Air mata di LRT

August 15, 2012

  Selamat pagi semua.. Selamat menjalani ibadah puasa untuk anda-anda ye :) 
Hari ni dah 26 Ramadhan.. Terasa cepat masa berlalu, kan?...


Nak cerita sesuatu ni.. Suatu keadaan yang mengusik hati saya.. Kejadian ni berlaku pada Jumaat lepas.. Masa tu, saya nak berangkat ke JB. Seperti biasa, saya akan naik bas menuju ke stesen LRT.. 


Setiba di Stesen LRT Masjid Jamek, saya pun menunggu train untuk ke Bandar Tasik Selatan. Orang memang ramai pada hari tu. Memang sesak.. Sesak dengan pelbagai lapisan usia.. Semuanya mempunyai destinasi masing-masing... 

Sebaik train tiba, semua orang berasak-asak untuk masuk ke dalam train. Alhamdulillah, ada tempat duduk untuk saya melepaskan penat berjalan tadi.. Dari Stesen Masjid Jamek nak ke stesen Bandar Tasik Selatan, banyak stesen perlu dilalui.. Plaza Rakyat, Hang Tuah, Pudu, Chan Sow Lin, Cheras, Salak Selatan, Bandar Tun Razak, kemudian barulah Tasik Selatan....

Di hadapan saya terdapat seorang gadis pelancong, dari negaraTimur Tengah , saya kira... Manis... sentiasa tesenyum ceria sambil mendengar sesuatu dari 'earphone' nya... Di sebelahnya pula, ada seorang gadis melayu.. tertunduk sahaja sambil memegang 'handphone' nya... Sesekali melihat di skrin 'handphone' nya dan memicit-micit 'button'...

Entah kenapa, mata saya asyik melihat gelagat mereka berdua...  Dan pandangan saya sering kali bertemu dengan gadis pelancong itu.. hihihi.. Saya hanya menghulurkan senyuman sahaja :) Termalu sendiri...

Tiba-tiba saya terlihat ada air mata yang jatuh dari gadis melayu itu.. Mengalir laju.. Gadis itu mengesat air matanya.. terus laju mengalir.. matanya masih merenung skrin 'handphone' nya.. Sesekali dia memicit-micit pula kepalanya.. Mata saya tidak berkelip melihatnya.. Apakah yang bersarang di hatinya?.. Macam-macam yang bermain di fikiran saya.. Sakitkah dia?... Ada hal kecemasan kah?... 

Kemudian, gadis pelancong di sebelahnya itu merenung wajah gadis melayu itu.. Dia mengeluarkan tisu dari beg sandangnya, lalu dihulurkan kepada gadis melayu itu.. Oh, sungguh, hati saya tersentuh melihat adegan itu.. Sungguh prihatin gadis pelancong itu!

Gadis melayu itu hanya mengambil tisu itu tanpa berkata apa-apa.. Lalu, dia mengesat air matanya.. Setiba di Stesen Bandar Tun Razak, gadis melayu itu bangun.. Mungkin sudah sampai ke destinasinya.. Dia menoleh ke arah gadis pelancong itu, dan mengucapkan 'thank you' sambil tersenyum.. Gadis pelancong itu membalas senyuman itu,.. 

Walau apa pun yang berlaku pada gadis melayu itu, saya harap dia tabah untuk menghadapinya. Ada sesuatu yang dia pendam di dalam hatinya.. Dia keluar dari train, dengan tergesa-gesa..seperti ada sesuatu..

Dan kepada gadis pelancong itu, saya amat terharu dengan keprihatin awak.. Dan awak sentiasa tersenyum di dalam train, membuatkan mata saya mahu terus melihat wajah awak ketika itu  :)

Air mata membawa pelbagai maksud.. Air mata gembira.. air mata kedukaan... Pergilah air mata kedukaan..Tinggalkan saja air mata kegembiraan...


Ros.reeza




You Might Also Like

27 comments

  1. baik sungguh hati gadis pelancong tu..

    ReplyDelete
  2. baiknya pelancong 2..buat gadis melayu 2 semoga tabah menghadapi dugaan yg dia lalui

    ReplyDelete
  3. semoga jadi contoh pada kita....

    ReplyDelete
  4. mcm2 ragam kan kita jumpe klu naik pengangkutan awam :) tp yg ni mmg jrang dpt tgk.pelancong bg tisu kat orang.huhu.ptt di teladani klu gini

    ReplyDelete
  5. sukanya kalau jumpa strangers macam tu kan..

    tp kalau saya mesti tak boleh nak hulur tisu..sbb mmg takde tisu dalam beg T_T.. lepas ni kena bawak tisu!

    ReplyDelete
  6. itu lah kehidupan kan, kadang akak pun suke tgk gelagat manusia time kt dlm bas, dlm lrt or kt supink complex....

    ReplyDelete
  7. semoga air mata itu bukan airmata kesedihan...

    ReplyDelete
  8. baik pelancong tu...mmg prihatin betul dia

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum rose....mesti ada sesuatu yg berlaku tu sebab dia nangiskan...:)

    ReplyDelete
  10. Salam Ros, akak baca entry ni, seolah2 akak jadi awak, feeling la baca cite kamu ni dik...

    ReplyDelete
  11. love this entry.. suka ayat yang last tuh..

    ReplyDelete
  12. tersentuh juga saya baca entry awak ni.. so sweet. =)

    ReplyDelete
  13. sungguh baik hati di gadis pelancong itu..kann susah nk jmpa org yg prihatin mcm tu skrg nie hehe..

    ReplyDelete
  14. sweetnye pelancong tu... ada naluri yg patut kita contohkan..

    selamat hari raya kak ros.. maaf zahir batin yaa :))

    ReplyDelete
  15. mcm drama...bila jadi di alam realiti memang x sangkan kan??

    selamat hari raya =)

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

    ReplyDelete
  16. moga gadis melayu tu tabah walau apepown yg berlaku...

    gadis pelancong tu baek lah:)

    ReplyDelete
  17. entry yg menarik. sweet ... ^^

    ReplyDelete
  18. Baiknya gadis pelancong tu.

    ReplyDelete
  19. A very impressive article. Well prepared. Very motivating!! Go off on to facilitate way

    ReplyDelete
  20. Love your blog, in fact arrived by checking yahoo and google for a comparable issue to this post. Which means this might be a late post nevertheless keep up the great work.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS