Friday, June 21, 2013

TEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM W17



Alhamdulillah... Pagi Jumaat yang indah... Kita masih bernafas di Bumi Allah...
Keadaan di JB masih berjerebu. Malah lebih teruk dari keadaan semalam.. Pagi ni bangun pagi nak pergi kerja macam biasa. Buka pintu, dah terbau asap yang amat kuat dan pedih mata... Keadaan ni lah yang amat menakutkan saya. Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang turut merasai keadaan ni, jaga kesihatan baik-baik ye. Pakai mask bila keluar rumah dan banyakkan minum air masak. Saya pergi kerja pagi tadi naik motor dengan suami. Tak pakai mask, sebab lupa nak bawak balik dari pejabat. Dah beli semalam... Lepas tu, saya tutup hidung dan mulut guna tudung je.. Kalau tak tutup, sukar nak bernafas...




Ok, hari ni dah masuk hari ketiga saya jadi urusetia untuk satu temuduga. Iaitu Pembantu Penguasa Kastam Gred W17. Semoga berjaya buat semua calon-calon yang hadir.. Satu ingatan buat calon-calon yang bakal hadiri temuduga.. Pastikan dokumen asal dan salinan yang diperlukan adalah lengkap dan disusun mengikut susunan di dalam folder anda.. Kerana dari pemerhatian saya, masih ramai calon-calon yang tak susun dokumen, dan lupa bawak sijil lahir..  Siapkan diri dengan maklumat-maklumat asas tentang pekerjaan yang anda mohon. Seperti skop tugas, visi, misi Jabatan yang anda mohon.. Juga nama Menteri di Kementerian yang anda mohon, Ketua Pengarah/Ketua Setiausaha....



Ok tu je luahan untuk pagi ni. Sehingga berjumpa di lain entry :-)


24 comments:

  1. huhu mmg sesak nafas kalo dalam keadaan berjerebu nie...

    ReplyDelete
  2. terasa nak keje dgn kerajaan pulak hihihihi

    ReplyDelete
  3. oooo...jadi urusteia erk...sape2 yg nak interview tuh ambik pesanan nih utk wat persediaan

    ReplyDelete
  4. baca tajuk tadi, ingatkan akak y pergi interview.. hehehe..

    btw, mmg betul pun jerebu skang buat pedih mata.. pastu, minum air masak byk2 pun cepat je rasa dahaga balik.. panas bahang die lain mcm kan? huhuhu

    ReplyDelete
  5. cuaca berjerebu semakin teruk skang ni. semlm je ada 4 kebakaran yg saya dan suami saksikan. huhuhu. semoga Allah turunkan hujan la dlm masa beberapa hari ni

    ReplyDelete
  6. owh.. bertugas di hari temuduga ye..ingtkan ros yg pegi temuduga tu.. hihi

    ReplyDelete
  7. terukkan jerebu kat sana,bila tgk berita perghhh mmg stock pedih mata sgt.

    ReplyDelete
  8. ciksu tak pernah apply kastam.
    tp pernah frust masa temuduga penolong penguasa penjara kx27. gagal sbb mata rabun.huhu.

    ReplyDelete
  9. jaga kesihatan ye rosz....

    ReplyDelete
  10. ade ujian mata tak? takpun lepas inteview ade ujian mata utk kastam? ceq rabun teruk huhu

    ReplyDelete
  11. teringat dulu interview SPA. diorang tanya nama menteri mmg tak berjawab la. hihi.. malu je.

    ReplyDelete
  12. assalam.. saya nak tanye.. berkenaan yang dokumen asal dan salinan fotostat tu, sijil2 kokurikulum tak perlu salinan fotestat kan?

    ReplyDelete
  13. @Anonymous W'salam. ye, untuk sijil-sijil kokurikulum, hanya yang asal sahaja.. tak perlu bawak salinan. tapi, sepanjang saya bertugas sebagai urusetia interview, memang ada yang bawa jugak salinan. Tak menjadi masalah sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. @xila xotmySalam. untuk interview kastam yang saya jaga ni, tak ada ujian mata dilakukan.... hanya interview biasa..

    ReplyDelete
  15. @ros_reeza ooyeke.. sbb esok saya interview di kuantan.. ok terima kasih..

    ReplyDelete
  16. @Anonymous Sama-sama :-)
    moga berjaya ye untuk interview esok :-)

    ReplyDelete
  17. Pakaian ne nk confirm skit bole? Yg sopan mksdnye tu bole pakai tshirt x?

    ReplyDelete
  18. Berkenaan ngan pakaian ye..bole tnya skit x? Sopan tu mksdnye bole x gne tshirt jer?

    ReplyDelete
  19. Pakaian ne nk confirm skit bole? Yg sopan mksdnye tu bole pakai tshirt x?

    ReplyDelete
  20. huhu..bestnya kalao sy jadi urusetia jugak..hehee..

    alhamdulilah,mira pun dah hbis tmuduga kastam ni 17/6 ari tu..
    alhamdulilah sgt semua soalan yg berkaitan dengan kastam boleh jwab dgn baik...
    huhu,tp lupa 2 perkara,lupa bg salamkt penemuduga,dan guna pkataan 'tuan'...
    tawakal ja la,kena potong markah mgkin sama skali gagal dalam pemilihan ni..

    http://cleopatrachentaamira.blogspot.com/2013/06/pengalaman-temuduga-pembantu-penguasa.html

    ReplyDelete
  21. @AffendySalam Affendy. untuk interview, jangan sesekali pakai tshirt ye. Pakai kemeja dan seluar slack tau. seluar jean pun jangan... Kalau ada tali leher, pakai k. untuk tshirt tu, kalau interview yang melibatkan ujian fizikal, baru awak pakai. untuk interview macam ni, jangan. Semoga berjaya dalam temuduga tu nanti :-)

    ReplyDelete
  22. insyaallah kak rose .. heehe,xbrapa nk harapsgt...hahaha,apa2 pun bulan depan resultnya pun..

    ReplyDelete