TAK BOLEH TIDUR MALAM SATU PENYAKIT?

October 02, 2013



Jam dah pukul 2.40 pagi waktu saya tulis entry ni. Entah kenapa malam ni tak boleh nak lelapkan mata. Tak rasa mengantuk pula. Nak kata minum nescafe, tak minum pun hari ni. Tapi selalunya main minum je nescafe boleh tidur je dengan jayanya... Tak boleh nak tidur, tu yang bukak blog updated entry ni. 

Mungkin sebab makan lewat malam kot?. Bukan ape, tadi cik abang balik lebih kurang pukul 11.30 malam bawak balik laksa sarawak. Isteri teman beliau masak dan kirimkan  untuk saya. So apalagi. Rezeki dah di depan mata. Dengan dimulakan Bismillah, saya pun makan tanpa ada rasa bersalah.. Walau dah lewat malam. Haaa, kau mampu makan tengah malam dengan penuh selera??.. hihihi. Sedap sungguh rasa laksa sarawak tu. Pandai dik Siti masak. Terima kasih yer. Lain kali bagi lagi.. hihi. Macamlah dik Siti tu baca blog ni. Dik Siti ni isteri teman suami saya. Asal dari Sarawak. Tengah sarat mengandung. Tengah tunggu hari je. Due dated dia 8 hb ni. Bukan apa, dia teringin nak makan kot. Kat JB ni mana lah nak ada yang jualkan. Tu yang dia masak tu :-)
Kiranya ni kali kedua saya makan laksa sarawak. Kali pertama masa officemate, Kak Isma buatkan. Juga berasal dari Sarawak...

Sebab kedua tak boleh tidur, mungkin sebab dah puas menangis kot? Bukan ape, tadi pukul 9 malam kan ada cerita hindustan kat Saluran Zee astro.. Cerita Akele Hum Akele Tum. Pelakonnya Aamir Khan dengan Manisha Koirala. Haruslah saya tengokkan. cerita feveret tu. Walau dah tengk banyak kali, tapi nangis macam first time tengok. huhu. Memang touching la filem ni. Nak nak adegan kat mahkamah masa nak tentukan sape yang dapat hak penjagaan. Laju je mengalir air mata siap tersedu-sedan. Hihi. Lagu dia pun best.. "Raja ko rani se pyar hogaya"... Lagi satu lagi yang Aamir Khan nyanyi ngan anak dia tu.. "oh i love you daddy"... Tu antara lirik dia la. hihi...

ok, ada ke antara anda yang mang sukar nak tidur malam?.. Nama dia imsonia kan?.. 

Saya ni selalu ok je nak tidur. Cuma malam ni je yang tak boleh nak lena. Oh no. Esok kerja.. Nanti kalau mengantuk kat office macam mana?..

ok lah. Tuan blog nak cuba tidur. hihi.. Selamat malam kawan -kawan.. 

*Ada yang sampai kena kira kambing biri-biri nak bagi tidur?.. Hihi. Gurau je. Terpengaruh dengan cerita Mr Bean pulak tuan blog ni. 


You Might Also Like

4 comments

  1. kalau terlampau kenyang sangat boleh jadi mata tak lalu nak tido...Alhamdulillah, dapat makan laksa sarawak dan tengok citer hindustan...:)

    ReplyDelete
  2. bole tido malam tp jd x ley tido bler kena main dgn budak tecit yg suka x tido malam he3

    ReplyDelete
  3. semalam keluar makan balik sempat layan cite ni sekejap je..lagu best hehee

    wina so far xde masalah tidur malam..cuma kalau ade benda yang buat kite runsing atau bimbang atau stress barulah x boleh tido huhu..

    ReplyDelete
  4. deqla masa kecik2 dulu mmg ada penyakit mcm ni.. slalu x leh tdo deqla main anak patung, ckp sorg2. dgr bunyik hantu kaco pun deqla wat dek je. haha.. berani kan deqla ? tp bila ingt blk , terfikir camne lah deqla boleh seberani tu.. padahal masa sekrg ni penakot amat! huhu.. sekrg alhamdulillah dah ok la.. lagi2 sejak kawen.. tp xde la tdo awal sgt pun..

    akele hum akele tum maknanya "aku keseorangan, kau keseorangan" hihi.. mmg best citer tu.. terharu tgk kasih syg anak & ayahnya.. lagu2 dlm citer tu smua best.. ada yg dah deqla hafal.haha.. ;p

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS