sirap + laici = Sirap laici

August 03, 2012

Selamat pagi :)

Alhamdulillah, hari ini 14 Ramadhan.. Macam mana puasa kita?.. Semoga kita semua akan berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa hingga bertemu Syawal.


Kenapa tajuknya macam tu?

Ok, ni nak cerita ni.. Petang semalam, saya keluar dengan housemate. Tujuannya ada dua. Dia nak cari baju raya. Maka, kami pergilah ke Jalan TAR. Lepas tu, kami ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS) pula. Saya nak cari tiket nak balik JB hari ni. Bila sampai sana, tibalah waktu berbuka puasa. Jadi, kami masuk lah ke salah satu Restoran yang ada kat TBS tu. Saya order la air sirap laici, kawan saya teh o ais limau. Makan pula, nasi goreng paprik dan kawan saya memilih mee goreng mamak. 

Tapi, nak tahu apa yang saya dapat?..  Saya dapat 2 gelas air. Satu Sirap. Yang satu lagi Laici ais. Haa,nape jadi macam ni?.. Tadi saya order sirap laici.. huhuhu.. Saya pun tanya lah kat orang buat air tu. So, dia tunjuk kat resit. Ada 2 pesanan. Sirap, RM1.50 dan Laici, rm2.00. Saya pun terangkan lah pada dia. Dia pun marah pada cashier yang ambil order tu. Nak tahu apa jawapan yang cashier tu bagi?

Dia kata dekat kaunter dia tu, tak ada air sirap laici. So, dia kena tekan pada 2 jenis air sebab mesin tu automatik ada menu,.. Yang buat air dan cashier tu saling bertekak.. So, saya buat keputusan ambil je lah kedua-dua air tu dengan hati yang terbuka.. Pastu kawan saya ni tergelak-gelak.. Sebab dia order teh o ais limau. Nasib baik tak dapat teh o ais dan limau ais.. hihihihi...

Kemudian, makanan yang kami order dah siap. Saya dapat nasi goreng paprik yang agak menarik saya rasakan.. Kawan saya pulak, dapat nasi goreng mamak.. Aik? Dia order mee goreng mamak kot.. Dia pun cakap la kat orang bahagian masak tu, ni dah tersalah buat ni.. Lagi sekali, ada perbalahan antara cashier tadi dengan orang bahagian dapur..  Then, kawan saya kata, tak apa lah.. ni pun ok je.. Nasib baik sedap nasi goreng tu, kata kawan saya.. 

Macam-macam kan.. Ni semua mungkin berpunca dari salah faham je..

Pasal air tu, saya campurkan je sirap tu dalam gelas laici. Jadilah Sirap laici kan.. tapi, memang minum tak habis, sebab banyak sangat.. huhu..

Pengajarannya, bila nak order tu, sebutan biar jelas.. hihihi.. kang,salah pesanan pulak..

p/s: kalau masuk restoran tu, dah tak boleh order sirap laici, tembikai laici dan seangkatan dengannya.. hihihi..


Ros.reeza



You Might Also Like

32 comments

  1. gitu pon boleh? he3...

    rajin nyer dpt p jalan tar...

    ReplyDelete
  2. saya pernah order air tembikai susu..dapat jus tembikai+susu..arghh..salah order..patut sebut honeydew..-__-"

    ReplyDelete
  3. @ieedaz @ mama_isha ye..bila teringat macam nak ketawa pulak..

    ReplyDelete
  4. @lia a'a.. kitorang naik lrt je :)

    ReplyDelete
  5. @nur anis Ros pun penah gak.. Msa tu memang nak minum tembikai susu tu.. tpi dapat tembikai merah yg dicampur susu.. hihihi

    ReplyDelete
  6. bulan puasa .. pendengaran kurang cikit kot. hehe

    ReplyDelete
  7. uikk ader jugak org macam tuu
    ekekek ;)

    ReplyDelete
  8. hahaaa tersalah paham da...nasib xpernah jd mcm tu lagi hihi

    ReplyDelete
  9. deqla suka laici jek... tak suka la campor2.. hihi..salam 14 ramadhan... :)

    ReplyDelete
  10. hahaha..blh gitu kan..tp cashier tu problem jgk..klu takde ckpla takde.kan snang :) ada2 jer..

    ReplyDelete
  11. @ieda
    ye kak.. jenuh nak minum sampai 2 gelas.. akibatnya memang tak abis..

    ReplyDelete
  12. @Wanieys a'a.. tu la, mintak lain dapat lain :(

    ReplyDelete
  13. @Deqla manjew Ros suka campur.. kalau ngan tembikai lagi sedap ;)

    ReplyDelete
  14. @ayut
    itu yg sy tak faham tu.. boleh dia bagi alasan tuh...

    ReplyDelete
  15. salam kenalan ;)
    mcm2 hal..tp apa pun "customer is always right" ;)

    ReplyDelete
  16. @Syima ~Mama Kyra~
    salam perkenalan jugak :)
    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  17. hehhehe...silap pemahaman...=P

    ReplyDelete
  18. Masa ambil order dia tak tulis tu yg silap ros..

    ReplyDelete
  19. @Kakzakie kedai ni jenis order kat cashier, then cashier terus tekan je.. huhuhu,, tu la..

    ReplyDelete
  20. hahahaha... cahier baru kot.... baru nak mengenal... sirap laici...

    apasal tak take away... hehehe

    ReplyDelete
  21. @dwaty tak tahu la nak cakap.. huhuhu

    ReplyDelete
  22. HEHHEE..mcm2 yea..
    btul2 salah kefahaman...
    baru keje kot...

    ReplyDelete
  23. HEHHEE..mcm2 yea..
    btul2 salah kefahaman...
    baru keje kot...

    ReplyDelete
  24. hihiiii pnh jd gini gak... order lain dpt lain... lps tu hubby tegur lainkali cakap biar ternag... hihii

    ReplyDelete
  25. kira macam air gelas besar lah..akak tak berani order..sbb tak pernahnya habis..huhu
    dlm bln puasa ni mmg mcm2 kekalutan yg terjadi kalau berbuka kat kedai..al maklumlah..nasib baik order yg slah tu sedapp jg ye..:)

    ReplyDelete
  26. teh o ais laici jugak yg best tau :) hihi.. ko minum 2 gelas la ye..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS