LULUR TRADISIONAL BALI HERBORIST

January 18, 2013



 Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk bernafas di bumi Allah pada hari Jumaat yang indah ini.

Pagi ni nak kongsikan mengenai satu produk. LULUR TRADISIONAL HERBORIST. Saya beli ni kat pejabat saya. 

Harga : RM10.

Semua wanita pun nak kulit yang cantik, lembut dan bersih kan?..(cewaahh..ayat kemain lagi..hikhik). Tak terkecuali saya. Jadi, kenalah usaha cari produk yang bagus dan berkesan kan. Yang penting sekali, kenalah rajin.. Jangan rajin beli je, tapi malas nak guna.. hihi,. eh, banyak pula cakapnya kan.

Jom kita tengok rupa dia dulu .. Tadaaa, inilah dia :



Cara guna :

Sapukan lulur ni secukupnya pada badan sebelum mandi(ketika badan masih kering). Gosok perlahan-lahan untuk mengeluarkan daki dan kotoran pada kulit/badan. Lepas tu,mandi macam biasa. Tak payah sabun dah. Tapi, kalau nak sabun pun boleh je :) hikhik.




Lagi satu, untuk mengekalkan kualiti produk ni, lepas buka, perlu simpan dalam peti ais. Bukan saya saja reka tau. Ada ditulis kat bekas ni tau. Sejuklah kulit nanti bila pakai kan.. Segar gitu :)

Produk ni ada macam-macam perisa tau. Saya ambil yang Milk. Saja ambil perisa MILK ni. Mana tahu nanti kulit jadi selembut kulit bayi. hahaha..

 Perisa lain seperti di bawah :



Sedap-sedap perisanya. Jangan ada yang termakan sudah. hihi.. Ingat, sapu je tau. Lagi satu, jangan sesekali sapu kat kulit muka tau!


p/s : Baru je beli semalam ni. Tak pakai pun lagi.. Nanti saya akan bagitahu elok ke tak produk ni ye :)




You Might Also Like

10 comments

  1. wahh, cambest je.. murah lak tu

    ReplyDelete
  2. saya suka pakai lulur.. skg ni cuma pakai mustika ratu je.. nanti share testimoni produk ni ya..klu best nak try juge hehe

    ReplyDelete
  3. kalau rajin nak menyentalnyer jenamaper pun ok kan..

    ReplyDelete
  4. Dahlah macam-macam perisa simpan dlm fride lagi salah hemat ada yg termakan ni Ros:)

    Belum pernah jumpalah tempat kakak.

    ReplyDelete
  5. jom lulur badan...!hihihi..ayut pkai sarung tgn je klu nk gosok2x ni ^^

    ReplyDelete
  6. beli rajin.. bab nak lulur tu yg tak berapa nak rajin.. hihiih

    ReplyDelete
  7. mesti lembut je kulit lps cuci. :)

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS