Tuesday, January 08, 2013

DURIAN CREPE




Nak cerita tentang durian crepe kali ni. Sana sini orang dok bercerita pasal durian crepe ni. Buka blog, ada. Bila buka fb pun ada, tengok orang dok post. Sebenarnya saya ni pun memang teringin nak rasa. tak pernah jumpa ada jual kat luar. So , apa lagi saya pun tanya pada mak cik google. hihi. Kebanyakan yang jual, semuanya customer kena ambil sendiri.tak ada penghantaran. yelah, nak jaga kualiti produk kan. Mana boleh main pos aje. hihi.

cuba tengok kat bawah ni. tergoda tak?

gambar ni makcik google yang bagi :-)




Setelah pencarian secara online gagal, maka saya pun meneruskan pencarian ke alam realiti. hikhik. nak dijadikan cerita ada member ofis tanya nak beli tak durian crepe. kiranya dia hanya ambil order je la. orang lain yang jual. saya pun apa lagi order 1 pack. RM10 untuk 1pack. Ada enam ketul. waahhh gembiranya hati. tak sabar nak balik rumah nak makan. Bila balik, saya pun letak dulu peti ais. sebab orang kata makan sejuk sejuk lagi seedaaap.. Pastu bila dah sejuk saya pun ambil la nak makan. emm ternyata durian crepe bukanlah makanan saya. tekak ni taknak terima rasa durian crepe yang sebegitu.  Patutlah macam susah je saya nak dapatkan durian crepe ni. Rupanya memang tak kena dengan tekak saya. huhu.



p/s: manusia diciptakan berbagai -bagai jenis. kita punya citarasa yang berlainan. ada yang menggemari durian crepe. ada yang tidak seperti saya. tapi memang geram tengok gambar durian crepe ni.. gebu.... Kenapa tak sama dengan yang saya beli ye?.. emmmm.



maaf, gambar durian crepe yang saya beli tak sempat di ambil akibat kekecewaan. hihi.

21 comments:

  1. sedap kan durian crepe x pernah jemu makan

    ReplyDelete
  2. Kakak belum rasa ros teringin juga walau mungkin tekak kita sama - selagi belum rasa tetap kakak teringin nak merasa.

    ReplyDelete
  3. inilah realitikan.. tak samakan citarasa semua orang..
    tapi memang benarpun... akak dah cuba 4 kali dari orang berlainan... semua tak sama rasa.. yang mulatujer menepati citarasa.. yang laintu memang hampeh..
    yang sekalitu kulit dia dah macam kulit ketayap.. memang tak suka...

    ReplyDelete
  4. aku pun tak suke...

    ReplyDelete
  5. murah tu dik kalu kt sini 4ketul rm10, akak aritu pun beria nk rasa bile dh rsa, ok... sedap cumenyer akak lebh suke durian mkn gitu je kot hehehe....

    ReplyDelete
  6. sedap ye? saya smpai skang tak pernah makan lagi apetah lagi buat sndri haha

    ReplyDelete
  7. Durian Crepe..!!! dah makan dah.. kebetulan ada online seller yg duduk dekat dgn rumah... siap hantar dekat rumah hehe

    ReplyDelete
  8. nak rasa ke? hana ade buat durian crepe ;) tp hntr kt area terengganu je la ;) haha

    ReplyDelete
  9. saya pun tak berapa suka durian crepe. mkn buah durian lg best kot. hihi..

    ReplyDelete
  10. akak pernah mkn durian crepe officemate belanja...lepas mkn terus loya n pening sbb prut kosg mse mkn durian crepe

    ReplyDelete
  11. ehm MV pun x berapa suka durian crepe

    ReplyDelete
  12. ikut org.tak semua penggemar durian suka mkn durian crepe ni.ciksu dok nak tak terbuat lagi..
    ada satu blog guna sampai 7jenis tepung..:D

    ReplyDelete
  13. buat sendiri lagi puas hati.. akak takleh makan sangat.. muak..

    ReplyDelete
  14. durian crepe tu jika buat sendiri rasanya lebih puas, mungkin isi durian lama @ kualitinya rendah..

    lamanya akak tak buatkan cheese cake oreo, senang sgt tp penyakit M..

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan pun. macam mana tu?

    ReplyDelete