Friday, January 25, 2013

TAK DAPAT BIL ASTRO




Al kisahnya saya baru langgan astro dalam 3 bulan yang lepas. Kan baru pindah jb kan. Bil untuk bulan pertama dan kedua, ok je sampai. Tapi untuk bulan ketiga tak sampai-sampai. Patutnya sampai dalam 21-30 Disember. Sebab saya punya akaun, pihak astro akan keluarkan bil pada 20 hb setiap bulan. Ni dah sampai hujung bulan satu tak dapat-dapat lagi. Saya risau la kan. Takut kena potong. Nanti dia cas lagi untuk penyambungan semula. Saya pun call la astro. Dah la ambil masa yang lama untuk bercakap. Dengarlah dulu segala macam iklan tu. Bila dah dapat cakap, saya pun bagitahula kan. Dia kata memang dah hantar. Dia ada tanya nak dia hantar semula ke bil tu melalui emel? saya pun bagi alamat emel. Pastu terus letak telefon. Habis dekat 5 ringgit kredit.  Bukalah emel. Memang ada bil nya. Tapi tak boleh nak buka bil tu. dia mintak password. Emm, mungkin dia terlupa nak ajar saya macam mana nak buka emel tu. 

Keesokkannya, saya ada dapat sms dari pihak astro. Yang berbunyi " akaun astro anda telah tertunggak. Sila jelaskan segera untuk mengelakkan gangguan siaran". hihi. ok,astro saya jelaskan ye.



p/s: Masih nak bil melalui pos. Tak nak tukar ke online.




11 comments:

  1. Kakak selagi anak kakak masih sekolah dan belum pandai berdikari memang tak akan langgan astro..

    ReplyDelete
  2. @Anumye kak.. Tak tahu kenapa tak dapat bil nya.

    ReplyDelete
  3. @Kakzakie ye ke kak. Ros ambil astro sebab nak tengok rajalawak.. hihihi. Suami pula minat sukan..

    ReplyDelete
  4. umah akak dh lme tak gune astro dik..servis tak memuaskan..tgk siaran bese lg puas hati walaupun skit mate..hahaha

    ReplyDelete
  5. astro mmg ngok ngek ;D

    ciksu pindah kl dah terminate.
    susah hidup pindah2 ni pakai astro kan.kalau dok umh sndiri tak pa.

    kalau pindah nk pasang caj lain pulak..haishhh

    ReplyDelete
  6. lau di rumah sha..adik2 sha ayik tgk kartun ja..bljr pun x..aish...kemaruk astro la ni..

    ReplyDelete
  7. astro ni blom ade pesaing sbb tu service ditahap very2 suck! klu ade another choice sy mesti terminated acc,to astro please la upgrading your service,start from channel to customer service too much bad,

    ReplyDelete