SAKIT GIGI LAGI

February 21, 2013





 
Kerja banyak hari ni.. Tapi, tak boleh nak tumpu perhatian.. Sakit gigi lagi.. Aduhai.. Berulang lagi.. Dari pagi semalam.. Mula -mula tahan je. Petang semalam, makan ubat tahan sakit pula.  Pagi ni sakit lagi.. Nak makan ubat lagi ke ye?.. Mesti ada yang kata, pergilah klinik, cabut. Habis cerita.. huhu.. Tapi, TAHUKAH ANDA. Gigi saya yang dok sakit ni, gigi depan belah atas. Yang gigi arnab tu.. Takkan nak cabut kot?.. Nanti bertambah comellah saya.. hihihi.. Camner ni kawan kawan?..
 
Ok, meh saya nak cerita sejarah gigi saya yang sakit ni..
 
Mula-mula, rasa ngilu je gigi ni.. Pastu, masa tahun 2009, sakit sangat. Gi klinik swasta. Doktor tu bagi 2 pilihan. Pertama, cabut, dan pakai gigi palsu yang sebatang tu. Kedua, buat rawatan akar. Ok, dia bagi ubat tahan sakit. Temujanji seminggu kemudian. Balik rumah dok pikir. Nak cabut, memang tak lah.. sayang... Pasal rawan akar tu, dok tanya ramai orang kat opis masa tu. Kebanyakkan kata jangan buat. Keputusannya, memang tak pergi dah temujanji ngan doktor tu. Sebab dah baik dah sakitnya,  makan ubat tu kan.. Lagipun, mahallah klinik swasta..
 
Pastu masa tahun 2010, sakit tu berulang lagi.. Sakit sangat masa tu. Saya pun pergilah klinik gigi angkatan tentera punya, kat MINDEF. Doktor tu tampal gigi saya. Tampalan dia warna putih. Secoet je..  Dia kata masih elok, sayang. Tak perlu nak buat rawatan akar atau cabut. Bila saya cerita, apa yang doktor swasta tu cakap, Doktor ni kata, biasalah .. Kalau tampal, sikit je bayarannya kan kat swasta berbanding gigi palsu atau rawatan akar. huhu.. Nasib baik, tak pergi dah temujanji tu.. Selamat gigi saya..  Alhadmulillah, dah tak sakit..

Tapi, masih berulang lagi pada tahun 2012. Tak pergi klinik pun.. Hanya makan ubat yang beli kat farmasi je..

 
Kini, tahun 2013. Sakit balik gigi ni. Apa yang harus saya lakukan?..
 
Selagi boleh tahan, tahan je. Kalau tak tahan nak gi klinik jugak ni.. Rasa macam mebengkak je gusi ni.. Tengok cermin, ok je.. huhu..
 
 
 
Menaip entry ni, sambil menahan kesakitan.
 
 
Ya Allah. Sembuhkanlah sakit gigi ku ini..
 
 
 
 


You Might Also Like

20 comments

  1. aigoooo kalau gg geraham tu, mmg nak cadang p cabut ja tp kalau da gg arnab depan tu... cmner ek?

    apa kata, cal kinik gg, mntk depa advise lu cmner... kurang kos & jimat masa kan...

    ReplyDelete
  2. Syaza pernah buat rawatan akar tu kat klinik swasta. Kosnya memang tinggi. Tapi, rasa sakit tu tak selalu ada after treatment, cuma kadang-kadang je :)

    ReplyDelete
  3. siannya...saya tak pernah rasa camne sakit gigi tu. sabar ye.

    ReplyDelete
  4. Actually, Syaza buat rawatan tu kat bahagian bawah tapi kat belakang. Rawatan ni tak sakit pun, for me lah. Syaza tak berapa ingatlah berapa kali rawatan. Sorry. Sebab Syaza buat rawatan ni dah lama. 3/4 tahun yang lepas :)

    ReplyDelete
  5. hari tue MV sakit gg juga..tp amalkan listeren kurang sakitnya..

    ReplyDelete
  6. teruk ke sakit tu? cuba cari pain killer kat carings pharmacy..kakak saya mmg ada masalah gigi..tp sebab nk gi klinik kena buat appointment, so dia beli je ubat tu

    ReplyDelete
  7. kenapa diaorang tak bagi buat rawatan akar? ada sebab ek? tapi kalau itu yang terbaik...cubalah dear...take care and get well soon...

    ReplyDelete
  8. kalu akak lah mmg tak tahan, kene jmpa doc gg gk baru ok

    ReplyDelete
  9. ish sakit tu kalo skt gigi..moga cpt sembuh yer..

    ReplyDelete
  10. akak folo sini jgk..
    lar kesiannyer..sakit gigi sakitnya mmg sakit teramat sgt..lagi la kalau gigi depan..nak cabut mmg syg kan.try tanya doktor la..kut2 tempat yg tampal tu dah tercabut ke..kut blh tampal balik..huhu

    ReplyDelete
  11. la ciannya dia..
    ross kalau ada gambir serawak.cer try letak.. ;)

    jom join ni

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/02/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html

    ReplyDelete
  12. pakai gigi palsu boleh?? hehe ;p

    ReplyDelete
  13. kesiannya. cuba la pegi klinik lagi tgk doc ckp ape. pastu baru decide k.

    ReplyDelete
  14. kalau dh tak tahan cabut jer la..ilang kesakitan tu...hihihi..

    ReplyDelete
  15. fifi tak pernah sakit gigi.. kat klinik tentera tu takde rawatan akar?

    ReplyDelete
  16. sygnya klu cabut...dahla gigi depan... bertahan la selagi mampu...

    ReplyDelete
  17. sabar ye... my advice is cabut trus..

    ReplyDelete
  18. Sy pnh buat rwtn akar utk gg dpn..3x sesi rwtn tu..kena 300..masa buat xde rase sakit pun sb gg tu saraf dia da mati..sb tu kena buat rwtn akar..luaran mmg elok xde rosak ape.tp akar gg tu da mati..
    Sy sarankan awk gi buatla,series xde rs sakit ape pun..heehe.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS