Wednesday, August 08, 2012

KUIH PERTAMA RAYA KALI INI

Selamat pagi semua..

Selamat berpuasa ye.. Hari ni 19 Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih di beri kesempatan untuk menjalani ibadah puasa,..

Oleh kerana masih belum membeli oven, maka tahun ini saya telah memilih untuk buat kuih-kuih yang tidak menggunakan oven. Ha, maksudnya semua kuih yang bakar-bakar ni saya beli je.. Saya akan buat kuih goreng-goreng je :)

Kuih pertama yang saya buat ialah Kuih Siput. Ni resepi mak saya.
Alhamdulillah, rasanya menjadi jugak. Encik suami pun memuji dengan berkata : kuih siput ni pass. (hihihi, maksudnya saya dah dapat cop SIRIM la tu) 

Terima kasih abang :)
  
Penat membuat kuih siput ni terus hilang bila suami memuji. hihii.. Mana taknya, sekilo tepung, saya buat sorang-sorang.. Terasa jugaklah bahu ni.. hihihi...

Ni je gambar yang sempat saya ambil.


Resepinya mudah sangat. Mintak resepi kat mak melalui telefon :)

Terima kasih jugak untuk mak :)


Bahan-bahannya :

1 kg tepung gandum
Santan RM1
3 sudu marjerin
 *Daun kari di potong halus-halus.

Bahan B
1 biji telur
3-4 biji bawang merah
Serbuk cili (ikut rasa)
Jintan manis (ikut rasa)
Udang kering (ikut rasa)
Sedikit garam
Sedikit sahaja air

Cara-caranya :

Blender bahan-bahan B.
Pastu, campurkan bahan-bahan B dengan tepung gandum dan marjerin.
Masukkan santan sedikit demi sedikit mengikut keadaan tepung tu. Kalau keras, masukkan sedikit air. Kalau lembik, tambahkan sedikit air.
Kemudian, campurkan daun kari tu untuk menambahkan keharumannya.
Bila dah siap, bolehlah menggentel kuih siput tu :)
Kemudian bolehlah menggoreng dalam minyak yang banyak. Letakkan juga daun kari tu dalam minyak untuk menambahkan lagi bau dan rasanya :)

***Selamat Mencuba! ***

p/s : Mood raya dah datang.. hihhihi..


 Ros.reeza



23 comments:

  1. 1 kg sorang buat..mak ai mau patah juga tangan kan

    ReplyDelete
  2. sedap ni....sll biskut2 ni mkn dpn tv mmg tak sedar....

    ReplyDelete
  3. rajin nyer bt kuih siput, akak selalu nyer mak yg bt... thn ni sempat bt popia nestum je... kalu sempat lg ingt nk bt cornflake madu

    ReplyDelete
  4. ya Allah!! mmg penat tu...tapi berbaloi sbb suami dah puji tu...

    ReplyDelete
  5. kuih ni saya tau makan je..buat kompem tak tau..huhu

    ReplyDelete
  6. snng buat tp malas nak gentel tu..hihi.

    ReplyDelete
  7. kueh kesukaan yana nie ... hehe yana xsmpt nk buat kueh lg. mlm raya kot berhempas pulas.

    ReplyDelete
  8. Sama style dgn kakak. Tambah ikan bilis kecik-kecik yg telah digoreng dalam bekas sebagai campuran pun sedap tau Ros...

    ReplyDelete
  9. fuhhhhh jenuh nk meggentel ni.

    ReplyDelete
  10. Salam perkenanalan.. saya dah follow blog awak... nice la blog awak..

    ReplyDelete
  11. he3 kalau kat umah mak, kuih siput ni x sempat raya, kami adik beradik da sapan abiskan he3

    ReplyDelete
  12. kite ni kurang rajin buat kuih ni..
    msk kt kdai la gamak nya

    ReplyDelete
  13. rajinnya..~ buat kuih neh perlukan banyk kesabaran..sbb tu jarang buat..hehe

    ReplyDelete
  14. wajib buat ne tuk hidangan raya..

    ReplyDelete
  15. lagi satu kuih gunting, saya pandai gunting je. hihi

    ReplyDelete
  16. haha..sama la kuih kita..terhenjut2 dok gelintir tepung tu..kemain lenguh tangan..kih3..
    nti ciksu share juga lah..

    ReplyDelete
  17. Kuih siput makan memang sedap, nak buat tu yang tak sedap..heheee

    ReplyDelete