Monday, October 21, 2013

BUAH DELIMA SERINGGIT SEBIJI DI JITRA, KEDAH!



Wah tajuk.. hihihi.. 

Ingat tak last week saya buat entry berkenaan buah delima?.. Saya beli di Pasar Pandan, Johor Bahru, RM7 sebiji?.. Kalau belum baca, silakan baca kat sini yer :



Ok, kan saya ada balik kampung Khamis, malam Jumaat lepas. Saya dan suami naik bus balik kampung. Bus pukul 10.30 malam. Kitorang samapai Jitra, lebih kurang pukul 7 pagi.. Bus laju ok.. saya balik rumah mak mertua di Jitra. Sebab nak gi meminang anak dara untuk adik ipar saya(adik suami saya).. 

Pagi Jumaat tu pergilah pasar Jitra. Nak beli lauk basah kan. Sekali tu ternampak kat tempat orang jual buah, ada buah delima.. Dia susun dalam pinggan. Saya pun tanyalah harga dia kan. Terkejut bila dengar harganya.. Pakcik tu kata, yang dalam pinggan tu RM5. Maksudnya sepinggan tu 5 ringgit je. Tahu tak ada berapa biji dalam pinggan tu?.. Ada 5-6 biji.. Jadinya, jatuh harga satu biji, seringgit je.. Murahnya,.. Pakcik tu kata tengah musim ni.. 

Nasib baiklah tuan blog ni naik  bus. So, tak membeli la kan. Tak larat nak angkut barang banyak-banyak nanti naik bus.. Kalaulah naik kereta, memang akan saya beli.. Murahnya.. 

Siapa-siapa yang kat Jitra tu, beli la.. hihi.. Wah, sempat nak promote lagi ni.. 

Kat tempat lain,macam mana pula harga buah delima?..



12 comments:

  1. x pernah beli lak buah delima, selalu rembat dari pokok jer...

    ReplyDelete
  2. Akka nak beli can Econsave Kajang bebaru ni sebijik Rm2.99 itu pun promotion prize katanya.

    ReplyDelete
  3. susah nak jumpa murah macam tu..tapi biasanya kalau peniaga kecik2 ni memang jual harga murah macam tu..lagi2 kalau musim dia..

    ReplyDelete
  4. wah murahnya...rezeki ros la tu..noe biasa minum jus delima jer...tapi rasanya kt umah mertua ada buah delima ni...

    ReplyDelete
  5. kalo tak naik bas, laju je ros rembat kan..hihi.. murah tu.. kalo 7 ringgit sebiji mmg cekik darah jugaklah!

    ReplyDelete
  6. Kalau IM tunggu pokok berbuah baru nak makan. Hehe. Tapi murah tuuu.

    ReplyDelete
  7. Saya ade tnye di RnR serdang nak ke seremban rm 12 rnggt sebiji huh wow..terpernjat sy huhu

    ReplyDelete
  8. Boleh dapatkan no pakcik tersebut?? call sy 0183212387. kami sedang mencari supplier untk buah delima -ccs food and beverages man. sdn bhd.

    ReplyDelete