Monday, October 21, 2013

BERGELAR ISTERI SOLEHAH







Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,


Jika cintamu kepada suami berpada-pada,

Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,

Mencedera teruk perasaan dan emosi,

Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,

Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,

Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..

Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,

Jika ditakdirkan kalian ke syurga..

Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,

Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,

Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..? 

Nauzubillah...

Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,

Pastinya Allah denganmu tiada terpisah, 

Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung, 

Rindu mampu ditangani, 

Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu 
kepada Allah

Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.

Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.

Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu


************

Renungan bersama, kita yang bergelar wanita.. Juga buat semua yang bergelar suami ...



13 comments:

  1. Amin...semoga kita semua menjadi isteri yang solehah

    ReplyDelete
  2. renungan utk diri sendiri juga..insyaallah..=')

    ReplyDelete
  3. nise entry...terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  4. ayu pun ada baca tadi kat fb

    ReplyDelete
  5. peringatan tuk diri sendiri...tima kasih

    ReplyDelete
  6. amin.....
    walaupun masha belum bersuami...tapi suka baca ni ;-)

    ReplyDelete
  7. thanks sharing ros.. rindu ros.. ni jenjln jap jengok kwn2.. ;)

    ReplyDelete
  8. Amin. Moga kita menjadi isteri solehah..

    ReplyDelete
  9. nice words...atleast kita tak hanya ingat cinta manusia, tapi ingat nak mencintai Allah jugak :)

    ReplyDelete
  10. in shaa Allah....memang mharap agar mjd isteri yg solehah

    ReplyDelete