MEMORI LAMA BERSEMI KEMBALI

December 17, 2013



Apa khabar semuanya?.. Diharapkan semuanya sihat selalu. Alhamdulillah, kita masih bernafas di bumi Allah .. Hari ni datang kerja macam biasa.. Sebenarnya tak berapa sihat. Dari malam tadi dok sakit kepala. So, tidur awal malam tadi. hanya sapu minyak cap kapak je.. Tak makan ubat pun.. Sebab takut berlawan dengan vitamin yang saya ambil petang tu.. Pagi ni bangun, masih sakit, cuma tak sesakit malam tadi. Masih boleh bertahan. Tu yang datang kerja tu.. Lagipun. petang ni ada kursus. Tu yang kena datang jugak.. Rasanya, memang nak kena check mata lagi ni.. Sebab bila ada cahaya, lagi sakit kepala ni.. Agaknya silau dah bertambah.. haritu check, orang tu cakap perlu pakai cermin mata. Tapi, tak buat pun lagi.. 


Ok, semalam buka fb. Terjumpa satu gambar lama.. Wahh..memori bersemi.. kat FB sepupu saya, Zati. Zati ni anak kepada Mak teh saya. Zati ni tak ada pun dalam gambar kat bawah ni. Dia pun belum lahir masa ni.. hihi.. 

Kat bawah ni ada gambar saya lima beradik, gambar anak maklong 2 beradik, anak mak Ndak, anak Mak Lang dan Pak Usu saya.. Haa, cuba teka saya yang mana satu?.. hihi.. Sorry, kualiti gambar tak memuaskan. Sebab zati tangkap gitu je, bukan scan ke ape ke kan.. Dia kata tengah kemas-kemas, terjumpa gambar ni.. Tu yang tangkap je :)



Ok, saya bagi klu ek.. Cari je yang paling cun, comel .. hihihi.. 



p/s : Saya akan biar entry ni sampai pukul 10 malam je.. Maksudnya boleh teka sampai 10 malam. Tapi, sekali je la kan :)




You Might Also Like

17 comments

  1. ADIK COMEL YANG TENGAH TENGAH TU KOT..HEHEHE

    ReplyDelete
  2. bila tgk gambar2 lama ni boleh buat kita tersenyum sendirian..dan rindu pada semua sedara mara yg rpt dgn kita zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  3. comek dan cun..yg pakai baju merah berbintik kot..hihi

    ReplyDelete
  4. mana 1 nih? x ckp pun tahun bila.. kalo x bole agak rose umur brapa.. hihi.. yg pakai baju merah kotak2 tu ker? hihi...

    ReplyDelete
  5. alahai sweet...pic ni nostalgia sungguh kan....lieya pun suek tgk pic lame2 ..tegelak2 tgk muke dulu...

    lieya rase yg bertudung kuning tu kot...

    ReplyDelete
  6. duduk 3 dri kiri. bju mrrah putih tu. betul tak?

    ReplyDelete
  7. kngn ni semua..
    ala mcm tkut nak teka..huhu

    ReplyDelete
  8. yang duduk, no. 2 dari kiri tu kan..? hehehe

    ReplyDelete
  9. mesti ros yang montel pakai baju kotak-kotak kat tengah tu kan...? hihih..sweett

    ReplyDelete
  10. ermmm yg mana ekk..semua comel2...

    mungkin yg tudung hijau tu kot
    hehehe

    ReplyDelete
  11. yang bersanggul ader bunga merah tu..hehe

    ReplyDelete
  12. mesti yang depan tu kan rose..:) merah

    ReplyDelete
  13. memang mencabar nk teka ni.. huhuhu.. yg baju merah ek?

    ReplyDelete
  14. Dah terlambatpun...nanti bagi la soalan kuiz lain plak.....hhehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS