coffee lover

ESPRESSO MACHIATO | Jangan salah pilih kopi!

December 31, 2012

ESPRESSO MACHIATO | Jangan salah pilih kopi! |Selamat pagi semua. 

Hari jumaat lepas, saya singgah ke Restoran Secret Recipe bersama suami. tekak ni teringin nak makan kek chocolate indulgence kat situ. 
Bila dah sampai, saya pun order la kek tu. Suami order kuih popia dan air epal kasturi. Saya pulak tengok la menu nak order air panas. Maklumlah tengah demam dan batuk-batuk kan. Sekali orderla air "espresso machiato".  order yang regular je. 

Sekali sampai, inilah dia airnya.


                                                                                                                



Nak tahu apa tanggapan pertama kami berdua?. 

hihi.. cawannya amatlah comel. kecik sangat tau. Suami saya cakap, ni sekali hirup je ni. Yang saya pula tak habis ketawa. sebab terkejut cawan dia kecik bebeno. hihi..

Suami saya pun apa lagi. Minumlah. sekali tengk mata dia terpejam pastu terus letak balik. Beliau suruh saya pulak rasa. nak tahu apa rasanya? pahit sangat, rasanya sampai ke kepala tau. tak boleh masuk kat tekak. hmmm...

patutlah cawannya kecik aje. minum memang tak habis. hihi.. Ada tak yang pernah minum air ni?  memang pahit macam ni ke rasa dia?. memang tak ada gula ke?.. Sebenarnya saya ni memang penggemar kopi. Tapi yang macam ni memang tak tertelan dek tekak tau. huhuhu... Saya makan di Secret Recipe Aeon Tebrau, jb.



Yang ni sedap ♥♥

p/s : Gambar tuan blog tak ada ye kali ni :)

Updated : Espresso Machiato memang pahit. Cara minumnya, kena hirup terus dan bukanlah diminum sedikit demi sedikit. Kalau minum espresso machiato ni, mata boleh tahan lama. Kihkih. Maksudnya tak mengantoklah :)

Games

SIM SIMI

December 30, 2012





Bila bosan, best jugak layan Simi ni. hihihii...


kawan-kawan pernah tak borak ngan simi?. 






p/s : Baik yang kita cakap, baiklah yang Simi balas.. Buruk yang kita cakap, begitulah jua yang dibalas Simi :)

perfumes

CELEBRATE LOVE

December 21, 2012




~~Indah Rupa Dari Baunya~~


Itu yang mampu saya katakan berkenaan minyak wangi ni..  Masa cuba di kedai tu, macam wangi.. Tapi, bila balik rumah dan pakai.. Emmm, tak sedap bau dia. Macam bau masam-masam pulak, tak wangi.. Tapi, tak tahulah kalau orang lain menyukai bau ni.. Pada saya, Oh tidak..Botol dia memang cantik, mungkin sebab tu saya terpikat kot masa nak beli..




p/s : Lain kali, kena cuba bau betul-betul sebelum beli untuk mengelakkan pembaziran~~~

haiwan

IKAN EMAS LIONHEAD

December 21, 2012



Selamat pagi semua...
Alhamdulillah...hari ini hari Jumaat...

Ok, seperti yang dijanjikan. Pagi ni saya nak memperkenalkan siapakah yang dimaksudkan dalan entry yang lepas. Ya, seperti tajuk di atas. Ikan emas lionhead. hihi. Saya beli di Skudai. Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan kedai di johor bahru. 

Seronok jugak bela ikan ni tau. Boleh menghiburkan hati bila tengok ikan-ikan ni bermain di dalam akuarium, dapat bagi makan. Memang best la. hihi..

oh ya, ramai yang teka kucing kan. Sebenarnya saya ni takut dengan kucing...hihi. Lagipun,saya ni ada lelah..

Jom kita tengok Caca, Cici, Cucu, Rara, Riri dan Ruru ye :



                          





p/s : Ada yang sama minat macam saya ke?..

haiwan

BUAH HATI

December 20, 2012






Hai.. Entry yang lepas saya ada cerita yang saya dah ada peneman baru kan?..
CACA, CICI, CUCU, RARA, RIRI dan RURU.

APAKAH IA?.. Ramai yang teka kucing.
cuba tengok kat bawah ni :-













Benarkah kucing???
hihihi..


Next entry saya bagitahu ye...


haiwan

~ DAH ADA PENEMAN ~

December 18, 2012




Selamat pagi semua :)


Alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Allah pada hari ini, 18 Disember 2012.

Eh, kenapa ramai yang tersenyum lebar tu?.. Haaa... hari ni gaji kan?.. Untuk penjawat awam je la ye.. Alhamdulillah dengan rezeki yang kita dapat kan :) Gunalah sebaik-baiknya. Jangan membazir ye..
Nak kongsikan pesanan dari Prof. Dr Muhaya untuk wanita-wanita di luar sana, jugak untuk diri sendiri :-







Eh, saya jugak nak ceritakan satu benda ni.. Sekarang saya dah ada peneman kat rumah. Yelah, saya duduk berdua je kan ngan suami. Suami saya kan tentera.. Beliau banyak kena pergi kem tak kira waktu, siang atau malam. Nanti kena pergi kursus la, operasi lah kan.. Kalau sesiapa yang ada saudara tentera, pasti memahami kan?..Kalau suami kena duty atau ada tugas di kem, dapat jugak menghiburkan hati saya ni.. hihihi..

Peneman saya tu ialah,

Caca, Cici, Cucu, Rara, Riri dan Ruru.. Apakah itu?.. Haaa,cer teka.. Next entry saya ceritakan ye :)



p/s : Caca, sebagai abang sulung, kena jaga adik-adik ye :) HIkhikhik :)

Makanan

Jagung Special

December 16, 2012




Selamat malam semua.
Dah makan malam ke belum ye?. mesti dah kan.. dah lewat jugak ni. hampir pukul 10 ni. 
ok, malam ni saya makan jagung... lapar pulak waktu macam ni, walaupun tadi dah makan mee goreng. hikhikhik.... 
Saya rebus sendiri tau. letak gula dan garam sikit, bagi tambah rasa sikit kan....


tadaaa.... Inilah jagungnya... penuh je isinya dan besar pulak tu... Memang puas hati...





Tapi kan, saya ni ada masalah sikit tau.. Saya tak boleh makan jagung dengan cara gigit terus dari batangnya. hihihi..Jangan ketawakan saya ye. Bukan apa, gigi saya ni tak berapa kuag rasanya.. saya rasa ngilu nanti...

Maka,
untuk makan jugak jagung tadi, saya buat macam ni :-






p/s: jemput makan ye.. saya suka makan macam ni. tapi anak saudara saya suka campur planta sikit. ♥♥♥



Ilmu

PETA HIDUP

December 15, 2012






Sekadar ingin berkongsi ini. Buat renungan kita bersama ♥♥



p/s : Ambil dari fb Sham kamikaze.. terima kasih :-)

Makanan

BUAH MANGGIS

December 15, 2012




Pagi tadi saya pergi pasar tani. Jalan punya jalan..punya jalan, tup tup ternampak manggis. Apa lagi, saya pun terus beli. Dia jual 3kg, RM10. Tapi, saya beli  5 ringgit je. 

sebenarnya, dah lama saya tak makan buah manggis tau. dalam tahun ni, ni lah yang pertama kali!

inilah dia buahnya :-






Saya pun tak tahu nak pilih pilih buah manggis ni. tak tahu macam mana nak pilih yang elok. Saya suruh peniaga tu je yang bubuh. 



p/s : Jemput makan ye ♥♥

Makanan

KARIPAP-KARIPAP CINTA

December 14, 2012




Selamat malam semua. Haa, tengah buat apa tu?.. mesti tengah rehat rehat kan?.. yelah, penat bekerja sian tadi kan... 

Dah masak makan malam ke?. ataupun masak kat kedai jerr.. hiikhik... 

Nak tahu saya makan apa?..meh kita tengok sama sama k...






Inilah dia kawan kawan. Karipap karipap cinta. eh,bukan . ni karipap pusing. tadi saya beli yang jenis sejuk beku kat opis tadi. balik , goreng je dan terus makan..
Alhamdulillah, rezeki untuk malam ni..

kampung

SUSU KAMBING SEGAR

December 14, 2012



Bukan tentang susu kambing segar yang saya nak ceritakan hari ni. hihi..

Saya nak share satu gambar yang saya ambil di rumah mak mertua saya di Jitra. haaa..gambar kambing sedang menyusu. bukan main lagi minum dalam botol susu kanak.kanak. hihi..

Saya yang tak pernah tengok kambing menyusu, tertawa sendiri. hihi,.. Kambing pun dah pandai nak minum dalam botol ye.. hikhik...



 
p/s : Sehingga saat ini, saya tak pernah lagi merasa susu kambing :)

Nilai murni

APABILA SUAMI JUGA KE DAPUR

December 14, 2012





Selamat pagi kawan-kawan. Apa khabar hari ni?.. Moga semuanya sihat-sihat saja ye.. Alhamdulillah, kita masih bernafas di bumi Allah pada hari Jumaat ini..

Sungguh seronokkan, kalau kita dapat suami yang ringan tulang kan?.. Sama-sama membantu kita di dapur.. hihi..






Apapun, bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan merungut ye kawan-kawan semua :)







p/s : Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

sukan

HARIMAU MALAYA

December 13, 2012




Sebentar lagi.. Bakal bermula. Inilah detiknya. Siapa bakal ke peringkat akhir?..

Gambar ini diambil dari FB. tak ingat ambil di page mana. apapun, terima kasih dihulurkan ♥♥


Jom kita saksikan. Ayuh kita berikan sokongan!


p/s: Sudah semestinya yang terbaik akan menang. Moga Malaysia mempamerkan aksi yang terbaik sebentar lagi ♥♥♥

Nilai murni

SAHABAT SEJATI

December 12, 2012





Selamat pagi kawan-kawan. 

Cuma nak berkongsi ini, yang diambil dari FB rakan. 




Kedua-duanya penting kan, kawan-kawan. Janganlah kita melupakan kawan-kawan yang berada di sekeliling kita setelah kita menemui sahabat baru. Janganlah kita menjadi seperti, "habis madu sepah dibuang"... tak elok, tak elok, tak elokkk tu :-)




p/s:Hargailah mereka yang berada di samping kita tatkala kita melalui saat suka mahupun sukar...


motivasi

Tak Usah Kau Sesali

December 11, 2012




Selamat malam semua.

sekadar ingin berkongsi kata-kata ini yang saya ambil dari FB rakan. 





Betul,kan kawan-kawan?.. setiap yang berlaku ada hikmahnya. dan jangn pernah salahkan sesiapa kerana jalan hidup ini, kita yang memilihnya. tak ada sesiapa yang harus dipersalahkan.  sebab tu, sebelum mengambil sesuatu tindakan, fikirlah semasak-masaknya. 




p/s : Sesal dahulh pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. 

Makanan

APAM POLKADOT

December 11, 2012



Selamat tengahari semua ♥♥♥


Hari ni saya nak berkongsi sesuatu. Apakah ia?. hihi. Ya, seperti tajuk di atas tu , Apam Polkadot. baru nak try sekarang ni. Mesti kawan kawan dah cuba buat kan?...

Saya try buat ni masa balik kampung minggu lepas. Buat dengan mak tersayang ♥♥♥

Saya letak inti bluberry dan coklat chip. hihi. Alhamdulillah, dapat renspon yang positif dari keluarga.

Jom kita layan gambarnya ye ..



Apam polkadot yang baru nak dikukus.



Yang ni yang baru masak. Percubaan pertama ni ♥♥


 




 
 
 
p/s : Kawan kawan dah mencuba ke?..

Family

SEHATI SEJIWA

December 10, 2012

 
 
Inilah anak saudara saya yang perempuan, Nurrin Batrisyia Dania. Tapi, saya panggil dia Nya je.. Dan dia pulak panggil saya Ija je.. hihihi.. Patutnya dia kena panggil saya Mak Uda... Nak buat macam mana kan, dah dulu duduk sekali, dia dah terbiasa dengar mak saya panggil Ija, dia pun sebut Ija.. Tapi, dia panggil suami saya, Pak Uda,.. Nya ni dah berusia 7 tahun, nak masuk 8 tahun dah...
 
Memang kami amat rapat sangat.. Tapi, sekarang ni dah berjauhan.. saya di Selatan ni ha.. Dia di Utara nu... Dulu, masa kami keluar jalan-jalan, mesti orang ingat Nya ni adik saya tau.. sama kan wajah kami?..
 
 
Gambar ni diambil 2 minggu sudah.. Nya datang Jb .. Kan cuti sekolah kan :)
 


p/s : walau berjauhan, kasih kita tetap bersemi.. cewwahh...

Family

BABY ARIF

December 10, 2012




Selamat tengahari semua. Dah makan ke kawan-kawanku sayang ?.. Saya tak keluar makan pun, cuma kirim pada kawan.. Char Keow Teow lgi.. hihihi...

Nak berkongsi satu gambar anak saudara saya, Baby Arif ni.. Dia ni suka menyorok dalam almari ni tau.. Dia ni duduk dengan mak saya kat Kedah nu.. Mak saya jaga sementara ibunya kerja. Mula-mula tu, memang jenuh mak saya mencari dia. Tak tahu ke mana. dah satu rumah cari. Rupa-rupanya dia boleh menyorok dalam almari ni.. hihihi.. Baby Arif ni tak pandai cakap lagi. Cuma boleh sikit-sikit je la.. Masa mak saya panggil dia, Arif...Arif...dah banyak kali, mak saya dengar suara dia ketawa. Tengok-tengok kat dalam ni.. Pandai tu, dia main nyorok-nyorok ngan nenek dia ye :)

Masa ambil gambar ni, dia dah nak keluar dari tempat persembunyian dia... hihihi




p/s: seronok tengok keletah kanak kanak..

Makanan

COKLAT

December 10, 2012

 
 
SELAMAT PAGI...
 
Pagi-pagi dah tunjuk gambar coklat ni.. hihihi..
 
Coklat kegemaran saya ni...
 
Anda pula?...
 
 
 



p/s : Mulakan hari Isnin ini dengan penuh bertenaga ok.. Jangan nak ber Monday Blues sangat.. hihihi.

Makanan

BUAH OREN

December 09, 2012




Selamat malam. Agak lewat tulis blog hari ni. Ada masa terluang kan , tu yang bukak blog sekejap.. Biasalah, kalau dah lewat gini, tak tido lagi, mesti perut ni mintak diisi. hihihi. Jadi,  kita makan buah je ye. hihi. 


Jom, jemput makan. Buah oren, kaya dengan vitamin C. 




p/s : Agak manis buah ni tau ♥♥♥

Hari Bahagia

~~ ADA APA DENGAN 5 DISEMBER? ~~

December 07, 2012




Lambatnya nak sambung entry yang lepas ni.. Kan saya ada cerita dalam ENTRY ni.. Haa, ni baru nak sambung cerita ni..
 
Sebenarnya bukanlah ada apa sangat dengan tarikh ni. Tapi, tarikh ni lah tarikh yang istimewa buat saya. Pada tarikh ni lah, saya berkenalan dengan suami saya. SMS pertama yang diterima pada jam 3-4 pagi.. hihi..  Tapi, tak balas pun masa tu. Esoknya, Beliau hantar lagi SMS...Tu je lah yang saya boleh kongsikan..  Memang manis bila dikenangkan :)
 
 
~~ 5 Disember 2009 ~~
 
 
Alhamdulillah, dah 3 tahun kami berkenalan rupanya.. hihi




p/s : Gambar ni masa kenduri di sebelah pihak lelaki :)

Hari Bahagia

~~ 5 DISEMBER ~~

December 05, 2012




 
Oh, 5 Disember kembali lagi..
 
 
 
Ada apa dengan 5 Disember?..
 
 
 
Memang istimewa tarikh ni..
 
 
 
 
 
p/s : Akan saya ceritakan apa yang istimewanya tarikh ni :) hihihi

Oh, boleh pinjam masa awak?

December 05, 2012




Selamat pagi semua :)
 
Semoga hari ini membawa seribu kemanisan buat kita semua. Apa khabar semuanya rakan-rakan sekalian?. Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melakukan kebaikan pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya..
 
Sekarang ini, saya memang selalu berperang dengan masa. Oh masa. Rasa seperti tidak cukup.. Boleh ke mintak lebih masa?.. hihi.. Dek kerana kesibukan di tempat kerja, dan pelbagai hal yang datang menerjah diri ini, saya memang langsung tak sempat nak menjengah blog sendiri.. Maafkan saya kerana agak lama tidak meninjau ke blog rakan-rakan sekalian.
 
Memang banyak yang hendak diceritakan, tapi bukan untuk kali ini. Sebab sekarang ni pun saya sedang mencuri masa sekejap. Oh,maafkan saya.
 
 
 
 
p/s : terkadang rasa jeless singgah di hati melihat orang lain yang mempunyai banyak masa tetapi tidak tahu menggunakannya.. Ecceewwahh..ayat..bukan main lagi.. hihi

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion