KEPADANYA LAH KITA KEMBALI...

August 23, 2013




Selamat petang semua..

Alhamdulillah, kita semua masih bernafas di Bumi Allah.. 

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari.

Cuma nak berkongsi satu berita yang amat mengejutkan saya semalam.
Tengahari semalam, dapat call dari suami. Beliau memaklumkan rakan sekerja beliau telah meninggal dunia.(tentera). Terkejut saya dengar berita tu. Kebetulan suami saya duty semalam, jadi beliau terlibat dalam pengurusan jenazah semalam.  Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Saiful dan juga untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia..


Kejadiannya begini. Pada awalnya suami saya dapat panggilan dari jiran arwah mengatakan arwah pengsan. Lepas tu, suami saya terus call isteri arwah. Tetapi, tak dapat bercakap kerana isteri hanya menangis.. Suami saya pun terus buat laporan kepada pegawai dan ingin bergegas ke rumah mereka. Perjalanan memakan masa 20 minit juga dari kem. Bila suami saya dan pegawainya sampai, arwah tiada di rumah. Telah di bawa ke klinik kesihatan berhampiran, kerana hospital agak jauh. Setelah suami saya sampai di klinik, doktor sedang memberi rawatan, Namun, siapalah kita untuk menolak ketentuanNya. Arwah telah disahkan meninggal dunia.. Arwah memang ada sejarah penyakit jantung.

Sayu hati saya mendengar berita ni.. Pemergian arwah meninggalkan isteri dan tiga orang anak. Muda lagi arwah.. Baru 26 tahun.. Sekarang ni, jenazah telah di bawa ke kampung arwah di Selangor. Untuk pengetahuan, isteri arwah berasal dari Sarawak.. 


Semua sudah tertulis..

Al-Fatihah.



You Might Also Like

10 comments

  1. inalillah... kesian pd keluarga arwah... al fatihah kpd arwah saiful moga rohnya dicucuri rahmat...

    yelah sapa lah kite nk menolak urusan Nya

    ReplyDelete
  2. Innallilah.. Al fatihah kepada allahyarham..

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirajiun.. giliran kita xtau bila kan..

    ReplyDelete
  4. taklziah buat keluarga arwah....

    ReplyDelete
  5. al fatihah.. salam takziah.. :(
    siannya..muda lagi.. sian ank2 dia..msti kecik2 lagi kan..

    ReplyDelete
  6. al-fathihah.. mati tak kenal usie kan ros.. moge isterinya tabah..

    ReplyDelete
  7. inalillah...dari Dia kita datang kepadaNya jua kita kembali. Takziah buat kelauraga arwah

    ReplyDelete
  8. AL-FATIHAH.. moga syurga tempatnya..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS