MENU HARI RAYA AIDILADHA : MEE REBUS SPECIAL - INILAH REALITI

Wednesday, 16 October 2013

MENU HARI RAYA AIDILADHA : MEE REBUS SPECIAL





Tajuk bukan main lagi. Mee rebus special.. hihi. Sebenarnya tak adalah special pun. Saya masak mee rebus semalam. Kali ni raya di perantauan lagi. hua... Tak balik kampung. Maklumlah cuti raya sehari je.. Jadi, terpaksalah bertabah beraya di JB, tapi still rindu dengan family kat Kedah.. 

Suami pun kerja. Tak dapat cuti. Memang keseorangan di pagi raya. Sob...sob.. sedih... 

Memang tak plan nak masak ape pun. Tak beli apa pun barang basah.. Sehari sebelum raya baru terfikir. Tengok kat
dapur ada perencah mee rebus. Dah beli lama dah. Tak buat buat lagi. So, saya pilih buat mee rebus je lah. So, kat atas tu lah hasilnya. Rasanya biasa biasa saja. Sebab segera punya kan. Mulalah teringat kat mee rebus yang mak masak ! Tak ape lah ,  ini yang termampu. Alhamdulillah... 

Memang senang nak masak. Panaskan periuk, masukkan rempah segera tu. Pastu masukkan air. Pandai pandai agak je air dia. Bila dah mendidih, masukkan udang,. Perasakan dengan garam. Boleh ikut suka nak letak apa. Macam daging ke kan. Tapi  saya letak udang je sebab daging tak ada.  Pastu makan dengan telur rebus, daun bawang, hirisan cili dan limau nipis.  

Selamat mencuba. Ecewah.. Pes mee rebus tu saya  beli dengan kawan sepejabat.. Tak tahu lah kat kedai ada ke tak. Tapi , lagi sedap kalau buat sendiri. Baru terada keledek dia kan :-)


8 comments:

  1. huwaaa dari selatan merindui utara.. tp tak apa lah ros, cuti raya haji kan sehari je.. tak macam raya puasa =)
    dengan perencah mmg sonang kerja utk memasak.. everything dah all in one ;P

    ReplyDelete
  2. sedapnya ros...segera pun segeralah...

    ReplyDelete
  3. wahhh nmpk special jugak tu.. menu deqla smlm x snap pic pun..huhu...lupa...

    ReplyDelete
  4. iskkkk ramai wat n3 psl mknan... terliur2 he3

    ReplyDelete
  5. samalah tak balik kg jugak, masak pun ala kadar je...

    ReplyDelete