BLACKOUT DI SARAWAK - INILAH REALITI

Friday, 28 June 2013

BLACKOUT DI SARAWAK



Tadi, saya ada terima komen berkenaan entry Drama Untuk Terakhir Kali dari Mariam Mariana. Beliau bagitau ada blackout kat Sarawak .





 Baru saya teringat, malam tadi ada baca kat FB. Ingatkan dorang main-main.. Rupanya betullah.. Lepas saya dapat komen tu,saya pun terus tanya kat Mak Cik Google.. Dan saya pun terjumpa berita blackout ni kat web Astro Awani..

Saya sharekan ye beritanya ye, tanpa edit.. hihihi.. 

KUCHING: Lebih 2 juta penduduk Sarawak terpaksa bergelap setelah bekalan elektrik terputus petang ini.

Bagaimanapun, bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam tadi manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.

Kejadian bekalan elektrik terputus yang membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching itu,  berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.


Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Ahadiah Zamhari berkata jurutera dan juruteknik SEB sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang turut menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar raya Kuching susulan lampu isyarat pincang tugas.

"Kami sedang melakukan sedaya upaya kami untuk memulihkan bekalan secepat mungkin dan SEB memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya gangguan itu mungkin menjejaskan semua bahagian di Sarawak namun SEB belum dapat mengesahkannya setakat ini.



Bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bandar raya ini termasuk di Poh Kwong Park dan Matang telah dipulihkan pada pukul 6.30 petang tadi.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.15 malam.

Bernama dimaklumkan pengguna di Miri masih bergelap setakat 8.30 malam ini yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.

Gangguan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala.

*********************

Ok, itulah beritanya. Ni saya akan kongsikan gambar sekitar kejadian semalam :






p/s : Saya ni memang jenis penakut kalau keadaan gelap...






8 comments:

  1. seluruh sarawak ke ?? aiyakk.. kalo bergelap ni nyamuk byk...huhu. pns satu hal..tp bg deqla, xde air lagi ssh..mcm deqla semlm umah xde air..tgh mlm dok ngangkut air dari tmpt keje hubby... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. yup. .mmg. .sy kt mukah pun blackout smua. .pkul 12 bru ada letrik. .

    ReplyDelete
  3. satu sarawak?

    alhamdulillah dah okey kan

    :)

    ReplyDelete
  4. keja fast food kalau blackout..huhu mmg terasa sangat

    ReplyDelete
  5. baca juga malam tadi di FB..s.eluruh sarawak blackout... memang kalau blackout ni payah... tak ada elektrik pun susah, tak ada air pun susah...

    ReplyDelete