kad raya

TERIMA KAD RAYA DARI ECA

July 31, 2013



Semalam, tergerak hati nak check peti surat. Memang jarang nak tengok peti surat tu. Maklumlah, rumah flat peti dia kan  sederet je kat bawah sekali tu kan. Bila buka peti, ingatkan Bil Astro, sebab memang dah lama tak dapat bil. Rupa-rupanya Kad Raya. Kad raya datang dari blogger Eca (dwinky)

Terima kasih Eca. 

Dah selamat tiba dah..

Cantik kadnya :)






Seronok bila dapat kad raya sekarang ni.. Menggamit memori masa zaman persekolahan. Masa dulu-dulu, memang banyak dapat. Bila zaman dah berubah, perkembangan teknologi lagi.. Semua tu dah tak ada kan.. Ramai yang beralih kepada sms, email dan sebagainya..

Namun, ucapan dari kad raya ada sentimental value pada saya :)



Sakit

SAKIT ITU KIFARAH DOSA

July 31, 2013




Alhamdulillah, hari ni 22 Ramadhan. Tak berapa lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Bagaimana puasa kawan-kawan setakat ni?.. 

Lama jugak tak ada entry ni blog ni kan. Hampir 5 hari..  Bukan ape, keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.. Memang tak larat.. Ingatkan demam sekejap je. Mula-mula tak ke klinik pun. Isnin gi kerja macam biasa. Tapi, memang tak larat dah. Semalam pergi klinik, ambil ubat. Dapat mc sehari. Hari ni, sempatlah buat entry ni. Datang jugak kerja.. Masih demam, selsema, batuk dan sakit kepala. Lengkap package dia. hihi.. 

Harap-harap cepat sembuh.. 




Apa itu kifarah dosa?....

"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.  Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"









amalan mulia

17 RAMADHAN ~ NUZUL AL-QURAN ~

July 26, 2013



Selamat pagi kawan-kawan.. Alhamdulillah kita masih bernafas untuk hari ini.. Hari Jumaat, penghulu segala hari, juga pada 17 Ramadhan.. Hari Nuzul Al-Quran.. 

Jom hayati kata-kata di bawah ni.. Saya ambil dari FB IKIM.FM.

Moga bermanfaat...



Selamat bercuti pada kawan-kawan di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu..






doa

DOAKU MOGA KAU SELALU ADA

July 24, 2013








DI SINI,
AKU MASIH DI SINI
TAKKAN BERGANJAK
MENANTI KAMU
HADIRMU KU TUNGGU

BIAR WAKTU BERLALU PANTAS
AKU MASIH DI SINI
SETIA UNTUKMU
TAKKAN PERNAH BERUBAH
KERNA KAU KU NANTI
BISA MEMBAHAGIAKAN KU

DOAKU HARI INI,
MASIH SEPERTI SEMALAM
DAN INSYAALLAH AKAN SAMA JUA ESOK
MOGA KAU SELALU ADA








Makanan

RESEPI GULAI UDANG SEDAP

July 23, 2013



Selamat malam kawan-kawan. 

Niat dihati ni nak post entry ni siang tadi. Tapi, tak terpost pulak. hihi. Resepi Gulai Udang Mabeless. Ecewahh nama.. nak glemeress aje.. Ni lauk berbuka untuk semalam..  Selalu udang ni saya asyik masak sambal atau masak kunyit. Kali ni nak bertukar selera. 

Jom semak resepinya ye. Mana tahu, ada yang berminat.. Sekali sekala masak sesuatu yang kita tak pernah masak kan...

Bahan-bahannya :

Bawang putih
Bawang merah
Halia
(dihiris ye)

Kayu manis
Buah pelaga
Bunga Lawang


Cili besar
Tomato
Cili kisar
Serbuk kari (dibancuh dengan air dulu)
Air asam jawa
Santan
Daun kari

Kentang
Lobak merah a.k.a carrot (hihi)
Garam
Udang

Cara-caranya :

1) Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Bila dah wangi, masukkan bawang dan halia yang dihiris.

2) Bila dah wangi, masukkan cili kisar. Biarkan sampai cili tu masak.

3) Kemudian,masukkan serbuk kari. Kacau tau. Masuk air  sikit. 

4) Lepas tu,masukkan daun kari, kentang dan carrot. Biarkan sampai empuk.

5) Bila dah agak-agak empuk, masukkan udang, dan air asam jawa.

6) Dah tu baru masukkan santan. Kacau dengan perlahan. Perasakan dengan garam. Masukkan tomato dan cili besar. Dan sedia untuk di makan :-)



Selamat Mencuba kawan-kawan.


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH



Makanan

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE

July 22, 2013




Selamat tengahari kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ni 13 Ramadhan.. 

Tahun ni, ramai kenalan saya yang masih berjaya masak untuk berbuka dan sahur, tidak membeli di Bazar Ramadhan.. Jangan tanya saya. Setakat ni, menu untuk sahur memang hari-hari saya masak. Cuma untuk berbuka, ada juga saya ke Bazar Ramadhan. Membeli kuih, Murtabak, Roti John. Dan ada minggu lepas, saya beli Nasi Kerabu dan Laksam di Bazar Ramadhan..  

Ok, hari ni saya nak share satu resepi yang super duper simple dan sedap. Iaitu Ayam masak Kicap. 


Jom, kita semak resepinya :

Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Kering

Kayu manis
Bunga lawang
Buah Pelaga
Serai (diketuk)
Kicap 
Bawang Besar (dihiris)
Kentang
Cili besar
Tomato
Ayam
Garam


Cara-caranya

1)Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar.
2)Bila dah wangi, masukkan cili kering yang dah dikisar. Biar sampai cili tu masak. Maukkan serai yang diketuk tadi.
3)Lepas tu, masukkan kentang. Biar sampai kentang tu empuk.
4)Kemudian, bolehlah masukkan kicap. Tambahkan sedikit air, jika terlalu kering.
5) Dan terus masukkan ayam. Biar sampai ayam tu empuk. Sewaktu proses nak empukkan ayam tu, anda boleh je nak tambahkan kicap atau air. Ikut kesesuaian ye :)
6) Bila ayam dah empuk, masukkan cili besar dan bawang besar yang dihiris serta tomato. Perasakan dengan garam. Kemudian, sedia dihidang :)

Senang kan?. Bolehlah cuba sendiri.  Biarlah, walaupun kita masak sesimple manapun, asalkan ia tetap air tangan kita. Baru puas hati.. 

Ni masa saya dah masukkan kentang dalam cili tu.


Yang ni pulak masa dah masukkan kesemua bahan, nak tunggu menggelegak je ni ..


Inilah dia hasilnya :




Selamat mencuba kawan-kawan :)



Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH


pengunjung

TETAMU MINGGU INI

July 19, 2013



Alhamdulillah, hari ni 10 Ramadhan.. Dah 1/3 kan bulan Ramadhan..

Hari ni saje nak share pengunjung blog saya ni dari mana.. 

Jom kita tengok :



Dari pelbagai negeri.. hihi.. Terima kasih sudi membaca blog saya ni tak kira di mana anda berada. Orang Amerika pun ada, Rusia, France.. Oh Paris! Eh tetibe.. hikhik..

Thank you
спасибо ( Russian)
Merci (French)
شكرا (Arabic)














Makanan

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG PETAI SEDAP

July 17, 2013



Selamat petang semua.. Masak apa hari ni untuk berbuka?.. Ke beli je kat Bazar Ramadhan?. 

Entry kali ni saya nak share resepi Sambal Tumis Udang Petai. Yang ni saya masak masa hari Isnin.. Sekali dengan Asam Pedas Ikan Parang .. Saje nak berkongsi, mana tahu kan ada yang mencari ke.. hihi..



Bahan-bahan

Bawang Merah
Bawang Putih
Belacan(sangai dulu atas api, guna je garpu cucuk kat belacan tu, lepas tu letak atas api dapur gas sekejap)
Cili Kering

*Kisar bahan kat atas ni. Kalau saya, saya blend asing dengan cili, tapi kalau nak blend sekali pun tak apa.

Air asam Jawa/ Asam keping
Udang
Petai

Cara-caranya :

1) Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar.
2) BIla dah naik bau dan bawang tu garing sikit, masukkan cili pula.
3) Tumis sampai pecah minyak. Pastu masukkan air asam jawa atau asam keping. Bila dan membuak-buak, masuk petai dulu.
4) kemudian baru masukkan udang. Bila udang dah masak, perasakan dengan garam.. Lepas tu, bolehlah makan :) hihihi.

Senang kan?..

Dalam kuali lagi ni..


Haa, ni yang dah masak :)


Dah baca entry ni, kena cuba masak tau.. hihi


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH


lirik lagu

LIRIK LAGU SEPERTI DIA -AMYLEA

July 17, 2013



Siapa yang tengok Drama Ramadhan Yang Hilang?.. Angkat tangan.. hihi.. Best jugak tau cerita ni.. Tapi, dalam entry ni saya tak nak cerita tentang drama ni.. Cuma nak share berkenaan lagu tema drama ni..  Tajuk lagu  ni, Seperti Dia. Amylea yang nyanyi.. Saya ni memang suka dengar lagu yang Amylea nyanyi.. Bila dengar lagu ni, sayu je rasa hati.. Ecewah.. hihi..



Jom kita hayati lirik dia :)


Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku.. buktikan padamu



Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mau
Menjadi seperti dia

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu, aku tak sama


Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu, aku tak sama


Jalani hidupku menjadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua

Untukku.. buktikan.. semua..



#Selamat berpuasa kawan-kawan.. Alhamdulillah, hari ni 8 Ramadhan.






hadiah

DAH TERIMA HADIAH DARI KAK INA (INTAN BERLIAN)

July 17, 2013



Alhamdulillah.. Dah selamat sampai pun hadiah dari Kak Ina ( Intan Berlian). Terima kasih Kak Ina. Hari tu Kak Ina ada post kat blog yang beliau akan bagi hadiah kepada sesiapa yang berjaya printscreen jumlah pengunjung blog beliau yang mencecah 1 juta. 

Jom kira berapa kosong kat 1 juta tu.1 000 000. Ada enam kosong kan. Nak dijadikan cerita, memang saya gigih tunggu depan pc. Nak ambik gambar jumlah sejuta tu la. dup dap dup dap. 

Daripada angka kat bawah ni saya start menunggu. Terus menunggu dan menunggu.. hihi.




Then, sampailah ke angka 999 999. 


Oh, berdebar pulak rasa.Cepat-cepat capai hp. Nak snap pic sejuta tu. 
Jeng..jeng...  Saya pun ambillah gambar kat bawah ni.. 


Dengan yakin, terus emailkan pada Kak Ina. Bila dah send email, saya pun tengok baliklah gambar tu. Terperasan sesuatu yang pelik. Eh kenapa macam tak cukup satu kosong?... Uwaaa.... Dia jadi seratus ribu, bukan sejuta.. 

Nasib baik, Kak Ina still nak bagi hadiah pada yang dah email kat beliau, walau tak cukup satu kosong. Huhu. Thank you Kak Ina....

Bukan saya sorang je yang dapat. Ada lagi blogger lain yang dapat. Hadiah berupa brooch.


Terima kasih!

Cantik brooch ni. Warna biru...



Terima kasih lagi sekali.. Rezeki Ramadhan :)





Makanan

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG SEDAP

July 16, 2013



Semalam saya ada ceritakan yang saya masak sendiri juadah berbuka.. Ok, dalam entry ni saya cuma nak share resepi Asam Pedas Ikan Parang yang saya buat tu..


 Saya bukannya terror masak.. Saja nak letak kat blog, nanti mana tahu kot-kot saya lupa cara masak, boleh refer blog.. hihihi. Juga boleh dijadikan rujukan buat sesiapa yang mencari resepi ni.. Mudah je caranya.. Ok, jom kita semak bahan-bahannya dulu.. Saya main agak je ye.. Tak ada sukatan yang betul-betul sangat.. Bukan apa, saya belajar dari mak saya.. Mak saya kata, kalau nak masak lauk pauk, jangan bergantung pada sukatan resepi.. Asalkan kita tahu bahan, pandailah kita olahkannya..  Kadang, cara kita masak tak sama kan.. Cara menumis.. Saya pun dulu tak pandai nak tumis sambal.. hihi,, Bukan apa, tak pandai nak tengok sampai dia pecah minyak tu.. Pastu, bila dok tengok mak masak, baru tahu :)

Bahan-bahan

Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit hidup(Kalau takde, guna serbuk kunyit pun boleh)
Serai
Belacan ( sangai dulu atas api, cucuk je belacan tu guna garpu, buka api gas, letak sekejap)
Jintan Manis
Biji Ketumbar
Cili Merah
Cili kering

*Nak kisar terus dengan cili boleh, nak asing pun boleh. Macam saya, saya blend asing.

Daun kesom
Bunga Kantan
Air Asam jawa/Asam keping
Garam

Ikan Parang
Bendi

Cara-caranya.

1) Panaskan minyak. Lepas tu masukkan sikit biji ketumbar. Bila dah naik bau, masukkan bahan yang kisar tadi. Biar sampai naik bau dan garing sikit. 
2) Kemudian, masukkan cili kering yang kita dah kisar tu. Biar sampai pecah minyak.
3) Lepas tu, boleh masukkan air asam jawa atau asam keping. 
4) Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan parang. 
5) Tengok ikan tu macam dah separuh masak, boleh terus masukkan Bendi, daun kesom dan bunga kantan.(saya masukkan lagi serai yang diketuk)
6) Perasakan dengan garam. 
7) Kalau ikan dah masak, boleh tutup api. Jangan biar lama sangat, nanti isi ikan tu hancur pula. Dan , dah siap!

Alhamdulillah, dapat pujian dari suami saya.. Beliau cakap, sedap.. Siap tanya, macam mana boleh agak garam ek. Kan puasa?.. hihi.. Ntahlah, saya main agak je. Alhamdulillah , cukup rasa :)

Tapi, nak makan kena hati-hati. Maklumlah ikan parang ni banyak tulang..  Sebenarnya nak beli Ikan tenggiri, tapi tersalah ikan. hihihi..


Ni dalam kuali.. Tu yang berasap. Ye, saya masak dalam kuali. Saya tak guna periuk :)


Sedia dihidang.. Untuk juadah berbuka :)


p/s : Kawan-kawan, jangan marah saya letak gambar makanan ye,. Niat saya nak kongsi resepi je. Mana tahu, anda boleh cuba pulak kan?..  

## Selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ni dah 7 Ramadhan.. Masih penuh puasa saya.. Moga dapat melalui Ramadhan kali ni hingga penghujungnya.. Moga  diberikan kesihatan yang baik pada kita semua untuk berpuasa :)



Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH





Makanan

MENU BERBUKA 6 RAMADHAN : AIR TANGAN SENDIRI

July 15, 2013




Memang saya dah niat nak masak semua lauk pauk untuk berbuka. Tak nak beli kali ni.. Hihi. Memang saya dah "siang" siap-siap ikan dan udang malam tadi. Cadangnya nak masak asam pedas ikan parang, sambal tumis udang petai dan ikan goreng. Punyalah excited siang tadi.  Tapi kan, niat saya hampir berkubur tadi. Cewahhh ayat.. Yela, petang tadi saya balik kerja lambat. Selalunya 5.30 petang dah sampai rumah. Tapi, petang tadi saya balik naik teksi. Pukul 6.15 baru sampai rumah.. Saya pun apalagi. Terus menjalankan tugas sebagai Masterchef. Hahaha. Ala-ala sajian pantas la kalau dalam rancangan Masterchef tu kan. 
Alhamdulillah.. Sempat jugak saya masak. Ada 3 lauk kesemuanya. Masa saya dok masak tu kan, suami saya hantar msg. Beliau kat tempat kerja lagi. Beliau tanya betul k ke nak masak, atau nak beli je. Sepantas kilat saya reply msg tu. "betul, nak masak".. hihihi.. Betul la, kalau kita dah nekad nak masak, kita mesti buat kan. hikhik.. 



Alhamdulillah. Masakan saya secukup rasa. Walaupun berpuasa, rasa dia ok jugak. Masa dok tengah makan tu kan, suami saya sempat cakap pada saya. "Terror juga ek agak garam, walaupun puasa"... Betul tau, saya cukup takut kalau masin ke, pedas ke.. Nasib baik ok :-)

Ok, kawan-kawan.. Esok saya akan share resepi masakan saya ni. Bukan ape, boleh jadi rujukan saya sendiri jugak nanti ...

1) Asam pedas Ikan Parang.
2) Sambal Tumis Udang Petai.
3) Ikan Goreng.


p/s : Ada cerita disebalik ikan parang yang saya beli tu. Sebenarnya nak beli ikan tenggiri. Tapi dah tersalah beli. hahahha. Kena banyak belajar lagi mengenal jenis-jenis ikan .






ramadhan

MASAK ATAU BELI KAT BAZAR RAMADHAN ?

July 15, 2013




Selamat pagi kawan-kawan.. Alhamdulillah, hari ni 6 Ramadhan.. Puasa tak hari ni?.. hihihi.. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa hari ni hingga penghujungnya ye..

Ok, nak tanya sikit. Yang mana menjadi pilihan anda?.. Masak atau beli je kat Bazar Ramadhan?.. 

Haa, kalau tanya saya pula kan, kedua-duanya saya pilih.. Kalau macam lauk pauk, memang saya masak je..  Lagi menepati citarasa kami suami isteri.. Tapi, jenis saya kan, saya akan masak untuk berbuka tu hanya untuk berbuka.. Faham tak?.. hihi.. Maksudnya, kalau untuk bersahur, masak yang lain pulak.. Atas permintaan suami.. Beliau tak berapa gemar makan menu yang sama katanya..  Semenjak duduk sekali ni, memang rajin bangun sahur.. Masakkan lauk.. Kalau masa duduk bujang kat KL dulu, saya sahur makan kurma dengan minum susu je.. Tapi, bila dah berdua ni, kenalah masak.. hihi..

Kalau untuk menu sampingan, memang beli di Bazar Ramadhan.. Ecewahh.. Ada menu sampingan.. Yela, macam kuih ke, kan.. Beli dua ringgit je, cukuplah.. Lagi satu, kalau saya ke Bazar Ramaadhan, mesti nak beli air.. Hahahha.. Tergoda kot.. Setakat ni, saya pergi dua kali je.. Dua kali jugaklah saya beli air. Yang selebihnya, suami saya pergi sorang je.. Dan, dah dua hari berturut-turut, menu berbuka saya ialah Laksa Johor.. Beli jugak.. Sedap.. 

Anda pulak, macam mana?.... Masak atau Bazar Ramadhan...











majalah

MAJALAH MINGGUAN WANITA EDISI KHAS

July 12, 2013



Ramadhan kali ni, tak tahu kenapa saya beria-ia dok beli majalah yang ada resepi.. hihi.. Hari tu dah beli Majalah Rasa. Kali ni, beli Mingguan Wanita pulak.. Ada macam-macam resepi dalam ni. Tapi, pada saya, resepi dalam ni tak sebanyak gambar fesyen hari raya tu.. huhu,.. 


Dalam ni ada pelbagai jenis masakan tau.. Kalau nak try, bolehlah beli :)

Memang kali ni, semangat sikit nak masak. Tahun ni tahun pertama saya dan suami duduk satu rumah, menyambut Ramadhan.. Kalau tahun lepas, kami masih PJJ, saya di KL dan beliau di JB.. Alhamdulillah.. Dapat sediakan sahur dan menu untuk berbuka.. 

Sahur tadi pun, saya masak awal. dalam pukul 1.30 dah memasak.. hihi.. Kalau tak saya akan bangun jam 4 pagi.. Bukan apa, tak boleh tidur semalam. Dari baring je tak buat apa, baik saya masak siap-siap.. Sudahnya saya hanya tidur 2 jam je.. Kepala pun dah berpusing ni.. huhu..





keyword

ENTRY RESEPI YANG MENJADI PILIHAN HARI INI

July 11, 2013



Selamat petang kawan-kawan.. Apa khabar?.. Semoga semuanya sihat.. Hari ni, 2 Ramadhan. Alhamdulillah..  Semalam, cuti.. Jadi tak ada entry yang saya buat.. Hari ni pun nyaris tak ada entry.. hihi.. Tak tahu nak updated apa. Kekeringan idea.. Kat office ni pulak, sejuk bukan main.. Buat kerja sambil menahan kesejukan.. Tak bukak blog pun pagi tadi.. Bila dah petang ni, saja lah bukak nuffnang.. Sekali tu, tengok kat Keyword.. Rupanya ramai yang mencari Resepi Ikan Bakar.. 




Memang bila bulan puasa ni, ramai yang suka makan Ikan Bakar kan?.. Simple dan menyelerakan..  Kalau anda nak tahu , boleh baca entry ni :


Memang senang sangat tau.. Bukannya saya letak bahan yang susah pun. Bahan asas je.. Tapi, kawan-kawan boleh tambahkan santan kalau nak.. Saya tak letak masa tu..

Ok, sehingga berjumpa di entry akan datang :)



ramadhan

NIAT PUASA DAN DOA BERBUKA PUASA

July 09, 2013



Selamat petang semua.. Esok, kita akan berpuasa kan... Jadi, kat sini saya nak share dengan anda Niat Berpuasa , Niat Berpuasa Untuk Sebulan dan juga  doa Berbuka Puasa.. Sekadar peringatan je ye.. Moga bermanfaat untuk kita semua.. Saling ingat mengingati sesama Islam :)

Saya pun ambil di Facebook.. Mohon share ye.. Tak pasti kat page mana..

Jom, kita baca.. Boleh jugak print kan, bagi pada anak-anak :)





Ok, niat dan doa dah tahu kan.. Jangan lupa bangun bersahur ye kawan-kawan esok .. Dan malam ni dah start sembahyang Tarawih kan..







ramadhan

SEKADAR PERKONGSIAN

July 09, 2013







P/S : Masih tak dapat berkunjung ke rumah anda..Kejap lagi k.. Nak settlekan mana yang patut.. Maklumlah esok kan cuti :)








ramadhan

SELAMAT DATANG RAMADHAN

July 09, 2013







Esok, 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadhan. Kita semua umat Islam akan berpuasa.. Alhamdulillah... Moga kita semua dipanjangkan usia agar dapat menunaikan ibadah puasa..


Esok, kat Johor ni cuti.. Tu yang bestnya. hihi.. Bukan ape, masa saya kerja kat KL,  tak cuti pun.. ( 4 kali saya bertemu Ramadhan di KL # 2009-2012)


Ramadhan kali ni, berpuasa dengan suami di JB.. Tak tahu lagi dapat balik ke tak berpuasa dengan keluarga di Kedah.. Sinar macam tak nampak je.. Tapi, raya ni InsyaAllah balik Kedah..(eh, baru nak puasa, nak cakap pasal Raya?.. ) tak mau.. tak mau..... hihihi..


p/s : Hari ni banyak entry perkongsian je ye kawan-kawan.. Moga bermanfaat :)




amalan mulia

DOA PAGI INI

July 09, 2013



Sebelum memulakan tugas pagi ni, jom kita sama-sama berdoa pada Allah moga urusan kita hari ni dipermudahkan.. Aminn..


sumber : FB




p/s : Pagi ni rasa malas nak gi kerja.. Nasib baik cepat tersedar dari hasutan Syaitan.. hhihi.. Cepat-cepat bangun, bersiap gi kerja :)








amalan mulia

HEBATNYA SEDEKAH

July 08, 2013




Selamat pagi kawan-kawan... Alhamdulillah, kita masih bernyawa untuk satu hari lagi di Bumi Allah.,,


Pagi ni , saya nak kongsikan berkenaan amalan sedekah...





sumber : FB


p/s : Entry ringkas je., Maklumlah hari Isnin, banyak tugas nak diselesaikan :)







ramadhan

JUMAAT TERAKHIR DI BULAN SYAABAN

July 05, 2013




Hari ni, Jumaat terakhir di Bulan Syaaban.. Jumaat depan, dah masuk Ramadhan.. Tak lama  dah kan,... Rabu depan, InsyaAllah kita akan mula berpuasa. Lagi 4 hari kan?.. 


Sumber gambar : i Luv Islam

Moga kita semua dipanjangkan usia agar dapat bertemu Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa.. Aminn..



amalan mulia

SALAM JUMAAT

July 05, 2013


 Hari ni kan Jumaat.. Alhamdulillah kita masih bernafas di Bumi Allah.. Syukur.. Terima kasih Allah.. 

Patutnya buat entry ni dulu sebagai pembuka hari kan.. Tapi, oleh kerana termosi sedikit tadi, tu yang letak entry SERBA SALAH tu.. Biasalah kita ni manusia biasa, punya perasaan kan.. Cewaahh.. Dah tak mau cerita dah bab serba salah, pandangan orang ke, apa ke.. Jom kita positifkan diri semampu yang boleh.. Sentiasa senyum.. Dan hadapi setiap apa yang berlaku dengan penuh tanggungjawab. Jangan jadi manusia yang suka lepas tangan bila sesuatu berlaku.. 

Jom kita hayati hadis di bawah ni :







macam macam

SERBA SALAH DIBUATNYA

July 05, 2013





Memang betul, ramai yang akan nasihat pada kita supaya jangan dengar apa yang orang nak cakap tentang kita. Tapi, kita kan manusia biasa. Kadang rimas dengan apa yang orang kata. Sengaja nak patahkan semangat kita, bukan nak memberi semangat.. Kan? kan?


Ada je yang tak kena di mata mereka. Itu salah, ini pun salah. Serba salah dibuatnya.

Apapun yang nak kita lakukan, fikir dahulu sedalam-dalamnya. Kerana kita yang akan hadapinya. Bukan orang lain. ...


Games

APALAH NASIBMU POU KU SAYANG

July 04, 2013







Kesiannya dekat Pou saya ni. Kelaparan, mengantuk , demam, busuk tak mandi, tahi merata... Jangan risau, saya dah pun bersihkan Pou saya ni. Dah bagi makan kenyang-kenyang dengan segala macam makanan. Dah bagi makan ubat. Siap bagi main bola lagi. hihi...

Mula-mula je semangat nak main benda ni. Sekarang dah slow dah... Macam kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam... 





macam macam

WAKE UP GIRL!

July 04, 2013





SUMBER : FB IKIM FM

Saje je letak kata-kata mutiara ni.. Untuk bagi semangat pada diri sendiri.. Tengah lemau kat office ni ha.. Buat kerja guna HRMIS sambil dengar lagu KEHILANGAN DARI FIRMAN.. Dengan HRMIS yang slow, ditambah kesejukan yang melampau,.. Keadaan ni menambah 'kemengantukkan' diri yang sedia ada.. Maklumlah perut kenyang., mata pun kuyu je la.. Tangan yang 'berglove' ala-ala winter sonata.. hihihi.. Walau ada teman office yang kata macam pekerja kontrak.. Ku tak kisah.. hihihi.. 


Ok, dah alang-alang tulis entry ni kan, nak sampaikan ucapan la.. hihihi.. Selamat Menjalankan Tugas Kawan-kawan.. hihi. Ntah apa-apa punya ucapan la ni.. Kawan-lawan, layankan aje lah ye.. Jangan stress di petang hari.. Senyum.. 





LAWAK

NEW DESIGNED SEATBELT !

July 04, 2013




SUMBER : fb OH MEDIA



Sekadar gurauan di petang hari.

Pengubat mengantuk+kesejukan di office ni ha :)

Janganlah jual seatbelt yang macam ni.. Kasihanilah kami golongan wanita ni.. hihihi.. 







indonesia

LIRIK LAGU KEHILANGAN- FIRMAN

July 04, 2013




Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa t’lah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada


Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Takkan ku sia-siakan kamu lagi



*Memang minat sangat lagu ni sekarang ni :)
Lagu Indonesia.. Memang kena dengan jiwaku ini.. hihihi








FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion