Thursday, November 14, 2013

TABIAT 5 MINIT LAGI



Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar?.,, Moga semuanya sihat yer.. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia.. 

Ada yang berpuasa hari ni?.. Selamat berpuasa yer :)

Ok, pagi ni nak cerita tentang TABIAT 5 MINIT.. Tabiat masa nak bangun pagi ni. Tak tahulah orang lain macam mana kan.. Jenis saya ni, memang kalau bangun pagi, tak akan bangun terus..  Kalau saya kunci jam pukul 6 pagi kan. Saya guna handphone. Memang tak ada jam loceng.. hihi.. Bila dah 6 pagi, jam pun bunyi lah kan. Memang saya terjaga, tapi bukan saya bangun. Saya akan snooze kan jam tu untuk 5 minit lagi.. Lepas dah 5 minit, bunyi lagi, dan saya akan snooze ka.. Sampailah saya betul-betul nak bangun. Sebab tu,saya lebih suka kunci jamawal.. So, tak adalah terlambat bangun kan.. Memang dah jadi tabiat saya akan snooze kan 5 minit.. Tapi dah berapa kali 5 minit pun tak tahu.. hihi.. Pernah jugak terlewat bangun. Yelah kan, pagi-pagi tu mami lagi. Tersalah tekan button. Ingatkan dah tekan snooze, tapi tertekan stop. Hihi..



Masa zaman sekolah pun macam tu. Mak saya yang kejut pagi-pagi.. Mak pun dah faham dengan perangai saya. Memang mak akan kejut saya paling awal dari adik beradik yang lain. Sebabnya saya je yang ada tabiat 5 minit lagi.. hikhik.. Adik beradik lain, bila kena kejut terus je bangun mandi. Saya ni tetap akan cakap 5 minit lagi mak.. hihihi..

Korang macam mana pulak?.. Ada tak yang sama dengan saya?.. hihihi.



23 comments:

  1. Hheee, MJ so far klau jam bunyi memang terus bangun, kalau diri yang 'snooze' sendiri jawabnya bangun lambat la..hahaa

    ReplyDelete
  2. salam ros..haha..kita serupa...da mmg gitu tebiat..susah nak ubah..hehe

    ReplyDelete
  3. sama!! hahahahaha
    tapi sekarang akak cuba ubah sket2 lah. cuba snooze sekali jer. pastu terus bangun. mmg syokkan peram tido neh~

    ReplyDelete
  4. Hehehe, sama lah kite...
    5 minit 5 minit last-2 terlambat.
    haha

    ReplyDelete
  5. hehehe.. kebanyakan nyer camtulaa kan.. 5 minit lagi nie .. ayat anak akak no2.. semuanya 5 minit lagi jer.. dah jadi mak nie.. korang banyak dah tabiat nie.. tapi bila keletihan sangat.. bukan 5 minit jer.. terlebih pun ada.. :D

    ReplyDelete
  6. selalu jadi kat rara.aku lah yg suka snooze kan alarm tu.hahaha

    ReplyDelete
  7. Samalah pernah buat alarm macam ni

    ReplyDelete
  8. hahahaha.. tergelak deqla.. kita serupa la dear.. deqla pun suka snooze 5 minit.. mmg entah berapa kali bunyi ntah..bygkanlah set jam kul 5 pagi, padahal nak bgn 5.45..hahahaha.. penah jugak mcm rose, tertekan apa tu? dismiss eh? , trs x bgn2.. sejak tu, hubby set semula kat henpon lps dismiss pun akan ada bunyik lagi.. maksudnya dia set alarm tu byk2 time la.. takot deqla terlajak lagi..hahaha.. deqla naik geram lak byk2 kali bunyi..huhu ..

    ReplyDelete
  9. eh sama lah. suka snooze jugak. sampai 3 x snooze baru bangun ehehhee

    ReplyDelete
  10. tu memang perangai aku...

    aku pulak snooze stgh jam...

    bg aku benda ni tak boleh pakai dengan aku...

    kena ubah attitude tu...

    sebab selalu je terlambat...

    ReplyDelete
  11. eh,eh, macam sama je ngan kite... hahaha

    ReplyDelete
  12. tak sama.. saya snooze 10 minit.. hahahaha...

    ReplyDelete
  13. ros, napa iklan ros dok kat tengah2?

    ReplyDelete
  14. sama la.. tekan button snooze tu,sampai bangun.. kadang2 sampai dah habis snooze pun x bangun2 lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  15. terbawa bawa sikap tu dari sekolah sampai la skang nih. haha

    ReplyDelete
  16. kita serupa.skrg masih dok ada perangai tu.hahaha
    apa pon tak boleh
    dlm bab ni cik abe ciksu mmg on time bgn.
    kecuali hari cuti

    ReplyDelete
  17. fae dulu je suka snooze snooze alarm. now x lagi. hehe.

    ReplyDelete
  18. hahahaa jijah selalu buat gitu..

    ReplyDelete
  19. haha..setakat ni belum lagi :)

    ReplyDelete