Monday, October 21, 2013

TAK SEMUA MEMILIKI KEMAHIRAN MENULIS



Tengok tajuk kat atas tu.. Setuju tak?.. 

Opps, biar saya terangkan dulu, kemahiran menulis yang bagaimana yer :)

Maksud saya lebih kepada mengarang cerita/cerpen/ novel/artikel dan lain-lain.. Ada yang suka menulis straight to the point. Dan ada juga yang sukakan bahasa kiasan. Ada yang suka menulis terus kepada isi atau maksud sahaja. Ada juga yang suka menulis pendahuluan, isi dan seterusnya penutup. 

Sebenarnya kan, saya ni memang minat menulis.. Masa sekolah dulu memang suka buat karangan yang panjang-panjang lebar, suka menulis sajak, syair dan pantun. Pernah memenangi pertandingan menulis syair masa darjah enam. hihi.. Kenangan tu. Kemenagan tu menjadikan minat saya dalam bidang penulisan lebih mendalam. Bila naik sekolah menengah, saya suka sangat bila cikgu suruh buat karangan. hihi.. Lepas tu, kalau dalam peperiksaan, kan kita diberi banyak pilihan kan?. Saya akan pilih cerpen. Boleh berimaginasi. Saya tak akan pilih surat rasmi, atau laporan. Kalau tajuk cerpen macam tak best, baru saya akan pilih syarahan..hihi. 

Lagi satu kan, saya ni memang minat subjek Sejarah jugak masa sekolah dulu. Dah tu, bila jawab soalan sejarah yang subjektif tu, memang panjang la jawapan saya.. Berhelai-helai kertas saya guna..

Bila dah tamat sekolah, minat nak sambung study dalam bidang undang-undang. Tapi, tak ada rezeki. Dapat sambung bidang Akaun. Memang frust masa tu. Last-last buat keputusan drastik, tak nak sambung belajar, dan terus minta kerja.. Tu semua pengalaman. (Bab sambung belajar dan kerja tu pun panjang ceritanya. Akan saya cerita di entry akan datang )

Minat saya dalam bidang penulisan ni memang sentiasa ada. Kadang-kadang tu, idea datang tanpa mengira masa. Kadang-kadang dalam bas, tengah makan.. Bila dah ada masa lapang, idea pulak tak ada.. hihihi.. Memang impian saya nak menulis novel..

Ada yang kata,kalau nak menulis novel, kena mulakan dengan cerpen dulu. Tapi, bagi saya itu bergantung kepada diri masing-masing. Bukan apa, sesetengah orang suka kembangkan cerita mereka, jadi kalau nak menulis cerpen tu, macam terhad kan.. hihi.. 

Dan pendapat yang lain pula, kena biasakan diri menulis cerpen dulu. Kalau terus mula dengan novel, takut gaya bahasa novel tu jadi kaku pula..

Terpulang kepada diri masing-masing yer :)


Harap-harapnya impian saya ni tercapai la :)

Doakan yer. 

************

Kemahiran saja tak mencukupi.. Perlu ada minat jugak.. Bila dua-dua tu bergabung, hasilnya akan jadi lebih baik :)

Tapi, andai ada minat, tetapi tak ada kemahiran, kita masih boleh berusaha kan :)

Kalau ada kemahiran, tapi tak ada minat pula, susah jugak. Nanti bakat tu akan berkarat.. hihihi..





9 comments:

  1. minat+kehendak.. hasil mesti tiptop.

    ReplyDelete
  2. akak pun minat jugak menulis..masih ke arah itu..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. betol tu.. tak semua ade bakat dlm penulisan. :)

    ReplyDelete
  4. klu minat ada...insyaAllah pasti boleh...gud luck k...

    ReplyDelete
  5. deqla dulu aliran sastera..kalo subjek BM lak suka buat karangan..dulu penah karang puisi utk suami tersyg..haha..mmg betul.. kena ada minat.. sekrg ni dah lama x pratikkan.. rasanya x la terer mana pun.. huhu..dah berkarat kot.. ;p

    ReplyDelete
  6. cuba tulis sikit-sikit...mana tau tetiba dah siap satu novel ke kan..hehe..nway, best of luck for your dreams!

    ReplyDelete