FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG

February 23, 2013



Beberapa hari yang lepas, Cik Sue ada tanya pada saya bila Festival Layang-layang kat Pasir Gudang tu.. 

Ok, untuk Cik Sue, ni Ros updated kan ye :)

Festival Layang-layang ni diadakan pada 19 Februari hingga 24 Februari 2013. Maksudnya mula pada hari Rabu hingga Ahad ni.. Maaf ye Cik Sue, lambat sikit.. huhu.. Masih ada masa lagi kalau nak datang ni. 19 tu hanya pendaftaran sahaja...Pertandingan start 20 hb tu...


Yang ada kat Johor tu, bolehlah datang ye,.. Dekat Pasir Gudang je ni.. Best jugak kan tengok pertandingan macam ni.. Ada macam -macam jenis layang-layang/wau ada.. Dari banyak negara kan..




Sedikit info mengenai Festival ini :


Dianjurkan buat kali ke-18 sejak dianjurkan pada 1995, ia sudah menarik hampir 2,000 peserta seluruh dunia. Tahun lalu jumlah terbesar dicatatkan Festival Layang-Layang Pasir Gudang Sedunia itu dengan jumlah 225 peserta dan dijangkakan jumlah ini bakal bertambah.
Malah pada festival kali ini, lebih 600 peserta tempatan di peringkat sekolah, negeri dan badan-badan korporat dari 193 pasukan bakal menyertainya.

Ia adalah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor serta mendapat kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.

Terdapat 36 negara dijangka menyertai festival ini dan negara baru yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine.  Manakala antara negara lain yang terus menyokong festival ini ialah China, Jepun, England, Perancis, Belgium, Lebanon, New Zealand dan Australia.


Untuk maklumat lanjut tentang jadual dan aturcara majlis boleh jenguk kat SINI YE.

Sumber : 





Jom, jom kita pergi.. 


p/s : Cik Sue, kalau tak ada apa-apa, mungkin Ros akan pergi Ahad ni.  Cik Sue tak nak turun Johor ke :)









You Might Also Like

8 comments

  1. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

    Join this! ^^

    ReplyDelete
  2. Bestnyerrr!!!!!!!! Mcm kt putrajaya dulu kn.

    ReplyDelete
  3. dah dua tahun tengok ross tahun ni tak berpeluang..huhu

    tak pe la ross pregi nanti up n3 k..last year ciksu dah pergi. turn ross pulak tahun ni k :D

    ReplyDelete
  4. macam2 rupabentuk layang2 ada.. best.

    ReplyDelete
  5. dari dulu teringin nak g pesta layang2.. tak pernah sampai lagi.. kne tggu tahun depan la kan..

    ReplyDelete
  6. time ni la blh tgk mcm2 jenis layang2 kan

    ReplyDelete
  7. memang Pesta Layang-layang yang sangat menarik!! terutamanya kalau bawa anak-anak kecil.

    ReplyDelete
  8. wah cantiknya....anak2 MV mesti suka ni tau

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS