Bezday

BERKONGSI TARIKH LAHIR YANG SAMA

June 30, 2013



Hari ni 30 Jun, hari ulangtahun kelahiran anak-anak saudara saya. Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama. Yang pertama Muhammad Akmal Danish, kitorang panggil Koci, anak kakak pertama saya Along. 

Yang kedua, Baby Mat, Muhammad Mahdi Fikri, anak kakak saya no 2 iaitu Kakyang... 

Untuk Kedua-duanya, Selamat ulangtahun kelahiran Mak Ude ucapkan. Moga membesar menjadi anak yang soleh... Rindu Mak ude tak??? hahaahaa. 





Bila dah duduk jauh ni, Mak Ude yang rindu kat korang! 

Sayang semuanya... Mmmuahhh..






bola sepak

PIYA PEMAIN TERBAIK PIALA FA 2013

June 30, 2013







Tahniah buat Kapten Pasukan Kelantan kerana dipilih sebagai Man of the Macth malam tadi.

Tahniah Piya, atau nama sebenarnya iaitu Mohd Badhri bin Mohd Radzi.



p/s : Entry ringkas je pagi ni...



bola sepak

TAHNIAH KELANTAN JUARA PIALA FA 2013

June 30, 2013






Tahniah buat pasukan Kelantan yang menjuarai Piala FA malam tadi. Kemenangan 1-0.  

Tahniah jugak sebenarnya untuk kedua-duanya, Kelantan dan JDT kerana daha berusaha bersungguh-sungguh!. 

Memang penuh stadium Bukit Jalil malam tadi. Merah putih vs Merah biru.....



Haa, pasukan pilihan anda menang ke kalah? Ke tak sokong mana-mana??. hikhik






astro

FINAL PIALA FA : KELANTAN VS JDT

June 29, 2013



Selamat pagi kawan-kawan. Apa khabar hari ni? Pagi sabtu, mesti ramai yang berehat kat rumah. Yelah, dah penat kerja kan... 

Entry kali ni nak cerita berkenaan Perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan JDT   pada 29 Jun 2013( malam ni).



Milik siapakah piala ini?.. 

Haa, jangan dok lawan tarik macam tu ye. Kita rebut dalam padang ok. hihi.

Malam ni,kita akan dapat jawapannya.

Final Piala FA, antara Kelantan dan Johor Darul Takzim(JDT).

Semoga berjaya buat kedua -dua pasukan. Bermainlah bersungguh-sungguh dan jangan terlalu beremosi. 

Juga buat penyokong Kedua-dua pasukan, jangan provok ye. Tonton perlawanan ni sebaik mungkin dan beri sokongan kepada pasukan anda. 

Boleh saksikan perlawanan akhir Piala FA  ni di Astro Arena(801) dan TV1. 

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan ni tau. Mestk sengit kan. 

Mesti korang nak tahu pasukan pilihan tuan blog kan?.. Ops, kali tuan blog bersikap neutral. Sebab pasukan tuan blog tak ada kan. Kedah tetap di hatiku ini. hikhik.


astro

WALA JUARA RAJALAWAK MUSIM KETUJUH

June 29, 2013



Tahniah buat Kumpulan Wala yang menjuarai rajalawak musim ketujuh. Berasal dari negeri Sabah dan bertugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia.

Kumpulan Wala membawa balik trofi dan RM 100, 000. 

Wala juga membuat persembahan bersama artis jemputan iaitu Rahim R2.

Best persembahan diorang tadi.  

Ok, tempat kedua dimenangi Kumpulan Sakan. Ketiga ialah kumpulan Bora dari Singapura. Dan keempat kumpulan Gamat. 

Tahniah buat semua peserta.

Apapun, pengacara jugak yang paling best. hihi. Johan dan Zizan terbaik !....


Updated ringkas je ye. Sebab dah malam. Tak de gambar bagai k. hihi...

Sehingga berjumpa di entry akan datang.



drama

KEYWORD POPULAR : UNTUK TERAKHIR KALI

June 28, 2013




Bila saya bukak nuffnang, tengok keyword, ramai yang mencari tentang Drama Untuk Terakhir Kali... 


Drama ni ditayangkan malam tadi, jam 9 malam hingga 11 malam. Saya ada updated tentang drama ni malam tadi lebih kurang pukul  11 lebih macam tu la.. Dan pagi tadi saya tengok ramai yang dok mencari entry ni.. Alhamdulillah, naik traffik blog  :)

Saya ada ceritakan tentang sinopsis cerita tu.. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca  kat sini :




Terima kasih buat semua pengunjung blog saya :)

Sila datang lagi :)








entry

SIAPA YANG TENGAH SKODENG ?

June 28, 2013




Orang lain dah letak lama dah benda alah ni.. Tak ape, saya nak share jugak. Baru je letak semalam.. hahahaha.. Best jugak.. Boleh tengok berapa orang yang tengah skodeng blog kita.. Skodeng.. macam tak best je perkataan tu kan.. Okey, saya tukar. Kita boleh tengok berapa orang yang sedang membaca blog kita atau singgah ke blog kita :)




Masa saya printscreen ni, ada 14 orang yang datang singgah ke blog saya.. Terima kasih ye sudi singgah, dan baca, dan tinggalkan komen .. Thank You So Much.. Sayannng semua.. hihihi.. Eh, over sikit..

Korang dah letak ke benda alah ni?.. 





blackout

BLACKOUT DI SARAWAK

June 28, 2013



Tadi, saya ada terima komen berkenaan entry Drama Untuk Terakhir Kali dari Mariam Mariana. Beliau bagitau ada blackout kat Sarawak .





 Baru saya teringat, malam tadi ada baca kat FB. Ingatkan dorang main-main.. Rupanya betullah.. Lepas saya dapat komen tu,saya pun terus tanya kat Mak Cik Google.. Dan saya pun terjumpa berita blackout ni kat web Astro Awani..

Saya sharekan ye beritanya ye, tanpa edit.. hihihi.. 

KUCHING: Lebih 2 juta penduduk Sarawak terpaksa bergelap setelah bekalan elektrik terputus petang ini.

Bagaimanapun, bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam tadi manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.

Kejadian bekalan elektrik terputus yang membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching itu,  berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.


Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Ahadiah Zamhari berkata jurutera dan juruteknik SEB sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang turut menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar raya Kuching susulan lampu isyarat pincang tugas.

"Kami sedang melakukan sedaya upaya kami untuk memulihkan bekalan secepat mungkin dan SEB memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya gangguan itu mungkin menjejaskan semua bahagian di Sarawak namun SEB belum dapat mengesahkannya setakat ini.



Bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bandar raya ini termasuk di Poh Kwong Park dan Matang telah dipulihkan pada pukul 6.30 petang tadi.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.15 malam.

Bernama dimaklumkan pengguna di Miri masih bergelap setakat 8.30 malam ini yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.

Gangguan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala.

*********************

Ok, itulah beritanya. Ni saya akan kongsikan gambar sekitar kejadian semalam :






p/s : Saya ni memang jenis penakut kalau keadaan gelap...






lirik lagu

LIRIK LAGU UNTUK TERAKHIR KALI DARI MARSHA

June 28, 2013



Semalam saya ada updated entry DRAMA UNTUK TERAKHIR KALI DI ASTRO RIA. Hari ni saya akan share lagu tema drama ni pulak.. Bukan lagu baru ye. Ni lagu yang Marsha nyanyi masa final AF dulu. Lagu baru beliau la.. Ciptaan Ajai.. 

Nak tahu tak, saya tengok drama ni boleh nangis-nangis, ditambah dengan latar lagu ni.. Memang syahdu.. hihi.. Pastu dalam drama ni, watak Aisyah yang dilakonkan Elfira memang suka lagu ni. Aisyahasyik ulang-ulang je lagu ni kat kafe tu.. 

Ok, jom kita hayati lirik dia.. Lagu dia, kalau nak dengar cuba bukak youtube ke.. hihihi... Sorry kawan-kawan.. Saya share lirik je eh.. 


Mencinta dirimu

Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu



Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam



Kesuraman yang telah lama menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Diakhir pemergian mu itu



(Bridge)
Tinggallah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati



(Korus)
Hanyalah dirimu
Yang bertakhta jiwaku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu
Kasih




Suka tak lagu jiwang macam ni?.. 







buah delima

KHASIAT PATI DELIMA GULSAN

June 28, 2013




Dalam entry KHASIAT BUAH DELIMA yang saya updated kan semalam, kan saya ada beritahu yang saya nak share tentang khasiat Pati Delima Gulsan kan?.. Ok, setelah saya tanya Pak Cik Google, panjang jawapan yang dia bagi.. hihihi..






~KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN~


Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-


  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit.
  2. Melancarkan peredaran darah.
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus).
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita.
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan.
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout.
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala.
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (untuk pasangan yang dah berkahwin ).
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut).
  12. Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. 
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam.
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis.
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk.
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.

Ok, itu antara kebaikan yang ada kan.. Pada saya pula, apa yang saya nampak lepas saya amalkan, ialah antibodi saya bertambah baik. Maksudnya, saya ni memang yang jenis cepat terkena selsema. Dan kalau ada orang sekeliling yang demam, mesti saya akan berjangkit.. Tapi, lepas saya amalkan, Alhamdulillah, dah jarang kena.. Kalau rasa gatal tekak tu, cepat-cepat minum.. Lagi satu, kulit muka pun rasa bersih je,...



Ada ke yang dah amalkan  jugak?..




drama

DRAMA UNTUK TERAKHIR KALI DI ASTRO RIA

June 27, 2013



Baru je habis tengok Drama di Astro ria tadi. Drama yang berjudul Untuk Terakhir Kali. Dilakonkan oleh Elfira Loy dan Baim Wong. Heroin Malaysia dan hero Indonesia.


Bagi saya, memang best drama ni  Tumpah jugak air mata saya ni. Banyak pula tu... huhu... Elfira ni memang saya minat. Kalau berlakon tu memang menjadi.. Baim Wong pulak memang dah kenal. Selalu tengok Sinetron yang beliau berlakon... 



Jalan cerita dia macam ni. Mengisahkan percintaan dua insan. Ecewah...ayat.. Ok saya cerita santai je ye. Baim ni melakonkan watak Haris dan El pulak melakonkan watak Aisyah. Ayah Haris hantar dia ke Malaysia untuk sambung belajar sebab masa dia kat Indonesia, dia nakal... Aisyah pulak kerja kat kafeteria kolej tu.. Aisyah ni ada penyakit jantung.. Perkenalan dorang ni terjadi masa Haris makan kat kafe tu. Pastu dia ambil tisu untuk lap mulut, then ternampak ada no phone kat tisu tu. Alkisahnya tisu tu Aisyah ni nak bagi kat kawan dia mula-mula tu.. Lepas kejadian tu, dorang dok berbalas sms. Haris panggil Aisyah, Genit. Aisyah pulak panggil Haris, Bongok. hihihi. Haris ni mana tahu makna bongok. Aisyah boleh pulak bagitau kat Haris, maksud Bongok tu ialah tinggi dan hensem... hihi. Lepas tu, bermula lah kisah percintaan dorang... Tapi, ada dugaan la.. Aisyah kan sakit. Pastu ayah Haris tak restu... Memang sedih tau.. huhu. Dorang kawen jugak tau. Akhirnya, penyakit Aisyah ni tak sembuh.. Jantung yang dia dapat tu macam tak boleh diterima tubuh dia. Aisyah meninggal masa ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Sob..sob...

Kalau anda terlepas nak tengok, nanti tunggu la kot-kot ada ulangan kan..



p/s: Masa dalam rancangan Meletop hari selasa hari tu, Baim Wong mengaku bercinta betul-betul ngan Elfira. Siap buat gimik nak tunjuk kiriman sms dari Elfira. hihi.. Kesahihannya tak tahu la kan. Hanya mereka yang tahu. Jeng jeng jeng...


##Yang membuatkan cerita ni lagi sedih kan sebab lagu temanya iaitu Lagu Untuk Terakhir Kali nyanyian Marsha. Lagu ni Marsha nyanyi masa final AF. Ciptaan Ajai.  Memang kena lagu ni dengan drama ni. Tajuk pun dah sama....


Nak tanya soalan cepu mas ni. Hensem tak Baim Wong ni?.. hahaha.. Gurau je ye... 



Nah, lagi satu gambar Baim Wong.










buah

KHASIAT BUAH DELIMA

June 27, 2013



Rasanya ramai yang dah tahu  tentang khasiat  buah delima kan?



 Antara khasiat buah delima ialah :

- Membaikpulih fungsi hati dan limpa

- Mencuci buah pinggang dan salur kencing

- Membantu penghadaman

- Membuang lemak-lemak berlebihan

- Menambah tenaga

- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung


- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

- Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

- Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis

- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah 

tenaga batin

- Mencantikan kulit

- Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh
 
darah

- Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras

 yang menjadi punca penyakit jantung 

- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan

 pesakit tekanan darah tinggi 



 ************
Dan kat bawah ni pulak khasiat buah delima bagi ibu mengandung :-
*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual


Jadi, mari kita amalkan makan buah ni.. Kalau susah nak cari orang yang jual, boleh beli Jus Delima.. Haa, kan senang :) Macam saya pun, dok amal makan Pati Delima Gulsan. Esok saya sharekan macam mana bentuk botol Pati Delima Gulsan dan khasiat dia ye :)





johor

SHOPPING BAJU RAYA

June 27, 2013



Tajuk shopping baju raya. Tapi, hakikatnya tuan blog tak ada lagi baju raya. Oh  mengapa....hihi. Mesti ramai yang dah beli baju raya ek?.. 

Eh, puasa pun belum dah nak sibuk-sibuk beli baju raya?.. hihi. Apa salahnya. Buat persediaan awal... 

Kalau kat JB ni, antara tempat yang jadi pilihan nak beli baju raya ialah Plaza Angsana. Bukan orang Malaysia je. Orang dari Singapura pun ke sini. Dan nanti bilatime bulan puasa, mesti sesak sangat kat Angsana. Yelah, macam-macam ada kan...

Sekarang ni pun, kalau ke Angsana dah terasa kemeriahan suasananya.



Eh, nak tanya ni. Apa warna tema baju anda tahun ni? Sedondon tak satu family? Ke campur je.. Saya pulak masih dok pikir lagi ni. Last year pakai hijau daun pisang. Tahun ni rasa macam nak pink+purple atau oren..





doa

BERDOA PADA ALLAH

June 27, 2013







Selamat pagi kawan-kawan. 

Sebelum mulakan tugas, mari sama-sama kita berdoa.





macam macam

ROJAK CAMPUR

June 26, 2013



Selamat pagi kawan-kawanku sayang.. Apa khabar pagi ni?.. Moga semuanya berada dalam keadaan yang sihat.. Alhamdulillah, kita masih bernafas di Bumi Allah..

Ok, entry kali ni just nak share dengan kawan-kawan.. Pernah tak angda menyesal dengan apa yang pernah anda lakukan sebelum ni.. Tak kisahlah dari segi apa pun.. Kehidupan peribadi, kerjaya, hubungan (berkeluarga, persahabatan, antara boss dan staf, jiran tetangga dll)....

Secara jujurnya saya bukan jenis yang akan menyesal terhadap sesuatu perkara. Maksudnya, andai itu pilihan saya, saya tetap akan harunginya. Tak nak rasa menyesal terhadap pilihan yang dah saya buat.. Contohnya, 12 tahun dahulu.. Ecewah..mengimbas kenangan sat ye.. Masa saya tingkatan satu, dapat offer pi MRSM Terendak, Melaka. saya pergi hanya tempoh seminggu,.. Habis orentasi, call mak nak balik. Cuba bayangkan mak ayah kat Kedah, suka suka hati saya je call suruh datang.. Jauh tu.. Kisah selanjutnya boleh baca kat entry ni :



Tapi, memang saya tak sesali akan tindakan saya tu. Kalau saya teruskan pembelajaran di sana, saya tak akan jadi saya yang hari ni.. Alhamdulillah, dengan apa yang saya kecapi hari ni...

*****************


Ok, tu dalam hal peribadi kan. Kalau dalam hal perhubungan macam mana?.. 

Emm,susah nak cakap.. Kadang kala kita rasa apa yang kita buat tu betul, rupanya ia salah!  Seringkali terhanyut.. Terikut dengan keadaan emosi, dan bila  beremosi, ada pula yang hadir menambah garam, serbuk perasa dll.. Membuatkan keadaan kembali keruh. Namun semuanya dah berlalu.. Tak guna menyesalkan orang kata. Tapi, memang  rasa menyesal.. Tak hargai apa yang ada di depan mata. Tatkala mereka di depan mata, kita tak nampak kan?..Bila dah menjauh baru terasa yang kita dah lakukan kesalahan.. .... Kita sangka yang baru tu lah sejati, dan terus melupakan yang ada di sisi. Sebenarnya, yang baru hanya datang menyinggah dan berlalu, dalam masa yang sama kita dah pun kehilangan yang lama..

Pesanan ikhlas buat anda, hargailah mereka yang di sisi anda, dalam keadaan suka dan duka.. Jangan terhanyut dengan yang hadir tatkala suka, dan lari di kala duka...


hihihi.. bermadah sekali sekala,tak apa kan :)



Ok, kat sini saya nak tuju lagu buat anda,.. Hargailah sahabat anda.. Ecewah, ayat.. Lagu Sahabat dari Najwa Latif.. Kalau nak nyanyi,tengok lirik kat entry ni ye : SAHABAT- najwa latif

*********

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

***************

p/s : Tajuk entry tak ada kena mengena dengan isi?.. Apakah...











haiwan

ADIK TAK NAK PI SKOLAH!

June 26, 2013







SENYUM

Hiihi.

Tersenyum dan ada ketawa kecil bila saya tengok ni kat fb. 

Baru saya tahu kenapa cik meow tak nak jalan guna 2 kaki. hihi. gurau jerr....

Cik Meow di luar sana, Sila beri penjelasan. 




MASTERCHEF

SYURA JUARA MASTERCHEF SELEBRITI KE 2

June 25, 2013



Alhamdulillah... Akhirnya keputusan dah pun kita ketahui. Syura menjadi juara Masterchef Selebriti Musim kedua. Apapun tahniah kepada kedua-duanya.. Syura dan juga Celina..

Tersentuh sangat hati ni tengok Syura.. Sampai nangis-nangis bagai. hahaha.. 

Dari awal saya tengok program ni.. Tak pernah miss. Suka cara Syura memasak.. Kepakaran Syura memang dalam masakan melayu, tapi bila kena masak Western pun, terserlah jugak Syura ni.. Banyak kali jugak Syura jadi ketua untuk cabaran berkumpulan..

Tahniah Syura! Kak Syura memang layak memenanginya...

Hati ni tersentuh dengan salah satu ayat Syura di Program ni tadi, iaitu : Bila pertama kali saya melangkah ke pertandingan Masterchef ni, orang tak melihat saya sebagai calon akhir..(layak).. 

Moga tercapai hasrat Syura untuk membawa ibunya menunaikan umrah.. Syura jugak berjaya menyumbangkan sebanyak RM 60500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast cancer.... 


air

MINUMAN DI SECRET RECIPE

June 25, 2013




2 minggu sudah, saya ada ke Secret Recipe masa jalan-jalan Melaka tu.. Waktu petang masa tu. Konon-konon nak minun petang la kan....


Air pilihan suami. Hot Coffee Latte.




Air pilihan saya. Iceblended caramel latte kot nama dia.. heee. tak ingat sudah..


Sebenarnya tujuan saya upload gambar ni, saje nak tanya anda-anda di luar sana.. Kalau anda ke sesebuah Restoran @ tempat makan, adakah anda akan order minuman @ makanan kegemaran anda atau order sesuatu yang baru?..

Saya ni, kalau masuk Secret Recipe, memang akan order air yang tak pernah diminum lagi.. Nak rasa jugak kan.. Tapi kan, kebanyakannya tak menepati selera saya. huhu. Yang kena dengan selera, cumalah jus apple tu je. Yang campur ngan celery atau asam boi tu....

Nak letak jugak gambar kek kat sini... hikhik.










exam

EXAM KPSL UNTUK JAWATAN N27

June 25, 2013



Selamat pagi semuanya.. Apa khabar hari ni? Moga semuanya sihat ye... 

Bermula hari ni sampai hari Khamis, ada exam KPSL untuk ke jawatan N27... Moga berjaya kepada semua calon-calon ye. Entry ni saya taip cuma nak ucap tu la. Kalau nak bagi tips menjawab exam, memang tak boleh. Bak kata Amir rajalawak : I'm Sorry... Hiihihi. Eh,jangan salah sangka. Saya ni bukan kedekut ilmu. Tapi, saya memang tak tahu. Sebab tak ada pengalaman pergi exam tu. Tahun ni, memang saya daftar untuk ambil exam tu. Tapi, di saat-saat akhir terpaksa saya cancelkan.. Tak apa, cuba lagi tahun depan kan...  

Mesti semua calon dah bersediakan..? Jangan lupa bawak buku yang betul ye. Jangab tersalah buku tau.. Sebab ada 3 Bahagian... 

Exam tu start pukul 9.30 pagi. Jadi, jangan nervous tau. Melangkah dengan tenang.





MASTERCHEF

SYURA KE FINAL MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KEDUA

June 24, 2013






Tahniah buat Syura kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Masterchef Selebriti Musim Kedua. Turut mengiringi Syura ialah Celina. Tahniah jugak buat beliau. Cik Ta terkeluar. 

Markah : Syura -> 46. Celina -> 39. Cik Ta ->35.

Esok finalnya. Harap-harap Syura buat yang terbaik!



Hahahhhaa. Kenapa saya ketawa? Saya taip entry ni sambil tengok Seniman Bujang Lapok kat tv2.. Part dialog ni : Kenapa kau masak tak taruk belacan? hihihi....



asam

ASAM KATOK SEDAP !

June 24, 2013




Sape pernah makan Asam Katok?... ha, tak tahu asam katok tu ape?.. haaa, meh tengok gambar kat bawah ni :





Kawan-kawan panggil ape? Saya panggil asam katok. Memang sedap lah. Dia tak de la masam sangat.. Masam masam manis gitu. Ni saya beli kat Terminal Larkin, Johor bahru. RM 3.00... 

Saya tak adalah selalu makan.. Ni kebetulan terjumpa masa keluar lunch ngan kengkawan opis. Tu yang beli....



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS