Makanan

♥♥ dinner for tonight ♥♥

October 31, 2012




selamat malam semua... makan ape malam ni?.. masak sendiri ke beli jerr.. hihi. malam ni terlebih rajin, maka saya pun masak.. hihi..




aaaa inilah dia.... masak lemak cili api ikan kerisi, ayam masak kicap, sambal udang petai, ikan goreng dan telur puyuh rebus... nyum..nyum. sedapnya. Alhamdulillah..rezeki...
 walaupun biasa biasa je di mata orang, namun tetap sedap di perut saya.. hihihi..

jemput makan ye.



p/s: updated guna phone ni tak se best guna pc la.. tak puass rasa...




♥♥rose♥♥

I'm Coming Back ♥♥

October 28, 2012




selamat petang semua. Seperti tajuk di atas, ya saya kembali semula di dunia blog  tiada niat untuk menyepikan diri ini. Namun masa membataskan segalanya. Seperti yang anda semua telah ketahui, saya telah dapat posting ke johor bahru dari kuala lumpur. Banyak hal yang harus diuruskan. hal perpindahan rumah, pertukaran tempat kerja. Juga ada dugaan kecil yang datang menjengah diri sewaktu dalam perjalanan ke johor bahru.  Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah. dengan izinNya saya masih bernafas.

banyak yang hendak dikongsikan dengan anda semua, tetapi mungkin di entry yg seterusnya kerana sekali lagi baatasan masa. bukan mahu menyalahkan masa tetapi saya masih merangkak rangkak dalam menguruskan masa di sini. suasana baru, persekitaran baru, jugak dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. jika dulu saya agak bebas melakukan apa apa di rumah sewa kerana masih duduk berasingan dan merasakan diri seperti bujang kerana tinggal bersama kawan-kawan. kini saya perlu menguruskan segalanya.. mengemas, membasuh, memasak dan macam macam me lagi. hihihi. saya betul betul sukakannya. ♥♥♥

TERIMA KASIH buat kawan kawan blogger yg sudi singgah di sini walaupun dalam tempoh 2 minggu ini saya tidak berblogwalking.. ada  yang sudi bertanya khabar. terima kasih Cik Sue.. ada yg sudi membuat entry khas untuk saya. terima kasih Miss Volvo. maaf saya tidak boleh memasukkan link anda di sini. saya update guna phone, tak tahu macam mana nak masukkan link.. hihi..

macam macam dah berubah sekarang ni.. saya pun dah dapat tugas baru di pejabat. masih lagi belajar sekarang ni. Banyak benda yang perlu dipelajari..


di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. masih tak terlambat kan??? tentu meriahkan raya kawan kawan. saya beraya di perantauan lagi kali ni. tak berkesempatan nak berya di kedah bersama keluarga sendiri dan mertua..

Sampai di sini dahulu ye, sehingga jumpa lagi di entry berikutnya.

Assalamualaikum.

♥♥rose♥♥



motivasi

~~ MOTIVASI PAGI ~~

October 11, 2012





Selamat pagi semua :)

Apa khabar hari ini?.. Diharapkan semua sihat-sihat sahaja ye.. 
 Hari ni, saya nak berkongsi ini, buat ingatan kita semua :)


Terima kasih ILUVISLAM.COM



p/s : Alhamdulillah.. Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya :)

doa

DOA & TAWAKAL

October 09, 2012







Alhamdulillah, hati sudah kembali tenang walaupun fikiran masih ada kegusaran.. 



Apa yang saya tanamkan dalam diri, , saya masih ada jalan. Ye, setiap dari kita tak boleh mengalah bila menghadapi sesuatu permasalahan. Jangan mudah mengalah dan hanya melihat sedangkan di depan kita masih ada jalan. Biarpun sukar, namun kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tawakal. 

Jangan mudah mengalah! 

Ingat, walau apa yang berlaku, kita masih ada Allah. 

Ya, Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya. Dia ada untuk mendengar setiap permasalahan kita. Dia ada untuk kita mengadu. Dia ada untuk kita meminta. Hanya kepadaNya tempat kita mengadu dan meminta. Jangan lagi bersedih tanpa melakukan apa-apa usaha. Teruskan berdoa kepadaNya.

Sewaktu berblogwalking tadi, saya ada singgah ke satu blog dan terjumpa satu doa.. Ya, amat bermakna buat saya. Ingin saya kongsikan di sini. Terima kasih pada tuan blog..Saya terlupa pulak blog yang mana. Di sini, izinkan saya ye untuk berkongsi, untuk kebaikan kita bersama. 

Jangan lupa untuk amalkan :)

Terima kasih Ya Allah.






p/s : Terima kasih juga buat kawan-kawan blog yang mengirimkan doa dan memberikan kata-kata semangat pada saya, walaupun tidak tahu permasalahan saya. Terima kasih banyak-banyak. Amat saya hargai di saat-saat ini.

emosi

Ya Allah

October 08, 2012











p/s : Hati sangat sedih.. Moga semuanya baik-baik saja... Ya Allah, permudahkanlah segalanya.. Hanya padaMu aku memohon.


hujan

~~AIR MULA NAIK ~~

October 06, 2012





Minggu lepas saya dan suami balik kampung. Masing-masing satu negeri kan mudah sikit. Kampung saya di Merbok dan beliau di Jitra.. Memang waktu tu musim hujan dan angin kuat sangat sampaikan pokok petai di belakang rumah mertua saya pun tumbang. Nasib baik tak jatuh atas atap dapur...


Alkisahnya, kami pun pergilah berkunjung ke rumah saudara suami saya di Kubur Panjang. Masa tu air dah mula naik dah. Habis bendang semua ditenggelami air..  Macam kat gambar bawah ni. Tengok langit dah mula gelap. Nak hujan semula.







p/s :  berharap keadaan kembali seperti biasa..


panas

AIR-COND OH AIR-COND

October 05, 2012






Panasnya rasa.. Kat opis ni, air-cond rosak.. Aduh..berkuap rasa.. Kalau air-cond tu ok, bukan main lagi sejuknya.. Menggigil-gigil rasa badan nak demam.. Tapi, bila dah rosak, macam ni pulak rasa... berpeluh-peluh ni ha...


Kan best, kalau di saat-saat ini ada orang menghulurukan kipas..

Macam ni :



Kalau tak ada macam tu, macam ni pun jadi lah :)



Tapi, semuanya tak ada.. terpaksalah guna cara tradisional untuk mengipas. Caranya?.. Ambil kertas dan kipas sendiri je.. hihihi...



p/s : semua gambar ambil dari Uncle Google :)

Nilai murni

~WANITA SOLEHAH~

October 05, 2012





Selamat pagi semua :)

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah ini..

Saya rasa sebagai seorang perempuan, setiap daripada kita mempunyai impian untuk menjadi wanita yang solehah kan?.. Hanya kita yang mampu mengubahnya, betul kan?.. Saya pun masih lagi berusaha ke arah itu :)







p/s : Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada pada hari ini..

instagram

♥♥ MAT RIAU ♥♥

October 04, 2012




Selamat malam semua.

cuma nak kongsikan gambar 2 ekor kucing peliharaan mak mertua saya.. kalau nak tahu, mak mertua saya ada bela 7 ekor kucing.. tu tak termasuk lagi arnab, burung , ayam... memang banyaklah haiwan di rumah mak mertua saya ni..

yang dok pandang camera ni namanya Mat Riau.. hihi.. sebabnya dia suka mengiau kat kita. macam nak mengadu sesuatu la tu kot.. hihi. yang lagi satu tu saya tak tau namanya.. saya ni memang takut ngan kucing. lagipun ada asma kan.. tapi kucing-kucing ni suka sangat dok selendeh kat saya.. tahu kan makna selendeh tu?.. hihi.. 




p/s : ada yang suka bela kucing tak kat sini?...

anak patung

comel tak saya ???

October 04, 2012



Patung milik saya dan anak buah saya, Dania. Yang oren tu saya punya dan yang pink tu Dania punya. Dah tua-tua macam ni pun nak ada peneman gak.. hihi.. peneman tido..







p/s : kawan kawan ada peneman tido macam saya tak??. hihihi.



motivasi

PLAN A, B, C, D, E .......

October 04, 2012




Selamat pagi semua :)

Apa khabar hari ni?.. Diharapkan semuanya sihat-siahat dan ceria-ceria selalu ye...

Mulakan hari anda dengan senyuman yang paling manis..

Cuma nak share satu kata-kata semangat kat bawah ni :






Betul kan?..

Selagi terdaya, berusahalah kawan-kawan ye.. Andai kata plan A tak menjadi, cuba Plan B pula.. Kalau Plan B tak jalan, ambil Plan C.. dan begitulah seterusnya.. Jangan pernah mengalah, ok :)

Usaha Tangga Kejayaan :)


p/s : Motivasi ini penting untuk diri sendiri.

Hari Bahagia

~ALHAMDULILLAH~ SETAHUN SUDAH

October 03, 2012




Walaupun hari ni dah 3 Oktober, namun saya masih jugak nak updated cerita tentang ulangtahun pernikahan saya dan suami :) hihii..

Alhamdulillah, pada tanggal 30 September 2011 saya telah bergelar isteri :)

Kini usia perkahwinan kami baru mencecah setahun..

Masih banyak yang perlu kami pelajari..

Di sini saya ingin berkongsi beberapa keping gambar di sekitar hari kenduri kami..

 Temanya ialah purple :) 

Saya ni penggemar warna purple :)








Cari dalam pendrive, tak ada pulak gambar nikah dan kenduri sebelah suami.. huhu... Takpe, lain kali saya kongsikan ye :)



p/s :1) Ya Allah, redhailah hubungan kami suami isteri. Jadikan aku isteri yang solehah yang boleh membahagiakan suami, mak ayah, keluarga dan orang sekelilingku :)
2) Suka melihat kebahagian orang lain, makanya saya pun inginkan kebahagiaan.. Doakan untuk kami, ye. Agar dimurahkan rezeki untuk mempunyai zuriat :) Aminn.

motivasi

MOTIVASI PAGI

October 03, 2012




Selamat pagi semua :)

Pagi lagi sekarang ni kan?.. hihi..

Hari ni nak kongsikan satu kata semangat.. Untuk diri sendiri dan jugak untuk kawan-kawan :)


pic diambil dari ILUVISLAM ..


p/s : Jangan putus asa ye kawan-kawan.. Usaha tangga kejayaan :)




Jalan-jalan

STEAMBOAT DI JOHOR BAHRU

October 03, 2012



Selamat pagi :)

Nak kongsikan satu tempat makan di area Johor Bahru.

Kalau yang duduk area sana mesti pernah pergi,kan?...

Jom makan steamboat kat Dataran Johor Bahru.

Menu utama kat sini dah tentulah steamboat :)
 Selain tu, ada jugak rojak, bakso dan pelbagai jenis air. Yang menariknya kat sini, dijual menggunakan van je. Bukan dalam kedai ke apa ke..

Steamboat kat sini disediakan dengan kuah kacang. Satu cucuk, ada yang RM1.00 dan ada yang RM1.50. Yang lidi ada tanda merah tu seringgit dan yang biru tu RM1.50.




p/s : Kalau ada yang berkunjung ke JB tu, singgahlah  makan sini, ok :)

doa

ALHAMDULILLAH

October 02, 2012




Selamat pagi semua.. 

Ingat lagi tak entry  ni dan entry yang ini?...

 Alhamdulillah... Pagi tadi, setelah selesai menghadiri perhimpunan bersama Menteri, saya telah menerima satu surat. Ya, surat pertukaran dari pihak JPA. Surat arahan pertukaran.. Saya ditukarkan ke Jabatan Kastam di bawah Kementerian Kewangan di Johor Bahru.. Berkuatkuasa 15 Oktober 2012. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Genap setahun usia pernikahan kami, akhirnya saya dapat bertukar. Hadiah yang berharga buat kami.

Terima kasih pada yang mendoakan untuk kami.

Selamat tinggal Kementerian Pertahanan. Sesungguhnya memang banyak pengalaman yang berharga sepanjang 3 tahun 4 bulan berkhidmat di KL ni.

Ok, yang ni dulu.. Nanti saya updated lagi ye :)



 

Makanan

MENJAMU SELERA

October 01, 2012





Minggu lepas singgah makan di Kaya Kopitiam.. Tertarik dengan air dia sebenarnya.. Apple AsamBoi.. Sedap sangat.. dan banyak pulak tu.. Dalam jug kecil lagi :)

Order nasi lemak. Ok je rasanya.. Rasa nasi lemak la kan?.. hihihii...








p/s : Makan nasi lemak tak habis pun, sebab kenyang air :)

amalan mulia

Motivasi Pagi

October 01, 2012




Selamat pagi kawan-kawan :)


Mulakan hari Isnin anda dengan senyuman yang manisssss ...




p/s : Suka melihat orang tersenyum :)

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion