bola sepak

MAK UDE RINDU KAMU

August 31, 2013




Hai dah malam - malam gini, dok rindu pulak kat anak-anak buah nun jauh di Kedah.. 


Ni lah Baby Mat. Pengubat hati mak ude.. Petah bercakap.. Lembut je tuturnya... Mana la tak rindu..kan?... 


Yang ni pulak Baby Arif.. Adik kepada baby Mat.. Yang ni aktig sangat. Lincah bergerak. Pantang pintu terbuka, cwpat-cepat dia lari nak keluar. hahaha.. 

Dorang berdua ni anak kakak saya yang kedua... 

*Tadi layan bola.. teremosi jugakla tengok Selangor vs Sime darby. Tertanya-tanya kenapa penjaga garisan nafikan gol pertama Sime darby. huhu..

*Sentap jugak hati ni bila Kedah kalah sampai 4-0 dengan Sarawak..

*Tapi nasib baik ATM menang.. Lega sikit hati ni. Hikhik.  Banyak kejutan keputusan Piala Malaysia malam ni...
Itulah yang dinamakan sukan bola sepak. Apa -apa boleh berlaku. Bola kan bulat... Kelantan tewas malam ni. Tahniah untuk Negeri sembilan.. 



merdeka

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

August 30, 2013



Tanggal 31, bulan 8, 57...
Hari yang mulia, hari bahagia,
Sambut dengan jiwa yang merdeka... 

Mari kita seluruh warga negara,
ramai-ramai menyambut Hari Merdeka, Merdeka!

Haaa, ingat tak lagu ni?... Mesti semua ingat kan.. 

Kejap lagi, tepat jam12 , itulah ulangtahun hari kemerdekaan negara kita...

Tahu tak apa maksud merdeka?. Jangan hanya pandai melaungkan perkataan Merdeka sahaja. Kita jugak kena tahu dan faham maksudnya... 

Kalau dulu erti merdeka memang lah, kita bebas dari jajahan oleh british. Tapi, ingin saya tekankan di sini bahawa kita masih dijajah. Tapi bentuk jajahan yang berbeza.. 

Renung-renungkan ye kawan-kawan.. 

Sumber gambar : Encik Google.
Ok, dah la ye.. Nak tengok bunga api pulak. Dari kawasan rumah saya ni dah boleh nampak bunga api yang dorang pasang. Tak perlu keluar ke bandar... 



open house

OPEN HOUSE : RAYA! RAYA! RAYA!

August 30, 2013




Selamat malam semuanya... 

Wah, dah berapa hari tak updated blog ni.?. Emm nak tunjuk konon busy la sangat kan. hikhik.. 

Ye.. memang busy uols.. Busy dengan open house, open office, open bank.. hahhaha. Wah kemain lagi tahun ni. Sampai bank buat jamuan raya pun g serbu tau.. Meriah uols.. hikhik.. 

Cawangan-cawangan lain buat open office. Jemput cawangan yang saya kerja. Apa lagi, tanpa membuang masa pergilah kan. Macam -macam juadah ada..Sedap-sedap belaka. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi, lain kali panggil lagi.. wah gitu.. 

Tengahari tadi pulak , sempat berkunjung ke Jamuan hari raya Bank Rakyat cawangan Menara Ansar, johor bahru.. Wah..memang meriah.. Kitorang pergi pun agak lewat.. pukul 12. Sebenarnya majlisnya start pukul 9 sampai pukul 12 je. Ye la, kan hari Jumaat.. Tapi, lewat pun lewat lah kan. Redah je.. Suami kawan saya yang satu office ni, berkerja kat bank tu. Tu yang boleh tahu ada open bank tu.. Terima kasih Bank Rakyat :-)



Sebut pasal open house, tuan blog tak buat pun tahun ni. Tetapi pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk orang lain datang beraya....


Minggu depan, ada lagi tak open house ke... open office ke...?. hihi


perasaan

RASA ITU HADIR LAGI

August 28, 2013



Pernah tak anda-anda semua rasa bersalah?. Maksudnya rasa bersalah akan tindakan ke... pertuturan ke...?

Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, bila rasa bersalah tu hadir, rasa macam tak boleh nak buat ape.. Asyik dok fikir je. Huhu.. 

Sebagai manusia biasa, saya tak terlepas dari melakukan kesalahan. Kadang-kadang tu tak sengaja. Bila dah terjadi, baru rasa menyesal... 

Berharap agar diri ini akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari yang mendatang :-)

Ayuh kawan-kawan. Jangan biarkan rasa bersalah menghantui diri. Cuba untuk kawal diri kita sebaik.mungkin.... 


p/s: Entah kenapa rasa itu hadir di kala ini. Pergilah jauh-jauh dari ini..... 




laksa

LAKSA PENANG AIR TANGANKU

August 27, 2013






First time ni buat laksa. hee. Selalu makan yang mak buat je. Tapi bila dah duduk jauh ni, kalau teringin nak makan, kenalah buat sendiri. Semenjak dah kahwin setahun lebih ni, kira ni first time saya buat laksa kat rumah sendirilah. Bukan tak nak buat sebelum ni, tapi suami saya tak berapa gemar laksa. Tu yang tak terbuat. Kalau nak makan, beli je. Hee.. 

Tapi, last week tetiba mood rajin datang. Tu yang buat tu. 

Laksa penang tetap di sanubari. Tapi kan, bila dah duduk JB ni, saya dah jatuh cinta ngan laksa johor. Siap dah print resepi lagi. Heee. Bila nak try ek?...




kartun

TWEETY YANG COMEL

August 26, 2013




Dulu, time kecik-kecik memang minat sangat kat kartun ni.. heee. comel je tengok.. Memang layan habis kartun ni kat tv. hikhik..




Tetiba pulak petang ni teringat kat Si Tweety ni.. Rindu zaman kanak-kanak.. dah lama tak tengok..


Ada tak yang minat jugak Si Tweety ni?...




Sebenarnya, ada banyak siri kartun yang saya minat.. Ni salah satu darinya lah kan :)




Punyalah minat, sampai pernah lukis gambar Si Tweety ni, konon-konon nak hantar kat tv3.. hihi.. Dulu kan boleh hantar lukisan kan?.. Ingat tak?.. Tapi, tak hantar pun.. Berangan je lebih :) heee...


Sumber gambar : Dari Encik Google :)







perfumes

Minyak wangi Simply Siti - Candy

August 26, 2013



Last week, saje keluar gi beli barang sikit. Then, saya singgah watson kejap. Memang niat nak beli minyak wangi. Nak beli brand Simply Siti.  Masa bulan puasa hari tu lagi nak beli. Tapi tak terbeli sebab minyak wangi dok ada lagi... 

Bila dah sampai watson, saya pun terus gi kat tempat Simply Siti. Wah.. ada promotion. Harga sebenar rm49.90. Masa bulan puasa tu watson jual rm39.90. Tapi, time saya pergi tu turun sampai rm29.90. Haruslah beli. Tapi bukan Eau De Parfum. Dia Eau De Toilette. Saya sebenarnya nak beli yang Fruity. But, dah habis stok. So, saya pun beli la yang Candy punya.. Bau dia manis je.. Macam gula gula gitu. hee... 



Botol dia cantik tau. Siap ada butterfly lagi kat tepi botol tu.. Dengan warna pink nya.. Ok la... Tapi bau nya tak tahan lama la kan, sebab bukan Parfume..  Nanti nak cari jugak yang Fruity tu.. Kalau tak silap botol dia warna hijau.. Saya ni memang suka perfume yang bau ala-ala buah gitu.. 



p/s : Saya ni bukan jenis yang setia pada satu perfume je. Suka tukar-tukar brand. Asalkan bau dia jenis Fruity :-)








Makanan

SAMBAL UDANG MEMANG SEDAP!

August 26, 2013



Apa lauk kegemaran korang?  
Haa, kalau tanya kat tuan blog ni, opkoslah aii jawab Sambal Udang. Nyummm... memang sedap. Makan nasi boleh menambah-nambah. Heee.. nampak tak kesedapannya tu?..  

Teringat pulak kat sambal udang yang mak buat. huhu.. Memang lauk wajib kalau saya balik kampung. Mak mesti masak punya. 

Alkisahnya, sabtu lepas saya sempat gi pasar tani. So, saya pun beli udang.. Jadi, apalagi. Balik je, terus masak  sambal udang untuk makan tengahari.. 


Ni la sambal udang yang saya buat...


Apa pula lauk kegemaran korang?... 

Cer citer sikit kat bawah ni :-)






monday blues

WHY LIKE THIS???.

August 26, 2013







Boleh tolong bagi jawapan tak kenapa jadi macam ni??... Oh tak adil kan?.. haahahaha.. 

Sekadar gurauan je ye. 

Jom mulakan tugas di pagi Isnin yang indah ni. 

No monday blues ok!

Senyum sikit... Haaa, baru berseri :-)



cuti

KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH

August 24, 2013




Gambar ni saya ambil di Pulau Beras Basah di Pualau Langkawi. Ada sesiapa yang pernah sampai sini?..

Nanti next entry saya cerita berkenaan percutian sehari saya di Langkawi ye :)

Memang agak rushing sikit.. hihi.. 

Bukan pergi untuk holiday ke honeymoon ke.. hhihi.. Saje je.. Kami suami isteri ni nama je asal dari Kedah,.. Tapi, percaya tak suami saya tak pernah jejak kaki ke Langkawi sebelum ni. Inilah pertama kalinya. :)

Mesti tertanya kan, kenapa saya pergi sekejap sangat.. Bukan ape, kitorang kan duduk Johor. Balik kampung masa raya pun sekejap je. Pastu kena bahagi dua rumah. Rumah mertua di Jitra, dan rumah keluarga saya di Sungai Petani. Tu yang masa amat terhad,. hikhik. Kitorang gi raya ketiga :)







sedih

KEPADANYA LAH KITA KEMBALI...

August 23, 2013




Selamat petang semua..

Alhamdulillah, kita semua masih bernafas di Bumi Allah.. 

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari.

Cuma nak berkongsi satu berita yang amat mengejutkan saya semalam.
Tengahari semalam, dapat call dari suami. Beliau memaklumkan rakan sekerja beliau telah meninggal dunia.(tentera). Terkejut saya dengar berita tu. Kebetulan suami saya duty semalam, jadi beliau terlibat dalam pengurusan jenazah semalam.  Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Saiful dan juga untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia..


Kejadiannya begini. Pada awalnya suami saya dapat panggilan dari jiran arwah mengatakan arwah pengsan. Lepas tu, suami saya terus call isteri arwah. Tetapi, tak dapat bercakap kerana isteri hanya menangis.. Suami saya pun terus buat laporan kepada pegawai dan ingin bergegas ke rumah mereka. Perjalanan memakan masa 20 minit juga dari kem. Bila suami saya dan pegawainya sampai, arwah tiada di rumah. Telah di bawa ke klinik kesihatan berhampiran, kerana hospital agak jauh. Setelah suami saya sampai di klinik, doktor sedang memberi rawatan, Namun, siapalah kita untuk menolak ketentuanNya. Arwah telah disahkan meninggal dunia.. Arwah memang ada sejarah penyakit jantung.

Sayu hati saya mendengar berita ni.. Pemergian arwah meninggalkan isteri dan tiga orang anak. Muda lagi arwah.. Baru 26 tahun.. Sekarang ni, jenazah telah di bawa ke kampung arwah di Selangor. Untuk pengetahuan, isteri arwah berasal dari Sarawak.. 


Semua sudah tertulis..

Al-Fatihah.



Raya

SIBUKLA KONON

August 21, 2013



Selamat malam semua.. 

Masih dalam mood raya lagi ni.

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan.. Ampun dan maaf saya hulurkan..

Balik dari cuti raya,  sempat updated satu entry je. Bizi kemain. Bajet PM la pulak sibuknya kan. hihi.. Tapi memang agak sibuk sikit.. Maklumlah cuti seminggu kan. Bila naik kerja, menimbunlah kerjanya.. Kena settlekan yang mana penting dulu kan...

Kepada rakan rakan blog ku sayang, saya tetap akan singgah beraya ke blog anda. Sabar ye. Jangan lupa hidangkan kuih raya. Pastikan almond london tu ada. hikhik...


Main mercun berkotak-kotak,
Uolss buat open house tak?....

wah, pantun dua kerat gitu.. Daaa....






Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

August 16, 2013



Setelah seminggu bercuti, hari ni kembali menulis. 

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.. Saya juga ingin memohon maaf di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan, samaada sengaja atau tidak disengajakan.

Hari ni, lemau sikit rasa di tempat kerja.. Mood raya lagi kan.. Datang Office, berselerak kertas atas meja.. Menandakan saya perlu log out dari blogger buat masa sekarang. hihihi..

Sehingga bertemu lagi..

Marilah kita berdoa agar kemelut di Mesir tamat dan saudara-saudara kita di sana dilindungi Allah....









balik kampung

MOOD KERJA KE LAUT

August 05, 2013



Selamat pagi kawan-kawan.

Alhamdulillah, hari ni, 27 Ramadhan.. Kita masih diberikan kesempatan menjalani ibadah puasa..

Hari ni, saya still bekerja.. Oh sesungguhnya mood kerja dah ke laut. hihi.. Akal fikiran dah berada di kampung.. Tak sabar nak bertemu keluarga..

Ok, raya tahun ni first time saya dan suami beraya di kampung. Raya tahun ni adalah raya kedua kami sebagai suami isteri. Tapi,, merupakan raya pertama nak balik kampung. Sebab tahun lepas, kami tak balik kampung. Suami kena kerja time raya. So, saya datang beraya dengan suami je berdua di JB. Sungguh menyayat hati tak dapat nak makan ketupat dan rendang mak. hihi..

InsyaAllah akan bergerak ke Kedah, esok hari. Petang atau malam.. Doakan kami selamat sampai ye :)

Beraya di rumah mertua dulu di Jitra, lepas tu baru balik ke rumah keluarga saya di Merbok...


Cuti tak lama kali ni.. Sebabnya tak berapa nak ado cutinya. huhu..

Kawan-kawan beraya di mana?... 


Dari Johor ke Kedah beraya sakan,
Bersama sanak saudara untuk meraikan,
Selamat Hari Raya saya ucapkan,
Silap dan salah harap dimaafkan.




handphone

"BAJU RAYA" SEDONDON GITU

August 01, 2013



Malam semalam, saja jalan-jalan dengan husband. Kitorang gi Bazar Karat, JB. Tengok-tengok apa yang patut kan. Memang ramai orang. Maklumlah lagi seminggu jen nak raya kan. Masing-masing dah sibuk membuat persiapan kan. Beli apa yang patut. Eh berapa banyak perkataan yang patut daa.. hikhik..

Bila nak raya, mesti nak beli baju raya yang sedondon kan?.. Antara suami isteri, anak-anak.. Haa, tapi handphone pun nak jugak baju raya.Yang tak tahan tu, nak jugak sedondon.. hahhaah.. 

Mulanya saya ni nak cari purple atau pink. Tapi, tak ada yang berkenan. Sekali tengok husband saya pilih hijau + purple. Eh macam cantik pulak. Tanya kat penjual tu, ada tak yang sama untuk model phone syaa. Dia kata, ada.. wahhh happy giler kau.. hikhik. Dia ambil dari dalam kotak. Tak sempat nak keluarkan lagi. Stok baru katanya..

So, inilah dia :




Yang kiri, husband punya. Yang kanan wife punya. Wife punya handphone lagi besar sebab wife sememangnya lagi besar dari husband,. Eh, boleh pulak cam tu?.. hihihi


Handphone pun nak sedondon. Memang kena ngan tema baju tuannya iaitu purple :)




DUIT RAYA

SAMPUL DUIT RAYA ANA MUSLIM

August 01, 2013



Minggu lepas, jalan-jalan kat Plaza Angsana. Masuk kedai buku, then terjumpa sampul duit raya ni.. Hihi.. comel je saya tengok. Tu yang beli tu. Budak-budak mesti suka kan?.. 



Sampul duit raya dari bank memang ada. Saje beli yang kartun macam ni. Nak bagi budak-budak happy.. hihi. Happy ker?..


Nak duit raya jugak :)


Tapi, sape yang nak bagi?.. 




FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS