Thursday, July 12, 2012

Nak kuew teow tom yam kat kedai Zack

Selamat petang semua :)

di petang-petang hari ni,  terbayang-bayang pulak kuew teow tom yam. Terasa nak makan semalam. Tapi, tak nak yang kat sini punya. Nak yang kat kampung. Ada satu kedai ni, bagi saya memang sedap rasa kuew teow tom yam dia. Nama kedai nya, Restoran Zack. Terletak di Taman Arked, Sungai Petani. Jauhnya nun di utara.. Tak pe, nanti bila-bila balik kampung lagi, nak pergi beli lah. Alkisahnya, saya dah jatuh cinta dengan kuew teow tomyam ni masa saya demam minggu lepas. Tekak rasa nak makan, pastu ayah saya gi beli kat kedai tu. Lagi satu keistimewaan kedai ni, dia punya Nasi Goreng ayam, memang sedap.. Pastu banyak pulak tu. Kalau beli sebungkus tu, boleh share 2 orang. Kalau makan sorang nanti, takut tak habis pulak.

Oleh kerana terasa nak makan, saya pun beli lah kuew teow tom yam kat kedai makan yang dekat ngan rumah sewa saya tu.  Alhamdulillah, kenyang.. Tapi, rasanya kureng sikit, tak sama macam yang saya nak.

Inilah rupa kuew teow yam yang saya beli semalam





p/s : Macam saje je carik alasan nak balik kampung.. Buat-buat la konon nak makan kuew teow tomyam kedai Zack. (eleh, alasan tu dah tak leh pakai la) hehehehe..


Ros.reeza

11 comments:

  1. ini memang feveret..seminggu msti pekena k.teow tomyam..hehe

    ReplyDelete
  2. my paling suka makan kuew teow hehehe.. nak lagi kalau telur yg kena masak tu mcm hancur.. perghh! mmg ngam dgn selera hehe

    ReplyDelete
  3. petang petang mcm nih tgk kueh teow tomyam buat air liur meleleh la....

    ReplyDelete
  4. tetiba telan air liur, teringin...

    ReplyDelete
  5. jauh tu kt sg petani..lapo pulak tgk pic mknan ptg2 ni..hehe

    ReplyDelete
  6. hihii jauh pulak tmpat yg mengidam tu yer :-)

    ReplyDelete
  7. jrg sy mkn kueteow tp once tgok gamba ni mcm nk try plak

    ReplyDelete
  8. cair plk air liur ni tgk gambor tomyam..

    ReplyDelete
  9. sedapnya..tapi elah nk makan la..gastrik sy tengah menyerang..:)

    ReplyDelete