MINYAK DAGU SERAM

January 21, 2013



Dah tengok ke filem seram MINYAK DAGU?..

Sebenarnya, saya ni memang tak berani nak tengok cerita-cerita seram ni. Iklan pun tak berani tau. Kalau ada iklan cerita sram, sepantas kilat saya akan alih saluran tu.

Semalam suami saya ada beli cd cerita ni. Beliau ajak saya tengok,,. Nak tengok?. Memang tak la kan.. Tapi, beliau paksa saya tengok. Beliau cakap, ni bukan cerita hantu-hantu pun.. Ni cerita ilmu sihir je.. Tak dak scene hantu pun .. saya ni pun teman jugaklah beliau tengok. 

Apa yang boleh saya cakapkan, cerita ni memang seramlah. kalau anda ada rasa takut sikit-sikit atau banyak, baik jangan tengok. nanti menyesal macam saya. Tapi, saya ni sempat jugaklah pejam-pejam mata kan. Memang banyak scene seram tau.

Kisah ni macam biasalah. Cemburu. Disebabkan dendam sebab putus tunang, tak dapat kahwin, sanggup dia gunakan minyak dagu untuk dapatkan balik bekas tunangnya itu. Last-last dia yang langgar pantang. dan dia jugak lah yang merana.. 

Saya bagi 4 bintang.

Ingat tau, kalau berani je, boleh tengok.. Kalau tak, jangan ye.. hihi..


p/s: Entry ni tidak bergambar. Kalau bergambar saya yang tak berani nak bukak blog sendiri nanti.. huhu.






You Might Also Like

17 comments

  1. mase mule2 bace entry ni terase nak tengok pulak.. bile time warning jadi takut.. hahaha.. saye memang takut la.. dulu berani.. asal ade cerite hantu je terjah.. skrg ni.. da pernah ade pengalaman.. memang tak la.. kalau tak.. kencing pon nak kene berteman.. kesian DH..

    ReplyDelete
  2. tak berani laaa...hahaha..cheqkaq memang penakut

    ReplyDelete
  3. @Fifi Nadhrahsamalah kita.. nak berteman aje nanti..

    ReplyDelete
  4. @Cheq Kaqbagi saya seram, bagi orang lain tak tahu lah.. hihi

    ReplyDelete
  5. plan nak tgk jugak hujung minggu ni...nak turun KL..hehehe

    ReplyDelete
  6. Entri ni serius.. Memang benar2 serammmmmm la mcm ni

    ReplyDelete
  7. mmg tak suka tengok cite seram melayu. tak real. hehe

    ReplyDelete
  8. ai mmg x tgk cita2 seram ni..iklam pun x tgk..takut la sbb ssh nk tdo mlm nti :)

    ReplyDelete
  9. yui tak tgk sbb tak minat citer seram..ke takut? hahah

    ReplyDelete
  10. saya minat tengok cite hantu..tapi kene berteman la,,kalau sorang2,,menggigil jugak kot..haha

    ReplyDelete
  11. Memang kami tak beranilah nak tengok. dahla balik kerja malam malam.. huhuhu

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS