Friday, September 13, 2013

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU LANGKAWI :MENEROKAI ISLAND HOPPING

Selamat pagi kawan-kawan :) Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ni, hari Jumaat.. Diharapkan semuanya sihat-sihat sahaja yer :)

Ok, hari ni 13 September 2013. Nak updated entry berkenaan dengan Langakwi pun, asyik bertangguh je.. Dah sebulan dah pun. hihi.. Konon busy la kan. Al maklumlah, nak cerita bab percutian  kena ambik masa lebih sikit, baru syok. Nak ingat balik memori daun pisang, eh bukan. Memori di Langkawi, pastu nak tambah-tambah garam sikit bagi penyedap cerita. Ok, gurau je ye.. 

Al kisah percutian ke Langkawi ni, sebenarnya bukanlah percutian yang dirancang. Ianya terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga,.. Amboi, ayat.. nampak benar bohongnya. Hihihi.. Walaupun saya dan suami berasal dari Kedah, namun bukanlah bermaksud yang kami ni selalu gi Langkawi tu. Saya baru gi Langkawi 2 kali je, tapi bukan pergi holiday ke ape ke. Cuma pergi rumah Maksu saya(adik ayah saya).. Suami saya pulak memang tak pernah pergi. Yela, sejak umur beliau 18 tahun, dah merantau ke Johor Bahru, mencari rezeki, sesuap nasi.. EH, nak berdrama pulak. Suami saya kan sertai pasukan tentera darat, dan beliau ditempatkan di salah sebuah kem di Johor Bahru. Slang atau loghat Kedah pun dah hilang tau. Cakap ala-ala orang Johor gitu. hihihi :)

Masa cuti hari raya lepas, kami dapat cuti dan balik kampung. Tahun ni giliran di rumah mertua saya di Jitra. Kita kan raya 8 hb, hari Khamis, jadi kami ambil keputusan pergi Langkawi pada 10 hb, hari sabtu. Mulanya cadang pergi berdua je. Tiba-tiba tukar program, jadi bertiga sebab adik ipar saya nak ikut.  Jadi, bertigalah kami. Pergi gitu je. Tak bawa baju ke apa ke. Memang nak pergi sehari je. Dan tujuan utama pergi pun bukan nak jalan-jalan ke, shopping ke.. Cuma nak pergi pulau-pulau kecil kat Langkawi tu je..

Kami naik feri di Jeti Kuala Perlis. Ambil feri pukul 9 pagi. saya ni memang jenis yang mabuk laut. Pergi sana tak ada persediaan kan, jadi manalah ingat nak beli ubat mabuk kat farmasi. Jadinya, naik je feri, terus saya pejam mata. Kalau bukak mata, confirm muntah nanti.  Saya pejam mata, makan gula-gula hacks dan terus tertidur. hahaha. saya ni memang jenis mudah tidur kalau naik kenderaan..  Tiket ke Langkawi dari Jeti Kuala Perlis untuk dewasa RM18 dan kanak-kanak RM 13 yer :)

Ni tiket masa nak pergi :



Ni pulak tiket nak balik :


Sampai Pulau Langkawi dalam pukul 10 lebih, hampir ke 11 la.. Terus ke Kaunter yang menyediakan pakej nak ke Pulau  tersebut. Nama pakej tu Island Hopping. Kita akan dibawa ke 3 pulau, iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa  Besar(tengok burung helang) dan Pulau Dayang Bunting. Dia ada dua trip je,. Trip pertama dari pukul 9 pagi sampai pukul 1 tengahari. Dan trip kedua pulak, dari pukul 2 petang sampai pukul 6 petang. Oleh kerana kami sampai agak lewat, jadi kami memilih trip kedua. Masa kat kaunter tiket tu, siap tanya kat dia, betul ke balik pukul 6?.. Bukan apa, kitorang kan kalau boleh nak balik dalam hari yang sama, tak nak bermalam di Langkawi. Dah siap beli tiket feri pukul 7 balik ke Kuala Perlis. Tapi, orang kat kaunter tu kata, dia tak boleh janji. Selalunya bukan tepat pukul 6 petang, akan lajak ke 6.30 petang. Hah?.. Kami pun terus je beli tiket tu. Seorang, dia cas RM30,. Jadi, semuanya RM90 sebab kami bertiga kan. 



Sementara nak tunggu pukul 2 tu. kami pun makan kat kedai nasi kandar kat jeti tu. Lepas tu terus gi  jalan-jalan kat  Dataran Helang. Hujan turun renyai-renyai.. Kami, suami isteri pun berlari-lari anak dan nyanyi lagu hindustan sambil golek-golek kat dataran tu.. adik ipar hanya mampu melihat dan merakam menggunakan handphone samsung S3.. hahhaha. Ok, tu semua bohong.



Eh, macam dah panjang je entry ni. 

Ok, kita sambung ke next entry :)





21 comments:

  1. Kalau betul golek-golek nyanyi hindustan pun apa salahnya tak ada siapa nak ketawakan Ros, baik buat sekarang. Kelak dah ada anak kena ketawakan anak-anak Ros...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah..
    lama dah ummi tak pergi Langkawi, teringin juga nak ke sana.

    ReplyDelete
  3. huhu...

    okeyla tu dapat hilangkan stress

    :))

    ReplyDelete
  4. xsbr nak tau ni..dlm prncgn nak p..hihi

    ReplyDelete
  5. patut sally g Langkawi last week, tapi mama batalkan...huhu...sedih!

    ReplyDelete
  6. bestnyaa dapat bercuti2 kan.. hehe saya xda masa lagi nak bercuti.. hmmm btw,saya jemput awk join GA nie http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Dapar pergi Langkawi.

    ReplyDelete
  8. yati pun baru 2 kali pi langkawi tu pun sebab ada kursus...ingat nak pi jalan2 ngan famili pulak lah...

    ReplyDelete
  9. cikna baru sekali ke langkawi.. memang bercuti, dah lawat semua cuma island hopping je belum.. hihi..

    ReplyDelete
  10. waa bestnyer pi langkawi...dah lama tak pi sana...

    ReplyDelete
  11. @Rapunzeel Cikilolo betul tu.. lupa sekejap stress dan kepenatan kan. tenang je kat sana :)

    ReplyDelete
  12. @Sally Samsaiman alahai, sayangnya.. takpe, next time rancang lagi tau..

    ReplyDelete
  13. @Amyma Omar Alhamdulillah, dapat ke sana walau sekejap :)

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah tahun dpn de rezki akak gi lgkwi bawak org tua

    ReplyDelete
  15. mmg best.. dah lama giler x ke sana.. ada gak bercdg nk ke sana nanti..tp xtau la bila..huhu.. tahun dpn kot.. lps pindah.. hihi..

    ReplyDelete