Raya

Kuih Raya vs Biskut Raya

July 31, 2012

Hai. Selamat petang.

Raya ni anda semua buat sendiri ke biskut raya?.. atau pun order je..

Kepada yang order biskut raya tu, mesti banyak jenis kan.. kadang-kadang kita ni tengok ini berkenan, tengok itu pun berkenan.. Order je.. Tup tup, tak sedar yang kita ni dah overlimited.. hehehhehe.. saya tak macam tu.(yeke?..)

Ok, di bulan Ramadhan ni saya akan bersikap jujur. Setakat ni saya hanya order 4 jenis biskut sahaja dengan kuantiti 50 biji satu jenis. Tak percaya?.. betul la. Sila baca : setakat ini!. hehehe..

Biskut yang bertuah ialah :

(1) Biskut almond London, (feveret ni!)
(2) Biskut makmur kacang. (feveret jugak!)
(3) Biskut Marble coklat (juga menjadi fevert)
(4) Biskut Almond cookies ( ni pun feveret)

berapa banyak daa feveret?.. hihihi...


Rancang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Tapi, tak ada peluang kerana masih berjauhan dengan suami kan.. Masa bilanya nak buat biskut, kalau dah saya ni balik rumah kami kat Jb hanya pada hari Sabtu je...


p/s : Nak tanya ni, Biskut raya ke Kuih raya?.. sama je kan.. hihihi..


Ros.reeza

Raya

Cuti Raya

July 31, 2012


Hai, hari ini, 11 Ramadhan.. Nak tanya ni.. Dah plan ke nak cuti raya?..hehhehe.. Mungkin ada yang akan kata awal lagi.. Haa?... mana ada awal tau.. Kita kena la plan betul-betul cuti raya ni.. Kat opis saya ni dah pun diedarkan borang fokus cuti.. So, saya memilih akan bercuti pada Rabu, Khamis dan Jumaat.. Sebab kemungkinan raya pada ahad. Maka, akan di fowardkan ke isnin dan selasa.. Maksudnya, dapatla juga seminggu walaupun amik cuti hanya 3 hari kan.. yeayy.. saya suka..saya suka. hihihi..

Pada anak-anak perantau yang akan pulang ke kampung naik bas atau keretapi, tentu dah beli kan tiketnya?.. Apa? belum beli?.. emmm..memang kena beraya di perantauan la gamaknya.. Tiket memang dah sold out rasanya time-time gini.. Jangan sedih-sedih ye...  Satu pesanan untuk yang dah beli tiket tu, sila simpan tiket anda di tempat yang selamat! Kalau hilang, tercicir, terkoyak, sape nak jawab tu?.. emmm..jaga elok-elok tau.

Itu je ye pesanan dari penaja. Sekian :)


 Ros.reeza


laptop

Alhamdulillah, skrin laptop saje nak main cak-cak

July 30, 2012

Selamat pagi semua..

Hari ini, saya nak berkongsi kegembiraan sahaja. hehhehee.. Alhamdulillah, skrin laptop saya dah ok, dia saje je nak main cak-cak rupanya... Kepada yang tak tahu, boleh baca kat sini .


Nasib baik, dah ok.. Masa mula-mula dia jadi macam tu, memang nangis la... Pastu 2 hari lepas, suami saya buka, dia still macam tu.. Tapi, bila beliau tekan sikit kat belakang laptop tu, terus ok.. Mula-mula saya ingat hanya sementara, pastu semalam, saya try lagi buka, Alhamdulillah... Harapnya, laptop tu akan terus ok..dan jangan buat hal ye.. 


p/s : Saya sayang laptop saya, dan laptop saya pun sayangkan saya.



Ros.reeza


doa

DOA DHUHA

July 27, 2012

Hari nak kongsikan Doa Dhuha :)




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh



Ros.reeza

laptop

Skrin LAPTOP buat hal

July 26, 2012

Selamat petang semua..

Nak ngadu ni..

Laptop saya ni... Dia buat hal...

Tiba-tiba dia jadi macam tv yang tak dapat siaran tu, tapi warna dia campur-campur, bukan hitam putih.. Kenapa dia buat hal? Sekejap-sekejap je dia jadi macam tu. Bila saya usik sikit kat belakang tu, dia ok balik. 

Saya pun tak tahu kenapa. Tapi, bila dah puas fikir semalam, baru saya teringat. Minggu lepas saya ada bawa laptop tu letak dalam beg kain je. Pastu masa nak turun tangga, beg laptop tu terkena tangga tu. saya ingat tak ada apa-apa, sebab  sikit je.. huhuhu.. Rupanya, kesan dari hentakan minggu lepas baru nampak semalam.. Macam nak nangis bila member cakap nak repair, harga dia macam nak beli laptop baru je.. Betul ke?.. aaaaaa, janganlah!

Selalu saya letak dalam beg galas, tapi entah kenapa minggu lepas, letak dalam beg kain je.. Tu la, benda nak jadi kan...

p/s : nak sambung nangis la...  


Ros.reeza


Nilai murni

TABAHLAH WAHAI HATI

July 26, 2012

Alhamdulillah, hari ini 6 Ramadhan dan kita masih berpeluang untuk berpuasa.


Hari ini, saya nak share ini :





Ye, betul tu. Setiap yang berlaku pastinya ada hikmah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Dalam masa seminggu ni, macam-macam dah berlaku pada saya. Kadang-kadang apa yang kita nak, tak semuanya akan berlaku. Dan saya percaya sudah tentu Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri saya.

Jadi, kawan-kawan semua. Jangan mudah berputus asa dan juga jangan bersedih jika sesuatu yang berlaku tidak seperti yang kita idamkan :)


Ros.reeza

ramadhan

Ramadhan bermakna

July 23, 2012

Selamat pagi..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 3 Ramadhan. Mudah-mudahan kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik ye..

Ramadhan kali ni, amat bermakna bagi saya.


Saya dapat menjalani ibadah puasa pada kali ini, di samping suami.

Alhamdulillah, Ramadhan pertama bergelar isteri.

Kali ini juga, saya dapat menyambut puasa bersama-sama dengan keluarga saya di Merbok, Kedah.
Yang bagusnya, kelima-lima adik beradik saya ada pada hari sabtu hari tu. Mak ayah, tentulah amat gembira dengan kehadiran kelima-lima anak.. 

Balik kampung sehari je.. sekarang, dah kembali bertugas semua di KL.


p/s : berharap agar Ramadhan kali ini dapat dijalani dengan baik dan lebih bagus dari tahun-tahun sebelumnya.


 Ros.reeza



ramadhan

Kenangan Bubur Lambuk

July 22, 2012

Alhamdulillah, hari ini hari kedua kita semua berpuasa.

Hari ni, nak cerita sikit kenangan saya dengan bubur lambuk.

Ahhh, rindunya waktu tu..

Masa saya sekolah rendah dulu, hari-hari saya memang ditugaskan untuk mengambil bubur lambuk di Masjid Taman Intan, Sungai Petani, Kedah.. Saya akan pergi dengan ayah saya, kakak dan abang saya. Tapi, abang saya bergilir-gilir lah dengan kakak saya. Semestinya, saya tetap akan beratur hari-hari. Dorang masak dalam kawah yang besar tu, dan banyak jugaklah kawahnya. macam kat bawah ni la lebih kurang.


Masa dulu, siapa yang nak bubur lambuk kat masjid tu kena bawak bekas sendiri. Beratur panjang sangat. Dan bila tiba giliran kita, kita hulur lah bekas kita. Dan orang tu akan bubuh bubur lambuk tu.. Best sangat tau. 

Tapi, bila saya naik sekolah menengah, Masjid tu dah menyediakan bekas plastik. Maksudnya dorang bungkus siap-siap dalam plastik. Dan akan agihkan sorang, satu plastik. Lebih menjimatkan masa.



Bubur lambuk kat masjid tu, sedap sangat bagi saya. Tak boleh lawan mana-mana tempat lagi. Tapi, itu kalau ikut selera saya. Tapi, sekarang bila dah merantau ni, tak dapatlah nak merasa lagi bubur lambuk tu. Namun, kenangan bubur lambuk tetap dalam hati saya. Wahh,gitu!

p/s : Gambar ambil dari Cik Google lagi :) 


 Ros.reeza

ramadhan

Doa Berbuka Puasa

July 21, 2012



Sekadar ingin berkongsi Doa Berbuka Puasa :)






p/s : Kawan-kawan makan apa untuk berbuka nanti?.. Jangan ikut hawa nafsu ye... Takut membazir je nanti...

 Ros.reeza

ramadhan

1 Ramadhan

July 21, 2012

Hai semua.. Ha, hari ni hari pertama puasa kan. Jangan tiba-tiba gi dapur buka tudung saji pulak.. hehehe... Macam mana hari ni?.. Bersemangat tak?.. Jangan lembik pulak, buat malu je dengan budak tadika yang kekal cergas.

Kat sini, saya nak share satu tips untuk kekal cergas.

Nak tahu tak?..

Kawan-kawan kena minum 100 plus. Bak kata Apex dalam tv tu, dia minum 100 plus tau, baru bertenaga di bulan puasa ni.. hehehehe.. Tak adala, saya gurau je ye.. jangan marah... Eh, ter promote 100 plus pulak, ada share ke dengan 100 plus ni?.. Emmm, brapa kali mau sebut daa nama 100 plus ni.. alamak, tersebut lagi.. Dah, dah. Tak nak promosi dah! 
 


Ros.reeza

ramadhan

NIAT PUASA

July 20, 2012



Selamat malam semua.

Jom..jom..kita pergi sembahyang tarawikh yang pertama malam ni..

Esok kan dah mula berpuasa, jadi kat sini saya nak kongsikan lafaz niat berpuasa untuk semua. Ingatan buat diri saya dan juga buat kawan-kawan :)



p/s : Mesti jalan sesak kan.. Orang pakat-pakat nak balik kampung sambut puasa.. 


 Ros.reeza

ramadhan

Ramadhan

July 20, 2012


Hai semua.. 


Di pagi Jumaat ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.






Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita di bulan mulia ini, sebagai titik permulaan untuk bulan-bulan yang seterusnya.


Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua seandainya ada melakukan kesalahan dan kesilapan, terkasar bahasa, terguriskan hati dan seangkatan dengannya.





Ros.reeza


ramadhan

TENGOK ANAK BULAN

July 19, 2012

Hai semua :)

Rasa sekejap je masa berlalu.  Hari ni dah 29 Sya'ban. Malam ni, kita akan tahu bila kita akan mula berpuasa.  

Nampak ke tak ye anak bulan malam ni?

Tak sabar rasanya nak menempuh bulan Ramadhan.. Semoga kita semua akan mendapat kesempatan menjalani ibadah puasa pada tahun ni..


Ros.reeza

doa

AYAT SERIBU DINAR

July 18, 2012

Selamat petang semua. Hai..saya kembali setelah 2 hari bercuti. Rindu tak, rindu tak?.. Haa? Tak rindu? Sampai hati tau..

Petang ni cuma nak berkongsi Ayat 1000 Dinar. Jom sama-sama hafal ye. Banyak manfaatnya.


Ambil dari Cik Google.



P/S : Banyak benda nak cerita sebenarnya, tapi hari ni busy sikit. Banyak kerja nak buat, maklumlah dah tinggal 2 hari kan..



Ros.reeza

CUTI BERBLOG SEKEJAP

July 15, 2012

Selamat Petang.

Sekarang ni saya ada kat TBS. Wah, ramainya orang kat sini.

Saya akan ke Jb untuk 2 hari. Maka, saya akan cuti berblog. hehehe.. Maafkan saya ye kawan-kawan, saya tak sempat nak berblogwalking. Tapi, nanti saya akan melawat rumah kawan-kawan pada hari Rabu, InsyaAllah.




Ros.reeza

Family

Alhamdulillah, tugas dah tamat

July 15, 2012



Setelah 3 bulan 4 hari pergi operasi di Kudat, Sabah, hari ni suami saya akan pulang.. Alhamdulillah.. Dijangka akan naik flight pada jam 2 petang ni ke Senai, Johor.. Malam ni , mungkin saya akan ke JB untuk jumpa beliau. Moga semuanya baik-baik saja...



p/s : Mungkin akan bercuti Isnin dan Selasa ni... By by perjawatanku di ofis :)

Ros.reeza

doa

doa untuk mak ayah

July 14, 2012

Selamat malam semua


Jom pakat-pakat hafal doa ni ye.

Doa untuk mak ayah kita semua.



Ya Allah, 
Kau lah Maha Berkuasa dan Maha Mengampuni dosa-dosa hambamu Ya Allah,
Kau bahagiakanlah mak dan ayahku di dunia dan di akhirat.
Kau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mereka
dan kau jauhkanlah segala penyakit yang merbahaya dari mereka.

Ya Allah,
Kau jugalah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Kau berikanlah rezeki yang halal buat mereka dan 
Kau berkatilah rezeki mereka

Ya Allah,
Mereka telah banyak berjasa padaku, Ya Allah...
Kau balaslah setiap kebaikan mereka dengan kebaikan juga Ya Allah...




Kepada mak yang tersayang, Radziah, dan ayah yang tersayang juga, Ruslan.

Ija sayang mak dan ayah.

Terima kasih untuk segala-galanya.


 

  Ros.reeza

gelap gelita

July 13, 2012

  Selamat malam semua..

Malam ni saya terpaksa bergelap la dalam bilik. huhuhu... Lampu ni dah macam disko pulak.. kelip-kelip je.. Emm, tadi housemate dah panjat tengok-tengokkan.. Tapi, tak nak jugak dia.. Nampak gayanya esok kena la beli lampu baru ganti.. Makanya, malam ni terpaksa bergelap sementara waktu dalam bilik...

Macam ni la lampunya.. saya ambil kat google je ni

p/s: tak suka bergelap :(



Ros.reeza

Petua

PETUA RAMBUT GUGUR

July 13, 2012

Hai semua.. sihat tak hari ni?..


Tengok tajuk kata atas tu. Bukan bermakna saya nak bagi petua tau.
Saya nak tanya petua tu. huhuhu
semakin hari, semakin bertambah keguguran rambut saya. Tolonglah saya. Please....help me :)

Ada tak sape-sape pernah alami dan berjaya mengubatinya?.. Mana tahu kot-kot ada petua yang anda semua amalkan, atau ada syampoo yang berkesan?.. Share dengan saya ye..

Terima kasih :)


P/s: Semakin hari, semakin risau dengan masalah ini..


UPDATED :
25.01.2013
SILA LIHAT   ENTRY INI UNTUK PETUA YE :)



Ros.reeza

Bezday

Syafiq... hepy bezday !

July 13, 2012


hari ni, 13 julai 2012. Ada apa pada hari ni?..

hari jadi satu-satunya adik lelaki saya!

Syafiq, ko dah tua.. hehehe.. tak lah, dah dewasa kan :)

hari ni genaplah usia kau mencecah 22 tahun.. wah, dah boleh kawen ni.. eh? tetiba pulak..

 Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Muhammad Faizzmeer Syafiq...
Allah selamatkan kamu...
Aminn..

Semoga terus diberikan petunjuk dari Allah SWT
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia n akhirat
Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menempuh kehidupan ini
Semoga dimurahkan rezeki dan memperoleh keberkatan
Semoga menjadi anak yang membahagiakan mak dan ayah serta keluarga


p/s : hadiah nak jugak ke?.. tak payah la ek.. dah besar dah kan?.. hehehe...





Makanan

Nak kuew teow tom yam kat kedai Zack

July 12, 2012

Selamat petang semua :)

di petang-petang hari ni,  terbayang-bayang pulak kuew teow tom yam. Terasa nak makan semalam. Tapi, tak nak yang kat sini punya. Nak yang kat kampung. Ada satu kedai ni, bagi saya memang sedap rasa kuew teow tom yam dia. Nama kedai nya, Restoran Zack. Terletak di Taman Arked, Sungai Petani. Jauhnya nun di utara.. Tak pe, nanti bila-bila balik kampung lagi, nak pergi beli lah. Alkisahnya, saya dah jatuh cinta dengan kuew teow tomyam ni masa saya demam minggu lepas. Tekak rasa nak makan, pastu ayah saya gi beli kat kedai tu. Lagi satu keistimewaan kedai ni, dia punya Nasi Goreng ayam, memang sedap.. Pastu banyak pulak tu. Kalau beli sebungkus tu, boleh share 2 orang. Kalau makan sorang nanti, takut tak habis pulak.

Oleh kerana terasa nak makan, saya pun beli lah kuew teow tom yam kat kedai makan yang dekat ngan rumah sewa saya tu.  Alhamdulillah, kenyang.. Tapi, rasanya kureng sikit, tak sama macam yang saya nak.

Inilah rupa kuew teow yam yang saya beli semalam





p/s : Macam saje je carik alasan nak balik kampung.. Buat-buat la konon nak makan kuew teow tomyam kedai Zack. (eleh, alasan tu dah tak leh pakai la) hehehehe..


Ros.reeza

haiwan

arnab + rabbit

July 12, 2012

hai semua. 

nak tanya ni, minat tak bela haiwan? Macam kucing ke, arnab ke, ikan ke, burung ke, hamster ke... Saya ni tak ada haiwan peliharaan... macam mana nak ada, saya ni memang takut dengan kucing.. dari kecik lagi memang takut, sebab ada sejarah yang tak best dengan kucing.. pernah kena cakar dengan kucing.. masa kecik-kecik dulu, sepupu asyik dok nyakat saya je... huhuhu... lagi satu, saya pun pernah kena gigit dengan monyet.. paklong saya bela monyet kat kampung.. argh..start dari tu, saya memang trauma tau..

keluarga saya pula, memang tak pernah bela apa-apa haiwan kecuali ikan je.. ada ahli keluarga saya yang ada asma, so memang tak boleh la dengan bulu-bulu kucing ni semua...

Family mertua saya ni memang minat sangat dengan kucing dan arnab.. Memang sayang giler.. Mak mertua saya siap bawak kucing dia g klinik lagi, sebab sakit perut.. mula-mula dengar macam nak ketawa.. tapi, betul lah, kalau seseorang tu dah sayang kat haiwan peliharaannya, dia sanggup buat apa saja kan.. dan jugak, kucing-kucing yang mak mertua saya bela ni tak makan nasi-nasi ni semua tau.. makan makanan khas kucing je.. fuhh, kadang-kadang saya rasa makanan kucing tu makan lagi mahal dari makanan kita.. hehehe.. tp, memang comel lah kucing tu, bulu dia kembang-kembang.. Tapi, kucing tu macam malas je saya tengok.. hehehe..

saya tak sempat nak ambil gambar kucingnya.. tapi, gambar arnab, adalah...





p/s : Orang yang ada haiwan peliharaan ni memang penyayang, kan?...



Ros.reeza

Jalan-jalan

MEMORI BAS EKSPRESS

July 12, 2012

Selamat pagi :)

Hari ni, nak tanya anda-anda semua.. Pernah tak naik bas ekspress?... Mesti pernah kan.. Takkan tak pernah naik kot???.. Macam saya ni, bas ekspress dengan saya ni dah macam BFF.. hahhaha.. dah tak boleh dipisahkan dah.. Macam lagu 'Jangan pisahkan, aku dan bus ekspress, Tuhan tolonglah..ku cinta dia..' hehhehe..

Ok, oleh kerana saya kerja di KL ni sorang-sorang, haruslah kan saya kena naik bas untuk balik kampung kat kedah dan jumpa suami kat JB.. dan lagi satu, puduraya dan Terminal Bersepadu Selatan tu dah macam rumah kedua saya dah.. hehhehe... Tiap-tiap hujung minggu je mesti ke sana kan.. Cuma dalam tempoh 3 bulan ni je, saya tak berapa nak mesra dengan Terminal Bersepadu Selata(TBS) tu.. hehhehe.. Sebab suami saya ada  kursus kat Sabah kan.

Ada beberapa jenis bas yang menjadi pilihan hati saya untuk balik kampung ke Kedah.



 Pilihan no 1, dah tentulah Transnasional. Saya suka naik bas ni sebab di jalan on time.. Tak lambat macam sesetengah bas, yang tunggu bas penuh dulu, baru nak jalan.. Tapi, satu je kekurangan bas ni, seat dia sempit la.. Tak macam bas-bas lain, seat dia luas...


Bas kedua menjadi pilihan ialah, Plusliner.. Bas ni adik beradik jugak dengan Transnasional ni.. Sama je, bagi saya.


Kat bawah ni, antara bas yang pernah saya naik.





Kat bawah ni pula, antara koleksi tiket ke Jb yang sempat saya simpan.. Ada yang saya dah buang dah..


Kalau ke JB, saya lagi suka naik bas KKKL. Sebab bas ni jalan tanpa henti.. Jimat masa kan..


Sekarang ni kalau nak ke Selatan, macam ni la rupa tiketnya. Kalau kita beli tiket kat luar, kita kena tukar tiket kat kaunter dalam TBS tu.  Lagi sistematik tau. Ada nama penumpang. Bagus dia buat macam ni. Maksudnya dorang boleh kenalpastilah siapa yang naik bas.


p/s : Letih tau, naik bas tiap-tiap minggu.. Emmm, masih berharap agar dapat posting ke JB. Doakan saya ye :)



Ros.reeza

Makanan

Roti Jala dah ke laut....

July 11, 2012

Eh, kenapa tajuk macam tu?.. Alkisahnya di suatu malam yang tenang, suami saya cakap pada saya yang beliau tak nak makan nasi lah.. Terasa macam nak makan Roti Jala. Beliau pun tanya kat saya, pandai tak buat roti jala?.. Tanpa berfikir panjang, dan dengan yakinnya saya terus jawab, 'eh, mestilah tahu..Senang je.. Nak makan ke?.. Jom kita buat sama-sama'... 

Amboi..jawapan.. Macam terror je..Dalam kepala ni, dah terbayang roti jala yang mak selalu buat. Mak saya memang terror buat, almaklum lah, siap buat jual lagi... 

Kitorang pun buat perjanjian, saya buat roti jala, dan dia buat kuah kari.. 

Tiba-tiba, kuah dah siap.. Roti jalanya tak siap-siap.. Arghh..malunya.. Mula-mula, tepung tu tak nak keluar..  Bila dah repair tepungnya, terlampau cair sampai laju je dia turun.. Tak jadi bentuk roti jalanya.. emmm, macam mana ni?.. telefon mak pulak tanya.. Suami saya dah tergelak-gelak dah.. Beliau nak tolong, saya tak bagi sebab kitorang dah buat perjanjian, kan.. Mak pun bagi lah tips-tips yang amat berguna.. Last-last jam dah pukul 9.30, suami saya masuk dapur tanya, 'agak-agak pukul berapa kita boleh start makan?'

Dengan pantas, saya terus menukar menu daripada roti jala ke cucur kosong. hahahahhaha.. jadi lah, daripada tak ada kan?.. Boleh juga cicah dengan kuah kari tu... Siannya la hai.. Tak ape, nanti boleh cuba lagi kan?...

Ni rupanya cucur kosong special tu.. hehhehe



Ni pulak kuah kari yang dibuat oleh suami saya


p/s : Jom kita belajar menjala.

Ros.reeza

Nickname Kat Facebook ??

July 11, 2012

Hai semua.. Apa khabar hari ini?.. Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka yer :)

Petang ni saya cuma nak tanya je...

Nama dekat facebook tu kan, anda-anda semua letak nama sebenar atau nama samaran?..

Macam saya, saya letak nama samaran.. Masa mula-mula buka akaun facebook tu, saya letak la nama sebenar saya.. Tapi, lepas tu, saya tukar ke nama samaran.

Nak tahu tak namanya??




ye, itula nama saya kat facebook. Boleh search nanti tau.. Add pun boleh je :)

Saje je nak guna nama tu, bukannya ada sebab-sebab tertentu ke apa ke.. saja suka-suka (^.~)

Mana dapat ilham bubuh nama tu?.. Rossa tu sebab ada sikit-sikit la dengan nama saya, Ros kan. Bella tu sebab saya ni suka tengok drama latin dulu-dulu.(sekarang dah tak minat, meluat pulak rasa, hehehe). Lavender tu sebab saya ni peminat setia dengan warna ungu. warna ungu kan dikaitkan dengan Lavender?...

Anda pula bagaimana??? 


 Ros.reeza

 


Makanan

AIR TANGAN SENDIRI

July 11, 2012

Hai semua.. 

Hari ni nak kongsikan sesuatu..

Apakah?

Masakan, hasil air tangan sendiri...

Di waktu tengahari ni, biasalah perut pun lapar. Tetiba terjumpa pulak gambar-gambar ni dalam pendrive. hehehe...

Menu makan tengahari. Tapi, ni bukan lah gambar yang baru.. Saya masa makanan ni dalam bulan 3 hari tu. Dah lama tak masak untuk santapan suami, kerana suami dah pergi Sabah untuk tempoh waktu 3 bulan setengah bermula April lalu.

Jom tengok, apa menunya?

Asam pedas ikan kembung. (kegemaran saya ni )


Sup gearbok feveret suami :)

Sotong goreng kunyit. Hehehe..beli sotong yang comel2, so bila dah masak bertmbahlah kecomelan sotong itu :)
Ikan goreng
Teh O Laici Ais


Jom..jom..makan.. Menu untuk dua orang.. hehhehe..

Psstt..perut dah lapar, nak turun gi beli makan sat :)


 Ros.reeza


Jalan-jalan

DANGA BAY

July 10, 2012

Hai semua.. Selamat Petang...

Hari cuma nak share satu tempat menarik di Johor Bahru.

iaitu

DANGA BAY






Kat sini ramai sangat orang waktu malam. Yang datang bersama keluarga, yang datang melepak, yang datang nak tenangkan hati... dan macam-macam lah lagi tujuan mereka. hehhehe..

Ni lah dia kapal yang terdapat kat pantai Danga Bay tuh :)


Ni pula antara permainan yang terdapat kat sini. Kira macam fun fair la.



 Kat bawah ni pulak suasana kat Danga Bay, di waktu petang. Ramai orang lepak-lepak kat sini. Memang tenang je rasa. Macam saya dengan suami, kitorang makan asikrim.. Nyum2.. sedap...makan ais krim sambil angin sepoi-sepoi bahasa menghembus pipi.. hehhe..








Jom la ke Danga Bay :)


Ros.reeza

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS