PUNCA SAYA SAKIT KEPALA

December 03, 2013



Seperti dalam entry BERKELAH DI BATU FERRINGHI , saya ada beritahu tentang sakit kan?..

Sebenarnya, sehari sebelum saya bercuti nak balik kampung, saya pergi Klinik .. Bukan apa, 2 minggu kebelakangan tu saya ni asyik sakit kepala jer.. Bukan sakit kepala yang berpusing-pusing tu.. Ni yang jenis berat atas kepala tu.. Dari dahi ke atas.. Saya pun, apa lagi gunakan teknologi yang ada dan terus mengoogle.. hihi.. Kalau migrain, dia cakap sebelah je yang sakit.. So, bukan kot.. Sekali terjumpa tanda-tanda resdung. Ada sakit kepala.. Tapi, saya ni tak bersin pun pagi-pagi.. Dah ok sekarang.. Ada pula yang kata jenis sakit kepala, TENSION.. eh, yeke?.. Call ayah, cerita kata asyik sakit kepala.. Ayah suruh kurnagkan minum Nescafe.. Lepas tu, saya pun tukar anak tudung.. Dah tak pakai anak tudung yang jenis iakt tu. Pakai inner neck je.. Semua pun tak berkesan. Ke sebab asyik sangat dok main Candy Crush?.. Saya tak nak lah makan panadol. Nanti asyik bergantung pada ubat je kan.. So, minyak cap kapaklah yang menjadi teman sejati. Kalau kat rumah, memang best lah kan pakai minyak cap kapak. Lepas sapu tu, pejam mata dan relax je.. Sampai boleh tertidor.. hihi.. Yang jadi masalah, bila kat pejabat.. Pakai sikit je. Sebab nanti berbau satu pejabat.. hahha.. Tambah ada air cond kan.. 

Jadinya, saya buat keputusan pergi Klinik.. Dan klinik yang saya pergi ni, antara klinik yang best pernah saya pergi.. Kenapa?.. Kerana sikap doktornya. Sejujurnya, saya tak suka jenis doktor yang hanya tanya kita sakit apa, check sikit-sikit, dan terus suruh kita tunggu kat luar, ambil ubat.. 

Saya sukakan doktor yang boleh berbual tentang permasalahan kita. Dia check betul-betul, dan bagitahu apa yang patut kita buat dan bagi pendapat. Yes, macam tu baru best.. Tujuan kita ke klinik, bukan semata-mata nak MC.. Tapi, kita nak rawatan yang terbaik!

Ok, berbalik kepada cerita saya semula yer.. hihi.. Klinik ni saya tak pernah pergi lagi.. Terletak di Ulu Tiram, Johor.. Macam mana boleh ke klinik tu?.. Gini ceritanya. Selalunya saya gi klinik yang dekat dengan rumah saya je kat JB ni ha. Kebetulan masa tu Klinik tu tutup. Buka lewat, doktor tak sampai lagi katanya.. Jadi, suami saya kata jom pergi Kedai Burung kata Ulu Tiram dulu, lepas tu kita patah balik pi klinik tadi.. Tapi, dah alang-alang ke Ulu Tiram tu. Baik saya pergi je klinik kat situ..

Masa saya pergi tu, ada seorang pesakit Cina, suami isteri.. Tunggu sekejap.. Lepas tu, nama saya dipanggil. Doktor india, namanya Doktor Balan.. Sentiasa tersenyum. Sementara Dr tu dok tulis nama saya kat kad tu, kitorang sembang-sembang dulu. Dia tanya kerja kat mana dan lain-lain.. Lepas tu dia tanya saya, sakit ape dik?.. Saya pun cerita dari A to Z permasalahan saya. Dr tu pun memulakan tugas dia. Check pernafasan, check tekanan darah.. Semuanya normal. Alhamdulillah. Tak ada masalah tekanan darah tinggi atau rendah.. Mula tu, dia hanya kata mungkin saya stress dan asyik menghadap komputer je.. Biasalah, saya ni kan kerani. Memang kerja guna komputer je kan. Then, dia minta saya tengok huruf-huruf kat dinding tu dan baca.. Oh, baru saya tahu.. Saya tak boleh nak baca huruf yang kat bawah sekali tu. Yang barisan kedua tu boleh.. Dr tu minta saya gi check mata kat kedai cermin mata,.. Dia siap bagi tips, jangan hanya pergi satu kedai. Pergi dua tiga kedai dan bandingkan keputusan. Sama ke tak?.. Siap cakap free je check mata kat shopping complex. hihi.. Dr tu jugak pesan, kalau saya ada masalah mata, saya memang kena pakai cermin mata di usia saya ni(25 tahun).. Kalau tak pakai, nanti lagi teruk.. 

Dan Dr hanya bagi ubat sakit kepala sebanyak 6 biji. Sekali sahaja sehari, dan hanya makan kalau betul-betul sakit..  Ni lah ubatnya :


Dan saya tak makan pun ubat tu, sebab tak sakit.. Mungkin sebab bila saya bercuti kan tak ngadap komputer... Tu yang kepala ni ok jer :)

Bila kat kampung, saya sempat check mata ni kat satu kedai je.. Dekat area rumah mertua saya di Jitra.. Dan hasil keputusannya ialah mata kanan saya ni silau.. Dan mata kiri rabun sedikit. Bacaan dia seperti ini :


Saya pun tanya, perlu ke tak saya pakai cermin mata?.. Sebab saya memang tak tahu langsung maksud bacaaan tu kan.Dia cakap memang kena pakai. Kalau saya tak pakai, saya akan sakit kepala, sebab dia akan menarik urat  mata bila saya nak tengok sesuatu.. Nampak gayanya, punca saya sakit mata ialah kerana mata saya ni.. 

Tapi, sehinggah hari ni, saya belum buat pun cermin mata.. Tapi, nak kena buat jugak ni, sebelum keadaan bertambah rumit..




You Might Also Like

12 comments

  1. eh, header dah btukar yeee...nampak sgt dah lama x jengok sini..sori tuan umah...

    ros, migrain bukan hanya sbelah kepala...ade gak yg kedua² belah...kes akak, memg kedua² belah..kekadang serangan migrain mai belah kanan..kekadang, kiri, kekadang dua² skali...xleh stress sgt, mkn tido kena cukop, xleh panas @ sejok sgt...

    mata rabun pon bleh skt pala...akak memg speki...pakai spek hanya masa drive, tgk tv & ngadap pc..mata kanan paling terok, bacaan smpai 120...kiri ok je, baru 70...rabun dahhhhhh...hahahaha...

    take care tau...minum air msk byk²....

    ReplyDelete
  2. Kena buatlah Ros takut nanti akan bertambah rosak plk mata.

    ReplyDelete
  3. saya pakai spek. kalau tetiba rasa mata pening dan berpinar, dan kepala pun pening, itu tandanya power spek saya naiklah tu.

    ReplyDelete
  4. Myra suka Doc yg jenis check details sakit kita..
    tak suka yg hanya tahu sakit apa, tulis2 skit lepas tu bg ubat ;D

    ReplyDelete
  5. ciksu pon mmg ada silau + rabun
    masa ciksu kena migrane dlu mcm tu la, lps discharge kena pi check dgn pakar mata pulak.huhu
    tapi ciksu mmg tak suka pakai spek.rimas la.
    mak suruh amalkan baca quran je.
    pastu amik air yasiin sapu kat mata
    byk makan lobak merah

    ReplyDelete
  6. owh gitu kisahnya.. gigih deqla baca.. buat cpt la spec mata tu ros.. seksa tau nak tahan sakit kepala..

    ReplyDelete
  7. Salam ros...

    Kalau resdung,cuba ros beli ubat di farmasi,nama ubat tu rexdung...kalau mata tu setakat sikit je,elok ros amalkan makan jus carrot...in sya Allah berkesan,nurbijen(blog anak2ku) tk pakai cermin mata dh sejak amalkan jus carrot(tgk comment dia di laters entri akak)wallahualam...

    ReplyDelete
  8. Hi, nak tanya. klinik tu nama apa?

    ReplyDelete
  9. Lately asyik jadi mcm ni . kepala tak sakit sgt . tapi kat mata tu sakit . maybe sebab asyik tengok laptop , kat rumah tengok laptop kat office tengok laptop .

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS