I'm Coming Back ♥♥

October 28, 2012




selamat petang semua. Seperti tajuk di atas, ya saya kembali semula di dunia blog  tiada niat untuk menyepikan diri ini. Namun masa membataskan segalanya. Seperti yang anda semua telah ketahui, saya telah dapat posting ke johor bahru dari kuala lumpur. Banyak hal yang harus diuruskan. hal perpindahan rumah, pertukaran tempat kerja. Juga ada dugaan kecil yang datang menjengah diri sewaktu dalam perjalanan ke johor bahru.  Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah. dengan izinNya saya masih bernafas.

banyak yang hendak dikongsikan dengan anda semua, tetapi mungkin di entry yg seterusnya kerana sekali lagi baatasan masa. bukan mahu menyalahkan masa tetapi saya masih merangkak rangkak dalam menguruskan masa di sini. suasana baru, persekitaran baru, jugak dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. jika dulu saya agak bebas melakukan apa apa di rumah sewa kerana masih duduk berasingan dan merasakan diri seperti bujang kerana tinggal bersama kawan-kawan. kini saya perlu menguruskan segalanya.. mengemas, membasuh, memasak dan macam macam me lagi. hihihi. saya betul betul sukakannya. ♥♥♥

TERIMA KASIH buat kawan kawan blogger yg sudi singgah di sini walaupun dalam tempoh 2 minggu ini saya tidak berblogwalking.. ada  yang sudi bertanya khabar. terima kasih Cik Sue.. ada yg sudi membuat entry khas untuk saya. terima kasih Miss Volvo. maaf saya tidak boleh memasukkan link anda di sini. saya update guna phone, tak tahu macam mana nak masukkan link.. hihi..

macam macam dah berubah sekarang ni.. saya pun dah dapat tugas baru di pejabat. masih lagi belajar sekarang ni. Banyak benda yang perlu dipelajari..


di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. masih tak terlambat kan??? tentu meriahkan raya kawan kawan. saya beraya di perantauan lagi kali ni. tak berkesempatan nak berya di kedah bersama keluarga sendiri dan mertua..

Sampai di sini dahulu ye, sehingga jumpa lagi di entry berikutnya.

Assalamualaikum.

♥♥rose♥♥



You Might Also Like

12 comments

  1. salam..xpe ambil masa & selamat kembali

    ReplyDelete
  2. salam..xpe ambil masa & selamat kembali

    ReplyDelete
  3. patutlah tak nampak ros tadi.

    ReplyDelete
  4. Samela kite kak, beraya di perantauan :(

    Cepat2la update yer kak, tak sabar nk tahu cite akk :-)

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha utk ros..ptt lama xnampak..hope semuanya berjalan lancar k

    ReplyDelete
  6. slmt bkrja kt tmpt bru.. nti update ye

    ReplyDelete
  7. bila pindah tmpat keje baru mmg bz kan..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS