Macam dalam rancangan Semanis Kurma gitu. Punyalah ramai yang hadir. Penuh auditorium, hingga ada yang duduk bersila di belakang dan ada yang duduk di atas tangga.

Ok, kat sini saya nak kongsi sedikit isi ceramah Ustazah dan Ustaz pada hari ini, yang saya rasa menarik.
Terdapat sikap berlebih-lebihan yang dilarang.
Antaranya :

(1) Berlebih-lebihan ketika bercakap. 

Kawal lidah kita untuk menuturkan kata-kata yang baik seperti berzikir. Janganlah terlalu banyak bercakap benda yang tak berfaedah, dikhuatiri akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti fitnah. Ha, maksudnya kat sini, janganla asyik bersembang perkara-perkara yang tidak baik, boleh mengurangkan pahala.
Mengikut kajian oleh Syarikat Komunikasi, orang lelaki hanya bercakap 10000 patah perkataan sehari. Manakala perempuan pula, 25000. Wow, banyakkan bezanya?.. 
Adakah kerana perempuan suka membebel?.. hehehhe....

(2) Berlebih-lebihan ketika melihat.

Hendaklah kita mengawal pandangan mata kita dari melihat perkara-perkara yang tidak baik dan boleh melemahkan mata serta iman. Pada gadis-gadis di luar sana, jangan dok usha mamat-mamat hensem ye.


(3) Berlebihan ketika makan dan tidur.
Kawal sedikit pemakan kita. Makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Ustazah kata, kat Malaysia ni, ramai yang meninggal dunia bukan kerana kekurangan makanan, tetapi terlebih makan. Kalau terlebih makan, kita akan merasa cepat letih dan mengantuk. Jadi, ini akan mengganggu kita untuk beribadah kepada Allah. 

 Beberapa tips yang diberi Ustazah ialah:

(a) makan buah-buahan sebelum makan nasi. Namun, apa yang terjadi sekarang ialah sebaliknya.
(b) Minum air sebelum makan atau selepas makan. Jangan makan sambil bersulam air.


(4) Berlebih-lebihan dalam pergaulan.

Kita perlu menjaga batas pergaulan kita antara lelaki dan perempuan. Jangan terlalu bebas. Sedikit nasihat dari Ustazah untuk para gadis di luar sana, jangan terlalu mudah mengikut lelaki yang baru dikenali dan tiada ikatan apa-apa dengan kita. Kalau nak berdating, dating masa dah jadi suami isteri je, ye :)

Ok, itu antara isi pentinglah. Banyak lagi isi ceramahnya. Tapi, cukup sekadar ini untuk saya menulis.

Kat sini, saya ingin berkongsi beberapa keping gambar sekitar suasana ceramah. Maaf ye, kualiti gambar tak berapa nak elok. Guna kamera handphone je dan duduk jauh. So, terpaksa zoom.







Gambar ni, kawan saya yang ambilkan. Ekslusif tau, ustaz dan ustazah. Tiba-tiba ada pulak saya kat belakang tu. Kalau saya tahu, mesti saya posing-posing atau rapatkan diri kat sebelah ustazah. Hehehe..


p/s : Sempat bersalaman dengan Ustazah, lembut je tangan dia. Dan yang paling penting, Ustazah memang dah kurus. Tapi, mantain cun jugak macam dulu :)






3 comments:

  1. :: seronoknya dgr ceramah ustazah secara live.. huhu

    http://ruangannazira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ye.. memang best.. sama je macam dalam tv tu :)

    ReplyDelete
  3. ala..jelesnya u...dapt jumpa ustaz dan ustazah..ciksu teringin nk jumpa dorang..tapi..blo da rezki..

    ustaz akasha kgnya dekat sek men ciksu dulu..kg bendang raja..

    ReplyDelete