bas

KECEWA HARGA TIKET BAS MAHAL DI MUSIM PERAYAAN !

December 31, 2014


Kecewa, marah semua ada. Kenapa, sesuka hati menaikkan harga tiket bas bila musim perayaan?

Alkisahnya, saya balik kampung hari rabu lepas. Balik guna kereta yang ayah tinggal awal bulan 12 haritu. Sebabnya senang nak hantar mak dan anak-anak sedara saya ke Kedah.(mak dan anak sedara datang teman saya di Johor ni selama 2 minggu).. So kitorang gerak petang Rabu. Alhamdulillah, selamat sampai..

Lepas tu, saya dan suami bercadang nak balik JB hari Ahad. Pi la stesen bas Jitra. Bas dari Jitra ke JB, Hari Sabtu dan Ahad semua habis.. huhu.  Jadi, kitorang ambil keputusan beli tiket ke KL je. So, nanti kat KL baru gi TBS, ambik tiket balik JB. Sebab fikir, tiket ke JB banyak. Yelah, bajet sampai KL awal. Dalam anggaran 4 atau 5 petang. Namun, kita ni hanya merancang kan.. Hari Ahad tu, kitorang naik bas dari Jitra pukul 10.30 pagi.. Aduhai, jalan sesak! Risaunya.. Sampai Puduraya dah pukul 9 malam. Dari Pudu ke TBS, kitorang ambil LRT. Jalan  memang laju, dah macam rancangan The Amazing Race dah malam tu.. hihi. Sampai TBS, dalam pukul 9.30 malam. Orang ramai sangat! Beratur di kaunter TBS,. Yang sedihnya, semua tiket ke JB habis. Tiket paling awal pukul 7.30 pagi esoknya. Oh  my, takkan nak tidur kat situ. Dan esoknya kerja kot. Cuti tahun dah habis! So, saya ke belakang pula. Cari kaunter syarikat bas yang tak join dengan pengurusan TBS tu. Ada banyak jugak, macam KKKL, Starmart dan lain-lain. Semua dah tulis kat cermin kaunter, tiket ke JB dan Singapore habis! 

Nak dijadikan cerita, kitorang gi jugak beratur kat kaunter bas STARMART. Tanya ada tak tiket ke JB?. Dia kata ada, tapi kerusi bukan double. Maksudnya kitorang bukan duduk sebelah-sebelah lah nanti dalam bas. Takpelah, asal ada je kan. Masa tengah dok bincang tu, anggota SPAD datang ke kaunter tu, dan tanya berapa dia jual harga tiket ke JB. Baru saya tahu harganya, mahalnya! Anggota SPAD tu turun ke balai pelepasan bas, nak cari tauke syarikat tu. Dan tetiba, pekerja kaunter cakap kat saya, dik harga tiket RM120 untuk dua ni. Cepat ye, bas dah nak jalan tu.. Emmm eden terkono. Sepatutnya tiket balik JB dalam RM3+.++ je. Tapi , malam tu kitorang kena sampai RM60 seorang. Masih ada juga masalah tekan harga tiket ni kat TBS.  Dah la suami saya terpaksa duduk di kerusi pembantu driver di depan sekali(dekat tangga tu ada kerusi kecil), dan saya pula kat belakang sekali.. 

Teringat memori tahun 2010, nak balik raya haji. Cari tiket di Puduraya. Dari KL nak balik Sungai Petani. Kena bayar RM 80! Padahal masa tu tiket biasa RM36.00 je.. Apa nak buat, dah terpaksa :(

p/s: TBS ni dah jadi macam rumah kedua saya sekitar tahun 2012. Maklumlah masa tu berPJJ ngan suami. Tiap minggu ke TBS. Naik bas Tranasional dan KKKL je masa tu :)


AMBRA

BUAH KEDONDONG A.K.A. AMBRA

December 31, 2014



Memang suka sangat makan buah ni..  Minggu lepas, balik kampung, tak sempat nak makan. Mak saya ada tanam buah ni depan rumah. Banyak buahnya. Tapi, dek kerana balik sekejap, memang tak sempat nak jamah. huhu.. Sudahnya, bila balik JB, dok message kat kakak saya, suruh dia poskan buah ni pada saya, Kakak saya dok gelakkan kat saya. Macamlah kat JB tak de buah kedondong.. Memang ada, tapi nak jugak makan yang mak tanam tu. hihihi.. Pagi tadi, ada rakan office yang bawak buah kedondong ke office, dapatlah saya merasa. Makan gitu je, memang tak masam langsung. Sedapnya.. Terima kasih yer :)



johor

NASI GORENG +SAMBAL SOTONG

December 31, 2014



Sesekali sarapan di luar. Selalunya beli di cafe office je, bungkus makan kat pantry.. Yang ni makan dengan officemate di foodcourt Bomba,  Larkin.. Pepagi dah ambil nasi, emm tengahari nanti camno?????



johor

LAKSA PENANG

December 30, 2014



Sumber :Pasar Malam Kampung Melayu, Johor Bahru.( Hari Isnin)

Harga :RM 4




info

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu

December 29, 2014


SUMBER : berita harian online.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Bezday

HAPPY BIRTHDAY ABANGKU, AYIE !

December 24, 2014



Selamat ulangtahun kelahiran, abangku Ayie.
Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
Serta dipermudahkan urusan ke arah kebaikan.

~24 Disember 1984~

Dari adikmu, 
Ieja.


lirik lagu

Lirik Lagu Ada Ubi Ada Batas -Saloma

December 23, 2014




Sape suka lagu ni.. hihi.. Lagu dalam filem Anak Bapak. Mula-mula dengar, biasa je. Tapi, bila dah diulang mendengar, dah jatuh cinta. Nak nak versi baru, nyanyian Numerus, dalam cerita Saloma di Astro First tu.. siap download lagi. hihi.. 

Jom hayati liriknya,. Saya suka lirik dia jugak!

Lirik Lagu Ada Ubi Ada Batas -Saloma
Nyanyian semula oleh : NUMERUS


Kukejar bayangan akhirnya hampa
Kurenung rembulan tiada cahaya
Kutidur tak lena mimpi datang menggoda
Apakah dosaku kekanda



Airku minum tak hilang dahaga
Hatiku kesal tiada terhingga
Kau siksa batinku hingga ku merana
Apakah dosaku kekanda



Ada ubi ada batas ada hari boleh kubalas
Apa yang nak kukesalkan sudah nasib badan
Ada ubi ada batas ada hari boleh kubalas
Apa yang nak kukesalkan sudah nasib badan



Kutanam budi tiada tumbuh
Kutanam benih tiada berbuah
Hati gelisah bertambah rungsing
Apakah dosaku kekanda



Jikalau kutahu jadi begini
Tiada maknanya hidup di dunia
Dunia yang luas tiada bererti
Apakah dosaku kekanda


lirik lagu

Lirik Lagu Sayang - Gerhana Ska Cinta Feat Altimet, Salam, Nabila Huda

December 23, 2014



Hari ni nak share lirik lagu Sayang. Bukan nyanyian Shae tu tau. Tapi, nyanyian Gerhana Ska Cinta, Altimet dan penampilan istimewa, Nabila Huda. Ni lagu lain. Best lagu ni, bagi saya lah. Tapi, tak dapatlah nak share lagunya, hanya lirik je yang mampu. hikhik.

Lirik Lagu Sayang - Gerhana Ska Cinta Feat Altimet, Salam, Nabila Huda


Sayang
Kalau aku diberi sedikit masa
Sudikah kamu beri aku kucupan manja
Boleh kita kongsi senda tawa
Moga kita ceria sentiasa bersama

Kita
Pegang cermat hatiku dalam tangan
Aku kembali selepas aku penat berjalan
Cekalkan hatimu aku harus pergi
Bila kembali sambutku dengan senyuman berseri

Kasih
Kau jambatan ke masa hadapan
Naikku kamu berdiri di sebelah kanan
Ambil alih tugas buat sementara
Sambungkan namaku bila aku sudah tiada

Tiga bucu jiwa ragaku
Tiga suku sudah hampir penuh seluruh hatiku
Tinggal lagi satu cuba teka kalau tahu
Pelengkap ke empat mamaku si ratu

Sayang
Kata yang indah diberi kepadanya
Sayang
Panggilan manis dan mesra ke hatinya

Mempersembahkan, salam
Masihku teringat kali pertama kau ke sekolah
Dalam pelukan ibu tanganku lambai rindu bertambah
Masihku teringat kali pertama kau bercuti
Dalam pelukan papa bawa pulang kaset Metalicca
Jalan bersama lihat indahnya, indahnya alam semesta
Waktu berjalan lihat tiada, tiada tanaman hanyalah bangunan
Lautan biru kini hitam arusnya
Satu perdua habis dirobeknya
Satu pertiga tinggallah bakinya
Jika anak cucu kita bertanya
Gambar kenangan menjadi penggantinya
Jika kita.. hey!

Sayang
Kata yang indah diberi kepadanya
Sayang
Panggilan manis dan mesra ke hatinya

This your one love revolution
For the young generation
And look into one heart
With no competition
No racial colour skin
And no nationalities
Because we come to teach the people love and unity
No racial separation
No miseducation
The propaganda and the misinformation
Stop the fist and fight
Let us all unite
Sayang is the word
Everyday and night
And every little thing’s gonna be alright


peringatan

VIRUS IS THIS YOUR PHOTO ?

December 23, 2014


Macam-macam sekarang ni kan, Sekarang ni bukan dekat facebook je virus tu, tapi dah menular di handphone kita, disebarkan melalui satu mesej yang akan dihantar kepada seluruh kenalan kita di handphone. Saya sendiri dah dapat pagi tadi, terkejut juga, gambar apa pula yang nak ditunjukkan kawan kita tu. Tu yang membuatkan kita nak klik pada link yang diberi, nak tengok gambar kita ke?.. Namun, sebenarnya itu ialah virus. Kalau kita klik, seluruh kenalan kita pula yang akan dapat mesej yang sama. Saya terus buang sebaik saja dapat mesej tu. 

Sumber : Fb Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


p/s: Hati-hati jika dah klik. Kalau ada antivirus ok kot. Sebab handphone kawan saya, tiba-tiba ada seekor binatang yang menari-nari di skrin handphonenya. Terus kena format semula.



ETIKA

ETIKA MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

December 22, 2014





Terdetik nak menulis tentang telefon pagi ni. Bukan apa, sebagai ingatan buat diri sendiri dan juga semua yang berkenaan. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali ianya terjadi. (pinjam kata-kata Shuib Sepahtu). hihi..

Tugas saya sekarang ni banyak juga berurusan menggunakan telefon. Saya ni bertugas di bahagian servis. Jadi, memang berhubung dengan ibu pejabat, pihak JPA dan pegawai-pegawai yang saya jaga buku servisnya. 

Nak jawab panggilan, bukan boleh main jawab je. Perlu tahu dengan siapa kita bercakap dan urusan apa.. Sebenarnya saya nak meluahkan kekecewaan saya bila berhubung dengan telefon dan tidak dilayan sebetulnya. Bukan nak layanan first class tau. Cukup dengan sopan santun dan menjawab persoalan saya. Ini tidak, sudahla menjawab bagai nak dan tak nak, kemudian macam nak cepat letak je, soalan kita pun tak  habis dijawab.. Itu belum lagi part panggilan kita disambung-sambung, kemudian terputus macam tu je. huhu. Aduhai, kecewa campur marah tau. 

Saya pun hari-hari berurusan dengan telefon, akan cuba sehabis daya menjawab panggilan dengan baik. Nada suara pun perlu dikawal, janganlah meninggikan suara..

Ok, kat sini saya lampirkan senarai semak Etika Menjawab Panggilan Telefon, buat rujukan kita bersama..



Haa, gigih tau nak sertakan Etika Menjawab Telefon. hihi.. 




Bezday

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ALONG

December 22, 2014



20 Disember 1983.

Along, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 31 tahun :)



Semoga dimurahkan rezekimu.
Dipanjangkan usiamu.
Dipermudahkan segala urusanmu menuju kebaikan.

I love you so much my lovely sister!




editbyme

JOM UBAH!

December 21, 2014



If you don't like something,
change it ;

If you can't change it,
change the way you
THINK
about it.



dividen asb

Dividen dan Bonus ASB

December 18, 2014


SUMBER : SINAR HARIAN

Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 .

Ada yang menyimpan ke dalam akaun ASB?.. Bolehlah menikmati dividen nanti kan :) 

Tapi, menurun sikit kan tahun ni... 


Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015, bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca kat sini yer :
SINAR HARIAN




luahan

JANGAN LARI DARI MASALAH

December 18, 2014



Running away from any
Problem only increases the
Distance from the solution.
The easiest way to escape from the problem is to solve it.


Setiap dari kita kan menghadapi masalah.. 
Tetapi. permasalahan kita semuanya berbeza.
Jangan disamakan masalah kita dengan orang lain.
Jangan selesaikan masalah kita dengan cara orang lain menyelesaikan.
Masing-masing punya cara yang berbeza dalam menyelesaikan masalah..
Buatlah yang terbaik.
TAPI, jangan sesekali LARI DARI MASALAH!
Masalah takkan selesai kalau kita lari. Masalah kecil akan bertambah besar jika dibiarkan. Selesaikan masalah kita waktu ianya kecil, bukan sudah berkembang besar.



drama

JATUH CINTA DENGAN DRAMA ZAHIRA

December 17, 2014


Pernah tengok tak drama Zahira?. Ala, lakonan Adiputra dan Zara Zya tu.. Aduhai, say ani dah jatuh cinta dengan drama ni tau. hihi. Tapi, tu lah lambat je nak tunggu. Sebab ditayangkan hanya pada hari Rabu dan Khamis, jam 10 malam.. Suka watak Iqbal lakonan Adiputra ni.. 

Abaikan caption yang tulis 8 hari lagi tu. Sebab dah start dah pun. Saya tak pasti sumber sebenar gambar ni dari mana,. Apapun terima kasih buat tuan punya gambar :)

Sebenarnya sekarang ni, saya dah jarang layan drama kat tv. Tapi, bila dah tertengok Zahira ni, terus layan.. Setakat ni, saya rasa bestlah jalan cerita drama ni. Nak-nak saya ni memang suka Zara Zya kan, tu yang melekat je depan tv. hikhik..


lirik lagu

Lirik Lagu Aku Juga Manusia – Amir Jahari

December 16, 2014


Masa first time dengar lagu ni, rasa biasa-biasa je. Tapi, bila dah dengar berulang kali, dah dapat tangkap liriknya, terus jatuh cinta. Ye, jatuh cinta dengan liriknnya.. Amat mendalam, dan itulah realiti kehidupan kan ...

Suka dengar karya Amir Jahari. Rasa dekat di hati..
Jom hayati lirik lagu ni yer :

Lirik Lagu Aku Juga Manusia – Amir Jahari

Ku termenung seorang
Ku menangis disebalik sepi
Ku mencari cebisan memori
Yang ku namakan misteri

Ku tertawa mendengarnya
Ku mengerti aku siapa
Ku tak peduli sebenarnya apa yang kau ada
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo

Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo

Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo



luahan

CERMIN DIRI DAHULU

December 15, 2014



Do something right,
no one remembers.
Do something wrong,
no one forgets.

****


Family

DISEMBER 2014

December 14, 2014


Selamat tengahari. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)

Kejap ada, kejap tak de. Hihi.. Ampun dan maaf dipinta.. Mengalahkan PM busynya kan. 

Dalam seminggu ni happy je rasa.. Syukur mak ayah dan keluarga datang ke JB melawat saya .. Rindu pun terubat.. Memori manis di bulan Disember katanya.. Family saya datang Johor Jumaat minggu lepas(5.12.2014), dan dah pun balik ke Kedah Jumaat baru ni(12.12.2014).. Tapi, kan, mak saya dan anak-anak buah saya masih ada di rumah menemani saya .. Hihi.. Alhamdulillah.. Boleh manja lebih-lebih ngan mak!

Masih mencari rentak nak BW ke blog rakan-rakan blogger yang lain :)


pengomen setia

PENGOMEN SETIA NOVEMBER 2014

December 06, 2014


Lambat pula bulan ni nak updated tentang Pengomen Setia di blog saya ni. 
Ok, kat sini saya sertakan nama yang tersenarai dalam list Pengomen Setia. 


Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih buat semua yang sudi singgah di blog saya dan meninggalkan sepatah dua kata :) Tak kisah sama ada tersenarai atau tidak... Terima kasih yer :) Saya amat menghargainya.. Semoga hubungan kita sesama rakan blogger berkekalan :)



lirik lagu

Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik

December 05, 2014



First time dengar lagu ni, saya ingatkan lagu Pompa Bensin. Hihi. Rupanya lagu ni, Republik yang nyanyi. Dari Indonesia.. Best jugak lagu ni. Seperti  biasa, saya akan kongsikan lirik lagu kat sini :)

Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian



hidup sihat

GAYA HIDUP SIHAT

December 05, 2014



THINK POSITIVELY
EXCERCISE DAILY
EAT HEALTHY
WORK HARD
STAY STRONG
WORRY LESS
DANCE MORE
LOVE OFTEN
BE HAPPY





hadiah

TERIMA HADIAH DARI DR SHIKIN

December 05, 2014


Dah terima minggu lepas, tapi baru sempat updated entry.. hihi

Terima kasih Dr Shikin.. Terharu rasa. Dahla dapat warna kegemaran kan, purple dan pink :)

Hadiah sebagai Top Komentator.. 


Moga hubungan kita semua sebagai rakan blogger, berkekalan :)

Terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog Ros walau Ros dah tak berapa aktif bw sekarang ni. Insyaallah akan berkunjung juga, cuma cepat atau lambat sahaja.. 

Pelan-pelan kayuh, kata Mawi.. hihi.


HANIE SORAYA

LIRIK LAGU RASA SAYANG – HANIE SORAYA

December 04, 2014


Jatuh cinta dengan lagu ni sekarang.. Sweet je bila dengar.. Best!
Kat sini, saya kongsikan liriknya yer. Boleh sama-sama nyanyi. hihi.
LIRIK LAGU RASA SAYANG – HANIE SORAYA 
Empat setengah pagi
Jam locengku memekik dan menyanyi
Masanya telah pun tiba
Untukku tinggalkan lagi semua yang tercinta

Berat ku bawa diri
Namun ku janji ku tak akan menangis
Kerana ku akan pergi
Bertemankan bekal hati kekasih dan memori

Harap kau tahu bukan niatku
Meninggalkan dirimu

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Ingatilah diriku
Walaupun terpisah beribu batu
Mainkan laguku selalu
Pasti kau turut merasa hadirku di sampingmu

Bukan ku mahu jauh darimu
Kembali kan bertemu

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Ring ring ring, telefonku berdering
Apa khabar kamu? Kau tanya khabarku
Aku berjanji bintang bersaksi
Takkan pergi mana tiada lain yang ku cari
Jangan kau risau, jangan kau bimbang
Kalau rinduku, beli tiket kapal terbang

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey, lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Hey Hanie, hantar satu selfie
Cukup untuk satu hari
Esok jangan lupa untuk hantar lagi
Baru aku hantar aku punya sendiri

Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey


mutiara kata

JANGAN LEPASKAN PELUANG!

December 04, 2014


IN THE END,
WE ONLY 
REGRET
THE CHANCES
WE DIDN'T TAKE.


Ingatan buat diri sendiri jugak ni. Kalau ada peluang di depan mata, cepat -cepatlah sambar terus. Jangan disia-siakan.. Kelak mungkin ia akan menjadi sesuatu yang amat kita sesali.. 

Tapi, pada Ros tak usah disesali dengan apa yang berlaku. Anggap je ianya bukan milik kita, dan teruskan kehidupan seperti biasa dan terus maju ke hadapan :)



kacang hijau

SYOK MENGUNYAH KACANG

December 04, 2014


Bila dah start mengunyah, dah tak boleh stop... Tolong! Help!.. 

Walau batuk, tak menghalang keinginan hati yang mahukan kacang. Tetap dok kunyah. Macam mana nak baik batuk tu cik adik sayang. hihi..


Jatuh cinta dengan kacang ni, lepas rasa yang officemate punya. Kalau sebelum ni suka kacang botak je.. Kali ni, kacang hijau ni pula yang bertakhta. hihi.



cantik

KOLEKSI SHAWL YANG CANTIK DARI LACE OH LACE!

December 03, 2014


Hai..hai..hai..
Selamat pagi.. Lama tak jengah blog sendiri. Kekangan tugas hakiki dan kesihatan diri. Tapi, tak ape.. Rindunya nak updated setiap hari dan bw ke blog kawan -kawan ;)

Ok, hari ni nak cerita tentang shawl. Yes, mesti ramai yang suka pakai shawl kan? Bukan ape, selain tudung bawal kan, orang kata dengan shawl kita nampak lebih muda dan sweet gitu,..

Buat yang gemar pakai shawl, atau yang baru nak berjinak-jinak dengan shawl, atau yang tak pernah bershawl bagai, meh saya nak kenalkan dengan satu jenama shawl yang terlajak cantik! LACE OH LACE! Yes, satu jenama shawl yang memang terlajak best! Sebab ape? Sebab owner LACE OH LACE ni sendiri tau yang pilih kain. Dah tentulah pilih kain dengan kualiti yang terbaik. Then, design sendiri jenis shawl,. Jahit sendiri shawl tu dengan penuh kasih sayang dan teliti. Dan beliau pakai koleksi sendiri setiap hari..  Macam mana beliau jahit nak pakai sendiri, macam tu lah beliau jahit untuk jualan. Sama cantik, sama kualiti! Kain yang berlualiti tinggi dengan warna -warna terkini yang sweet je. Oh, korang mesti jatuh cinta punyalah! Ada pelbagai jenis kain. Ada kain satin, ada kain chiffon, ada glitter chiffon dan lain-lain. Design pula ada cutting wide shawl, ada half moon, standard dan lain-lain..

Kat sini saya sertakan beberapa keping gambar koleksi dari LACE OH LACE ni yer.. 

Kat bawah ni lah owner LACE OH LACE! Isma.. Kitak dari Sarawak.Eh betul ke ayat ni, hihi. Officemate saya ni.
Cantikkan shawl ni.. 


Kat bawah ni koleksi Glitter shawl. Kainnya lembut dan sejuk. Jangan risau, ianya mudah dibentuk. Kalau muka bulat pun sesuai.. Sweet jer ;) Ada banyak pilihan warna pula tu.


Yang ini pula koleksi printed shawl. Ada pelbagai corak dalam pelbagai warna. Boleh dipadankan dengan baju kita yang plain. Barulah naik seri kan? Eh tetiba. Heee.



Haa ni baru sikit. Kalau  nak tengok yang lain-lain, jomlah cuci mata  kat page LACE OH LACE! Gerenti terpikat!

Boleh like page LACE OH LACE di facebook : 

Dan jangan lupa follow sekali di instagram: 

Kalau ada yang berkenan di hati, terus je beli tau. Hee. Jangan lupa bagitahu datang dari blog saya, INILAH REALITI. Mana tahu dapat special price or special gift kan..

Eh sekarang ni ada promosi baik tau Percuma pin dengan setiap pembelian shawl. Cepat gi terjah dan beli. Jemputan kahwin pun banyak kan? Bolehlah bergaya kan ;)

Saya pun ade juga shopping kat LACE OH LACE ni. Shawl satin. Kain yang sejuk, mudah terbentuk dan warna yang cantik! Dah tentulah purple di hati. hihi.Sesetengah shawl satin yang dijual di luar, kainnya panas dan keras. Memang terbaik! Tapi, segan pula nak letak pic diri sendiri selfie pakai shawl tu. Eh, boleh gitu?,.hihi.. Saya sendiri puas hati dengan jahitan yang  kemas pada shawl ni tau. Memang bukan saja-saja nak memuji ke ape ke tau,.. Tak cuba pakai, tak tahu. Bila dah pakai, terus jatuh hati nak pakai shawl!

Jom jom shopping shawl yang cantik, sweet,selesa dengan harga yang berpatutan di LACE OH LACE...

Jangan lupa like fb LACE OH LACE dan follow instagram LACE OH LACE..

p/s: Ni review dari saya sebagai pelanggan LACE OH LACE :) Bukan entry berbayar :)



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion