Sunday, June 16, 2013

RESEPI PIZZA ROTI SARDIN CHEESE



Selamat pagi semua... Hai, dah breakfast ke di pagi Ahad ni?.. Haa, untuk yang masih dok terfikir-fikir nak makan ape tu, apa kata cuba buat sendiri Roti Sardin Cheese homemade....Mudah je membuatnya. Semudah ABC... hihi..

Ok, kita tengok apa yang diperlukan ye:

Bahan-bahan

Roti Gardenia
1Tin sardin. (saya guna Ayam Brand)
1biji bawang besar (dipotong dadu)
Cili besar (dipotong-potong)
Cili api (ditumbuk)
Limau nipis 
Sedikit garam
Keju ( saya guna chesdale)

Cara-caranya:-

Ikan sardin dilenyek menggunakan garpu. 
Panaskan minyak. 
Masukkan sedikit bawang yang kita potong dadu tadi.
Bila dah wangi, masukkan ikan sardin. 
Lepas tu, terus masukkan lebihan bawang besar, cili api dan cili besar. 
Perasakan dengan garam dan perah limau nipis.
Kacau hingga masak. Ikutlah nak masak berapa lama atas kuali tu kan. Kalau saya suka masak lama sikit.
Sementara tu, boleh panaskan oven. 
Bila sardin kita dah siap, bolehla sediakan roti.
Lepas tu, terus masukkan dalam oven. Saya bakar selama 15  minit dalam suhu 150·c.


Gambar kat atas ni yang belum di bakar.

Dan yang kat bawah ni pula, yang sedang di bakar.. Nyum nyum...


Oh, maaf. Gambar yang dah siap tak ada. Maklumlah, bila dah siap mana nak ingat nak tangkap gambar kan. Terus nak makan je... hihi. Jemput makan ye...

Selamat Mencuba!

Simple sangat kan:-)




8 comments:

  1. Wah.. Nmpk mcm pizza dh bila bakar.. Sedap nih.. Hmm.. Nyum3..

    ReplyDelete
  2. wah mesti sedap.tak pernah buat style cm ni lagi.
    tpi kalau ala2 mini pizza pernah.

    ReplyDelete
  3. attention please

    http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/06/attention-please-followers-blog-ni-sila.html

    ReplyDelete
  4. done bookmark this page :) kalo fae balik hostel fae boleh try this :)

    ReplyDelete
  5. Oo..nanti saya nak cuba la..nampak sedap sangat ni

    ReplyDelete
  6. mesti tak sabar2 nak makan bila tengok cheese tu mencair. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. nmpk sdp.. perangai kita sama la dear...deqla kdg2 cam tu jugak.. x ingt nk snap trs ngap.. haha

    ReplyDelete