Friday, 8 February 2013

Kelebihan Membaca Surah Kahfi



Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Sumber :  I LUV ISLAM








20 comments:

  1. Mmg byk lagi surah lain dianjurkan dibaca pda hari atau mlm jumaat...tpi adat kt malaysia.. Jumaat je bca yassin...pdhal surah lain byk g..umpamanya surah kahfi... Bgus perkongsian ni...

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing this.. perkongsian yg berguna untuk kami para blog reader :)

    ReplyDelete
  3. tq for sharing dear! betul tuh... hurmm...

    ReplyDelete
  4. tq share..tmbh ilmu ayu arini ;)

    ReplyDelete
  5. Senang kalau nak amal sebaik lepas maghrib baca yassin diikuti baca suroh kahfi..

    ReplyDelete
  6. surah ni mmg bgus untuk amalan kita sbb bnyak kelebihannya.. nice sharing ya :)

    ReplyDelete
  7. thanks utk peringatan ni.. jom sama2 amalkan... pasti rasa tenang...;)

    ReplyDelete
  8. surah ni selalu dibaca malam jumaat kan.

    ReplyDelete
  9. moga kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian..

    ReplyDelete

Minta doakan saya dimurahkan rezeki untuk mempunyai zuriat :)
Terima kasih untuk doa itu.
Saya juga mendoakan semoga anda dimurahkan rezeki :)