amalan mulia

SELAWAT TAFRIJIYAH

October 31, 2013



Tadi BW ke blog CIK INTAN BERLIAN , terbaca entry berkenaan SELAWAT TAFRIJIYAH. Tu yang nak kongsi pulak kat sini.. Sebagai panduan untuk diri saya jugak. Juga untuk anda semua..




Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.

 Imam ad-Dainuri r..a.

  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki


Entry ni copy dari blog CIK INTAN BERLIAN



kesihatan

JOM BERSENAM

October 31, 2013


Selamat pagi kawan-kawan :)

Apa khabar?.. Moga semuanya sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni puan blog sihat.. Jom terapkan aura positif dalam diri masing-masing. Lupakan permasalahan yang menerjha, dan cuba ambil sebagai cabaran.. dan selesaikan dengan baik :) Wah, bagi kata-kata semangat gitu..

Bersenam memang baik untuk kesihatan.. Korang dah bersenam ke hari ni?.. Jom luangkan masa 15 minit utnuk bersenam.. Tengok adik comel kat bawah  ni pun gigih tau.. hihi...



Puan blog bagi nasihat je.. Puan blog pun tak buat lagi.. Tapi, turun naik tangga pun senaman jugak kan?.. Jadi, puan blog dah bersenam lah hari ni :)



aiskrim

KEDEGILAN....

October 30, 2013

 
Hujan + sakit gigi.
 
Degil, makan jugak aiskrim.
 
Nak buat macam mana, teringin kan..
 
Sakit gigi saya ni berulang balik..  Gigi arnab pulak tu.. Nak tak nak, tahan je..
 
 
 
Beli aiskrim ni masa pergi Giant Sabtu lepas.


 

luahan

PENYESALAN...

October 30, 2013



Selamat petang kawan-kawan semua.. 

Apa khabar?.. Harapnya semua berada dalam keadaan baik sahaja.. 

Semalam tak ada entry.. Hari ni pun lewat sikit.. Dah petang dah pun.  Kekangan waktu yang menghimpit, di samping gelora jiwa yang menerjah..

Seperti tajuk di atas. PENYESALAN. Petang ni nak bercerita mengenai penyesalan. Pernah tak korang menghadapi situasi ni?.. Pernah tak rasa menyesal selepas apa yang korang buat?.. Selepas keputusan yang korang ambil?.. Selepas jalan yang korang pilih?..

Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada berguna

Betul ke?.. 

Puan blog sedang mengalami perasaan ni sejak dua hari ni.. Ya Allah, jauhkan aku dari perkara yang tidak baik.. Jangan kau bolak balik kan perasaan ku ini kepada perkara yang tidak baik.. Tetapkan hati ku ini Ya Allah...

Dalam setiap apa yang kita lakukan, kita harus bertanggungjawab. Walau apa pun kesannya nanti. Jalan ini, kita yang memilih.. Jangan salahkan sesiapa, jangan salahkan keadaan sekeliling...


p/s: Moga dipermudahkan kawan saya, Siti untuk melahirkan anaknya yang pertama.. Tunggu hari je ni.. Orang Sarawak..  Excited belikan baju baby girl. Padahal, Siti pun tak tahu jantina baby dia lagi . hihi..
 
 
 

 

bunga

GAMBAR POKOK BUNGA ROS CANTIK

October 28, 2013



Selamat pagi kawan-kawan semua :)

Apa khabar?.. Moga semuanya siaht selalu.. Alhamdulillah.. Kita masih dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan.. 

Pagi ni, saya nak kongsikan gambar bunga Ros saya.. hihi.. Ada hobi baru kali ni. Menanam bunga.. Hobi sebelum ni iaitu menjaga ikan dan burung masih diteruska.. Cuma tambah lagi satu hobi,.. hikhik.. Alkisahnya saya ni memang suka tanam bunga masa duduk dengan mak dulu.. Mak saya tanam banyak jenis bunga.. Bila dah kahwin ni, duduk pulak rumah yang  bertingkek-tingkek, tak dapat nak teruskan minat tu.. Tapi, sabtu lepas, saya pergi pasar tani di Larkin. Banyak sangat bunga cantik-cantik, orang jual. Singgah kejap. Tengok-tengok.. Sekali boleh terbekenan kat bunga Ros.. Ada warna pink dan putih je. saya ambil pink.. Nanti nak cari Ros merah pulak.. Banyak yang dah habis.. Tanah, baja pun habis.. Ramai yang beli :) 

Jom layan gambar pula yer.. Saje nak letak banyak-banyak ni.. Suka dengan warna dia.. 













Saya letak kat balkoni rumah pokok bunga Ros ni. Gambar yang atas kerusi, kat dalam rumah tu, sebab masa tu syaa alihkan. Petang semalam angin kuat dan hujan lebat sangat. Jatuh pokok bunga  Ros saya.. hihi..

Petang ni, kalau sempat nak gi cari pasu besar sikit ngan tanah.. Nak alihkan dia.. 



Makanan

MINUM-MINUM DI OLD TOWN WHITE COFFE

October 27, 2013






Ni gambar semalam. 

Semalam pergi Giant Plentong. Tujuan nak beli kain kat Nagoya. Sebelum beli kain tu singgah masuk kejap kat Oldtown ni. Nak minum kopi dia. Lama dah tak minum kan. Tapi, bila masuk tengok menu, teringin nak minum air coklat dia pulak dah. Terus order air coklat. Suami saya je order cofee hazelnut dia tu. Memang sedap dan mengenyangkan. Tu yang best. hihi. Order jugak roti dia tu. Tapi, tak panas la pulak. Dah sejuk, so macam kureng sikitla rasa dia. Kalau panas  lagi sedap kan?..



doa

DOA KEMUDAHAN SEMUA URUSAN

October 26, 2013



Selamat pagi. Apa khabar kawan-kawan?.. Moga semuanya diberikan kesihatan yang baik... Alhamdulillah..

Pagi ni, mari kita mulakan hari dengan berdoa kepada Allah dipermudahkan segala urusan kita menuju ke arah kebaikan..




Sumber :  FB Ustazah Siti Nurbahyah..


Hari minggu macam ni, apa rancangan korang?....



bajet

BAJET 2014 : BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM

October 26, 2013




Ada banyak perkara yang ingin diulas berkenaan Bajet 2014 yanh dibentangka  PM kita petang tadi. Tapi, untuk kali ni puan blog cuma nak umumkan tentang bonus.

Tahniah buat semua penjawat awam. PM mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM 500 buat semua penjawat awam. Manakala RM 250 buat pesara kerajaan. Bayaran bonus akan di buat pada awal Januari. 

Alhamdulillah.. 



ATM

KELANTAN MELANGKAH KE FINAL PIALA MALAYSIA 2013

October 26, 2013



Tahniah kepada pasukan Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia 2013. Kelantan berjaya dengan agregat 4-3. 



Keputusan perlawan tadi ialah 2-2. Namun Kelantan telah membawa bekal 2 gol dari Stadium Selayang pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lepas berbanding ATM yang hanya mengutip satu gol. Dan menjadikan mereka layak ke final dengan agregat 4-3. 

Puan blog memang sokong ATM tadi. Pada awalnya ATM berjaya mendahului. Tapi inilah yang dikatakan sukan bola sepak. Selagi wisel belum ditiupkan, apa-apa boleh berlaku. Kelantan menyumbat dua gol dalam masa 4 minit sahaja. Macam hero hindustan. Kalah dulu, lepas tu terus menang. hikhik. 

Tahniah Kelantan. 

Lawan Kelantan di final ialah antara Sarawak atau Pahang. 



ATM

PENENTUAN KELANTAN LAWAN ATM

October 25, 2013



Tak sabar sebenarnya nak tengok perlawanan di antara Kelantan dengan ATM malam ni. Separuh akhir kedua.. Malam ni la penentuan siapa yang akan melangkah ke perlawanan akhir, menentang pemenang dia antara Pahang dan Sarawak.. Minggu lepas, lawan dekat Stadium Selayang, ATM sebagai tuan rumah. Kelantan mendahului ATM dengan jaringan 2-1.. 

Puan blog, tentulah sokong ATM.. hihi.. Kata berdarah perwira kan.. hikhik.

Walau Kelantan berkelebihan satu gol, tapi harapnya ATM berjaya bangkit malam ni.. Kelantan sebagai tuan rumah malam ni.. 



Puan blog memang minat bola. Dan ada menyokong beberapa pasukan. Tapi, tak adalah nak fanatik sampai nak mengutuk pasukan lawan kan. Harapnya kita semua rakyat Malaysia menjaga tutur kata dan jangan sesekali mengeji pihak lawan.. 


~ GEMPUR ATM GEMPUR ~


Al-Fatihah

SURAH AL-FATIHAH DAN MAKSUDNYA

October 25, 2013



Selamat pagi kawan-kawan semua :) Ap khabar hari ni?.. Harapnya semua sihat yer :) Alhamdulillah..Kita masih dipanjangkan usia lagi..

Sebelum mulakan tugas, mari kita baca Al-Fatihah dan fahami maksudnya dahulu yer..




p/s : Alhamdulillah.. Bangun pagi ni, mood ceria jer :)



AF

BIODATA AZHAEL AF 2013

October 24, 2013



Korang layan tak Akedemi Fantasia 2013 ni?.. Puan blog layan jugak kadang-kadang.. Antara pelajar yang menyerlah bagi saya Azhael ni lah. Tak ketinggalan Indah, Amira dan lain-lain..



Ok, jom kita berkenalan dengan mereka yer.. 



Nama Penuh: Mohd Azhar Bin Osman

Profesion Terkini: Pelajar
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 25 tahun

Pencapaian: Juara Bintang Idola BH 2011

Karakter:
Peramah
Panas Baran
Mencintai alam sekitar
Pembersih
Tidak suka kotor dan bersepah
Seorang yang kelakar
Kuat berpeluh

Kesukaan:
Rasberi
Sambal udang
Irama Malaysia
V.E
Erin Malek
Hitam & Merah

**********

Nama Penuh: Hal Husaini Bin Razmi
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 25 tahun
Profesion Terkini: Jurugambar

Karakter:
Periang
Suka bergurau
Bersederhana
Tidak suka memandu
Takut lipas
Mementingkan keterampilan diri
Cepat gelabah jika melakukan kesilapan

Kesukaan:
Jus Tembikai
Makanan yang pedas
Pop
Brian Mcknight
Ryan Reynold
Merah & Hijau

************


Bila letak biodata macam ni, dah rasa macam agen cari jodoh la pulak.. hihihi.




bajet

BAJET 2014 DIBENTANGKAN 25 OKTOBER 2013

October 24, 2013


Esok, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2014.


Diharapkan ada sesuatu untuk semua rakyat Malaysia. Dan juga tidak menguntungkan sesetengah pihak sahaja.. Banyak yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia,.. Sama-samalah kita nantikan.. 

Secara jujurnya, saya menunggu tentang bab perumahan. Moga ada satu tindakan atau pelan yang akan dilaksanakan oleh pemimpin kita bagi memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah sendiri. Harga rumah semakin hari semakin naik. Bukan naik sikit-sikit, tapi agak melambung juga kenaikannya. Memang terasa sangat dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.


Dan satu lagi, pastinya kakitangan awam ternanti-nanti pengumuman tentang bonus kan?... hihi.. Cepat angkat tangan, siapa yang tak sabar?.. Tak tahulah sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan atau tidak.. Tapi, harap-harapnya ada lah kan :)

Tapi yang lebih penting bagi saya ialah , Imbuhan Tetap Perumahan. Bagi saya, jumlah itu sudah jauh ketinggalan. Imbuhan Perumahan yang diterima oleh Gred 17 seperti saya ialah , RM 180.00. Amat berbeza dengan kos sewaan rumah sekarang terutamanya di Bandar-bandar besar.. Bila saya utarakan tentang imbuhan ni, jangan ada yang marah/tak puas hati pula dengan menganggap saya tidak bersyukur dan sebagaimananya. Tetapi itulah realitinya. 

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.  Saya jugak berharap GST tidak akan dilaksanakan.. 

Harus diingatkan, pembentangan bajet bukan semata-mata pengumuman tentang bonus. Ada yang salah faham. Bila sebut tentang bajet je, semua tertumpu kepada bonus. Tetapi sebenarnya, pembentangan bajet membolehkan kita mengetahu ke saluran mana wang negara disalurkan. Itu yang penting. Setiap dari kita, bergelar rakyat Malaysia harus mengambil tahu akan perihal bajet. 


Sumber gambar dari encik Google..



cinta

SINOPSIS DRAMA LOVE YOU MR. ARROGANT

October 24, 2013


Ok, tadi saya buat entry SINOPSIS NOVEL LOVE YOU MR. ARROGANT . Ka;i ni, jom kita tengok sinopsis drama dia pula.. hihi.. Layankan je la puan blog ni yer.. Nak buat macam, drama feveret ( baca : favourite) la katakan .. hikhik



SINOPSIS DRAMA LOVE YOU MR.  ARROGANT

Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Irham sedang buntu memikirkan cadangan emaknya, Puan Sri Maryam (Norish Karman) yang ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
 
Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.
 
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.
 
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
 
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
 
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
 

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan menurut hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?

*******

Hati puan blog memang sensitif bila tengok drama ni. Dah berapa banyak air mata dah yang mengalir bila tengok drama ni..  Sikit-sikit tersentuh.. hihi.. Menghayati la katakan.. :)



cinta

SINOPSIS NOVEL LOVE YOU MR. ARROGANT

October 24, 2013


Oleh kerana puan blog sekarang  ni memang tengah fall in love dengan Drama Love You Mr. Arrogant ni, jadi di sini puan blog nak coretkan Sinopsis Novel ni. Ok, entry kali ni novel dulu. Next entry drama pulak ok :)


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
************

Kalau nak berkenalan dengan penulis novel ni dan membaca karya-karya beliau, jom singgah di blog beliau yer .. 


*****



indonesia

Lirik Lagu Sampai Menutup Mata – Acha Septriasa

October 24, 2013


Bila saya dengar lagu ni mesti rasa tersentuh. Sedih tau lirik dia. Lagu ni jadi sountrack filem My Heart. Lama dah la.. Acha dengan Irwansyah yang berlakon.. Filem dia pun best.. Lagu pun best.. 
Jom hayati liriknya yer. Kalau nak dengar lagu, kena cari kat youtube.. hihi.. 

SAMPAI MENUTUP MATA- ACHA SEPTRIASA
Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi



**************
p/s : Tuan blog memang minat lagu mendayu-dayu gini .. hihi. Layan perasaan..


cuti

KALENDAR CUTI UMUM 2014

October 24, 2013



Eh, ni kan dah bulan 10. Jadi, tal salah rasanya saya letak kalendar 2014 ni.. hihi.. Bukan apa, memudahkan perancangan kita kan.. Mana tahu, ada yang merancang nak kahwin, nak tunang, nak bercuti atau apa-apa je la kan.. 

Jom kita tengok cuti umum untuk tahun depan jatuh pada hari apa.. Senang nak atur cuti rehat (bagi yang bekerja) kita .. hikhik..

**********




*****************





Kalau tak clear, boleh klik dan zoom je ye.. Ni semua saya ambil hasil dari carian google tau. Jadi, terima kasih pada si empunya kalendar.. 

p/s : Cuti rehat korang tinggal berapa? Banyak lagi ke, atau dah tinggal hujung-hujung je.. hihi.. Tuan blog dah tinggal sipi-sipi je ni.. hihi,,..





doa

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM SEGALA URUSAN

October 24, 2013


Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar?.. Harap semuanya sihat sahaja ye.. 

Alhamdulillah.. Kita masih dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik oleh Allah untuk menjalani kehidupan ini.. 

Sebelum memulakan tugas di pagi Khamis yang indah ini, jom sama-sama kita menadah tangan dan membaca doa ini :



Selamat bekerja pada yang bekerja hari ni :)
Jangan stress-stress ye.. :)


blogger

SOALAN 1 : ANDA TANYA, SAYA JAWAB

October 23, 2013



Susulan dari entry BUAH DELIMA SERINGGIT SEBIJI , yang saya buat hari Isnin yang lepas. Ada teman blogger yang bertanya :


Jawapan : Betul Kak.. memang murah.. Ros pun terkejut.. Banyak beza denganharga kat JB ni.. Kat sana tengah musim agaknya.. Tu yang murah.. Ni baru buah delima. Hari tu, musim buah cempedak, ada yang jual murah sangat! . Kadang-kadang sampai tak ada harga.. Terlalu banyak kan... (eh, dah terkeluar tajuk pulak.. hihi.. Tajuk buah delima, pi masuk bab cempedak pulak ).. 


P/S : Mulai hari ni, kalau ada apa-apa pertanyaan dari rakan blogger, saya akan buat entry yang macam ni.. Tak ape kan kawan-kawan ?..





keyword

MAKAN SUBWAY SORANG-SORANG

October 23, 2013


Bila tengok tajuk tu, bukan maksudnya saya yang makan sorang-sorang tau.. Tadi saja bukak akaun Nuffnang dan tengok part keyword. Jumpa keyword ni :



Aduhai..rasa kesian pulak awak makan sorang-sorang.. Kenapa tak ajak family atau kawan-kawan?.. Belanja dorang makan.. Saya ni faham perasaan awak tu yang sedih makan sorang-sorang. Mesti boring kan?.. 

Atau pun, awak ni memang suka makan sorang-sorang, tak payah  nak belanja member?..

Eh, ke situ  pulak tuan blog ni.. 

Apa pun, terima kasih kepada yang mencari keyword tu, dan terjumpa blog ni :)





candy crush saga

PENCAPAIAN CANDY CRUSH SETAKAT HARI NI

October 23, 2013



Memang tak habis lagi demam Candy Crush ni tau.. hihi.. dah makin seronok. Sekarang ni saya dah sampai level 272.. Hari-hari mesti nak main punya. 



Korang dah sampai level mana?.. Mesti lagi terror ni kan? 


jitra

KETUPAT PULUT DAUN PALAS IBU MERTUAKU

October 22, 2013


Walau hari raya haji lepas, tak dapat balik kampung, dapat jugak merasa makan ketupat. hihi..

Jumaat lepas kan saya dan suami balik kampung untuk pergi meminang. Jadi, mak mertua saya pun buatkan ketupat palas. Banyak yang mak mertua saya buat. Ada ketupat pulut biasa,ada jugak pulut hitam. Tapi, saya tak berapa suka yang pulut hitam. Sebenarnya, saya ni memang tak boleh makan pulut banyak.. Nanti rasa ketat dada.. 

Bila nak balik pagi ahad tu kan, sempat lagi mak mertua bekalkan kitorang ketupat palas ni tau. Tapi , bukan yang siap direbus tu. takut tak tahan lama nanti kan.. Mak mertua buat yang separuh masak tu la. Lupa pulak nak snap gambar.. hihi.. 

Jadi, malam tadi saya rebuslah ketupat untuk makan malam. Buat sekali kari daging.. Sebab suami saya memang suka cicah kari daging, tak gemar makan dengan rendang.. Tapi, kari daging saya ni tak sama dengan yang mak mertua saya buat.. Warna pun lain. hihi..

Jom, tengok gambar kat bawah ni.. 




Tengahari ni, kawan-kawan makan apa?.. 

Sempat juga balik rumah mak saya, yang bestnya mak saya buat rendang ayam.. Sedap.. Alhamdulillah.. Terima kasih mak :) Rendang ayam tak ada gambar ek.. hihihi.



LAWAK

ATM OH ATM..

October 22, 2013



Apa korang buat kalau time nak keluarkan duit kat mesin ATM, jadi macam kat bawah ni?..



Alamatnya, memang panjang la barisan orang dok beratur nak keluarkan duit kan?.. hihi.. Takpun, ada je yang berputus asa, terus cancel nak keluarkan duit.. hihi..

Atau pun, orang ramai dah tak nak simpan duit dalam bank dah.. Lebih rela letak bawah bantal..? hihi..

**************

Selamat pagi kawan-kawan. Jom mulakan tugas hari ni dengan penuh bersemangat..

p/s : Walau hati berdarah, tetap gigih bibir mengukir senyuman.. AllahuAkbar.....




amalan mulia

BERGELAR ISTERI SOLEHAH

October 21, 2013







Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,


Jika cintamu kepada suami berpada-pada,

Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,

Mencedera teruk perasaan dan emosi,

Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,

Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,

Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..

Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,

Jika ditakdirkan kalian ke syurga..

Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,

Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,

Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..? 

Nauzubillah...

Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,

Pastinya Allah denganmu tiada terpisah, 

Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung, 

Rindu mampu ditangani, 

Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu 
kepada Allah

Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.

Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.

Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu


************

Renungan bersama, kita yang bergelar wanita.. Juga buat semua yang bergelar suami ...



buah

BUAH DELIMA SERINGGIT SEBIJI DI JITRA, KEDAH!

October 21, 2013



Wah tajuk.. hihihi.. 

Ingat tak last week saya buat entry berkenaan buah delima?.. Saya beli di Pasar Pandan, Johor Bahru, RM7 sebiji?.. Kalau belum baca, silakan baca kat sini yer :



Ok, kan saya ada balik kampung Khamis, malam Jumaat lepas. Saya dan suami naik bus balik kampung. Bus pukul 10.30 malam. Kitorang samapai Jitra, lebih kurang pukul 7 pagi.. Bus laju ok.. saya balik rumah mak mertua di Jitra. Sebab nak gi meminang anak dara untuk adik ipar saya(adik suami saya).. 

Pagi Jumaat tu pergilah pasar Jitra. Nak beli lauk basah kan. Sekali tu ternampak kat tempat orang jual buah, ada buah delima.. Dia susun dalam pinggan. Saya pun tanyalah harga dia kan. Terkejut bila dengar harganya.. Pakcik tu kata, yang dalam pinggan tu RM5. Maksudnya sepinggan tu 5 ringgit je. Tahu tak ada berapa biji dalam pinggan tu?.. Ada 5-6 biji.. Jadinya, jatuh harga satu biji, seringgit je.. Murahnya,.. Pakcik tu kata tengah musim ni.. 

Nasib baiklah tuan blog ni naik  bus. So, tak membeli la kan. Tak larat nak angkut barang banyak-banyak nanti naik bus.. Kalaulah naik kereta, memang akan saya beli.. Murahnya.. 

Siapa-siapa yang kat Jitra tu, beli la.. hihi.. Wah, sempat nak promote lagi ni.. 

Kat tempat lain,macam mana pula harga buah delima?..



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion