Allah masih sayangkan kita

July 06, 2012

Sudah seminggu tak bersua kan?..

Keseronokan saya pulang ke kampung Jumaat lepas telah diuji dengan kesihatan yang tak berapa baik. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis sesuatu setelah seminggu menyepikan diri dari dunia blog dan facebook. Tak sangka kali ini, saya diuji dengan demam yang agak teruk sehingga diserang asma. Namun, saya bersyukur kerana masih boleh bertahan dan saya dikelilingi oleh keluarga yang sentiasa prihatin. Dalam keadaan yang saya rasa sangat teruk, tak berdaya, saya mengadu pada suami di telefon. Namun, kata suami, jangan pernah putus asa. Bila kita sakit, itu tandanya Allah masih sayangkan kita.

Memang saya stress sangat sejak kebelakangan ini. Dan saya pernah bercakap pada diri sendiri, seronoknya tengok orang cuti lama-lama, duduk rumah, tak payah pergi kerja... Makanya, Allah dah tunaikan permintaan saya, saya terpaksa bercuti dan duduk di rumah kerana sakit. Pengajaran yang saya dapat, bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki!

Mohon doa dari kalian :)


Ros.reeza





                     

You Might Also Like

0 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS