Jalan-jalan

JALAN_JALAN HUJUNG MINGGU

September 25, 2012





Selamat pagi.. Apa khabar semuanya?.. Diharapkan semuanya sihat ye..  Hari ni baru berkesempatan nak update cerita jalan-jalan hujung minggu lepas.. hihihi.. Lambat bebenor... Susah sekarang ni nak cari masa jenguk blog...


Mengikut perancangan awal, hanya satu tempat je nak di tuju iaitu di Gunung Lambak Kluang...  Tapi, dah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke panggal lengan kan?.. hihihi.. Dah alang-alang keluar dari kepumpung JB, apalagi kan.. Mula-mula pergi Kluang, pastu terus ke Batu Pahat...

Gunung Lambak di Kluang dan Wet World di Batu Pahat.

Sempat ambil gambar papan tanda di lebuhraya... 

Kalau dari arah Selatan, ambil susur keluar ni ye...



Ok, mula-mula seperti pada rancangan awal, kami terus ke Gunung Lambak di Kluang..  First time datang sini ni.. Ramai jugak orang masa tu.. Hari cuti kan..  Masa kami lalu kat jambatan gantung, ada beberapa ekor monyet sedang menunggu.. huhu,.. Saya ni yang agak penakut, terus letakkan segala makanan dan minuman kat bawah tu.. Konon-konon nak elak dari dikejar monyet.. hihi.. Lepas tu monyet tu terus menyambar makanan tu.




Sekejap je singgah Gunung Lambak ni.. Tak mandi pun.. Masa nak balik tu, terus ajak suami pergi Wet World pulak.. Sebenarnya tak tahu pun tempat tu.. Cuma ternampak papantanda, tu yang ajak beliau ke sana :)

Bayaran masuk RM15 untuk dewasa.. Parking pun kena bayar, tapi dah tak ingat berapa ringgit... Seronok jugaklah mandi kat dalam tu.. Bilik mandi pun bersih untuk tukar baju.. Kalau datang ramai-ramai lagi bertambah seronok. Masa kitorang sampai, ada diadakan hari keluarga syarikat ape ntah.. Seronok tengok dorang dapat banyak hadiah. hihihi...






p/s : Memang letih hari tu.. Tambah letih bila kereta pulak tiba-tiba demam :(


lirik lagu

Lirik Lagu Kupilih Hatimu – Ussy Feat Andhika

September 21, 2012





Selamat petang semua....

Alhamdulillah..hari ni kita menemui lagi penghulu segala hari, hari Jumaat....

Eh, dashboard blog dah berubah kan?.. Baru perasan semalam.. Emmm..tak best la.. Kena biasakan diri nampak gayanya... Hari tu boleh kembali kepada yang lama..  Agak-agak yang sekarang ni boleh tak kembali ke cara yang lama?.. Ada yang tahu tak?....

Ok, hari ni cuma nak share satu lagu yang sedang meniti di bibir saya dalam minggu ni.. hihihi... Ayat, bukan main lagi.... Lagu Ku pilih hatimu, OST drama Saiful Nita yang ditayangkan di TV3 malam-malam tu, 10.30 malam... Sebenarnya tak minat sangat dengan cerita ni.. Banyak beno konfliknya... Pelakon pun, bukanlah feveretttt saya kan.. Tapi, bila dah dengar lagu ni, terus jatuh cinta dan semangat nak tengok cerita ni.. Haa, tengok tu, betapa lagu memainkan peranan yang penting dalam sesebuah cerita kan?....




Lirik Lagu Kupilih Hatimu – Ussy Feat Andhika

 Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini 
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku) 
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini 
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini 
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini 
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini 
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

 

p/s : Cuba dengar dulu lagu ni, nanti mesti jatuh cintaa jugak :)


Jalan-jalan

MACAM-MACAM NAK BAGITAHU NI...

September 20, 2012





Assalamualaikum semua...

Selamat petang...

Hai semua :)

Lama tak jengah blog sebab kekangan waktu.. eh, betul ke ayat tu?.. hihihihi... Kan kita semua bercuti Hari Malaysia hari tu, kan.. Dan hari selasa, saya terus ke Hotel Putra, Kuala Lumpur untuk berkursus.. Nanti next entry saya cerita kursus apa ye.... Tengahari tadi baru habis kursus... Hujung minggu lepas, saya balik Jb.. Ada beberapa tempat yang sempat saya singgah.. Antaranya Gunung Lambak di Kluang dan Wetworld di Batu Pahat. Nanti jugak saya cerita pasal tempat-tempat tersebut...

 Aaa...sebelum terlupa, saya nak ucapkan dulu Selamat Menyambut Hari Malaysia.. Masih tak terlambat kan?.. 

Dan ingat lagi tak tentang entry PANGGILAN MISTERI ???? Haaaa...hari ni ada sambungannya tau...

Macam mana nak cakap ek.. Apa yang saya boleh katakan, syukur Alhamdulillah... Tak berani lagi nak bagitahu, sebab tak dapat surat lagi :)

Terima kasih pada semua yang sudi mendoakan untuk saya ye... Amat saya hargai kesemuanya...





p/s : Hanya entry ringkas untuk petang ini.. Jumpa lagi pagi esok ye :)



syukur

~ ALHAMDULILLAH ~

September 14, 2012

Selamat pagi :)





p/s : Jom gerakkan bibir ucapkan Alhamdulillah :)





* Sumber gambar: Cik Google :)

Ros.reeza

instagram

BERAPA GRAM INSTAGRAM ANDA ???

September 13, 2012



 Selamat pagi semua.. Hai, apa khabar hari ni?.. Moga semuanya sihat belaka ye :)

Eh, kenapa tajuk kat atas tu?.. haa.. hari ni nak cerita tentang INSTAGRAM.. Mesti ramai yang dah tahu kan, eh tak.. Mesti SEMUA dah tahu kan?.. Even budak-budak sekolah rendah pun dah guna benda ni kan?.. Maklumlah, zaman teknologi sekarang ni.. Bak kata Kristal, 'Zaman kini serba pantas. Lambat sikit kita 'kan dipintas. Takkan nak sampai mimpi. Baru nak kau fahami'...  hihihi..ada kena mengenakah ini?..

ok, nak pendekkan cerita je ni.. Kat bawah ni ada info sikit tentang INSTAGRAM ni yang saya cari kat google...



Instagram adalah sebuah aplikasi percuma dari iTunes yang fungsi utamanya sebagai tempat untuk menambah gambar-gambar. Aplikasi ini boleh digunakan melalui alat alat seperti iPhone, ataupun iPod yang mempunyai versi iOS 3.1.2.

Instagram dibangunkan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger yang tergabung dalam syarikat yang telah mereka kembangkan sendiri iaitu, Burbn, Inc.

Kegunaan Instagram tidak hanya untuk berkongsi gambar saja, melainkan juga untuk menyunting foto-foto yang mempunyai 16 kesan yang boleh digunakan untuk menyunting gambar. Dengan aplikasi Instagram, foto-foto anda boleh dimuat naik melalui rangkaian sosial seperti facebook, twitter, foursquare, flickr, dan juga posterous.


Sebenarnya, saya pun baru je berjinak-jinak ni.. hihihi.. baru malam tadi try benda ni, dan baru ada satu je gambar .. hihihi... Gambar dia boleh jadi cantik bila tenung lama-lama.. hihihi..


p/s : kawan-kawan dah ada akaun Instagram ni?...



Ros.reeza

syukur

hujan : saya suka....

September 12, 2012

Selamat malam semua... sekarang ni dah pukul 11.50 mlm... angin kencang juga kat luar ni.. hujan mula membasahi bumi.. alhamdulillah....

 hujan yang turun membawa pelbagai kesan pada setiap individu...kan?....

pada saya pula, bila hujan dah turun ni, maka kita akan rasa sejuk.. jadi" apa lagi.. tarik slimut dan jom tidur ye.. agar hari esok kita akan berasa bertenaga untujk melaksanakan tugas yang diamanahkan...

p/s : first time update guna phone ni...

syukur

~ PANGGILAN MISTERI ~

September 12, 2012




Nak cerita ni... Tadi, dalam pukul 12.00 tengahari, macam tu lah.. Saya ada terima satu panggilan di pejabat.. Walaupun perbualannya amat singkat, namun dah menggembirakan hatiku ini.. Syukur, Alhamdulillah..  Dapat panggilan dari pihak JPA.. Untuk makluman, saya ada membuat permohonan pertukaran ke JB. Sudah setahun semenjak saya berkahwin, kami duduk berasingan. Saya di KL, dan beliau di JB... Sebenarnya, bukanlah saya dah dapat pertukaran ke apa ke.. Cuma, beliau bertanyakan alamat tempat saya berkerja dan benarkah saya dilepaskan tanpa pengganti.. Itu je.. Tapi, mungkinkah ada berita baik nanti?.. Saya hanya mampu berdoa sahaja agar dapat bertukar.. Sudah tak mampu rasanya nak duduk berjauhan ni.. Masalah kewangan, kesihatan, prestasi kerja.. Tak siapa yang tahu... Hanya yang pernah alami sahaja yang akan tahu,,..

 Kadang-kadang terasa jugak sedihnya bila ada yang berkata, alah baru je setahun duduk asing..Ada je yang lagi lama dari kau.. Untuk yang berkata demikian pada saya : Tak ape lah.. Anda boleh saja berkata demikian kerana anda tak melaluinya. Satu saat nanti anda akan faham jika anda mengalaminya :)


Kawan-kawan, tolonglah doakan untuk saya, ye :)



Ros.reeza


Kerja

BERCUTI LAGI

September 12, 2012



Selamat pagi.. walaupun dah  masuk tengahari kan?.. hihihi... Lama rasanya tak updated blog ni.. Eh, lama ke?>. Baru 5 hari kan tak updated.. Tapi, bagi saya sudah cukup lama.. Macam-macam yang berlaku dalam tempoh 5 hari ni.. 

Untuk makluman anda semua, ceewaahhh... Macam rasmi pulak ayat tu.. hihih.. Saya ni sebenarnya bukannya ada sangat dah cuti ni.. Dah tinggal nyawa-nyawa ikan je ni.. Tu la kan..nak buat macam mana, macam-macam yang berlaku tahun ni.. (Eleh..yela tu..sendiri yang tak pandai bajet cuti, nak salahkan keadaan pulak..) Oh,betul..keadaaan yang memaksa untuk saya mengambil cuti muti ni.. Saya tak nak cuti pun sebenonya... hihihi...

Maka, oleh kerana cuti saya dah tak ada sangat, terpaksalah saya pejam je untuk tidak melihat kawan-kawan opis yang mungkin akan bercuti sakan nanti.. ye la, nak ujung-ujung ni, ramai yang akan cuti kan.. Eh, macam mana dengan raya haji nanti?.. aaaa...takkan nak keja kot?.. huhu..sedihnya.... Amboi..amboi... raya aidilfitri pun tak abis lagi, dah pikir nak raya haji ek?... tak lupa juga deepavali.. hihihi....


Walau apa pun yang berlaku pada hari ni, saya kena terima juga dengan hati yang terbuka.. Sebab tu semua kerana tindakan saya pada masa yang lalu.. Kita kena lah bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan kan?.. eh, tetiba pulak... hihihi

ok, kawan-kawan.. Setakat ni dulu ye.. Pada mereka yang masih banyak cuti, siap nak forward untuk tahun depan tu, tahniah ye :)
Jelessss sebenarnya ni.. pecah rekod rasanya kali ni, saya tak dapat nak forwadkan cuti nanti.. huhu. tak macam tahun-tahun lepas...




Ros.reeza

doa

PERKONGSIAN DI PAGI HARI

September 06, 2012



Selamat pagi.. Hari ni nak kongsi satu doa. Doa untuk anak-anak yang terkena gangguan.. Bolehlah diamalkan untuk ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana ye :)



p/s : Baru selesai bersarapan, Alhamdulillah....



 Ros.reeza

baby mat

OPEN HOUSE VS OPEN OFFICE

September 05, 2012

Selamat pagi semua.. Salam 18 Syawal :)

Mesti ramai yang buat open house kan?.. Tak pun ramai yang dapat undangan open house.... Ni nak cerita tentang kakak saya yang buat open house pada 24 Ogos yang lalu iaitu pada 6 Syawal :) Alhamdulillah, ramai yang datang.. Menu utamanya ialah laksa penang, rendang daging, nasi impit dan lemang.  Selain tu, ada jugak kuih raya...

Laksa special :)


Yang menjadi perhatian saya ialah keletah anak-anak kakak saya ni.. Ada je yang dibuatnya.. hihihi.. Yang abang nak makan sendiri, tak nak bersuap-suap dah.. Orang makan laksa, dia pun nak, nak  yang berkuah lagi.. hihi.. layankan je la.. Yang adik pulak, asyik berjalan.. kejap ke dapur, kejap masuk bilik.. kejap ke depan.. 


Abang @ Baby Mat : Nak mintak laksa.. hihi


Ni pula si adik @ baby Arif yang aktif berjalan..

Nak tengok keletah mereka berdua lagi?.. Tengok KAT SINI ,
 SINI
 dan  
hihii..banyak pulak kan...


p/s : Mana cerita open officenya??.. hihi.. Nanti baru boleh cerita sebab, office buat Jumaat ni.. muahahahha....



 Ros.reeza


kuih raya

SIMPULAN KASIH

September 04, 2012

Masa raya hari tu, saya ada buat kuih popia.. Saya buat yang simpul.. Sebabnya?.. Saya suka makan yang jenis simpul.. hihihi.. Padahal rasanya sama je kan?..  oh, nak buat ni sungguh menguji kesabaran... Biar lambat, asalkan berkualiti.. hihihi

 Saya beli je serunding tu.. Bukan buat sendiri pun.. Mak ada ajar cara nak buat. tapi, rasa macam tak sempat sebab dah tak ada masa.. (eh, alasan je tu)... Saya beli serunding daging.. Sedap tau.. Kalau makan ngan lemang, lagi sedap... hihihi..


Dan, inilah hasilnya :




Nak dijadikan cerita, masa adik saya datang rumah saya, dia makanlah kuih popia ni.. Tapi, dia tak sebut pun popia.. Dia panggil "SIMPULAN KASIH".. Tu yang lekat terus nama Simpulan Kasih tu... hihihi... Sedap jugak nama tu.. So, lepas ni saya akan terus panggil kuih popia sebagai Simpulan Kasih. Wahh, gitu :)

p/s : Simpulan Kasih ni yang paling cepat habis.. hihihi..



 Ros.reeza


kuih raya

KUIH RAYA UNTUK TETAMU DI AIDILFITRI

September 04, 2012


Kalau tadi saya share gambar rendang, kali ni nak share kuih raya pula... hihihi..

Kuih yang saya hidangkan untuk para tetamu. Ada yang beli, ada yang buat sendiri :)

Kalau tengok kat bawah  ni, hanya kuih siput dan kuih cornflakes chocolate je yang saya buat... Manakala kuih marble, kuih makmur, kuih almond dan jelly tu saya  beli...


Untuk kuih raya, saya lebih suka letak dalam bekas macam ni je.. Senang nak makan.. Buka, pilih dan ambil je terus... Tak payah nak buka satu-satu bekas.. hihihi.. Tapi, untuk kerepek dan kacang pula, saya letak dalam balang la, sebab mudah masuk angin kan....




p/s : Sementara menunggu tetamu datang, tuan rumah yang dok mengunyah kerepek-kerepek tu.. hihihi...



 Ros.reeza




Makanan

RENDANG SPECIAL

September 04, 2012



Selamat pagi semua.. 

Hari ni nak share tentang rendang yang saya masak masa raya pertama hari tu :)

Saya masak Rendang Ayam ikut resepi mak.. Alhamdulillah, menjadi.. Sedap.. Suami kata lulus dah masak rendang.. hihii.. Tapi, saya rasa masih tak dapat lawan yang mak buat :)
Rendang tu makan ngan nasi impit dan lemang.. Kesian kat suami, tahun ni beliau tak dapat rasa ketupat pulut, air tangan maknya...ye lah, tak balik kampung kan.. huhuhu..

Masa ni baru nak mendidih...


Saya potong ayam besar-besar.. Baru puas nak makan.. hihihi..


Tadaaa.. Dah siap.. Rendang Ayam Special, Air tanganku.. hihihi



p/s : Nak buat rendang daging pula nanti :)


Ros.reeza

amalan mulia

SENYUMAN MENAWAN

September 03, 2012



Eh knapa la tajuknya gitu?... hihihi.. Cuma nak share ni je :



Ambil kat FB.. Minta izin, ye :)


p/s : Cuba senyum sikit, nak tengok.. Menawan ke tak?.. hihihihi

Ros.reeza

amalan mulia

ISTERI YANG BAIK

September 03, 2012



Nak share sesuatu ni... Ambil dari FB kawan :)





p/s : Sentiasa berdoa kepada Allah swt, moga dapat menjadi isteri yang solehah kepada suamiku :)



Ros.reeza

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS