perfumes

SUKA PERFUME JENIS FRUITY.

February 28, 2013






Alkisahnya, perfume saya dah habis minggu lepas. Saya guna perfume 'playboy' yang Lovely punya. Pastu perfume yang saya buat spare dalam beg pun dah habis. Tu perfume dari Avon, Women of Earth eh?

Saya pun terus gi Guardian kat Giant. Nak cepat masa tu. Saya capai Echanture(betul ke ejaan ni?) terus. Tapi, suami saya pula ambil perfume kat atas ni untuk saya. Saya tanya kat beliau, wangi ke? Beliau kata sweet bau dia.. macam buah-buahan manis je.. Saya pun terus ambil je lah. Balik rumah, saya pun try bau. Memang wangi pada saya. Saya suka ngan bau dia..  

Saya ni jenis yang tak boleh bau perfume yang 'strong' sangat.. Kayu kayuan pun tak suka sangat,. Bunga-bungaan bolehlah. Sebab saya lebih suka yang 'fruity' punya. Ada satu perfume dari body shop yang saya suka jugak. Saya dah lupa jenis apa sebab dah buang botolnya. 


Anda pula, jenis wangian yang macam mana jadi pilihan hati?





anak

KISAH IBU DAN ANAK YANG DIKANDUNG

February 28, 2013



 
 
 
 
Wah..tajuk bukan main lagi.. Kisah ibu dan anak yang dikandung.. hihi.. Tak ada kisah ye hari ni.. Cuma gambar ni je :
 


 
AllahuAkbar, Beruntunglah pada mereka yang dah merasai.. Saya belum pernah merasai lagi detik-detik ini..
 
Kawan-kawan, doakan untuk saya, boleh?..
 
 
 
 
 
 
 

Kerja

JOM JADI PEKERJA CEMERLANG

February 28, 2013




Anda dalam kategori yang mana?..
 
 
Pilih..pilih.. hihihi
 





p/s : saya dah poskan untuk Pengomen Setia Januari :)







LAWAK

TANGKAP GAMBAR SENDIRI?

February 28, 2013






Ha..ha..ha..
 
 
Kesiannya, tangkap gambar sendiri ye?..
 
 
 






Pernah buat tak?... hihihihi
 
 
 
 
 
 
 
 


amalan mulia

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

February 28, 2013







 
 
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :
 
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



SUMBER :  FB.











 

 

doa

BERDOALAH ...

February 27, 2013






Berdoalah.. Itulah senjata kita, orang Islam..
 
 
Jangan pernah berputus asa.. Kadang kita jatuh dan rebah, hati kita di rundung pilu.. Jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada di sisi kita. Mengadulah padaNya, dan mintak pertolonganNya..
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

macam macam

PENAWAR DI KALA STRESS

February 26, 2013



 
 
Hahahhaha,,.. ketawa sorang-sorang tengok gambar ni..
 
Maaf ye, saya tak berjalan ke rumah kawan-kawan pagi tadi.. Cuma tengahari tadi, sempat saya ke beberapa blog.. Malam nanti saya singgah lagi ye.. Agak sibuk sebenarnya.. Tu yang up entry gambar je banyak..
 
 
 
 
 
 
 
 

cantik

AWAS : BAHAYA VITAMIN C

February 26, 2013




 
Hati-hati ye kawan-kawan :)
 
 
Vitamin C ni memang elok. Tapi, kena siasat betul-betul kandungannya.. Takut palsu, takut dos yang berlebihan ke, kan?..
 
Semua orang pun nak cantik, tapi jangan terlampau obses ye :)
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 

haiwan

HOT : ANAK JERRY !

February 25, 2013





Hihi,.. Tajuk bikin panas ni.
 
Inilah anak kucing yang mak mertua saya jaga di Jitra nu. Ni anak Jerry. Jerry tu bukan kucing Malaysia tau.. Saya tak berapa pandai sangat jenis kucing-kucing  ni.. Jerry tu jenis kucing yang bulu kembang tu, yang makan frieskies tu.. Nasi, ikan tak mau nak makan.. Mengada-ngada... hihihi.. Ni lah anak dia yang ke.... Yang ke berapa pun saya tak ingat.. banyak sangat.. hahaha.. Mak kucing ni, kucing Malaysia.. Dia dapat 3 ekor anak. 2 warna macam dalam gambar ni..(ikut mak). Seekor lagi warna perang(ikut Bapak--Jerry la tu.) hihihi..


 


 





Saya ni kan takut ngan kucing.. So, tak berapa nak ambillah gambar dorang anak beranak.. hihihi..







pencapaian

UV TERTINGGI SETAKAT INI

February 25, 2013








UV tertinggi yang saya capai ialah pada 22 Februari 2013. Iaitu sebanyak 831. Satu pencapaian buat diri saya,. Mungkin ramai di antara anda yang dah capai angka beribu kan?.. Tahniah :)

Tak apa, saya mula perlahan-lahan.. Ini pun dah membahagiakan saya sebagai seorang blogger. Eceewwwahh... hihihi..

Terima kasih buat anda yang sudi berkunjung ke blog saya ni .. Jangan segan-segan, singgah selalu ye.. dan jangan lupa, tinggalkan komen jugak :)

Sayang anda semua!





pesanan

JOM MINUM AIR MASAK

February 25, 2013






Selamat pagi... 

Oh, hari Isnin.. Saya suka sangat hari Isnin.. Permulaan hari bekerja setelah 2 hari bercuti kan.. hihii.. (sukaa sangat).. ye lah tu.. Ada ke yang rasa Monday Blues hari ni?... Tak mau, tak mau.. Semangat ye pagi-pagi ni :)

Suka tak minum air masak?.. Ada yang saya jumpa, memang jarang nak minum air masak.. Kalau minum, mesti nak air yang manis je.. Jangan macam tu ye.. Tak baik untuk kesihatan. 

Ok, saya nak kongsikan sedikit info tentang kesan minum air di waktu- waktu tertentu :)





Jom amalkan :)










pengomen setia

PERHATIAN :PENGOMEN SETIA JANUARI.

February 24, 2013




Selamat pagi. 

Cuma entry ringkas.

Nak maklumkan masih ada 2 blogger yang belum memberikan alamat pada saya. Tolong beri alamat anda pada saya sebelum 8malam hari ini ye. Saya nak poskan esok. 

Terima kasih.


Anda tahu siapa anda :-)







entry

GEGIRL KELIRU, GEGIRL KELIRU

February 23, 2013






Eh, kenapa ni?..

Alkisahnya saya ni tersalah letak tajuk entry.. hihi.. Maafkan saya ye.. saya bagi petua rawat dengkur, bukan  
untuk yang susah tidur malam.. Aduhhh..malu den.. hihi.. Jangan salah faham ye kawan-kawan.. Saya hanya manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesalahan menaip.. hihi.. Saya ambil petua tu dari FB Fedtri Yahya, personalaiti TV3 tu..  Terima kasih pada KAK FIFI, kerana bertanya.. hihi..

Ni juga jawapan buat CIK SUE yang bertanya, ke mana hilangnya entry tu kan.




Sebenarnya Cik Sue, Ros dah betulkan dah entry tu.. hihi.. Untuk CIk Sue dan raka-rakan yang lain, bolehlah baca semula ENTRY BADAM DAN SUSU PANAS tu yer.






BRIM

SEMAK BRIM 2.0 MELALUI EMAIL

February 23, 2013





Kalau sebelum ni, saya ada bagitahu cara semak keputusan BRIM 2.0 melalui telefon, kan. Kali ni saya nak share kan dengan anda lagi satu cara. Senang je. Bagi yang masih belum menerima surat, dan tertanya-tanya lulus ke tak. Anda boleh semak melalui e-mail.

Hantarkan e-mail anda ke :



Mudah saja. Dan e-mail anda akan dijawab. Macam pengalaman saya, saya hantar pada 6 Februari, dan dibalas ada 9 Februari :)









Ok, jom semak sama-sama :)

Semoga membantu ye :)



p/s : Gambar agak kecil. Tolong klik untuk lihat dengan lebih jelas ye :)






festival layang-layang

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG

February 23, 2013



Beberapa hari yang lepas, Cik Sue ada tanya pada saya bila Festival Layang-layang kat Pasir Gudang tu.. 

Ok, untuk Cik Sue, ni Ros updated kan ye :)

Festival Layang-layang ni diadakan pada 19 Februari hingga 24 Februari 2013. Maksudnya mula pada hari Rabu hingga Ahad ni.. Maaf ye Cik Sue, lambat sikit.. huhu.. Masih ada masa lagi kalau nak datang ni. 19 tu hanya pendaftaran sahaja...Pertandingan start 20 hb tu...


Yang ada kat Johor tu, bolehlah datang ye,.. Dekat Pasir Gudang je ni.. Best jugak kan tengok pertandingan macam ni.. Ada macam -macam jenis layang-layang/wau ada.. Dari banyak negara kan..




Sedikit info mengenai Festival ini :


Dianjurkan buat kali ke-18 sejak dianjurkan pada 1995, ia sudah menarik hampir 2,000 peserta seluruh dunia. Tahun lalu jumlah terbesar dicatatkan Festival Layang-Layang Pasir Gudang Sedunia itu dengan jumlah 225 peserta dan dijangkakan jumlah ini bakal bertambah.
Malah pada festival kali ini, lebih 600 peserta tempatan di peringkat sekolah, negeri dan badan-badan korporat dari 193 pasukan bakal menyertainya.

Ia adalah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor serta mendapat kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.

Terdapat 36 negara dijangka menyertai festival ini dan negara baru yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine.  Manakala antara negara lain yang terus menyokong festival ini ialah China, Jepun, England, Perancis, Belgium, Lebanon, New Zealand dan Australia.


Untuk maklumat lanjut tentang jadual dan aturcara majlis boleh jenguk kat SINI YE.

Sumber : 





Jom, jom kita pergi.. 


p/s : Cik Sue, kalau tak ada apa-apa, mungkin Ros akan pergi Ahad ni.  Cik Sue tak nak turun Johor ke :)









gaji

JOM SEMAK SLIP GAJI

February 22, 2013




Hari ni 22.02.2013. Hari Isnin minggu depan, 25.02.2013 kita gaji.. Untuk yang kerja kerajaan je lah kan.. Sementara menunggu hari gaji tu, jom lah kita cuci-cuci mata dulu.. hihi.. Jom tengok slip gaji.. Tengok je ye.. Jangan dok pi check duit kat bank pulak.. memang tak ada lah kan. Slip gaji je dah keluar, duitnya belum keluar lagi...



 
 
 
 
 

Makanan

ALHAMDULILLAH, REZEKI DI PAGI HARI

February 22, 2013




Alhamdulillah.. Dapat rezeki pagi ni.. Kan tadi saya kata cafe tutup disebabkan sambutan Maulidur Rasul kan?.. Di saat-saat lapar, ada yang menghulurkan makanan.. Ecewahh, ayat.. hihihi..
 
 
Pertama, dapat Roti Gardinea coklat.. Terima kasih Sha :)
 


Kedua, dapat nasi lemak bungkus pulak.. Terima kasih Kak Waniey :)
 

 
 
 
Sumber gambar dari GOOGLE.
 
 
Terima kasih. Moga dimurahkan rezeki kawan-kawanku :)
 
 
 

macam macam

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

February 22, 2013





Selamat pagi :)
 
Apa khabar kawan-kawan?.. Moga semuanya sihat sihat sahaja ye. Alhamdulillah, bertemu lagi kita di pagi Jumaat. Saya masih sakit gigi pagi ni.. Tapi, masih mampu bertahan.
 
 
Pagi ni saya sampai pejabat, tengok kosong pejabat. Ke manakah semuanya pergi?.. Oh, saya terlupa. Rupa-rupanya ada sambutan Maulidur Rasul hari ni.. Ada yang terlibat dengan perarakan. Ada yang jadi AJK makan, urusetia dan lain-lain..
 
Lagi satu hal, cafe pun tak buka. Sabar je lah.. Dah la tak ada bagitahu awal-awal.. Emmm, lapar ni...
 
 
 
 
 

Sakit

SAKIT GIGI LAGI

February 21, 2013





 
Kerja banyak hari ni.. Tapi, tak boleh nak tumpu perhatian.. Sakit gigi lagi.. Aduhai.. Berulang lagi.. Dari pagi semalam.. Mula -mula tahan je. Petang semalam, makan ubat tahan sakit pula.  Pagi ni sakit lagi.. Nak makan ubat lagi ke ye?.. Mesti ada yang kata, pergilah klinik, cabut. Habis cerita.. huhu.. Tapi, TAHUKAH ANDA. Gigi saya yang dok sakit ni, gigi depan belah atas. Yang gigi arnab tu.. Takkan nak cabut kot?.. Nanti bertambah comellah saya.. hihihi.. Camner ni kawan kawan?..
 
Ok, meh saya nak cerita sejarah gigi saya yang sakit ni..
 
Mula-mula, rasa ngilu je gigi ni.. Pastu, masa tahun 2009, sakit sangat. Gi klinik swasta. Doktor tu bagi 2 pilihan. Pertama, cabut, dan pakai gigi palsu yang sebatang tu. Kedua, buat rawatan akar. Ok, dia bagi ubat tahan sakit. Temujanji seminggu kemudian. Balik rumah dok pikir. Nak cabut, memang tak lah.. sayang... Pasal rawan akar tu, dok tanya ramai orang kat opis masa tu. Kebanyakkan kata jangan buat. Keputusannya, memang tak pergi dah temujanji ngan doktor tu. Sebab dah baik dah sakitnya,  makan ubat tu kan.. Lagipun, mahallah klinik swasta..
 
Pastu masa tahun 2010, sakit tu berulang lagi.. Sakit sangat masa tu. Saya pun pergilah klinik gigi angkatan tentera punya, kat MINDEF. Doktor tu tampal gigi saya. Tampalan dia warna putih. Secoet je..  Dia kata masih elok, sayang. Tak perlu nak buat rawatan akar atau cabut. Bila saya cerita, apa yang doktor swasta tu cakap, Doktor ni kata, biasalah .. Kalau tampal, sikit je bayarannya kan kat swasta berbanding gigi palsu atau rawatan akar. huhu.. Nasib baik, tak pergi dah temujanji tu.. Selamat gigi saya..  Alhadmulillah, dah tak sakit..

Tapi, masih berulang lagi pada tahun 2012. Tak pergi klinik pun.. Hanya makan ubat yang beli kat farmasi je..

 
Kini, tahun 2013. Sakit balik gigi ni. Apa yang harus saya lakukan?..
 
Selagi boleh tahan, tahan je. Kalau tak tahan nak gi klinik jugak ni.. Rasa macam mebengkak je gusi ni.. Tengok cermin, ok je.. huhu..
 
 
 
Menaip entry ni, sambil menahan kesakitan.
 
 
Ya Allah. Sembuhkanlah sakit gigi ku ini..
 
 
 
 


kenderaan

BEREHAT SEKETIKA : MINUM KOPI

February 21, 2013






Wah tajuk macam pesanan penaja tu. hihi.

Gambar ni masa saya balik kampung masa raya cina minggu lepas.



Dekat stesyen minyak petronas di R&R kat highway. Tak ingat R&R mana. hihi. Sedap tau kopi dia. hahaha. 

Bagus kan buat macam ni. Bagi minuman pada pemandu-pemandu. Ni nak pesan buat semua pengguna jalan raya, terutama pada musim perayaan. Pastikan rehat yang mencukupi. Janganlah kalau dah letih atau mengantuk, tetap gagah nak bawak kereta tu. Konon nak cepat sampai. Aduhhh....tolonglah jangan fikir macam tu ye. Ingatlah orang yang tersayang. Berehatlah kat R&R, minum-minum dulu, basuh muka. Kalau masih mengantuk lagi, tidur sekejap ye.

ok, tu je nak pesan pagi ni. Hihi. Stress pulak tengok banyak fail atas meja ni. 



Tengahari nanti saya datang rumah anda, anda, anda ye. hihi.



Petua

PETUA RAWAT DENGKUR

February 20, 2013




Ada tak teman-teman yang susah nak tidor malam? Kita perlu dapatkan tidur yang berkualiti. Barulah kita bertenaga dan rasa sihat keesokkannya. Barulah kita ceria kan. Tak adalah kita ni asyik menguap je.. hihi.

Ada tak yang berdengkur bila tidur? Ada banyak sebab seseorang tu berdengkur kan? Kat sini saya nak share satu petua dengan anda semua.


Di ambil dari fb Fitri Yahya

Ambil 5 biji badam. Hancurkan dan masukkan dalam segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur. InsyaAllah,... 

Cubalah ye :

Semoga membantu !







Mood

SUSAHNYA BERKATA TIDAK !

February 20, 2013





Kenapa saya ni susah untuk berkata "tidak"  ? Kadang kala saya berhadapan situasi yang memerlukan saya untuk berkata tidak. Namun, bibir ni lancar je cakap ya. Kenapa susah sangat nak berterus terang? 

Takut orang terluka, sedang hati sendiri tercalar.
sukar untuk menolak, sedang diri ini mengalami kesulitan.
Rela membantu, sedang diri ini pun tak pasti hala tuju.

Pernah tak alami?????



******************

Pagi ni ditugaskan untuk menjaga peperiksaan jabatan. Lewat sikit saya singgah blog anda ye :











LAWAK

THANK YOU ALL MY FANS!

February 19, 2013



TAK SANGKA WALAUPUN SAYA HANYA SEORANG BLOGGER YANG TAK BERAPA NAK HOT,  MASIH ADA 'FANS'.. MUAHAHAHA...




SUMBER : fB



SEKADAR GURAUAN DI PETANG HARI.. hikhikhik...











Games

GAME : PUDDING BATTLE

February 19, 2013




Time rehat sekarang ni. Yeay dah pukul 1... Jom...jom kita main game. hihi. Sekarang ni, saya dah suka main game ni kat phone. Ala-ala budak kan game ni. Tapi, saya suka. Sebelum ni dok main game Smash Fruit je. Sekarang, pudding battle pulak..






Hihi... memang ralit kalau dok main game ni. Tapi, saya ni main sekejap je. [ ye la tu...hihi]





Makanan

AIS KRIM PILIHAN

February 19, 2013






Sedapnya kalau dapat makan ais krim. Siapa nak belanja saya makan ais krim,? Sila angkat tangan ye. Aik, tak ada pun yang akan tangan untuk saya. huhu. Tak apalah, nanti saya beli sendiri.. hihi.

Kawan-kawan nak yang mana? Pilih jangan tak pilih.




Saya pilih 3, 7, dan 8.

Sebenarnya, saya lagi suka ais krim coklat :-)





doa

KHUSYUK DALAM SOLAT

February 19, 2013





Jom tengok, di manakah kita? 

Mari perbaiki diri kita bersama ye kawan-kawan.





Sumber : Fb.






Ilmu

25 NAMA RASUL

February 19, 2013







Selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga semuanya sihat sejahtera. Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia lagi. Di pagi yan indah ini, ingin saya kongsikan 25 Nama Rasul. Dah tentu semua tahu, kan?

Tak apa, jom kita refresh kan balik memori kita :





Semoga bermanfaat :-)





banjir

BANJIR KILAT DI PUCHONG

February 18, 2013






Tadi tengok berita, ada berita tentang banjir kilat di Puchong. Bila on fb, nampak gambar ni :-






Moga semuanya kembali pulih seperti biasa.





cuti

ROJAK CAMPUR

February 18, 2013




Wah, cuba tengok tajuk kat atas. Bukan nak cerita pasal makanan tau. hihi. Tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Macam-macam nak cerita.. 

Hari ni hari Isnin. Sepatutnya menjadi hari pertama saya bekerja setelah seminggu bercuti. Tapi, nak tahu tak? Saya tak bekerja hari ni. Monday blues???? Oh, bukan ye. Saya tak berapa sihat. Rasa sakit kepala macam pusing-pusing tu.. Jadi, pagi tadi dah pergi klinik. Doktor bagi mc sehari. 

Duduk rumah hari ni, buat kerja rumah je. Kemas-kemas sikit, basuh kain. hihi. tak masak pun. Alasan, sakit kepala. hahaha. Manja ke?.. tak lah. sekali sekala apa salahnya kan.. Tengok tv je lebih.. Nak updated blog tadi, internet buat hal...Sekarang ni baru berkesempatan ..

Terima kasih pada yang sudi singgah blog saya hari ni. sudi bertanya khabar dan mendoakan yang baik baik untuk saya  

TERIMA KASIH BANYAK.







anak

RAHSIA ANAK KEDUA

February 17, 2013




Ok, bersempena hari ni hari Ulangtahun Kelahiran Suami saya. Saya nak share sikit benda ni. Tadi masa online FB, jumpa Rahsia Tentang Anak Nombor dua. Kebetulan, suami saya anak yang kedua :)  Beliau ada empat orang adik beradik, yang kesemuanya lelaki..

Mari kita tengok ciri-ciri anak nombor dua ni. Ada tak sape-sape kat sini merupakan anak kedua jugak?...

Jom, tengok :-





ANAK MANJA EMAK 

sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^



ANAK DEGIL

Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak

 mendengar kata. semua dia aje yang betul.dalam ramai-

ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia

kuat. kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, 

tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak 

berapa jalan.



TAK PANDAI PUJUK

memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk pasangannya. 

(kesiiannn)


BERCINTA

dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D


HITAM / PUTIH

Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.


HATI

Anak no 2 ni juga nampak aje keras. tapi hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.


BERDIKARI

Very independent.memang betul. tapi kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.


ARAHAN

Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka

buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.


PEMAAF & CARING

tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI 

awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham

 saje lah.


PAKAIAN

Nak semua up to date.semua nak kemas.




Wahai anak-anak nombor dua sekalian, benarkah?... hihi.. 

Anda nilaikan sendiri, ye :)






kampung

Kembali Setelah Bercuti Selama Seminggu

February 17, 2013




Selamat Pagi. Apa khabar teman-teman semua?.. Alhamdulillah, kita masih bernafas di Bumi Allah :)

Saya kembali menulis setelah seminggu bercuti.. Best sangat bila dapat bercuti.. Tak payah fikir pasal kerja.. hihi.. Tak bercuti ke mana pun sebenarnya.. Balik kampung sahaja :) Syukur sangat.. Dapat balik Kedah.. Yelah, sekarang dah duduk Johor kan.. Jauh tu.. Dapat balik kampung saya di Merbok, dan kampung Mertua di Jitra. Ada macam -macam cerita nak diberitahu.. Tapi, nanti dulu.. hihi...

Semalam dah gerak balik JB. Jalan lengang je. Suami saya kena kerja hari ni.. Tu yang balik sabtu.. Tapi bagus juga kan. Kalau balik hari ni, takut jalan jammed pula... Alhamdulillah,, selamat sampai pukul 4 pagi tadi.. 

Hari ini juga, tarikh yang istimewa. Hari ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 27 tahun. Alhamdulillah :)


Ok, sehingga berjumpa di entry yang akan datang :)









Bezday

Selamat Ulangtahun Kelahiran Suamiku

February 17, 2013





17 Februari 1986, beliau dilahirkan. Hari ini, 17 Februari 2013, genap usia beliau 27 tahun.




Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Suamiku, Muhammad Sabri...
Allah Selamatkan Kamu...

Suamiku sayang,
Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini. Semoga dimurahkan rezeki yang halal. Semoga dipermudahkan segala perancangan yang baik.. Aminn..


Isterimu,
Roshazareeza.









cuti

SELAMAT BERCUTI

February 10, 2013




Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya ye.. Dan juga selamat bercuti :)

Sebagai peminat Nescafe yang sejati, haruslah letak ni kan :-



Cuti panjang kan.. Apa rancangan kawan-kawan?.. Ada yang balik kampung, pergi bercuti bersama keluarga, kenduri kendara, rehatkan diri.. hihi.. Opps,, ada yang bekerja ke pada cuti raya cina ni?.. Tak apa, itu kan tanggungjawab kita, untuk mencari rezeki. 

Ok, cuti kali ni, saya akan balik kampung. Alhamdulillah, suami saya dapat cuti juga. Jadi, kami akan balik petang ni. Balik ke Kedah :)


Mungkin lewat sikit nak memulakan perjalanan. Johor Bahru ke Jitra, Kedah. Doakan keselamatan kami ye. Aminn. 

Sehingga bertemu lagi di entry akan datang.

Eh, raya cina kali ni, saya tak merasa lagi makan buah limau.. hihi..




FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS