Program TV

SEINDAH SAKURA

May 23, 2012

Hari ni saya nak ceritakan tentang drama yang sedang ditayangkan di TV3 pada jam 7 malam..

SEINDAH SAKURA



Tengok tak drama tu?... Pada saya, cerita tu best sangat.. Mempunyai pengajaran yang banyak tau..

Ni saya sertakan sinopsisnya :

 Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?

Sebenarnya cerita ni diadaptasi dari novel ini :



Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan kesudahannya tau..

Kat bawah ni, saya sertakan lirik lagu Buatku di sana, merupakan ost Seindah Sakura.

Lirik Lagu Buatku Di Sana – Mafa feat Ronnie

 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati


P/S : Suka sangat dengan lakonan Fasya Sandha !
      : Eh, birthday Fahrin, sama dengan saya la!



 Ros.reeza

Ilmu

100 Tahun NESTLE di sisimu

May 22, 2012

Hari ini saya ingin berkongsi tentang 100 tahun NESTLE di sisimu...


Untuk pengetahuan anda, NESTLE ada menganjurkan satu pertandingan sempena ulangtahun yang ke 100.

Anda hanya perlu menceritakan kenangan anda atau detik- detik terindah hanya dengan salah satu produk NESTLE, antaranya, Milo, Nescafe, Bliss, KokoKrunch dan banyak lagi.


Selamat mencuba, ye !


Ros.reeza

Petua

PETUA UNTUK SAKIT TUMIT

May 21, 2012



Hari ini saya ingin berkongsi petua untuk mengubati sakit tumit ye...

PETUA NO 1

1. Ambil betik muda. (betul-betul muda)
2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side. dah letak atas api, jgn di balik-balik, biar jer gitu)
3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain. (beberapa lapis)
4. Letak kan kaki atas betik. (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi)
5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.
6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang tuh ada air, rendamkan tumit ke air ni.
7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.** Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit.

dan....

Ini pula cara peubatan Islam yang saya dapat melalui Program Tanyalah Ustaz di TV9 oleh Ustaz Sharhan.

1. Ambil minyak zaiton.
2. Bacakan al-Fatihah dan ayat Qursi.
3.Baca surah Al-Taubah(ayat 14)
4. Baca surah Al-Hasyri(ayat 21)
5. Sapu pada tumit. (urutkan lagi bagus)

Selamat mencuba ye... Kita perlu berusaha dan Allah lah yang menyembuhkan.....



  Ros.reeza

Mood

BERWAJAH BARU

May 18, 2012

Hai... perasan tak blog saya dah berwajah baru?... Suke tak?suke tak?..

Ape?.. Tak perasan?... Sampainya hatimu itu.. huhuhu

Semenjak dua menjak rajin pulak nak menggodek blok.. Tambah apa yang patut...



Sukanya .... hehhehehe...




 Ros.reeza

Ilmu

SELAMAT HARI GURU

May 16, 2012

Hari ini,

16 MEI 2012

merupakan hari guru ^-^

















Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mengajar saya ...





















Terima Kasih Cikgu!!

(a) Cikgu -cikgu sewaktu saya di Tabika Kemas, Sungai Buloh, Selangor.









(b) Cikgu -cikgu di Sekolah Kebangsaan Bakar Arang dan kemudian bertukar nama ke Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani, Kedah. Terutama cikgu-cikgu yang mengajar Kelas 1 Teratai, 2 Seroja, 3 Seroja, 4 Melur, 5 Seroja dan 6 Seroja ^-^

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU !!!!



















( c) Cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Terutamanya, cikgu-cikgu di Kelas 1A6, 2A6, 3A6, 4A4, dan 5A5 ^-^


THANK YOU SO MUCH !!

























Jom kita layan lagu GURU MALAYSIA ....

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



P/S : Juga jutaan terima kasih buat mak dan ayah  ----- pendidik buat diri saya...



Ros.reeza

Family

58 Days to go ...

May 16, 2012

















Menghitung hari untuk kembali bertemu ...

Kau... di Kudat, Sabah ----- menjalankan tugasmu .

Ku.... masih di sini ...

di Kota Metropolitan ini ----- KUALA LUMPUR .



12 . 07. 2012,

Waktu yang dinantikan !

Moga masa cepat berlalu,

Hari berganti lah segera ,

Detik itu kan muncul tiba !

untuk kita bertemu di Rumahku, Syurgaku, ----- JOHOR BAHRU   ^_^




 Ros.reeza

Games

ZOMBIE

May 15, 2012

Hari ni saya nak cerita sikit tentang tajuk di atas, iaitu ZOMBIE !  Haa..jangan terkejut ye.. Saya bukan nak cerita tentang asal usul kejadian Zombie ye... Dan bukan jugak tentang Zombie Kampung Pisang... hehhehe..

TETAPI...

Saya nak cerita tentang game Plants VS Zombie... Pernah main tak game ni?.. Saya memang gilakan game ni tau.. Saya boleh duduk berjam-jam depan komputer semata-mata untuk game ni tau. Sampai ke mak dan anak-anak buah saya pun dah gilakan game ni tau...
















P/S : Masih bermain game ni walaupun dah banyak kali menang.. hahhaha.....



 Ros.reeza

Bezday

Alhamdulillah... Sudah 24 tahun ...

May 10, 2012

Hai semua.. sudah lama betul tak tengok blog ni.. Emmm..nak buat macam mana kan.. Ada je benda yang berlaku...
 (i) Tanggungjawab pada kerja...
 (ii) Kesihatan yang tak stabil...
dan macam-macam lagi yang berlaku...

09 Mei 2012...

Genaplah usia saya menjangkau 24 tahun.. Emmm...sudah dewasa sekarang ni..
Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk melihat dunia yang indah ini...
Apabila usia dah meningkat setapak lagi ni, macam-macam yang saya impikan.. Sudah tentu perubahan yang positif.. Harap dapat kekuatan dan bimbingan orang di sekeliling untuk mencapai impian tersebut!

Kesihatan oh kesihatan...

Untuk pengetahuan semua, saya ni memang jenis yang mudah diserang penyakit. Kalau orang lain demam sikit-sikit, mesti jangkit kat saya. Dan saya pulak yang demam teruk... huhuhu... Siap dengan package iaitu, demam, selsema, batuk.. Saya ni ada asma.. Jadi, bila demam dah tentulah saya risau jika asma saya menyerang.. Tapi, Alhamdulillah.. dah 2 tahun saya tidak menggunakan 'inhaler'. Dulu ada jugak makan vitamin, tapi sekerat jalan je. Pada 21.1.2012, saya dijangkiti demam yang memang teruk.. Seminggu berada di Johor Bahru... Tak larat nak balik KL untuk bekerja... Oleh kerana saya ni memang jenis mudah dapat penyakit, seorang kawan mencadangkan saya mengambil 'virgin coconut oil' keluaran CATALYST untuk meningkatkan antibodi saya ni.


Haaa.. inilah dia


Saya pun mengamalkanlah makan VCO ni. Sehari, 2 biji saya makan.. Alhamdulillah, saya rasa ada perubahan pada diri saya. Kalau kawan saya demam pun, saya dah tak dijangkiti tau. Kulit pun rasa lain je.. Saya rasa ada perubahan positif dalam diri saya ni.

NAMUN, ianya hanya bertahan selama 3 bulan je.. Maksudnya, pada 30 April 2012, saya telah dijangkiti demam.. Mula-mula demam biasa je.. Pastu tiba-tiba demam yang sekali dengan sakit kepala. Tak pernah sebelum ni, kalau saya demam, saya rasa sakit kepala,... Saya pergi kerja pun tak larat.. Terpaksa balik awal. Selalunya saya kalau tak sihat, suka ke klinik. Tapi, kali ini hati jadi keras. Tak mau ke klinik. Suami suruh ke klinik pun tak nak..(Suami saya telah berlepas ke Kudat,Sabah pada 11 April selama 3 bulan-ada operasi.. maklumlah Tentera kan..) Mak ayah call dari kampung suruh pun, saya tak mahu... Pada 7 Mei, saya sakit tekak..Suara pen serak-serak basah je.. Tiba-tiba esoknya saya bangun pagi, suara dah hilang! Ya Allah..saya tak boleh bercakap.. Suara tak mau keluar! Selama 2 hari jugak saya tak mampu bertutur.. Sungguh saya insaf bila ianya terjadi,... Mulalah saya terfikirkan pada mereka yang memang tidak dikurniakan suara sejak dilahirkan.. Saya yang diuji selama 2 hari pun, sudah rasa tersiksa.. Tak boleh nak bercakap dengan orang. Terpaksa pendamkan saja dalam hati.. Bercakap hanya sekadar mengangguk dan menggeleng serta menggerakkan tangan saja.... Inilah ujian tatkala usia mahu berganjak... Alhamdulillah, hari ini, 10 Mei, saya mampu bertutur.. Walaupun suara kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Saya bersyukur... Kadang-kadang saya terfikir mungkin ni demam nak beralih tahun kot?.. hehhehe.. Macam budak-budak nak beralih bulan kan, ada ragamnya...

Sepanjang tak ada suara tu macam-macam yang saya buat untuk pulihkannya.

Antaranya :-

 (a) MINUM AIR ASAM JAWA.


(b) GULA-GULA FISHERMAN'S FRIEND.

( c ) GULA-GULA DEQUADIN.


(d) STREPSIL yang baru tu...

Ha... macam-macam saya makan bagi memulihkan suara tau. Akhirnya, masa saya godek-godek kat internet, sata terjumpa satu petua ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah, suara saya keluar sikit-sikit. Tapi, bukan lepas buat, terus ada.. Kena tungu semalaman jugak lah.. Saya try minum dalam pukul 1.30 tengahari. Pastu ulang semula pada pukul 2.30 petang. Keesokkan harinya, saya bangun pagi, suara dah ada walaupun serak dan perlahan. Alhamdulillah... Kita kena usaha macam-macam cara kan.. Allah juga lah yang menyembuhkan setiap dari penyakit yang kita hidapi. Nak tahu petuanya?... 

Jeng..jeng..jeng... Saya rendamkan nasi dalam semangkuk air.. Tutup dan biarkan selama satu jam.. Saya guna nasi panas.. Lepas sejam, minum air rendaman tu.. Sape-sape yang bernasib seperti saya, bolehlah mencubanya ye... InsyaAllah, berkesan... Dari langsung tak ada suara, dah ada sikit-sikit... Cuba tau nanti!....


p/s : Tinggi tinggi Gunung Kinabalu... Tinggi lagi sayang sama kamu.... 
        biru biru hujung kinabalu....  tengok dari jauh hati saya rindu..
(oh..sekarang rindu sama Sabah.. tiba-tiba kan?.. heheheh)



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion