RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

September 03, 2013



Masakan isteri adalah yang istimewa kan selain masakan seorang ibu.. 

Cewah.. Ayat permulaan bukan main lagi.. hihi..

Hari ni nak cerita berkenaan air tangan isteri. Tak kiralah apa pun yang anda masak, sudah tentu encik suami akan makan kan?.. Tak kira lah sama ada masakan tu simple ke.. yang susah ke.. kan?

Memang masakan isteri macam ada magik kan. Rasa dia berlainan dari kedai. Maklumlah kita masak dengan niat yang ikhlas. Ditambah pulak dengan kasih sayang yang melimpah ruah.. hihi. Juga dengan Bismillah, selawat, zikir lagi... kan?

Seperti yang telah anda baca tajuk entry saya kali ni, iaitu Daging goreng kunyit. Simple je sebenarnya masakan ni. Tapi, tahukah anda masakan ni lah menjadi kegemaran suami saya?.. Dalam banyak banyak hidangan yang pernah saya masak, inilah yang menjadi kesukaannya dan telah duduk di carta hati beliau... hihi.. 

Lupakan sambal udang petai, asam pedas ikan parang, ikan bakar ala percik, masak lemak cili api ketam, ayam masak merah dan sebagainya.. Menu tu semua dah jatuh ke tangga yang bawah dalam carta. 


Ok, kat sini saya sertakan resepi ringkas Daging goreng kunyit ni ye.Memang simple sangat. Kejap je nak masaknya.. Jimat masa dan tenaga..

Bahannya dah tentulah daging kan. Saya ambil daging batang pinang.. Lembut sikit kan.. Bawang besar, potong bulat bulat. Pastu carrot. Ikutlah nak potong macam mana kan. Sedikit halia. Buat dua tau. Satu diketuk, satu lagi dihiris halus. Bawang putih dan merah dihiris jugak. Sedikit minyak 
dan kunyit. Haa itu je bahannya. 

Caranya pulak macam ni.. 
Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan daging dan halia yang diketuk tadi. Nak bagi air daging tu kering kan.. Bila dah kering, angkat dan buang halia tadi tu. Then, panaskan lagi kuali. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah. Pastu masukkan daging dan halia yang kita hiris halus tu. Masukkan kunyit dan carrot. Kacau-kacau daging tu. Bila dah masak, masukkan bawang besar yang kita potong bulat tu.
 Tadaaa.. dah siap pun Daging goreng kunyit. Heee.. Senang kan??.. 

Selamat mencuba :-)


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH




You Might Also Like

12 comments

  1. husband pon suka daging goreng kunyit... belajar masak sbb dia suka makan ;)

    ReplyDelete
  2. mmg simple.. tp kalo deqla masak ni kompem tukar ngan ayam..sbb hubby kureng mkn daging...huhu...

    ReplyDelete
  3. sedap jugakkn..masak macm ni..=D

    ReplyDelete
  4. senang la mcm tu nak masak kan.. simple tapi sedap..

    ReplyDelete
  5. simple.. kak fifi pon suke masak macam ni.. tapi ros memang tak letak garam ke?

    ReplyDelete
  6. simple.. kak fifi pon suke masak macam ni.. tapi ros memang tak letak garam ke?

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS