hospital

Bukan Nak Salahkan Doktor

January 31, 2013




Semalam ada terbaca blog Kak Lia , dalam entry BILER DOKTOR SALAH DIAGNOSE . Seperti tajuk diatas, saya bukan nak menyalahkan doktor. Hanya nak berkongsi pengalaman saya sahaja. 

Saya pun mengalaminya. Masa tu tahun 2010. Dalam bulan Februari. saya ingat lagi, lepas raya cina. Saya rasa sesuatu yang pelik pada satu bahagian tubuh saya. saya pun buat keputusan untuk check di klinik. saya pergi dengan mak, ayah dan anak buah kesayangan saya, Nil dan Nya. Mak saya suruh pergi Klinik yang doktor perempuan la kan. Kitorang pun pergi ke satu klinik di Taman Ria, Sungai Petani. saya masuk sorang dalam bilik tu. Biasalah, ayat yang pertama keluar dari mulut Doktor tu ialah, 'sakit apa?'. saya pun ceritakan lah hal yang sebenar, apa yang saya rasa. Doktor tersebut hanya melihat dan menyentuh sahaja. Terus beliau kata confirm saya ada penyakit xxxx. Hati mana yang tak sedih. Saya rasa terkejut, macam dunia ni dah berakhir!  Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. Doa saya dalam hati. Terus beliau tulis surat suruh saya pergi hospital dengan segera. Tanpa apa-apa rawatan yang diberikan, bayaran yang dikenakan amat mahal bagi saya.

 Saya keluar dari klinik, masuk ke kereta dengan tangisan teresak-esak. Mak ayah saya tanya, saya tak mampu untuk berkata-kata. saya hanya tunjukkan surat tu. Mak saya tanya saya, 'Doktor tu scan ke?. Doktor tu ada buat rawatan apa-apa ke?' Saya hanya geleng kepala. Terus mak saya kata pada saya, jangan dok nangis,. Jom kita pi Klinik pakar sakit puan pula. 

Ayah saya pun bawalah saya ke Klinik di bandar Sungai Petani. Nama Klinik tu, Klinik Pakar Neong. Bila saya masuk, Doktor tu tanya kenapa menangis ni, ada masalah apa? (dengan nada suara yang amat ceria. Sungguh, saya rasa sedikit tenang. Doktor tu panggil mak saya juga masuk dalam bilik rawatan. Saya pun tunjuk surat yang saya dapat tadi. Doktor tu geleng kepala, bila saya kata saya tidak di scan. Doktor tu kata, mana boleh buat keputusan tanpa apa-apa  tindakan. Doktor tu pun scan dan beliau tunjukkan sendiri pada saya. Doktor tu kata, saya tak hidap penyakit xxxx tu!. Tapi, beliau merujuk saya ke Hospital untuk tindakan lanjut kerana 'ia' perlu dibuang. Barulah hati saya sedikit lega. 

Saya pun meneruskan rawatan di Hospital Sungai Petani.. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. 

Terima kasih buat doktor di Klinik Pakar Neong dan semua doktor serta jururawat yang merawat saya di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. 

Saya dah alami benda ni, jadi saya tahu macam mana rasanya jika kita di katakan mendapat penyakit yang sebenarnya bukan kita hadapi. 



p/s : Hanya berkongsi pengalaman sahaja .




Makanan

PERIA GORENG BERTEPUNG

January 31, 2013




Selamat pagi. Alhamdulillah kita semua masih bernafas di Bumi Allah.

Tiba-tiba teringatkan peria goreng tepung yang saya makan tengahari semalam. Alkisahnya, cafe kat office saya ni tutup semalam. Dia main tutup suka hati dia je, tak bagi notis. Jadi, kitorang semua kenalah cari makan kat luar kan.. Memang malas sangat nak keluar makan tau. 

Saya pun ikutlah member office keluar beli makan. Tiba-tiba nampak sesuatu yang tak pernah saya nampak. Kesian kan. Dah 24 tahun ++, tapi tak pernah makan peria goreng tepung. hihi.. Sekali tu, saya pun ambil lah sikit kan. Mak ai, bila dah balik office makan, rasa macam tak cukup. Sedapnya. Dia rasa pahit-pahit sedap. hihi.. Selama ni, kalau sayur peria saya masak goreng tumis bercili  biasa tu je, campur udang sikit kan.. Tak pernah masak yang bertepung ni. Rupanya baru saya tahu, ni masakan style mamak.. Fuhh, sedap :)

Tak sabar nak balik petang ni, nak beli peria. Wah semangat. Baru je sampai office, dah fikir nak balik.. hihi..




p/s : Bila search kat google, macam resepi ada untuk bancuhan tepungnya..





pelakon

HERO PUJAAN

January 30, 2013






Inilah hero filem melayu yang saya minat. Suka sangat cerita-cerita yang dilakonkan. Antaranya, Laila Majnun, Hang Jebat,Sri Mersing dan Gurindam Jiwa. Dulu selalu keluar tv kan cerita-cerita lama. Sekarang ni dah kurang sangat. Kalau ada pun, hanya cerita P.Ramli sahaja. 


Saya suka tengok lakonannya,. Memang menjadi. 

Sekali tengok, macam Rosyam Noor pun ada kan?,,



Sumber gambar : Di edit oleh adik saya, Syafiq.




p/s : Ada ke yang sama meminati Nordin Ahmad macam saya???





amalan mulia

MANISNYA SENYUMANMU

January 30, 2013





Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk bernafas pada saat ini. 

Pagi ni senyum selalu ye. Tak mau marah-marah. Hadapi setiap yang berlaku degan tenang. 

Jadikan senyuman sebagai terapi untuk diri kita. Senyum akan membuatkan wajah kita manis, nampak muda, dan akan menerbitkan rasa positif dalam diri :)


Jom senyum. Senyumkan satu sedekah juga :)






p/s : Pagi ni kerja banyak sangat. Tak apa, kita senyum dulu. hihi. 





doa

DOA UNTUK SEMUA

January 29, 2013




Jom berdoa bersama-sama. 

Jadikan amalan kita bersama ye :)





p/s : Ya Allah, hanya padaMu aku memohon..




Family

JOM RONDA-RONDA BERSAMA KAMI

January 29, 2013






Ni gambar anak buah saya, kakak saya mms pada saya.. Alahai rinduuu betul kat dorang!

Yang abang, Baby Mat. Adik pula, Baby Arif.





Eh, Mat nak bawa adik ronda ke mana tu? Tak nak bawa Mak Uda ke?.. Mak Uda nak ikut jugak. Nanti Mak Uda balik Kedah, Mat bawak Mak Uda naik beskal Mat tu ye.. hihihi..


p/s : Suka dengar Mat cakap melalui phone.. Comel :)




Makanan

PIZZA HUT menggoda

January 29, 2013






Kalau tadi saya letak gambar kek, kali ni saya tunjuk pizza pulak. hihi.. Jangan ada yang marah..  Apsal tajuk tu?.. hihi.. Saja je letak tajuk macam tu..

 Saya kalau makan kat pizza jarang order pizza yang baru-baru ni.. Mesti order pepperoni delight.. hihi.. Lagi satu, kalau tak makan pizza, order meatball bolognaise spaghetti je.

Pizza kat bawah ni, kakak saya yang makan. Dia kata sedap sangat. 



Tapi, tiap kali makan kat sini, mesti makan tak habis. huhu. Sebab tu jarang nak pergi. Kalau betul-betul nak je , baru pergi :)


p/s :  Tengahari ni nak makan ape ye?



Bezday

KEK SEDAP !

January 29, 2013






Tadi dok tengok-tengok gambar dalam phone,. Pastu jumpa gambar kek ni. Ni kek masa sambut hari lahir mak tahun lepas. Tahun ni tak berpeluang nak meraikan bersama mak. 

Saya memang suka sangat kek ni.. Bagi saya memang sedap. Ada buah-buahan segar kat atas dia. Kek tu perisa vanilla, pastu ada buah oren dalam kek tu..  Nyum..nyum.. 




p/s : Masih dalam mood birthday mak. Rinduuu sungguh kat mak!





Nilai murni

HUTANG PIUTANG

January 29, 2013





Selamat pagi semua.

Hari ini hari Selasa, permulaan hari bekerja untuk minggu ini. Tiada lagi Monday Blues kerana semalam cuti:) hihi.

Sekadar peringatan untuk semua di pagi hari.






p/s : Jom mulakan tugas dulu. Sat lagi saya pi rumah anda ye :)




Bezday

Hari Lahir MAK

January 28, 2013




Alhamdulillah, hari ini 28 Januari. Hari ulangtahun kelahiran mak yang tersayang. Pada 28 Januari 1963 mak telah dilahirkan. Hari ini genap 50 tahun usia mak. 



Terima kasih mak untuk segalanya. 

Ija sayangkan mak ♥♥♥

Moga mak diberikan kesihatan yang baik, dimurahlan rezeki dan bahagia selalu. Walau kita jauh, mak tetap di ingatan Ija setiap masa. 




p/s: Dah telefon mak ucapkan. Bahagia dapat dengar suara mak. Memang hari hari akan call mak. Sehari sampai 2, 3 kali. hihi.






mutiara kata

TEXTGRAM MENARIK

January 27, 2013





Selamat pagi. 

Alhamdulillah, masih bernafas lagi hari ini.

Pagi ni, nak "bertextgram" pula. hihi. Kepada yang memiliki telefon android tu, bolehlah cuba ye. Download dulu application ni kat playstore. lepas tu, kita boleh buat sendiri ayat yang kita nak mengikut kreativiti kita. Kat bawah ni percubaan saya :-



Setiap apa yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi penentu masa depan kita. Jadi, jangan tersilap langkah. Kita harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku pada kita hari ini, kerana kita yang memilih untuk jalan ini pada hari semalam. Kan? kan? 



p/s: tiba-tiba selsema kerana alahan terhadap habuk---> semalam mengemas bilik-bilik. (kesimpulannya: saya terima keadaan ini kerana saya yang memilih semalam :-)





Petua

PETUA RAMBUT GUGUR 2

January 25, 2013




Dalam entry YANG INI, saya bagitahu yang saya memang ada masalah keguguran rambut kan. Macam-macam dah saya cuba. 

Ada kawan yang kata bila rambut kita panjang, memang senang gugur. Jadi, saya pun potonglah rambut sikit. Bila dah potong sikit, macam tu jugak gugurnya. Memang sedih bila tengok rambut sendiri gugur tau. 

Macam-macam shampoo dah saya guna. Pantang tengok iklan shampoo kat tv, mulalah rasa tergoda nak cuba. Sama jugak. Ada yang jadi lagi teruk pula. huhu. Shampoo yang pernah saya guna, rejoice, pantene, safi, clear dan sunsilk. Cuma sunsilk yang hijau tu je ok sikit.

Ada pula yang bagi petua tradisional. Macam-macam petua.  Antaranya :-

1. Ambil lendir daun lidah buaya, pastu sapu pada rambut hingga kulit kepala. (yang ni tak dapat nak cuba, sebab tak jumpa pokoknya).

2. Ambil daun bunga raya. Ramaskan , kemudian bila dah keluar lendir, ambil sapu kat kulit kepala. (tak cuba jugak sebab susah nak cari)

3.Ambil hampas kelapa gosokkan pada kulit kepala. Buat 3 kali seminggu. (pun tak cuba, malas nak beli kelapa kat kedai. hihihi)

4.Ambil limau purut. belahkan, kemudian gosok kat kulit kepala sampai ke rambut sekali. kemudian baru bilas dengan air. (ha, yang ni saya cuba. memang berkesan. buat 3 kali seminggu. Masa amalkan petua ni memang kurang dah rambut saya yang gugur.

Tapi, selain petua tradisional ni saya pun kena cari shampoo yang sesuai untuk saya. Untuk menguatkan akar rambut agar tak mudah gugur. 

Satu hari, saya ada terbaca kawan saya post kat fb, dia beli shampoo ni:

SCHWARZKOPF

 Rambut dia jadi lembut sangat. Reaksi saya bila baca, "eh ada ke shampoo jenama ni kat supermarket? " hihi. yelah, tak pernah dengar kan.  Saya pun terasa nak mencuba. Saya  pergi Giant dan cari shampoo tu. Wah, ada macam -macam jenis pula. Saya pun bacalah satu persatu. Last-last, saya pilih yang ini :-







Alhamdulillah, shampoo ni berkesan untuk rambut saya. Bila pakai ni rambut saya jadi lembut. Dah kurang rambut gugur. Adalah sehelai dua yang gugur. Shampoo ni untuk menjadikan rambut kuat dan bersinar.. Cubalah kawan -kawan. Mana tahu berkesan jugak untuk anda. Ni saya beli kat Giant, harga dia RM 12.90. Kalau kat tempat lain tak tahulah. Tapi kadang-kadang kat Watson atau Gardien lagi murah kan?. .



p/s : Iklan tak berbayar. hihi. Saya hanya berkongsi je keberkesanannya. Bukan nak promote produk ni. hihi.







astro

TAK DAPAT BIL ASTRO

January 25, 2013




Al kisahnya saya baru langgan astro dalam 3 bulan yang lepas. Kan baru pindah jb kan. Bil untuk bulan pertama dan kedua, ok je sampai. Tapi untuk bulan ketiga tak sampai-sampai. Patutnya sampai dalam 21-30 Disember. Sebab saya punya akaun, pihak astro akan keluarkan bil pada 20 hb setiap bulan. Ni dah sampai hujung bulan satu tak dapat-dapat lagi. Saya risau la kan. Takut kena potong. Nanti dia cas lagi untuk penyambungan semula. Saya pun call la astro. Dah la ambil masa yang lama untuk bercakap. Dengarlah dulu segala macam iklan tu. Bila dah dapat cakap, saya pun bagitahula kan. Dia kata memang dah hantar. Dia ada tanya nak dia hantar semula ke bil tu melalui emel? saya pun bagi alamat emel. Pastu terus letak telefon. Habis dekat 5 ringgit kredit.  Bukalah emel. Memang ada bil nya. Tapi tak boleh nak buka bil tu. dia mintak password. Emm, mungkin dia terlupa nak ajar saya macam mana nak buka emel tu. 

Keesokkannya, saya ada dapat sms dari pihak astro. Yang berbunyi " akaun astro anda telah tertunggak. Sila jelaskan segera untuk mengelakkan gangguan siaran". hihi. ok,astro saya jelaskan ye.



p/s: Masih nak bil melalui pos. Tak nak tukar ke online.




keyword

MAHARAJA LAWAK MEGA MASIH POPULAR

January 24, 2013




Walaupun Maharaja Lawak Mega 2012 sudah berlalu, namun ianya masih popular. Ramai lagi yang masih mencari tentang rancangan ini.

Buktinya?

Lihat di bawah :




Keyword untuk blog saya. Inilah yang menyumbang UV untuk saya. Terima kasih pada yang mencari. Terima kasih juga buat semua pengunjung blog saya. Rajin-rajin lah singgah lagi ye.

Kena cari tajuk yang da boom lagi lepas ni.


p/s : Hari ni cuti. Tak ke mana pun. Duduk di rumah saja.



diari

DIARI KEHIDUPANKU

January 23, 2013





Wah tajuk bukan main lagi. hahaha.

Baru je dapat diari, buku perancangan dan kalendar 2013. hihi. yahoo. Seronok bukan main. Orang lain dah dapat awal lagi. Tak apa, dapat lambat pun kan. Asalkan dapat jugak . 






p/s: Gambar kalendar tak sempat bak ambil .







cuti

CUTI LAGI DAN LAGI

January 23, 2013







Khamis : Maulidur Rasul = Cuti

Jumaat = Kerja

Sabtu = Memang cuti

Ahad   : Thaipusam = Memang cuti

Isnin = Cuti (gantian cuti Thaipusam pada Sabtu.


Ada ke yang ambil cuti Hari Jumaat?.. wah terus dapat 5 hari kan :)

Selamat bercuti ye.. Saya kerja macam biasa hari Jumaat ni, sebab tak ada plan nak ke mana-mana..


p/s : Kita yang cuti, dah kenapa pulakk kucing kat atas happy?.. hihi..




Mood

MOOD KE LAUT

January 23, 2013




Selamat tengahari semua?.. Sihat ke hari ni?.. Diharapkan semuanya baik-baik saja ye.. Alhamdulillah kita masih bernafas di Bumi Allah..

Hari ni lambat sikit updated blog. Mood dah ke laut.. Maklumlah esok kan cuti.. hihi.. Maulidur Rasul. Ok, nak ucap terus lah kat sini. Selamat Menyambut ye.. Banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ok, hari ini semua penjawat awam akan senyum sampai ke telinga.. hihi.. Maklumlah gaji+bonus. Bulan ni last kan.. Bulan depan kembali normal, hanya gaji :) Berbelanja secara berkhemah ye. Jangan ikut nafsu. Simpan yang mana patut untuk hari depan. (cewahh, ayat.. siap nasihat tu..)

Hari ni kerja agak banyak. Sebab tu , terduduk je depan komputer mengadap Sistem HRMIS. Penjawat awam mesti tahu kan tentang sistem ni.. Amatlah slow.. huhu.. Bilalah sistem ni nak laju?.. Tak apa, demi tugas, ku terus bersabar.. hihi..

Pagi tadi jugak ada terima berita sedih. Ada seorang bekas staff(dah berhenti kerja) meninggal dunia. AL-FATIHAH.  Kami di sini tahu lambat. Arwah meninggal minggu lepas, dalam satu kejadian kemalangan. Hati-hati ye kawan-kawan di jalan raya. Kena sentiasa berwaspada dan bersedia. Kadang-kadang kita dah berhati-hati, tapi, kenderaan alain pula yang buat hal. Sebab tu kena sentiasa bersedia.

Ok, sampai sini dulu untuk kali ni..
 Sehingga berjumpa di lain entry :)


p/s : Oleh sebab mood ke laut, saya buat entry dengan tulisan berwarna untuk naikkan semangat semula.. hahaha...




doa

DOA KETIKA HUJAN

January 22, 2013



 Moga ianya hujan yang bermanfaat :)




p/s : Dari FB Sham Kamikaze.



Family

Selera Senibong Seafood, Johor Bahru

January 22, 2013



Selamat pagi. Apa khabar semua. Marilah kita mengucapkan Alhamdulillah kerana masih bernafas di Bumi Allah..

Pagi ni nak kongsikan satu tempat makan di Johor Bahru. Kalau datang Johor Bahru, jangan lupa ke Senibong tau. 






Sebelum kita makan, kita tangkap gambar dulu ye. Tapi, suami saya ni tak minat bergambar. Dapat sipi-sipi je muka beliau. Itupun, gambar blur sebab beliau tolak handphone ni. hihi..




Bersama buah hati ku, Nil dan Nya, anak sedara kesayanganku :)



Mak saya :)




Kami order ikan masak tiga rasa. (eh, dah lupa sama ada siakap atau kerapu?.. hihi)
Masakan ni memang sedap. Kadang-kadang sesetengah kedai, kuah dia macam sos je kan. Yang ni tak, memang sedaplah :)



Yang ni , Lala goreng bercili. Anak sedara saya, Nil yang nak . Suka sangat dia. Saya tak makan lala
.  Yang ni pun sedap, mak saya kata :)


Kailan goreng ikan masin. Yang ni biasa je lah kan :)
Ni yang paling saya suka!


Kat bawah ni pula, sotong goreng tepun dan tom yam. Tak sempat dah nak ambil gambar satu-satu. Sebab nak makan terus ni. Sebab dah lengkap dah lauk-lauk kan. Tadi boleh lah ambil gamba satu-satu sementara tunggu yang lain sampai. hihi..

Saya order tom yam tu untuk sorang makan je. Saya ngan mak saya je yang nak makan. Sotong goreng tepung tu memang sedap, rangup!




Nya bersama air kelapanya :)



Dekat Senibong ni, ada deretan kedai. Saya makan dekat kedai yang pertama tu. 

Kesimpulannya, memang puas hati. Harga memang agak mahal, tapi biasalah kan seafood. Lagipun, berbaloilah dengan rasa masakannya dan layanannya. 


p/s : Bawa mak makan luar masa mak datang JB, dari Kedah.



filem

MINYAK DAGU SERAM

January 21, 2013



Dah tengok ke filem seram MINYAK DAGU?..

Sebenarnya, saya ni memang tak berani nak tengok cerita-cerita seram ni. Iklan pun tak berani tau. Kalau ada iklan cerita sram, sepantas kilat saya akan alih saluran tu.

Semalam suami saya ada beli cd cerita ni. Beliau ajak saya tengok,,. Nak tengok?. Memang tak la kan.. Tapi, beliau paksa saya tengok. Beliau cakap, ni bukan cerita hantu-hantu pun.. Ni cerita ilmu sihir je.. Tak dak scene hantu pun .. saya ni pun teman jugaklah beliau tengok. 

Apa yang boleh saya cakapkan, cerita ni memang seramlah. kalau anda ada rasa takut sikit-sikit atau banyak, baik jangan tengok. nanti menyesal macam saya. Tapi, saya ni sempat jugaklah pejam-pejam mata kan. Memang banyak scene seram tau.

Kisah ni macam biasalah. Cemburu. Disebabkan dendam sebab putus tunang, tak dapat kahwin, sanggup dia gunakan minyak dagu untuk dapatkan balik bekas tunangnya itu. Last-last dia yang langgar pantang. dan dia jugak lah yang merana.. 

Saya bagi 4 bintang.

Ingat tau, kalau berani je, boleh tengok.. Kalau tak, jangan ye.. hihi..


p/s: Entry ni tidak bergambar. Kalau bergambar saya yang tak berani nak bukak blog sendiri nanti.. huhu.






handphone

HANDPHONE NOKIA DAH HILANG

January 21, 2013





Handphone kesayangan saya, yang banyak berjasa pada saya, dah hilang.  Apakan daya, kami tiada jodoh.. huhu

Terasa sangat kehilangan handphone ni. saya beli handphone ni tujuan nak sms dan 'bergayut'. Kalau berbalas sms guna handphone ni senang dan cepat. Pejam mata pun boleh taip lagi huruf-hurufnya. Dan kalau nak bergayut pun lagi best. Batery dia kan tahan lama dan tak rasa panas kan. 

Handphone lagi satu, saya khaskan untuk online, dengar lagu, tangkap gambar, mendownload.. hihi.. Bila Nokia ni dah hilang, nampaknya SAMSUNG kenalah berbakti pada saya. Tanggungjawab dia dah jadi besar. 




p/s: nak kena cari pengganti Nokia jugak ni.


Eh, betul ke ni?..

January 21, 2013




Tadi, online FB. Pastu terjumpa ini :






hihi.. Memang badan ni dah bertambah-tambah berisi. Jadi, adalah alasan kan.. 


p/s : Baru je lepas makan tengahari, terjumpa ini.. Senang hati.. ~lalalalala~ hihihi




haiwan

AKUKAH YANG BERSALAH?

January 21, 2013




Pernah buat tak macam ni??

Kalau pernah, jangan buat dah tau. 




p/s: Kongsi yang ni dulu ye pagi ni. Jom mulakan tugas dahulu. 


Hari Bahagia

KAD KAHWIN CANTIK

January 19, 2013






Selamat pagi. Selamat hari Sabtu. Bertemu lagi kita di pagi yang indah ini.. Alhamdulillah..Masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT.

Pagi ni saja nak feeling-feeling sikit.. hihi.. Tajuk kemain lagi. Kad  Kahwin Cantik. Masalahnya, cantik ke?.. heeee sorry, tak kuasa nak melayan perasaan sorang-sorang. hahhaha..

Bukan apa, saja je letak tajuk tu. Tajuk entry kan memainkan peranan yang penting untuk menarik pembaca. hihi..

Inilah dia kad kahwin saya. 




Saya yang pilih sendiri ni :)
Bila dah bubuh kad kat sini, teringat pula memori indah itu..
Pada 1 tahun, 3 bulan dan 18 hari yang lalu.....jeng..jeng..jeng.. Dah,sudahlah tu kalau nak berangan pun.. hihi..

ok, itu saja untuk kali ni ye :)


p/s : Setiap yang berlaku usah di sesali. Jadikan ia sebagai pembakar semangat!



Program TV

JOZAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

January 19, 2013




Dah terjawab segala persoalan. 

Juaranya ialah : 


JOZAN



Tahniah diucapkan!

tempat ke 5 : saywho

ke 4: boboi

ke 3 : shiro

ke 2 : jambu

p/s: Entry ringkas je kali ni. Cuma nak bagitahu keputusannya je :-)







produk

MESTI DIBAWA KE MANA SAHAJA

January 18, 2013



Benda yang mesti saya bawa kalau nak pergi kerja, pergi jalan-jalan atau pendek kata ke mana saja ialah Minyak cap kapak. Saya ni sensitif sikit dengan bau-bauan. Kalau terbau sesuatu yang boleh mengganggu, mesti nak cium minyak ni.. Lagi satu, kalau sakit kepala, mesti nak sapu minyak ni.. Lega je rasa.. Kalau selsema , mesti nak sapu di hidung.. Kalau batuk, mesti nak sapu di dada. Eh, berapa banyak kalau daa.. hihihi..



Walaupun kecil, banyak kegunaannya kan?.. Memang bermanfaat. Berbaloi-baloi. Tapi, ada pula kawan saya yang tak boleh bau minyak ni. Dia kata pening kepala dia bau minyak ni.. 



p/s : Jangan jadikan minyak ni sebagai perfume dah la. hihi..





Makanan

BISKUT KESUKAAN SAYA

January 18, 2013





Kalau tadi saya ada cerita tentang biskut kesukaan suami saya, kali ni nak review biskut kesukaan saya pula.   hihi..

Taadaaa....

Inilah dia biskut yang telah berjaya menambat selera saya. 

Biskut Oat Krunch (Strawberry & Blackcurrant)




Dulu, suka yang perisa coklat. Tapi, bila dah rasa perisa ni , terus jatuh cinta.. Lagi sedap tau. Sebab dia ada rasa oat, kacang hazel, pastu siap dengan buah-buah bagai.. Memang sedaplah, pendek kata...


p/s : Selain sedap, biskut ni juga berkhasiat :)








Makanan

Biskut Kesukaan Encik Abang

January 18, 2013




Ada tak yang suka makan biskut?.. Biskut apa menjadi pilihan hati anda?.. Ni nk cerita tentang biskut pilihan hati suami saya. Beliau memang suka sangat dengan biskut ni.. 

Biskut Lexus Perisa Krim Coklat dari Munchy's.





Memang kalau pergi kedai ke, super market ke, beliau akan beli biskut ni.. Tak jemu-jemu. Setakat hari ni lah.. Mula-mula dulu saya pun suka. Tapi, kalau dah selalu dah tak nak la kan. 


p/s : Biskut empat segi cicah kopi tetap best,.. hihi..




Makanan

KHASIAT SUSU KAMBING

January 18, 2013





Kalau tadi saya ada cerita tentang Lulur perisa Susu. Kali ni pun nak cerita tentang susu jugak. Susu apa?.. Susu kambing. Seumur hidup saya ni tak pernah rasa susu kambing.

Tapi, sebenarnya memang banyak sangat khasiat dalam susu kambing, kan?.

Jom, kita tambah pengetahuan berkenaan khasiat-khasiat yang terdapat dalam susu kambing.


  • Kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta anti barah.
  • Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning, lelah, penyakit kulit, gastrik, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, memulih tenaga batin dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Sebenarnya, saya ada beli Susu Kambing keluaran HiGoat. Ingat nak amalkan minum ni.. Tapi, belum mula lagi minum.. 





Senarai kat bawah ni, saya ambil dari laman web HiGoat sendiri. Boleh mebantu dalam masalah :


  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir



Ada yang dah cuba ke susu ni?.. Macam mana rasa dia? ok tak?


p/s :  Memang liat sikit nak minum susu ni.. Kalau nescafe, laju je. Tapi, sekarang ni nak kurangkan minum minuman bercaffein dan cuba untuk amalkan susu.

produk

LULUR TRADISIONAL BALI HERBORIST

January 18, 2013



 Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk bernafas di bumi Allah pada hari Jumaat yang indah ini.

Pagi ni nak kongsikan mengenai satu produk. LULUR TRADISIONAL HERBORIST. Saya beli ni kat pejabat saya. 

Harga : RM10.

Semua wanita pun nak kulit yang cantik, lembut dan bersih kan?..(cewaahh..ayat kemain lagi..hikhik). Tak terkecuali saya. Jadi, kenalah usaha cari produk yang bagus dan berkesan kan. Yang penting sekali, kenalah rajin.. Jangan rajin beli je, tapi malas nak guna.. hihi,. eh, banyak pula cakapnya kan.

Jom kita tengok rupa dia dulu .. Tadaaa, inilah dia :



Cara guna :

Sapukan lulur ni secukupnya pada badan sebelum mandi(ketika badan masih kering). Gosok perlahan-lahan untuk mengeluarkan daki dan kotoran pada kulit/badan. Lepas tu,mandi macam biasa. Tak payah sabun dah. Tapi, kalau nak sabun pun boleh je :) hikhik.




Lagi satu, untuk mengekalkan kualiti produk ni, lepas buka, perlu simpan dalam peti ais. Bukan saya saja reka tau. Ada ditulis kat bekas ni tau. Sejuklah kulit nanti bila pakai kan.. Segar gitu :)

Produk ni ada macam-macam perisa tau. Saya ambil yang Milk. Saja ambil perisa MILK ni. Mana tahu nanti kulit jadi selembut kulit bayi. hahaha..

 Perisa lain seperti di bawah :



Sedap-sedap perisanya. Jangan ada yang termakan sudah. hihi.. Ingat, sapu je tau. Lagi satu, jangan sesekali sapu kat kulit muka tau!


p/s : Baru je beli semalam ni. Tak pakai pun lagi.. Nanti saya akan bagitahu elok ke tak produk ni ye :)




Makanan

Orang berbudi, Kita berbahasa

January 17, 2013




Bak kata pepatah melayu, "orang berbudi, kita berbahasa;orang memberi, kita merasa". 



Terima kasih Kak Ana. Kak Ana ni jiran saya. Sejak saya duduk secara tetap di johor bahru ni, kitorang selalu bertukar tukar juadah. Dah 3 bulan saya di sini. Sekejap je rasa masa berlalu. 


p/s: kuih tepung pelita dan kuih masalodeh(eh betul ke ejaan dia?) Alhamdulillah sedap. 

Makanan

MURTABAK DAGING SEGERA

January 17, 2013



Ada sesiapa yang suka makan murtabak? Sila angkat kening. hihi. Saya ni memang penggemar murtabak. Terutama waktu bulan Ramadhan. kira macam menu wajiblah untuk saya. 

Alkisahnya, kat pejabat saya ada pakcik tu jual. Makanan sejuk beku. Ada murtabak, roti canai, karipap, popia dan samosat.  Saya pun belilah murtubak daging ni. Memang sedap la. Nyum..nyum. Hanya panaskan dalam kuali je, tanpa menggunakan minyak. Tapi tak boleh makan selalu la kan. Ni gambar petang semalam ni. Balik kerja, buat yang ni je untuk
minum petang. Makan sambil pekena kopi panas. meletops rasa dia. hihi.

Inilah dia :



Kasi zoom sikit :




p/s: Jom mulakan hari dengan penuh semangat walaupun kepala serabut tengok meja kat office ni. hihihi.

kasut

KASUT RAGBI

January 16, 2013






Kasut yang saya belikan untuk suami saya. Sebenarnya beliau terpilih untuk bermain ragbi untuk pasukan dia. Kiranya ni sebagai semangatlah untuk beliau supaya bermain dengan bersungguh-sungguh.. hihi.. Kasut beliau yang lama tu dah macam tak elok je untuk masuk pertandingan. Kalau lusuh je, tak apa kan. Tapi, macam dah tak ok je tapak dia tu.. Itu yang belikan yang baru untuk beliau :)



p/s : Yang berkenan tak ada size. Semua yan besar je tinggal. Ni pun ok kan :)

Family

BILA ARIF BERCERMIN MATA

January 16, 2013




Nak kongsikan gambar anak saudara saya, Baby Arif. Tak boleh nak tengok nenek ( mak saya) pakai apa. Dai pun nak jugakk. Mak saya kan bercermin mata. Dia pun sibuk dok tarik-tarik, minta nak pakai.. hihi.. Bila orang nak tangkap gambar, senyum pulak tu.. hihi.. Arif...Arif..

Rindu pula saya kat Arif.. nun jauh di Kedah..



 
p/s : Ni bukan gambar terbaru Arif.

kenderaan

TEKSI..teksi

January 16, 2013

 


Selamat pagi..

Dah tiga hari kena pegi kerja naik teksi.. Kalau hari-hari naik teksi, kopak poket.. hihi.. Tapi, nak buat macam mana kan. Terpaksa.. Suami tak boleh hantar minggu ni, ada latihan rugbi. Naik pergi kerja sendiri, masih dalam proses nak ambil lesen. hihi..

Hari pertama nak teksi, saya keluar awal dari rumah. Sebab kena berjalan ke jalan besar kan. Dalam 10 minit la berjalan. Susah jugak nak dapat teksi pagi-pagi. Memang teksi banyak, tapi tak nak berhenti. Ada penumpang dah kat dalam. huhu.. Dalam 20 minit saya menunggu. Akhirnya ada jugak teksi. Terima kasih pak cik teksi :)


Pastu masa saya balik kerja, saya borak-boraklah dengan jiran. Jiran saya tu bagi nombor telefon teksi. Dia kata tak payah susah-susah nak ke jalan besar, dan tahan teksi. Call je teksi, nanti dia masuk dalam kawasan flat saya tu. OH, sungguh senang :) Apalagi, keesokkannya saya pun call je. Dalam 5 minit dah sampai. Pusat teksi ni beroperasi 24 jam. Yang bestnya, tiada caj tambahan dikenakan :)





p/s :  Moga segala yang dirancanng berjalan lancar dengan izin Allah :)

Mood

STRESSED KE?

January 16, 2013




Selamat pagi Rabu :-)

Mulakan hari anda dengan penuh semangat ye.
Ada yang stress ke hari ni? Jangan stress-stress ye. Hadapi dengan tenang. Kalau rasa macam tak boleh nak atasi, cuba makan sesuatu yang manis. 

Cuba baca ni :-



Betul ke ? Hihi.


p/s: Ambil kenyataan ni di facebook aje :-)

Makanan

UDANG KARA SABAH

January 15, 2013




Selamat petang :)

Apa khabar semua?.

Hari ini lambat pulak nak update blog ye..  Ada urusan yang perlu didahulukan. Sekarang ni, saat saya menulis entry ni, hujan amat lebat di kawan saya. Putih je pemandangan kat luar, dari dalam office saya ni.

Petang ni nak cerita tentang udang kara. Pernah makan tak?. Saya tak pernah makan lagi udang ni. Gambar kat bawah ni, gambar udang kara yang suami saya tangkap masa beliau operasi di Sabah tahun lepas. Suami saya kata sedap, makan fresh-fresh kat sana. Senang je nak dapat. Saya tak pernahlah pula teringin nak merasa. Besar je udang ni, tertanya jugak, ' sedap, ke?..' Mahal jugak kan harga udang ni kat semenanjung.



UDANG KARA DAN KETAM :)



P/S : Hujan-hujan ni , terasa nak makan biskut empat segi cicah kopi pula :) hihi.. (sabar..kat office ni.. Balik nanti makan ye )

doa

DOA SAKIT GIGI

January 14, 2013




Tiba-tiba pulak sakit sangat gigi ni. Gigi depan, belah atas. Ala, gigi arnab tu.. hihi. Saya memang selalu sakit gigi kat tempat yang sama.. Dah siap tampal dah.. Last jumpa doktor hari tu, doktor tu cakap, kalau sakit lagi kemungkinan dia akan buat rawatan akar. Oh, tidak. dengar cerita rawatan akar tu sakit.. Hmm.. macam mana ni?.. dah la sekarang ni kat pejabat, tak ada bekalan ubat ni.. Tahan jela.. Balik kerja petang ni kenalah singgah farmasi, cari ubat.. 

Sementara tu, bolehlah baca doa ni dulu.




Saya google tadi, pastu jumpa doa ni.. Untuk yang senasib dengan saya, mengalami sakit gigi, bolehlah kita amalkan sama-sama, ye :)


p/s : Bila sakit gigi ni, dengar bunyi kuat sikit je, mulalah rasa bengang.. huhu. Sakit mengajar kita sabar :)





FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion