Bezday

SELAMAT ULANGTAHUN AYAH :)

April 25, 2013




Hari ini, 25.04.2013, ulangtahun kelahiran ayah yang ke 51 tahun.

Alhamdulillah...

Moga ayah diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia di samping ahli keluarga :)

Ija sayang sangat kat ayah..

Ija rindukan ayah.

Walau kita berjauhan, namun ayah sentiasa di hati IJa.. 

Terlalu banyak pengorbanan ayah lakukan untuk Ija. 


Ayah bersama cucu sulung, Nil.





Bezday

BIRTHDAY SIAPA ?

April 25, 2013





Hari ni hari yang istimewa buat saya.. 

Hari ulangtahun kelahiran orang yang amat saya sayangi.. 

Siapakah?...

Next entry, saya kongsikan :)










oven

RESEPI IKAN BAKAR ALA PERCIK

April 22, 2013




Selamat pagi :)

Pagi ni nak letak resepi ikan bakar ala percik style saya.. hihi.. Alkisahnya semalam, nak buat ikan bakar. Tapi, saya ni suka yang berkuah sikit.. Saya letak pemerap dia banyak sikit. Bila dah bakar, jadi ala percik.. hikhik.. 

Senang je nak membuatnya tau.. Saya bakar guna oven je, maklumlah nak membakar guna arang mana la nak cari kan.. Saya duduk rumah flat (alasan je..hihi)..

Jom semak resepinya. Memang mudah dan ringkas..

Bahan kisar

Bawang putih    
Bawang merah
Halia
3 batang serai 
5 batang cili padi
4 batang cili merah
Sedikit cili kering

Bahan lain

Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula

Jumlah bawang, halia, cili tu agak-agak je ye.. Saya tak sukat pun.. Kalau nak letak santan pun boleh.. Tapi, saya tak letak.

CARA-CARA

Lumur ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Biarkan dahulu.

Panaskan minyak sikit. Masukkan bahan kisar. Tumis samppai pecah minyak. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Bila cili tu dah masak, tutup api..

Letakkan sedikit perapan tu kat atas aluminium foil. Letak ikan, dan tuangkan perapan ke atas ikan. Bungkus aluminum foil tu. Sementara tu, panaskan oven selama 10 minit. Kemudian, baru masukkan ikan ke dalam oven. Bakar dalam suhu 150 darjah celcius selama 50 minit. (Ikut masing-masing punya oven dan bergantung kepada ikan anda.. (check dulu masak ke tak )



 Ikan yang sudah diperap.


Yeay, ikan dah masak.. Ni lah dia bila dikeluarkan dari oven :


Jeng..jeng..jeng.. :


Alhamdulillah, dah siap ikan bakar ala percik :



Selamat mencuba :)


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH



pilihanraya

20 APRIL 2013 : PENAMAAN CALON BAGI PRU 13

April 19, 2013



Esok, 20 April 2013, hari Sabtu merupakan hari penamaan calon bagi pilihanraya ke 13. Seperti semua sedia maklum, hari pengundian jatuh pada hari Ahad, 5 Mei 2013. Mesti semua dah tak sabar kan? Saya pula, kali pertama berpeluang nak mengundi. Yeay...dah cukup umur. Masa tahun 2008, tak layak lagi . 

Anda mengundi di mana? Saya mengundi di Sungai Petani, Kedah. Aduhai...jauh le pulak. Sekarang ni kan saya duduk di Jb. Tak tukar pun alamat mengundi hari tu. Sebab ingatkan saya akan mengundi pos kerana suami saya tentera. Rupanya nama saya masih tiada dalam sistem untuk undi pos. Maka, saya kena mengundi kampung la nampak gayanya. Tapi, tak tahu lagi dapat balik ke tidak. Ikut hati memang nak balik.. Orang kata, sambil menyelam minum air sekali kan.. hihi. Maksudnya kalau balik kampung untuk mengundi, bolehlah lepaskan rindu pada mak ayah dan family :-)
Tiket bas pun tak beli lagi. Ada lagi ke tiket ye? Kalau jadi balik, duduk dalam bas 12 jam la nampak gayanya... 

Ingat, tunaikan kewajipab anda sebagau rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. Undi adalah rahsia :-)


Eh, dapat tak cuti tanpa rekod untuk penjawat awam hari Isnin, 6 Mei? Oh, mintak-mintaklah dapat. Jauh perjalanan saya tau.. 



febreze

FEBREZE 'FABRIC REFRESHER'

April 19, 2013







Inilah pilihan hati saya. Fabric Refresher dari Febreze with Ambi pur. Saya suka yang "blossom & breeze" macam yang kat atas ni. Wangi sangat.. Saya spray kat tilam, langsir, sofa.. Memang wangi. Beli kat Mydin Nusajaya. Memang murah sangat berbanding Giant atau Tesco sekitar Jb. ecewwah...Siap servey lagi tu...








coklat

RESEPI MUFFIN COKLAT MOIST

April 19, 2013





BAHAN-BAHAN.

A

2 cawan tepung gandum.
1  1/4  cawan serbuk koko. (saya guna van hounten)
2 sudu kecil baking powder. (saya guna yang baking powder yang double action sebab tu yang ada kat dapur)
2 sudu kecil soda bikarbonat.
3 sudu teh nescafe.
sedikit garam.


B

2 cawan gula kastor.
1cawan minyak masak.
1cawan susu cair @ susu segar.( saya guna 1cawan susu anmum perisa coklat yang saya bancuh sebab kat rumah tak ada stok susu segar @susu cair)
3 biji telur.
1@2 sudu besar oren sunquick. (saya letak sunquick perisa tropika sebab tu je yang ada.)

C

3/4 cawan air panas.


CARA-CARA


  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak tepi.
  • Ayakkan tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Campurkan semua bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan bahan-bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 170·c selama 20 minit. (ikut kesesuaian oven masing-masing).


Terima kasih kepada Akak Izah Muffin Lover. Saya ambil resepi ni dari blog beliau. Kalau nak cuba resepi-resepi lain, boleh terus singgah blog beliau ye.


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH







coklat

MUFFIN COKLAT MOIST

April 19, 2013





Inilah percubaan pertama saya menggunakan oven baru tu. 
Muffin Coklat Moist. 

Sedapnyaaa... hahaha. Perasan kejap. Yelah, kalau saya tak kata sedap, siapa lagi yang akan cakap kan?
Eh, eh ada lagi tau yang cakap sedap. Siapa? Suami saya . hihi. Rasa berbunga je hati. Pastu rasa kembang semacam. hikhikhik. 

Saya buat sorang-sorang je muffin ni. Suami saya kerja hari ahad lepas. Barang pulak tak berapa nak ada. Sebab tak plan nak buat apa... So, search la resepi kat internet menggunakan phone. Then jumpa resepi ni yang begitu mudah dan barang-barang pun macam ada je kan kat dapur. Ada jugak bahan yang tak ada. Saya tukar je mengikut citarasa saya sendiri.


oven

Oven Idaman Kalbu.

April 19, 2013




Alhamdulillah. Impian nak ada oven memang dah lama saya idamkan. Saya ni minat jugaklah membuat kek, biskut.. Dulu masa bujang-bujang, saya selalu buat kek dan biskut raya dengan mak. Mak saya memang berbakat dalam bidang masakan. Kiranya, minat saya ni dari pengaruh mak jugakla.. Selain dari buat untuk makan sendiri, mak saya pun ambil tempahan dari kawan-kawan beliau.

Bila dah kahwin, memang saya nak sangat oven. Nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah, dah tercapai. Terima kasih, abang kerana belikan :-)

Hari Sabtu lepas, saya pergi Tesco nak beli barang dapur sikit. Kebetulan ada offer untuk oven ni. Terus suami saya belikan. Memang tak ada niat nak beli oven pun masa tu. Rasa happy sangat. hihi.

Ini lah rupa oven saya ni :




Semangat memang berkobar -kobar ni. Nak cuba macam -macam resepi. 

Saya dah rasmikan dah oven ni keesokkan harinya iaitu hari Ahad tu.

Next entry saya cerita apa yang saya buat ye.



Syukur Ya Allah.





produk anugerah

LOSYEN SEJUTA KHASIAT ANUGERAH

April 18, 2013






Sekarang ni, inilah losyen yang saya dok guna. Saya memang selalu sapu kat bahagian perut. Kalau lenguh-lenguh sikit, sapu pada kaki. Memang best pakai ni. Bau dia harum je.. Walaupun ini yang extra hot, tapi tak ada lah panas sangat macam pati halia yang dijual dalam pelbagai jenama tu. Kalau dulu memang saya dok beli pati halia. Dok sapu kalau sakit perut ke apa kan. Tapi, kini tidak lagi. Ecewaahh..ayat. hihi. Saya memang puas hati dengan produk ni. Losyen sejuta khasiat ni ada tiga jenis. Saya ambil yang ini.  Memang bagus produk dari Anugerah ni kan. Apa pun, semuanya dengan izin Allah....










zikir

JOM ZIKIR !

April 18, 2013






Sumber dari FB. Jom share ramai-ramai. Masing-masing dapat pahala bila kita semua berzikir :-)






twitter

BERTWITTER DENGAN ANA RAFALI!

April 18, 2013




Saja je nak share kan antara perbualan saya dengan Ana Rafali di Twitter. Sebenarnya saya ni tak aktif sangat pun twitter. hihi.


Mungkin akan ada yang cakap, ni pun share. hihi. Tak ape, saya tak kisah.....

Ini untuk kenangan diri saya je. 








air

oh Bliss, sedapnya...

April 18, 2013



Ada tak yang suka minum air Bliss? Please....angkat tangan kanan.  hihi.

Dalam banyak-banyak perisa air Bliss ni kan. Saya paling suka perisa ni lah. Buah kiwi +buah epal. Sedap sangat tau.... 




Minum air ni pun boleh buat kita rasa kenyang tau :-)











macam macam

SILAP HARI LA PULAK

April 17, 2013




Selamat pagi kawan-kawan.

Ok, sila ingat betul-betul ye. Hari ni hari Rabu, ok. Bukan hari Khamis.. hihihi..

Pesanan khas buat diri sendiri.. 

Boleh pulak pakai baju ala-ala batik sebab ingat hari ni hari Khamis. Adoyai... hihihi. (sebagai penjawat awam yang baik, saya memang pakai baju batik pada setiap Khamis) Wah, boleh gitu?...

Amboi, nak cepat je ye hari berlalu?.. hihi.. Ok, sekarang dah boleh terima hakikat hari ni baru hari Rabu., Jom, sambuung buat kerja :)




Makanan

RESTORAN ZZ SUP TULANG DI JOHOR BAHRU

April 15, 2013




Hari ni nak share satu tempat makan yang best di Johor Bahru. Restoran ZZ Sup tulang. Ni antara yang best la bagi saya di jb. hihi. Yang tinggal di Jb mesti tahu kan?



Suami saya order bihun sup daging+tulang.



Saya pula order chicken chop. Tapi, tak ambik gambar pun. hihi.

Kalau berkesempatan ke Jb, singgahlah ye :-)

Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru



















 

macam macam

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APE ...

April 15, 2013



 
Selamat petang semua.. 
Apa khabar semuanya?..  Diharapkan semuanyaberada dalam keadaan sihat.. Alhamdulilah. kita masih dipanjangkan usia untuk terus bernafas di Bumi Allah..
 
Hampir 2 minggu tidak updated blog.. Sepanjang 2 minggu ini juga, macam-macam yang berlaku.. Terima kasih pada yang sudi menjengah blog saya ni, sepanjang ketiadaan entry yang baru.. Terima kasih pada yang sudi bertanya khabar. Rasa terharu, kerana ada yang masih ingatkan diri ini.. Terima kasih, kawan-kawan blog. Diharap persahabatan kita semua di lama maya ini berkekalan :)
 
Banyak sebab mengapa saya terpaksa merehatkan diri dari dunia blog sebentar. Dalam 2 minggu ni, saya agak sibuk dengan tugas di pejabat yang amat padat. Jadi, tiada ruang untuk updated entry di siang hari. Balik kerja, sibuk dengan tugas di rumah.(hihi, macam la banyak benar kerjanya di rumah)...  Keadaan kesihatan jugak, kejap macam nak demam, kejap ok. Jadi mood nak berblog di malam hari terganggu sedikit.. 
 
Ok, kali ni, semangat nak berblog sudah kembali pulih..











FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS