nuffnang

CPUV DATANG MENJENGAH SEBENTAR

November 29, 2013



Biasalah, bila dah seminggu tak berblog, mestilah nak check akaun Nuffnang kan?.. Mana tahu kot-kot ada peningkatan yang memberansangkan ke, kan?.. hihi..

Sebelum saya buat entry tentang 'balik kampung', kita layan entry yang ringan-ringan dulu.. hihihi.. Tak perlu nak membaca bagai, nak fokus ke kan.. hihihi..

Ni lah perubahan yang saya dapat dekat akaun Nuffnang saya :


Alhamdulillah, ada peningkatannya.. Dapat jugak CPUV.. Biar jumlahnya sedikit, asalkan dapat jugak.. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... 

Terima kasih pihak NUFFNANG...

Nanti, bagi lagi ye.. hihi..




macam macam

SEMINGGU BERCUTI TENANGKAN MINDA

November 29, 2013



Selamat petang kawan-kawan.. Apa khabar?.. Harapnya semuanya berada dalam keadaan yang sihat -sihat sahaja.. Alhamdulillah, hari ni saya bangun pagi, dikurniakan keishatan yang baik.. 

Lebih kurang seminggu bercuti, Khamis bertemu Khamis.. Hari ni, Jumaat.. Kena masuk kerja.. Kalau ikutkan hati ni memang malas nak datang kerja, orang kata, alang-alang je sehari kerja.. Tapi, nak buat macam mana, memang tak apply cuti, jadi kena datang hari ni. 

Dan, dalam tempoh seminggu ni jugaklah, memang saya tak berblog. Tiada entry, tidak berkunjung ke blog rakan-rakan, tak membalas jejak.. Cuma satu blog je saya sempat singgah.. Blog siapa?.. Hihihi.. Adalah.. 

Memang banyak komen yang harus dibalas.. Ada pertanyaan yang harus dijawab..Tapi, kena slow-slow lah kan.. 

Dalam tempoh seminggu ni jugak, banyak benda yang berlaku..  Ada suka dan ada kurang manisnya.. Nanti kan saya share di blog.. 

Bila dah bercuti seminggu, naik je kerja biasalah kerja banyak yang menanti.. Ni pun, ambil sikit masa beberapa minit jenguk blog sendiri.. Tak apa kan?.. hihihi..


Jom hayati sebentar kata-kata dibawah ini :







macam macam

DAH ADA WIDGET BARU "ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI"

November 20, 2013



Orang lain dah berabad dah letak.. Tak kecoh pun kan.. Ni baru nak letak, dah bercerita satu alam.. hihihi. Biarlah... Blog masing-masing kan.. hihi.. 

Bukan apa, tadi singgah kat blog mana entah. Tertengok 'Anda mungkin juga meminati'.. Terus jatuh cinta pandang pertama. Tu yang nak letak jugak.. Terus tanya kat Encik Google, tutorialnya. Encik Google yang baik hati pun bagi jawapan banyak sangat.. Susah daku nak pilih jawapan. muahahaha... 

Ok, ni lah dia.. :




Ok, rajin-rajinlah baca blog daku ni yer :

Terima kasih!

p/s : Kawan-kawan, hari ni dah Rabu .. Esok Khamis. Esok petang puan blog nak balik kampung... Seronoknya.. Doakan keselamatan puan blog yer :) Tq kawan-kawan.. Mungkin juga tak ada entry dalam tempoh bercuti ni.. Kalau rindu-rinduan, tinggalkan ucapan rindu anda kat kotak komen nanti.. hihihi...  Daa...



lirik lagu

LIRIK LAGU RINDUKANLAH - ENCIK MIMPI (OST PLAYBOY ITU SUAMI AKU)

November 20, 2013



Sekarang ni, suka pulak dengar lagu ni.. Rindukanlah.. Nyanyian encik Mimpi.. Ost drama Playboy itu Suami Aku.. Harap maklum ye, lagu je daku suka.. Drama tu memang tak minat.. Sorry kepada yang memang drama ni.. hihi.. Entah kenapa, tak minatlah dengan jalan cerita.. Kahwin paksa... Sebab dah terlalu banyak drama macam tu kan. Kalau sesekali, best jugak.. Lepas tu, tak minat nak tengok drama tu sebab pemilihan pelakon.. Oh, puan blog tak kenal siapa pelakon tu?.. Adakah daku ketinggalan?.. 

Ok. Stop cerita pasal drama tu. sekarang nak cerita tentang lagu ni pulak.. Sejujurnya, puan blog tak kenal siapa Encik Mimpi.. Adakah daku ketinggalan lagi?.. oh tidak.. hihhi.. Bila main-main google pun tak jumpa. Main-main google, merujuk kepada pencarian yang tidak bersungguh-sungguh oleh puan blog.. hihihi..

Ni je yang puan blog jumpa..


Oklah, tak payah pening kepala.. Layan je lah lagu ni.. huahua.. Puan blog share lirik dia jer.. Lagu minta maaf banyak-banyak.. Kena cari sendiri.. hihi.. Jangan marah ha...


************


Ku Benar-Benar Sayang 

Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..


*************



TONTON MALAYSIA LAWAN QATAR

November 19, 2013



Jom tonton Bolasepak antara Malaysia dan Qatar.. Minat bola tak?... Puan blog ni memang minat bola... 

Moga berjaya buat pasukan negara kita.. Malam penting ni tau.. Perlawanan ni kat Shah Alam... 

Cantik pula puan blog tengok jersey pasukan Qatar ni ha.. Ala-ala purple... maklumlah warna kegemaran kan... 

Ok lah, dah start ni. Layan.....





facebook

CHATS FACEBOOK BERWAJAH BARU

November 19, 2013




Tadi buka Facebook guna komputer. Then, tertengok ruangan chats dia tu.. Eh, dah baru lah.. ada tulisan hijau gitu.. hihi.. Tak tahu sejak bila. Sebab selalu online guna phone je kan.. hihihi..




Nama kawan-kawan saya tu, saya terpaksa hide yer :)


macam macam

MACAM-MACAM PERANCANGAN

November 19, 2013




Selamat pagi kawan-kawan semua.. Apa khabar?.. Harap semuanya sihat sahaja.. Alhamdulillah..Kita masih dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan.. Alhamdulillah kita diberikan kesihatanyang baik.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Sekarang ni dah start cuti sekolah.. Sudah tentu budak-budak happy kan.. Macam-macam plan dah diatur kan.. Nak balik kampung, nak bercuti dan sebagainya.. Walau apapun perancangan, atur dengan baik yer :)

Macam puan blog jugak. Walau masih tak ada anak bersekolah, tapi perancangan harus diatur.. hahahha.. Opkos lah kan. Maklumlah, puan blog kan ada anak-anak sedara yang amat menyayangi puan blog.. Kenalah balik kampung jumpa anak-anak sedara. Anak-anak sedara puan blog ni dah terlalu merindukan mak sedara dorang yang comel lagi la diva ni.. hahahha... Perasan sudah....

Kalau ikut perancangan, puan blog nak balik kampung Khamis ni.. Lepas balik kerja.. Maklumlah, Johor cuti Jumaat ni. Hari Keputeraan Sultan Johor. Jangan jeless yer yang berada di luar Johor.. hihihi.. Jadi, bolehlah puan blog balik Kedah.. Jumpa mak ayah dan keluarga puan blog.. Juga keluarga mertua puan blog .. Maklumlah dua-dua keluarga di Kedah.. Di Sungai Petani dan di Jitra. Kena atur betul-betul. Kena ambil cuti pun lebih. Sebab nak bahagi dua buah rumah.. Ada yang kata kalau kampung sama negeri ni , senang.. Jalan sehala..Tapi, masalahnya ialah cuti lah kan. macam puan blog ni, cuti bukan banyak pun.. Johor Bahru nak ke Sungai Petani, ambil masa lebih kurang 12 jam tau.. Masa perjalanan pergi dah ambil masa sehari. Balik JB pun sehari. Selalunya, puan blog balik 5-6 hari. Tolak perjalan 2 hari. Dah tinggal 3-4 hari. Lepas tu nak kena bahagi dua buah rumah.. hihi.. Saje nak asah bakat mengira kawan-kawan...

Ok lah, kita tinggal cerita bab cuti.. Kawan-kawan pula macam mana?.. ada perancangan ke?.. Mesti ramai yang nak bercuti kan.. Mana yang nak pergi tempat -tempat yang jadi tumpuan ramai tu, buat persediaan betul-betul.. Macam penginapan. Jangan last minute.. Bookingawal-awal.. Kang menangis tak berlagu.. muahahaha....

Oklah, sebelum memulakan tugas, puan blog kongsikan gambar puan blog yang bersemangat nak mulakan tugas di pejabat ni :


Eh, eh.. Tersalah upload pulak.. Sekali Emma Maembong pula yang muncul. hikhik..  Sorry... puan blog dah try upload pic puan blog. Tapi, tak boleh.. Mungkin sebab comel yang keterlaluan kot?.. hahahha... Takpe, muka puan blog dengan Emma Maembong ni pun tak jauh beza.. Lebih kurang jer.. muahahaha..Tolong jangan muntah dengan statement berani puan blog tu yer.. hihi.

Senyum.. Ye, senyum tau.. Jangan stress-stress pagi-pagi ni.. 





macam macam

POSE BIASA YANG SELALU DIBUAT OLEH PELANCONG

November 18, 2013



Jom tengok pose yang selalu orang buat bila melancong ke sesuatu tempat. hihi..





Haa, baik mengaku cepat siapa yang pernah buat macam ni?...

Masa tengok ni kat FB malam tadi, tersenyum sinis je saya ni.. Mana taknya, ada sesetengah pose kat atas ni, yang saya pernah tengok orang ambil gambar.. hihihi..

Ala, tak kisahlah macam mana pun. Asalkan boleh dijadikan kenangan untuk kita kan... 

Eh, ada lagi style posing yang terbaru?.. Cer share ngan saya.. hikhikhik...




macam macam

GAJI ISTERI LAGI BESAR DARI GAJI SUAMI ?

November 18, 2013



Cuba tengok kat bawah ni :




Betul ke ni?...

hihihi...

Seronoklah kalau macam tu kan.. Kesian pula pada suami tu...

Apapun, pandai-pandailah menguruskan hal kewangan dalam rumahtangga. Tak kiralah siapa yang pegang duit tu. Asalkan, duit tu disalurkan pada benda yang betul, dan tidak membazirkan :)

Kadang-kadang, bab boros ni, bukan kira perempuan atau lelaki. Tu hal individu. Ada salam satu situasi, suami jimat dan isteri boros. dalam situasi yang lain, suami jimat dan isteri boros..

Ada kategori yang mana?...

Haa, baik ngaku cepat! hikhik..




Program TV

FAIZUL JUARA AF 2013

November 18, 2013



Inilah dia Juara AF 2013. FAIZUL. 
Sebenarnya, saya tak tengok dari awal pun malam tadi. ada hal sikit kat luar kan. Bila balik rumah, dah nak habis. Alang-alang tengok jelah pengumuman pemenangnya..


Hadiah yang Faizul dapat selaku juara ialah wang tunai RM 100,000.00 , kontrak rakaman juga bernilai RM 100,000.00 dan trofi sumbangan Astro..


Tempat kedua dimenangi oleh Azhael. 

Ketiga : Amira.

Keempat : Indah.

Kelima : Nabila.

Keenam : Aisyah.

************


Karya

KARYA 1 : TAK SEMUA RASA APA YANG KAU RASA

November 16, 2013



Cuba lihat mereka.
Mereka di sekeliling.
Tak semua rasa apa yang kau rasa. 

Bertuah sungguh si empunya diri.
Berteriak ke seluruh alam bila kau ada.
Tanpa fikir akan ada yang terluka.
Pernah kau rasa?

Saat kau di atas.
Jangan lupa yang di bawah.
Saat kau kehadapan.
Jangan lupa yang dibelakang. 
Pernah kau fikir?

Bila kau ada apa yang kau mahu.
Bersyukurlah.
Karna ia milik kau.
Hak engkau.

Namun tak semua seperti kau.
Perlu usaha yang jitu untuk ada apa yang kau ada.
Usaha yang bukan main-main.
Kadang terjatuh. 
Terluka.
Patah.
Derita.
Pun belum tentu kan dapat.

Maka memang kau bertuah.
Terpilih.
Dan jangan kau pandang sinis pada mereka.
Sesungguhnya mereka terhiris.
Tersentuh.
Dengan apa yang kau ucap. 

Benar.
Tak semua rasa apa yang kau rasa.
Aku ulang.
TAK SEMUA RASA APA YANG KAU RASA.

Jangan anggap aku cemburu.
Tolong jangan.
Hanya luahan hati yang terusik.
Terusik dek masa.
Terusik dek laku.
Terusik dek tutur.

Aku hanya aku.
Yang merasa apa yang pernah kau rasa suatu ketika dahulu.
Dan berharap akan rasa apa yang kau rasa sekarang .



macam macam

YE, SAYA MEMANG COMEL PUN

November 15, 2013



Tolong jangan muntah baca tajuk entry saya ni.. hikhik.. Bukan nak verangan ke ape ke kan.. Cuma nak bagitahu kebenaran aje.. hakshaks...

Cuba baca kat bawah ni :



Macam mana?.. Ada tak yang sama comel ngan saya?.. Sila letak tangan di bahu dan pandang ke atas, dan cakap "COMELLL SANGAATTT".. hihihi...




maaf

KATA MAAF DARI HATI

November 15, 2013





To someone special in my heart :



And I want to let you know that :



p/s : Selamat hari Jumaat.. Alhamdulillah...kita masih dipanjangkan usia..Hati sedikit terusik pagi ni.. Ada sesuatu menghimpit perasaan...




soalan

SOALAN 2 : ANDA TANYA SAYA JAWAB

November 14, 2013




Merujuk kepada pertanyaan KAK HARYATI sebentar tadi seperti di bawah :



Kenapa iklan dok kat tengah?.. 

Ok, sebenarnya kan tu semua kesilapan teknikal.. Konon nak tukar gambar header, alih-alih terbuang pulak.. hikhik.. Tu yang jadi kosong tu.. 

Eh, eh korang perasan tak ada header baru kat atas tu?.. hihihi.. Perasanla...perasanla...

Saje bertukar-tukar angin pulak orang katakan.. Dah jemu mata memandang yang lama. Ni letak yang baru pulak.. Tak cantik mana, tapi bagi saya header kat atas ni macam bagi saya semangat nak berblog sebab warna dia tu.. hihi.. Header biasa-biasa je. Bukan macam header rakan-rakan yang lain yang cantik deboom kebaboom.. hikhik..




tidur

TABIAT 5 MINIT LAGI

November 14, 2013



Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar?.,, Moga semuanya sihat yer.. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia.. 

Ada yang berpuasa hari ni?.. Selamat berpuasa yer :)

Ok, pagi ni nak cerita tentang TABIAT 5 MINIT.. Tabiat masa nak bangun pagi ni. Tak tahulah orang lain macam mana kan.. Jenis saya ni, memang kalau bangun pagi, tak akan bangun terus..  Kalau saya kunci jam pukul 6 pagi kan. Saya guna handphone. Memang tak ada jam loceng.. hihi.. Bila dah 6 pagi, jam pun bunyi lah kan. Memang saya terjaga, tapi bukan saya bangun. Saya akan snooze kan jam tu untuk 5 minit lagi.. Lepas dah 5 minit, bunyi lagi, dan saya akan snooze ka.. Sampailah saya betul-betul nak bangun. Sebab tu,saya lebih suka kunci jamawal.. So, tak adalah terlambat bangun kan.. Memang dah jadi tabiat saya akan snooze kan 5 minit.. Tapi dah berapa kali 5 minit pun tak tahu.. hihi.. Pernah jugak terlewat bangun. Yelah kan, pagi-pagi tu mami lagi. Tersalah tekan button. Ingatkan dah tekan snooze, tapi tertekan stop. Hihi..



Masa zaman sekolah pun macam tu. Mak saya yang kejut pagi-pagi.. Mak pun dah faham dengan perangai saya. Memang mak akan kejut saya paling awal dari adik beradik yang lain. Sebabnya saya je yang ada tabiat 5 minit lagi.. hikhik.. Adik beradik lain, bila kena kejut terus je bangun mandi. Saya ni tetap akan cakap 5 minit lagi mak.. hihihi..

Korang macam mana pulak?.. Ada tak yang sama dengan saya?.. hihihi.



sekolah

PEMBELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH

November 13, 2013




Wah, tajuk macam nak bagi syarahan pulak.. Ala-ala cikgu gitu.. hihi.. 

Hari ni paper Sejarah kan?.. Moga adik-adik SPM berjaya menjawab dengan tenang ok..


 Sejarah... Teringat pulak kenangan lama masa kat sekolah. Antara subjek kegemaran saya ni.. Masa kat sekolah, saya ambil aliran Sains, jadi subjek Biologi, Fizik dan Kimia kena ambil la kan.. Ramai kengkawan saya yang tak berminat dengan subjek Sejarah dan lebih menumpukan subjek sains tersebut.. Macam saya ni, memang minat Sejarah ni.. Yang best kalau soalan eisei.. Memanglah kita kena hafal isi kandungan buku tu. Tapi, ada juga jawapan yang tak memerlukan fakta 100 %.. Alhamdulillah,  saya berjaya dapat A1 untuk subjek Sejarah.. Terima kasih buat cikgu Sejarah yang masih saya ingat iaitu Cikgu Norliah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.. 



sihat

BELAJAR BERENANG

November 13, 2013



SUMBER : FB USTAZ ZAMRI



Sunnah dan Faedah Berenang


Berenang



Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


***********


Korang tahu tak berenang?.. Saya ni memang tak pandai berenang. Macam mana nak berenang, penakut air.. hihihi.. Banyak kelebihannya kan..


Family

ALHAMDULILLAH, SELAMAT DILAHIRKAN...

November 13, 2013



Sambungan dari ENTRY MACAM COMEL JER , yang saya buat tadi.. 

Siapakah gerangan baby ni :



Ni lah anak kawan saya, juga merupakan isteri kepada kawan suami saya.. Ingat tak, saya ada minta kawan-kawan doakan semoga Dik Siti dipermudahkan untuk bersalin?.. 

Alhamdulillah... adik Siti dah pun melahirkan pada 6 hb 11 yang lepas, pada jam 1.45 pagi.. Bersamaan dengan 2 Muharram.. Bayi lelaki. seberat 2.9 Kg.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh :)

Nama?.. Belum diputuskan lagi :)

************



macam macam

AUDIT OH AUDIT

November 13, 2013



Pagi tadi ada audit keselamatan kat office saya ni. Jadi, busy sikit tadi.. Nak tahu tak, kalau ada audit kan, tak kiralah auDIt apa. Macam audit 5S ke, audit keselamatan ke kan.. Ada satu nilai murni yang akan muncull.. KERJASAMA.. hihi.. betul kan?.. Semua pun bekerjasama mengemas pa yang patut.. Menyiapkan doukmen yang diperlukan.. Seronok kan kalu hari-hari macam ni?.. Alhamdulillah, memang seronok kerja di sini...

Tapi, kalau bab 5S ni, ada yang saya suka , ada yang saya tak suka. Contohnya dekat atas meja, hanya barang tertentu sahaja dibenarkan diletakkan kat atas meja. Tak boleh banyak benda atau berselerak.. Tak best kan..hihi.. Kalu ada audit 5s, meja masing-masing kemas je.. Ada kalendar dan beberapa dokumen je.. Kalau tak ada audit, dengan fail yang menimbun, botol air, handphone.. Barulah pemikiran kreatif.. hikhikhik.. Yeke?... 

Dalam laci pun macam tu, kalau ada audit kemas je, banyak ruang dalam laci.. Kalau tak ada audit, faham-faham je lah.. Dengan kerepek, gula-gula, segala macam katalog, barang tu, barang ni.. hahahha...


Tapi, banyak kebaikan bila diaudit ni.. Ruang kerja jadi lebih kemas dan selesa.. Kerja kita pun akan bertambah teratur kan.. 

P/S : Kejap lagi, saya ceritakan siapakan gerangan bayi comel dalam entry sebelum ni, ok :)



artis

7 'DULANG BOY' DI MAJLIS PERNIKAHAN FIZO OMAR DAN MAWAR KARIM

November 12, 2013



Antara yang menarik masa Majlis Pernikahan Fizo Omar dan Mawar Karim pada hari Ahad lepas bagi saya ialah 'dulang boy'.

Hero Malaya tu yang pegang.. hihi., Diketuai oleh Rosyam Nor..
7 hero Malaya yang membawa dulang sewaktu pernikahan Fizo dan Mawar ialah Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Iqram Dinzly, Nazim Othman, Karl Syafiq dan Johan Ashaari.


Segak berbaju melayu serba hitam dan bersampin merah :)




nuffnang

BE SINGGAH HANYA SEBENTAR

November 12, 2013




Pagi ni bukak Nuffnang.. Sekali tengok kat bahagian BE/CPUV. Dah kenapa ni nuffnang?.. kenapa sekejap bebenor ni?.. Tak tahu apa-apa dah dikreditkan?.. 

Oh Nuffnang, singgahlah lama-lama sikit :)

Kasihanilah blogku ini.. hihihi,,



1 sen, 2 sen dan 3 sen.. Tak apa lah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. hikhik..

Thank you NUFFNANG


************


mutiara kata

MESRA SELEPAS BERNIKAH

November 12, 2013



Dipetik dari FB Prof. Dr. Muhaya..




Cuba audit diri kita bagaimana?.. Adakah syaitan telah menang atau sebaliknya?..

Semoga semuanya yang telah bernikah jauh lebih bahagia dan mesra berbanding sebelum bernikah.. 



macam macam

LIDAH SETAJAM PISAU

November 11, 2013




TERLAJAK PERAHU, BOLEH DIUNDUR
TERLAJAK KATA,........?

****************

Ya Allah, Kau peliharalah lidahku, tingkahku.. Agar tak mengusik hati yang lain...



fizo omar

GAMBAR PERNIKAHAN FIZO OMAR DAN MAWAR

November 11, 2013



Sebenarnya nak publish entry ni semalam.. Tapi, lupa nak tekan button publish.. hahahha.. Bila tengok kat post, still lagi jadi draf.. So, pagi ni, buka dan terpaksa edit sikit-sikitlah sebab nak jadikan entry untuk hari ni.. hikhik.. 

***************

Alhamdulillah... Fizo Omar dan Mawar telah pun sah menjadi suami dan isteri. Majlis akad nikah diadakan pada pagi semalam. Disiarkan secara langsung di Program Nasi Lemak Kopi O di TV9. Dengan sekali lafaz, Mawar menjadi isteri Fizo.. 

Jom tengok sikit gambar sekitar majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Karim . Ada yang saya ambil dari FB NLKO, Rotikaya, instagram Shila Hamzah dan beberapa fb yang lain. 










Yang menariknya, hantaran Fizo Omar telah dibawa oleh 7 jejaka Malaya dan diketuai oleh seorang hero malaya.. hihihi.. Diketuai oleh Rosyam Nor.. Yang membawa hantarannya pula ialah Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Johan Ashaari, Kamal Adli, Karl Shafiq, Iqram Dinzly dan Nazim Othman.. Ada sesi berpantun bagailah sebelum nak masuk ke rumah Mawar tu..

Setelah selesai akad nikah tu, pengacara NLKO pun menemuramahlah Fizo dan Mawar.. Fizo ni memang seorang yang sensitif.. Dia yang menitiskan air mata .. Tapi, Mawar relax je, tenang je.. Baguslah Mawar ni .. Tersenyum ceria jer :)

Semoga berbahagia diucapkan kepada mereka berdua..

Dua-dua pun ahli perniagaan kan.. Fizo dengan bisness burger dan Mawar bisness tudung :)


*********************





drama

DRAMA WALAU SIAPA PUN AKU

November 11, 2013




Hari Selasa lepas, saya sempat menonton drama Walau Siapa Pun Aku di Tv1.  Ada tak yang tengok jugak?...

Lakonan Nad Zainal, Adik Puteri Balqis, Zahiril Adzim, Jalaluddin Hassan dan lain-lain..  

Sedih sangat drama ni! Bukan takat tersentuh hati je tau,air mata saya ni mencurah-curah tengok drama ni.. Memang berkesan lakonan adik Balqis ni tau. Dah banyak drama dia yang saya tengok. Adik Balqis ni memang pandai berlakon!



Ok, meh say cerita sikit sinopsis drama ni. Tapi ni berdasarkan tontonan saya tau. hikhik. 

Macam ni, Nad Zainal ni sebenarnya bercinta dengan Zahiril. Tapi, mak Nad Zainal ni berdendam dengan isteri Jalaluddin Hassan. So, dia buat perangkap supaya anak dia kahwin ngan Jalaluddin Hassan. Mereka pun berkahwin. Nad Zainal memang tak suka kat suami dia. Lepas tu, dorang dikurniakan anak, iaitu adik Balqis. Nad memang benci dengan anak dia. Dia dah jadi macam tertekan sangat, sampai sanggup dera anak dia sendiri. Nad ni masih sayangkan Zahiril. Satu hari, Nad suruh suami dia ceraikan dia dan bawak anak dorang. Dia dah tak boleh nak tengok muka anak dia. Anak dia ni sayang sangat kat mak dia... Pastu, adalah scene dera, scene adik balqis belajar mengaji sembunyi-sembunyi.. Memang sedih tau! Zahiril ni baik hati. Dia hadiahkan telekung buat adik Balqis dan ajarkan solat.. At last, barulah Nad tahu akan rancangan yang mak dia buat sampai dia kena kahwin tu. Rupanya mak dia dendam sebab isteri Jalaluddin tu rampas boyfriend dia.(jalaluddin)... Scene last, adik Balqis meninggal atas riba Nad tu memang sedih sangat... huhu.

Memang terbaiklah drama ni!





Adik ni memang berbakat..  Pelakon air mata gitu :)



macam macam

KENAPA MESTI TYPO?...

November 10, 2013




Oh no. Kenapalah banyak sangat typo ni Ros?. hikhik.. Rakan-rakan blogger dan semua pembaca blogku sayang, jangan marah ok... Memang akan jumpa typo kat blog saya ni..  Selalunya jadi typo bila updated blog guna phone.. Maklumlah taip laju bukan main. Pastu bila nak edit dah tak boleh pulak.. huhu. entah? tak tahu kenapa. bila nak edit, asyik tak boleh. Jenuh dah dok touch-touch screen tu, tapi tak mau 'lekat'. hahahha. Bahasa apa daa.. Takpe, janji mudah faham kan....

Ok tu je nak bagitahu kali ni.. hikhik. Bila nampak typo tu, buat-buat tak nampak je eh. hikhik...



candy crush saga

MAIN CANDY CRUSH PUKUL 4 PAGI

November 10, 2013




Layan candy crush pukul 4 pagi. Kau mampu?.... hikhik... Akibat minum old town white coffee yang 3 in 1 punya pukul 8 malam tadi.. Mata tak nak pejam...  Jangan terkejut saya datang komen blog anda pagi pagi buta gini. hikhik... Update blog, blogwalking, pastu main candy crush... 



Nasiblah esok ahad. cuti. Kalau hari kerja, nayalah... Mesti sakit kepala  nanti kan...


TAZKIRAH

INGATAN BUAT DIRI SENDIRI

November 08, 2013



Selamat petang kawan-kawan.. 

Apa khabar hari ni?.. Moga semuanya sihat ye.. Alhamdulillah, kita msaih dipanjangkan usia lagi..

Hari ni, lewat sikit lawat blog sendiri.. Kekangan masa.. 

Tadi, buka FB, terjumpa ni :


Ingatan buat diri sendiri.. Terkadang diri ini terlupa, alpa dan lalai.. 

Apa-apa yang kita perolehi hari ni, semuanya kerana ALLAH. ALLAH yang mengizinkan sesuatu itu terjadi. Maka, jangan kita lupa dan riak.. Tetapi, perlu bersyukur ..


p/s : Hari ni tak sempat berblogwaliking lagi.. Kecelaruan fikiran dan emosi barangkali?...





amalan mulia

TAZKIRAH PAGI : UJIAN ALLAH SETIMPAL DENGAN KESANGGUPAN HAMBANYA

November 07, 2013



Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar?.. Harap smeuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia.. 

Sebelum memulakan tugas hari ni, jom kita renungi ayat di bawah :

SUMBER : FB USTAZAH SITI NORBAHYAH


Benarkan?.. Setiap apa yang Allah beri atau Allah duga kita, semuanya setimpal dengan kemampuan diri kita.. Janganlah kita mengeluh dan berputus asa.. Tetap berusaha dan bersyukur dengan segalanya.. Orang yang sabar adalah orang yang bersyukur.. Jangan pernah berhenti berusaha. Jika kita terus berusaha dan berdoa, Insyaallah, pengakhirannya pasti baikkan?..

Selamat menjawab soalan peperiksaan SPM dan STPM bagi semua pelajar..



Family

TERSENYUM WALAU TERLUKA..?

November 06, 2013


Haa, tajuk macam nak buat entry jiwang je kan.. hihi.. Tapi, tak lah. Sebenarnya nak cerita tentang anak sedara saya je..

Tengok lidah Baby Arif ni.. Tersentil keluar.. Ikut ibu dia la masa kecik -kecik pun macam tu.. Ni Baby Arif, anak Kakak saya(Kakyang)..

Terjatuh tu, tengok hidung dia ada tanda sikit.. Kulit putih, bila jatuh berbekas, merah je nampak tu.. Alahai, Arif.. Takpe, nak membesar kan, tengah lasak-lasak lagi ni.. Apa pun, walau tengah sakit masa ni, tetap tersenyum bila ibu tangkap gambar kan :) Ceria selalu. Selalu tengok Astro Ceria, tu yang ceria je manjang .. hihi.. 



Ada enam anak sedara setakat ni.. Tapi, seorang sudah meninggal ketika masih dalam perut Kakyang(usia kandungan hampir 6 bulan), iaitu Baby Ana.. Ana menunggu ibu dan ayah dia di pintu Syurga,, Dugaan berat buat kakak saya masa tu. Namun, Allah berikan 2 orang anak lelaki buat Kakyang selepas pemergian Baby Ana, iaitu Baby Mat dan Baby Arif.. Usia baby Mat, 3 tahun 4 bulan dan Baby Arif pula 2 tahun 4 bulan.

Tiga lagi anak kakak saya Along, iaitu Daniel. Dania dan Danish.. Masing-masing berusia 10 tahun, 8 tahun, dan 6 tahun....

Mak Ude ni memang rindu korang !



Family

RONDA-RONDA NAIK BASIKAL

November 06, 2013





Gambar dua bulan lepas.. Kakak (Kakyang) saya kirimkan di FB.. Baby Mat dan Baby Arif bergaya dengan basikal masing-masing.. Happy bukan main dah ada sorang satu. Tak yah  berebut dah. Sebab kalau berebut, abang (baby Mat) yang menang .. hihi.. Sian ke adik nanti.. Tengoklah abang bawak basikal yang ada plastik lagi.. Padahal tu basikal adik. hihi..  Takpe, adik pun tak pandai melawan lagi.. Adik ok je.. Asalkan ada basikal.. hihi..



macam macam

MAKAN MEE SEGERA SAMBIL LAYAN ASTRO ARENA

November 05, 2013



Selamat petang semuanya?. Apa khabar?.. Harap semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik...

Ramai yang cuti hari ni kan?. Pergi mana cuti ni?.. Saya tak ke mana pun.. Sebab husband kerja. Jadi duduk rumah je rehat -rehat. Hari ni memang hari rehat sedunia buat saya. Sebab tak buat kerja rumah pun. hihi. Sekadar menyapu je. Kata cuti kan, kena rehat betul -betul la.. hikhik.

Salam Maal Hijraj juga saya ucapka  kepada semua umat Islam. Di kesempatan ni nak minta maaf andai ada tersalah laku dan terkasar bahasa selama ini.  Moga tahun baru ini kita dapat berusaha menjadi insan yang lebih baik... 

Sekarang ni tengah hujan kat JB. Hujan lebat sangat. Jangan lupa berdoa kerana ketika hujan juga merupakan waktu yang mustajab kan?.. 

Biasalah tengah hujan-hujan ni, kesejukan, perut pun mulalah mendendangkan lagu keroncong untuk Ana kan. Apalagi, terus gi dapur masak mee segera. Wah ayat, mee segera. Yelah, tak boleh sebut maggi sebab bukan brand Maggi. Saya masa Mamee perisa kari letup. Sekali sekala tak apalah makan mee segera kan... 


Makan sambil layan Astro Arena. Hai Astro kenapa lah tak ada cerita yang best-best ni.. Terpaksalah layan sukan je... 


Tak tahu nak letak tajuk ape untuk entry ni. Hentam sajalah Labu..... hikhik.



LAWAK

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

November 05, 2013





Kat sini saya nak share senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Yang akan mula bersiaran pada 8 November 2103, hari Jumaat..

Berikut senarai peserta :-

(1) SEPAHTU : Jep, Shuib dan Rahim.
(2) JAMBU: Yus dan Tauke.
(3) BOBOI : Harun Salim Bachik dan Afdlin Shauki.
(4) SHIRO : Shahrul dan Ajak.
(5) SAYWHO : Vicha,Bocil Bancin dan Eko.
(6) OSAMA : Isma Alif dan Os.
(7) COMEY : Shuhaimi (Syok) dan Ropie.
(8) BOCEY : Fad (bocik) , Abam (bocik) dan Achey.
(9) WALA : Lopz dan Wan.
(10) TULANG : Along dan Didie Alias.
(11) KUCAI : Mamat dan Arin rajalawak.
(12) SYJ : Syuk( balas) , Yassin danJihan.
(13) NABIL.

Tak tahu macam mana sambutan program ni nanti...


Saje je letak gambar KUMPULAN SEPAHTU. Salah satu peserta tu nanti. 



macam macam

MACAM-MACAM CERITA HARI NI

November 04, 2013


Selamat petang semua..

Mesti ramai yang bercuti hari ni kan?.. Ye lah esokkan cuti Awal Muharam.. Ramai yang sambung je terus kan.. Sabtu, Ahad , Isnin dan Selasa.. Untunglah sesiapa yang bekerja di Pahang kan.. Dah sah-sah dapat cuti.. Syoknya, boleh rehat-rehatkat rumah, boleh balik kampung, boleh gi jalan-jalan.. Wah ni yang jeles ni.. hihi.. Saya ni kerja hari ni. Tak ambil pun cuti. Ada dua sebab kenapa tak ambil cuti. Pertama, kalau cuti pun mesti duduk rumah je, sebab husband kerja.. KEdua, cuti rehat tak berapa nak ado.. hihi.. So, pejam mata je la tengok orang cuti.. 

Dan, hari ni saya sakit gigi lagi. dah beberapa hari dah sakit ni. Tapi, dia sakit kejap-kejap je. Hari ni pulak bukan main lagi sakitnya. Faham-faham je la kan, kalau sakit gigi ni, dia membawa ke mata dan ke kepala. Tak makan apa-apa ubat pun. Sebab ubat pun tak ada.. hihi.. So, jalan penyelesaiannya ialah tahan je dan buat -buat lupa. Tak nak fikir sakit. Ni semua mainan psikologi ni.. hihi..

Hari ni jugak, kawan saya iaitu isteri kawan suami saya, adik Siti dimasukkan ke wad.. Sebab dah melepasi tarikh due date utnuk bersalin.. Suami saya yang call beritahu tengahari tadi. Moga dipermudahkan ye dik.. Tak sabar nak tengok baby dik Siti :)

Ok, tu je buat masa ni.. Saya mohon anda yang membaca entry ni sama-sama mendoakan moga dik Siti dipermudahkan jalan untuk melahirkan  yer :) Terima kasih :)



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS