doa

DOA PAGI

January 30, 2014



Apa khabar kawan-kawan?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. 

Sebelum memulakan tugas pada hari ni, jom sama-sama kita membaca doa di bawah.. Semoga bermanfaat untuk anda :)




Hari ni gi kerja, jalan lengang sangat. Maklumlah sekolah dah cuti. Lepas tu, ramai yang bercuti dan balik kampung.. Seronoknya kalau dapat balik kampung.. Tapi, apakan daya?.. 




pencapaian

RANK ALEXA : 1

January 29, 2014



Tengok ramai blogger yang dah check.. Saya pun teringin jugak.. Baru petang ni berkesempatan nak check.. 

Inilah dia pencapaian blogku sayang, http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/



Tapi, memang jauh lagilah nak kejar ke angka yang terbaik... Apa pun, segalanya mungkin kalau kita berusaha kan?.. Wah..ayat positif gitu :)

Korang tak nak try ke?..

Cubalah check.. hihihi..

Kalau nak check, klik SINI..



lirik lagu

LIRIK LAGU ARJUNA BETA - FYNN JAMAL

January 29, 2014



takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

---------

Dah dengar ke lagu ni?.. Hasil karya Fynn Jamal.. Bagi saya, lagu ni menyentuh perasaan.. Memang best. Lagipun, saya memang suka karya Kak Fynn.. 


p/s: Suka tengok gelagat Juna kat IG Kak Fynn!









bola sepak

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2014 : 28 JANUARI 2014

January 29, 2014






Terengganu 2-0 T-Team

Kelantan 1-2 PKNS

JDT 2-2 Lions XII

ATM 1-0 Perak

Sarawak 3-0 Sime Darby 

Selangor 1-0 Pahang


Tahniah buat pasukan yang menang.. Buat yang kalah, masih ada lagi perlawanan akan datang. Moga terus berusaha dan berjaya...

Pilihan saya?.. Dah tentu-tentu ATM.. hihihi..




MASTERCHEF

ZAMIR JUARA MASTERCHEF ALLSTAR 2014

January 28, 2014



Tahniah buat Zamir!

Menjadi juara Masterchef Allstar 2014.


Terjawablah sudah debaran kita untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi juara kan?... 

Tahniah lagi sekali!


p/s : Hanya entry ringkas. Tiada gambar. Tiada celoteh panjang...




bola sepak

BOLA LAGI DAN LAGI...

January 28, 2014



Biasalah, dah namanya minat bola kan, mesti nak letak jugak entry berkenaan bola. hihi.

Malam ni ada siaran langsung kat Astro Arena 801. Perlawanan JDT menentang Lions Xii. Kat tv1 pulak ATM lawan Perak. Mana nak tengok ni?.. Dah tentulah nak tengok ATM ... 

Malam ni jugak ada final masterchef allstar . Main remote lagilah malam ni. Tukar -tukar d
siaran... hikhik.




LAWAK

GEMPAR : ULTRAMAN DIJUMPAI DI MALAYSIA!

January 28, 2014





Hihihi.. relax.. bertendang.. Eh bertenang..
Saje gurau-gurau di petang hari :)

Sumber gambar dari FB. Tak tahu dari mana, sebab ambil dari orang share je :) Apapun, thank you :)


astro

PEMENANG MASTERCHEF ALLSTAR : ZAMIR ATAU CELINA?

January 28, 2014




Ok, malam ni final masterchef allstar.. Siapakah yang bakal menjadi juara?.. Antara Zamir dan Celina.. Saya ni memang tak tinggal tengok masterchef ni. Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa, pukul 9 malam mesti dok depan tv. hikhik. Kadang-kadang tengok ulangan.. Ada yang saya minat dah pun tersingkir.. Siapa?.. Biarlah rahsia... hikhik..Malam ni jom kita tengok siapa yang akan menjadi juara?..

Sementara nak tengok malam ni, jom kita kenal-kenal dengan dorang. hihi.. Tengok biodata je ok.. Lagi satu, hanya gambar Zamir je saya letak.. Celina?.. Ada sebab kenapa saya tak letak gambar di kat entry ni.. Nak tahu sebabnya?.. Tak ape, lah.. Biar saya je yang tahu.. Jangan marah eh.. Ala, mesti korang dah kenal kan dengan Celina. dah cam rupa dia kan?.. So, takyah letak kat sini :)


PROFIL ZAMIR


Umur: 21 tahun

Asal: Shah Alam

Pekerjaan: Pelajar Kulinari

Hidangan Kegemaran: Burger dan Kentang Goreng

Lokasi Percutian Kegemaran: Itali

Pencuci Mulut Kegemaran: Creme Brulee

Manis atau Savouri: Savouri

Pedas atau Bawang Putih: Bawang Putih





PROFIL CELINA


Umur: 34 tahun

Asal: Melaka

Pekerjaan: Pengacara TV/Ahli Perniagaan

Hobi: Masakan Barat, Cina, Nyonya, Dan Itali

************

Agak-agak korang siapa Juara.. ?



Bezday

Selamat Ulangtahun kelahiran Mak!

January 28, 2014



28.01.1963

Hari ni, 

28.01.2014

Genap 51 tahun..

Doa Ija, 
Semoga Allah Murahkan Rezeki Mak..
Semoga Allah panjangkan usia Mak...
Semoga Allah berikan kesihatan tubuh badan yang baik buat Mak..
Semoga Allah permudahkan urusan Mak menuju ke arah kebaikan...

Mak, 
terima kasih buat segala-galanya yang telah Mak lakukan untuk Ija...
Perit jerih Mak melahirkan kami 5 beradik,..
Membesarkan, menjaga, memberi didikan...
Mak sentiasa membahagiakan kami 5 beradik..
Terima kasih Mak..


Mak, sesungguhnya Mak lah insan yang terbaik bagi Ija!



I love you, mak.
I Miss you, Mak!
Thank you for everything!







mutiara kata

SETIAP YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA

January 26, 2014




Selamat pagi :)

Apa khabar?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sahaja...

Hari ni hari Ahad.. Saya di office.. Bekerja seperti biasa.. Ahad pertama bagi saya bekerja tahun ni.. Maklumlah Ahad sebelum ambil cuti rehat(masa suami masuk wad).. Biasa je bagi saya.. Tak ada perbezaan.. 

Ok, pagi ni nak share sesuatu dengan anda. Saya ambil dari FB Ikim FM... 


SUMBER: FB IKIM FM

Betul kan?.. Kadang-kadang kita tak tahu mengapa sesuatu perkara tu terjadi pada kita.. Dan mulalah kita rasa sedih, menyesal dan sebagainya.. Tapi, ingatlah semua yang berlaku ada hikmahnya... Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan...

Jom, mulakan hari dengan sesuatu yang positif.. 

Senyum :)




Makanan

LEMPENG WARISAN WITH SAMBAL SEMERAH CINTAKU

January 25, 2014







Ok tak tajuk tu?.. Wah...kalau bab tajuk tak nak kalah langsung. hihihi. Layankan aje la kan.. Ni menu minum petang merangkap makan tengahari tadi... Sebab breakfast lewat, so tengahari kenyang lagi. Tu yang melempeng je petang-petang ni... 

Jemput makan:-)



BLOGWALKING

BLOGWALKING GUNA PHONE

January 25, 2014



Ok, apa pendapat anda kalau blogwalking guna phone/tab?... 

Sejujurnya, saya rasa mencabar. Hihi. Rasa tak puas. Rasa terbatas je... Lagi best blogwalking guna laptop je.. Tapi, apakan daya. Di hari minggu memang guna phone la kat rumah. Hari bekerja bolehlah blogwalking guna laptop, komputer. 

Kalau updated entry guna phone, sekarang dah ok. Dah dapat sesuaikan diri. Ecewahh...ayat... hikhik. Bukan ape, dah selalu buatkan. "Practise make perfect".. Katanya.... hihi... 

Pasni kena biasakan suasana blogwalking guna phone... Bolehlah blogwalking dengan jayanya kat rumah ni ha....  Hikhik...  Kalau kat rumah suka online guna phone je. Senang.... Malas nak on laptop, cakaplah... hihi... 

Banyak lagi ni jejak yang harus ku tempuh... Sabar ye ... Saya akan datang "rumah" anda slow slow.... Tungguuuuu.....



Family

MY SAYANG-SAYANG

January 25, 2014





Hai Mak Ude ni memang rindu sangat ngan my sayang-sayang ni ha.. Ambik pic ni dari IG ibunya, merangkap my sister, Kakyang.... 

Sorang dok layan tv, channel 611. Sorang lagi dok main basikal. Dengan bawak bantal lagi. Hihi... Terhibur hati mak ude ni tau.Oh ye, basikal tu tak pernah bawak keluar. Dok buat main kat dalam je. Tu yang kayuh sampai ke atas toto tu. Hikhik.... 

Alkisahnya sebenarnya Baby Mat(yang duduk) tu tengah merajuk. Kenape?... Sebab kena tinggal ngan atuk(ayah saya). Ayah dan sume gi tengok bola kat stadium Darul Aman... Masa nak gerak p tu, baby Mat tengah tidur. Tak sampai hati nak kejutkan. Bila dia bangun, terus dia ajak ibu dia g hantar mihun goreng umah atuk. Bila ibu cakap atuk tak de kat umah. Terus dia teringat atuk cakap nak p tengok bola. Terus merajuk. hihi. Bila ibu alih channel astro arena, cakap nak tengok atuk dalam tv  terus amik remote alih ke channel kartun. hahahha.. Gitulah ceritanya yang kakak saya bagitahu.

Rindu dengan keletah my sayang-sayang ni ha.... 





masak

PETUA DAPUR 1: CARA LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG

January 24, 2014



Ok ni saya dapat dari Majalah Mingguan Wanita.


Cara nak lembutkan ayam kampung.. 



Caranya ialah apabila memasak gulai, masukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Apabila masak, daging ayam kampung akan menjadi lembut...

Selamat mencuba!



astro

LIGA PERDANA : KEDAH LAWAN PERLIS MALAM INI

January 24, 2014



Malam ni, negeriku Kedah akan menentang Perlis dalam saingan Liga Perdana.. Perlawanan akan diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar kerana Kedah selaku tuan rumah... Tak sabar nak tengok Pasukan Kedah beraksi. Ada live di Astro Arena saluran 801. Buat penyokong Kedah ya g tak berpeluang ke stadium, boleh layan kat rumah je ye.. 


Oh ye, musim ni, logo Kedah dah berubah. Ni pun merupakan isu panas. Kerana ada penyokong Kedah yang kesal perubahan logo Kedah dilakukan tanpa mengambil kira pendapat penyokong. Kalau dulu, Kedah dikenali dengan Sang Kenari. Tapi kini dah berubah menjadi Helang Merah... Secara peribadi, saya pun turut terkejut dengan perubahan ini.. Apapun, moga pasukan Kedah berjaya untuk musim ini. Ayuh penyokong Kedah, berikan sokongan kita pada pemain dan pasukan kita. Dan lupakan sebentar perbezaan pendapat kita berkaitan isu logo ini :-)





cuaca

SUHU SEJUK DI MALAYSIA

January 24, 2014



Ramai yang memperkatakan tentang suhu dan cuaca sejak dua tiga hari ni kan?... Ada pula yang meramalkan salji akan turun di Malaysia. Benarkah??.... Itu saya tak tahu. Yang pasti sejak seminggu ni memang sejuk je cuaca. Berangin. Bayangkan rumah saya tingkat 4. Atas sekali. Memang tak buka tingkap tau. Angin kuat... Rasa sejuk. Bukan main bahagia kipas kat rumah saya ni. Sebab tak perlu gigihkan diri berpusing untuk tuannya ni. hihi.. Kalau kat office, sejuknya jangan cerita. Dahla sejuk di luar, ditambah denfan aircond lagi. Aircond tu memang tak boleh adjust. Sebab automatik untuk satu bangunan. Kalau basuh kain tu, sidai kejap je dah kering. Alhamdulillah.... Kuasa Allah...

Kat paper pun ada cerita ni. Nampaknya suhu di Kuala Krai mencatatkan suhu terendah iaitu 17.2·c. 
Kawasan lain pula :-



Chuping = 22.3·c
Subang = 22.3·c juga.
Kuantan = 21.1·c
Petaling jaya =23.6·c
Mersing =24.8·c
Kuching = 22.5·c
Kota kinabalu =22.6·c

(berdasarkan bacaan suhu pada 22 Januari 2014-sumber dari harian metro)

Gambar : Sinar harian

Menurut apa yang terrtulis kat paper Metro ni, suhu sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan tempat terutamanya kawasan pantai timur danutara semenanjung pada minggu ini disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang dari tanah besar China yang kini sedang mengalami musim sejuk. Selain tu, keadaan cuaca yang baik dan tidak berawan di seluruh negara sepanjang minggu
ni turut membantu merendahkan suhu pada awal pagi dan waktu malam.... Sape yang terror geografi mesti tahu ni kan.... hikhik.

Antara tajuk akhbar hari ni berkenaan cuaca sejuk ni ialah "Perlis terasa nyaman", "Air paip macam ais".. Bab air paip macam ais tu saya sokong. Memang sejuklah.. serius tau. Bangun pagi, macam malas je nak mandi. Tapi kugagahi jua... Hihi.


Macam berkabus je saya tengok.. Ni masa pukul 3 lebih... Tapi memang nyaman. Sejuk terasa... Kalau pekena teh o panas pun sedap jugak ni. Hihi.

Tempat korang macam mana? Cube share sikit :-)





Makanan

KACANG PUNCA JERAWAT ???

January 24, 2014




Wah.. tajuk dah macam pakar kesihatan gitu. Kacang punva jerawat tumbuh dengan jayanya di wajah?... Sebenarnya tujuan saya tulis entry ni bukan untuk mengupas tajuk tu..Saya pun tahu.. Tapi memang ramai kawan-kawan saya yang kata takut jerawat tumbuh kalau makan kacang. Saya pun tak tahu kebenarannya.. Pada saya, ok je. Alhamdulillah... Kalau saya makan kacang, jerawat tak tumbuh dengan jayanya... Tak de perubahan.. Tapi, memang ada yang akan tumbuh jerawat kalau makan kacang. Macam kakak saya. 

Nantilah kalau rajin sikit saya cari kesahihannya dan kongsikan dengan uols... 

Kat bawah ni , peneman saya kalau tengok bola. Huahua.. Game baru start, kacang dah habis dah.. Salah sape tu?.. hikhikhik...




Tapi tak boleh makan selalu kacang ni. Kalau makan selalu, sakit gigi saya ni...



beritabaik

COFFEE + GOOD NEWS + ZUMBA

January 24, 2014





Alkisahnya ni lah dia rupanya L.A Coffee. Sebagai peminat coffee yang tegar, haruslah mencuba kalau ada produk baru... Tu yang beli tu. Tapi, secara peribadinya, tak menepati piawaian tekak saya. hihi... Nescafe jugak yang terbaik.. Ops jangan marah.. Sebenarnya sekarang ni dah jarang minum minuman bercaffien. Sebab tengah amalkan Ephyra kan.. Tu yang slow kan minuman bercaffien tu. Nak stop minum, macam tak gamak je.. hihi. Nescafe tu dok melambai-lambai je ... muahahahha....

Pagi ni dapat satu berita gembira dari seorang rakan blogger yang femes amos... Iaitu Kak Ina (Intan Berlian)... Alhamdulillah..Kak Ina positif hamil.. Eh ayat macam skema pula.. hihi.. Alhamdulillah..Gembira dengar dari Kak Ina... 
Saya pun sedang berusaha untuk hamil.. Kawan-kawan, minta doakan saya mengandung ye. Terima kasih banyak :-). Tak salahkan kita doakan yang baik-baik.. Hari Jumaat pula hari ni kan... Saya juga mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan blogger dan pembaca blog saya.. Semoga apa uang kiya impikan (yang baik-baik), dipermudahkan Allah... Aminn.

Pagi tadi sempat pergi jogging ngan Cik Abg kat Taman Merdeka..Time cuti mingguan ni la baru boleh gi jogging.. Exercise sikit.. Tadi ramai juga orang... Balik rumah, sambung dengan Zumba pula... Zumba tu tengok kat youtube je.. Best... 

**Masih banyak jejak belum di balas. Updated guna phone ni terbatas sikit .. Saya bw slow-slow.. Jangan marah eh... Love uols...




Makanan

MURTABAK MAGGIE SIMPLE

January 23, 2014



Menu simple untuk minum petang.. Mudah sangat nak membuatnya.. Semua pun boleh try.. Tapi, tak boleh makan selalu lah kan.. 

Ni lah dia rupa Murtabak Maggie yang saya buat :-





Bagi saya , sedap makan waktu panas lagi. Kalau dah sejuk, kureng sikit kan...

Caranya mudah sangat. Cuma perlukan mee segera, telur, cili, bawang... Rebus mee segera tu dulu.  Pastu Pukul telur. Campurkan semua bahan. Dan boleh terus goreng.. Letak minyak sikit je... Kalau nak tambah ape ape, boleh je. Ikut seleea dan kreativiti masing-masing...


macam macam

LAMBAT BERSIARAN

January 23, 2014



Hari ni lambat bersiaran.. Settlekan mana yang patut dulu tadi..
Duduk kat office ni, tak rasa macam kat office dah.. Rasa macam kat obesi(read:oversea).... Sejuk yang amat.. Dah pakai sweater, dah pakai stokin.. Masih jugak sejuk.. Sarung tangan ppun dah disarungkan.. Punyalah sejuk.. Sejuk tahap mengggigil.. Tapi kan, buka kat office je sejuk.. Kat rumah pun sama. Kalau kat office tu , ye la sebab ada aircond.. Ni  kat rumah, memang tak de aircond.. Hanya kipasku yang setia berpusing tu je ada pun.. Tapi sejak dua menjak ni, memang tak bukak kipas.. Sejuk... Anginnya kuat.. Kalau sidai kain tu, sekejap je dah kering tau....

Ok, harini kan gaji bagi warga goverment.. Ramai yang berkira-kira dah tu kan?.. Nak settlekan bil, nak bayar duit kutu, bayar sewa rumah, bayar duit kereta, bayar loan dengan AEON(eh masuk juga dalam senarai?.. hihihi), bayar Astro dan memacam lagi kan?.. Jangan lupa, asingkan sedikit ibu bapa kita di kampung.. Jangan lupakan mereka yer :)
Kalau kita hulurkan pada mereka, lebih berkat duit gaji kita  tu kan :)




PERIBAHASA

TERLAJAK PERAHU ...

January 22, 2014





TERLAJAK PERAHU
                                 BOLEH DIUNDUR...

TERLAJAK KATA?....


~SAMBUNGKAN AYAT DI ATAS~

TERIMA KASIH :)



bola sepak

PIALA FA 2014 : PERAK LAWAN PAHANG

January 21, 2014


Demam bola. hihi. Jom tengok bola kat Astro Arena. Kali ni Piala FA pula.. Yang mengikuti perkembangan bola mesti faham. Yang tak ikut tu yang keliru sikit kan. Sekarang ni ada Piala FA, Liga super, Liga Perdana. Semua berbeza. Kena tengok jadual baik-baik. Hihihi.

Malam ni perlawanan antara Perak dan Pahang... 



Jom layan bola... 

Minat ke idok?... 




bola sepak

JDT LAWAN PERAK DI STADIUM LARKIN

January 21, 2014



Ni gambar tiket bola antara JDT menentang Perak.. Perlawanan 18 Januari 2014, hari Sabtu lepas...



Kebetulan hari Sabtu hari tu, suami saya cuti. Pagi tu kitorang pergilah Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos kat Larkin. Amboi...ayat.. Bagi nama penuh tu. hihi.. Atau lebih dikenali dengan Stadium Larkin.. 

Masa sampai pagi tu, lebih kurang pukul 8 pagi.. Alahai...panjang betul barisan... Kaunter bukak jam 9 pagi.. Lagi awal rupanya dorang datang beratur.. Tak jadi beratur, terus parking motor dan jalan-jalan ke pasar tani sebelah stadium tu je,.. Lepas tu, terus balik rumah.. Balik rumah, badan rasa macam nak demam, tak demam.. Tak lalu nak makan nasi. Tengahari tu, keluarlah gi cari laksa Johor kat Medan selera Bomba.. Alang-alang dah keluar, saje lalu depan Stadium. Eh, ada lagi orang beratur.. Tapi, dah tak ramai macam pagi tadi. Apalagi,, terus join beratur sama.. hihi.. Limit seorang hanya 5 tiket. Untuk mengelakkan kejadian "ulat tiket".... 

Ni first time tengok bola kat Stadium.. Sebelum ni tengok kat TV je.. Saya ni memang minat tengok bola dari zaman sekolah... 

Pasukan pilihan saya malam tu?.. Bertentangan dengan pasukan pilihan Cik Abg.. Cik Abg pilih JDT malam tu.. Saya sebaliknya. hihihi.. 

Kat sini, nak bagi pesanan khidmat masyarakat sikit :

"Apapun pasukan pilihan kita, jangan sesekali mencemuh pasukan lawan. Itu yang paling saya tak gemar.. Kalau nak kritik, kritik cara permainan. Tu pun, pastikan yang rasional.. Jangan sampai, semua dihentam. Dari A sampai Z pasukan lawan hendak dihentam... Tolonglah buka minda.. Ini permainan bolasepak.. Adatlah, ada menang..ada kalah.. Jangan terlalu taksub terhadap sesebuah pasukan...  "

Ok, tu je.. Korang minat tak bola?.. Di entry akan datang saya akan kongsikan kemeriahan penyokong dalam stadium pulak k.. Memang happening...


balqis

BALQIS (Drama Festival KL di TV3)

January 20, 2014



Bulan 11 yang lepas saya ada kongsikan tentang sebuah drama yang dilakonkan oleh adik Balqis kan?... Ingat tak drama Walau siapa pun aku?... Kalau tak ingat, jemput singgah baca yer :

Malam tadi, sebuah lagi drama yang dilakonkan adik Balqis ditayangkan di TV3 pula... Arahan Erma Fatima... Turut berlakon ialah Nabila Huda dan Pekin ... 


Ada tak yang menonton malam tadi?.. Saya ni memang minat adik Balqis.. Kalau berlakon memang menjadi sangat.. Nak nak kalau watak sedih.. Uwaa... Boleh banjir tau saya nangis.. hihihi...

Cerita ni memang best dan amat menyayat hati... Tengoklah tu wajah adik Balqis .. Sedih tak korang tengok?..


Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan Nabila Huda dan Pekin yang mempunyai cahaya matanya, Balqis.. Kehidupan dorang ni susah... Perkahwinan mereka tidak direstui oleh mak Nabila ni.. Tapi, walaupun susah, Nabila ni amat menitikberatkan pelajaran anak dia ni. Balqis ni baru 5 tahun. Dia selalu cakap pada Balqis, yang Balqis akan ke sekolah lagi dua tahun.. Setiap hari, Balqis perlu hafal sifir.. 

Kemudian, hidup mereka ni susah sangat. Suami dia, Pekin ni ajak berhijrah ke Kuala Lumpur. Jadi mereka pun ke KL. Masalahnya dorang ni takde tempat tinggal.. Duit nak makan pun takde. So, dorang jual baju yang dorang  bawak tu. Malam tu dorang bermalam di sebuah bengkel kereta. Dorang jugak  cuba cari kerja, tapi tak ada rezeki lagi. Nak dijadikan cerita, malam tu, masa dorang tengah tidur. Balqis terjaga nak terkencing. Jadi, dia gi ambil air paip isi dalam botol. Ada seseorang menegur dan mengajak Balqis, kononnya nak bawa ke tandas.. 

Keesokkannya, dorang bangun tidur, tengok anak dorang takde.. Apa lagi, kelam kabutlah mencari. Tak jumpa.. Akhirnya dorang kembali ke kawasan bengkel tu.. Tiba-tiba, Balqis muncul dengan wajah yang comot dan seluarnya berdarah. Ya Allah, masa tu saya dah mula nangis-nangis dah.. Sedih sangat. Dorang pun bawa gi hospital, dan doktor sahkan yang Balqis telah di________...

Kemudian, tuan bengkel tu ambil Pekin bekerja.. Tapi, bertahan hanya sehari. Sebabnya tuan bengkel tu tak bayar sewa kedai tu. Jadi, mereka pun dihalau keluar dari bengkel tu.. Kemudian, bermulalah kehidupan duka mereka bila mereka berkenalan dengan sepasang suami isteri yang jahat. Lakonan Elly Suriati.. Mereka diajar merompak. Mula-mula, memang lepas masa merompak kedai basikal..  Kemudian, masa misi nombor 2, nak rompak cybercafe. Malam sebelum nak merompak tu, Nabila ajak Pekin balik kampung dan stop buat benda ni. Tapi, Pekin tak nak. Pekin nak teruskan jugak.. Akhirnya, masa rompakan tu, Nabila meninggal dan juga pasangan suami isteri tu. Hanya Pekin yang terselamat. Kemudian, Pekin bawa Balqis ke hospital, untuk pengecaman mayat. Langkah sedihnya hati saya, bila tengok Pekin tak mengaku mayat tu mayat isteri dia... Dan Balqis pulak tak habis-habis bertanya, "Kenapa ibu duduk dalam laci tu?.." "kenapa dorang letak ibu dalam laci?".. masa ni dah merambu air mata saya.. 

Pekin pun dah mula menyesal, bila teringat detik -detik terakhir bersama isteri dia.. Kemudian, dia memulakan perniagaan menjual baju-baju bersama anak dia.. Alhamdulillah, kehidupan mereka menjadi lebih baik.. Satu hari, ada shooting kat kawasan berhampiran dorang berniaga tu.. Balqis telah diambil sebagai watak extra.. Dan mendapat upah RM30.. Bila dia balik, dia mintak kebenaran ayah dia nak berlakon dan menyara keluarga.. Dia jugak cakap, yang dia nak berlakon dalam tempoh 2 tahun je, sebab ingat pesan ibu dia.. Ibu dia selalu pesan yang pelajaran tu penting kan.. dari situ, bermulalah kehidupan Balqis sebagai pelakon kanak-kanak....



Macam mana?.. Ada yang rasa nak tengok tak lepas baca sinopsis dari saya?.. hihihi..




Makanan

SAWI IKAN MASIN YANG SEDAP

January 17, 2014






Amboi, tajuk makanan dalam blog saya ni, mesti saya letak perkataan "sedap" kat hujungnya.. Tak apala kan.. Pilihan masing-masing kan.. hihihi.. 

Hari ni memang entry makanan jadi pilihan saya.. hihihi.. Jangan marah haa...

Kali ni nak share tentang antara sayur yang jadi kegemaran saya. Sebenarnya banyak.. Sawi ni antaranya lah.. Kalau sayur lain, macam kailan, carrot, kobis bunga, bayam, jagung muda, dan banyak lagi. Haa, kan dah kata penggemar sayur. Jadi macam-macam jenislah kan yang saya suka.. Kangkung?.. Ops, tak nak cerita bab kangkung. Kangkung dah terlalu glamer meninggalkan jauh rakan-rakannya yang lain. Muahaahha..

Kalau saya beli sayur sawi, sama ada nak letak dalam mee goreng atau buat masak biasa je.. Ni saya goreng biasa je. Sayur sawi goreng berikan masin. Ko hado?.. hikhik..

Inilah rupanya.. Tak sangka terang sungguh warna hijaunya dalam camera ye.. hihi.




Apa? Nak resepi?.. Jangan buat malu saya.. hihihi..

Masak campak-campak je. Oklah, saya sertakan juga resepinya.. (tak malu sungguh puan blog ni) hihihi..

Bahan-bahan:

Seikat sawi

5 ulas bawang putih
2 ulang bawang merah
(bawang diricih je)
Cili besar (tumbuk kasar)

Ikan gelama masin
(kalau style saya, saya goreng separuh masak dulu ikan masin tu, pastu angkat dan racik-racikkan isinya)

Cara-caranya :

Panaskan minyak. Pastu masukkan bawang dan cili besar. Bila dah naik bau, terus masukkan ikan masin yang kita dah racik isinya tadi. Kemudian masukka sayur sawi.. Kacau-kacau.. Boleh tambah air kalau suka.. Cuba rasa dulu, kalau tawar, masukkan garam.. Tadaa.. Dah siap pun :)

Mudah kan?..

Jom masak sendiri. 



kari

KARI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

January 17, 2014



Ok, hari ni kan saya cuti. Maklumlah, kite kan keje kat Johor.. hihihi.. Selamat bekerja bagi yang bekerja hari ni :)

Jadi, hari ni nak buat entry masak-masak je.. hahahha.. 

Ni kisah masa hari Selasa lepas. Cuti Maulidur Rasul kan. Tak buat apa pun, suami pun kerja.. Jadi, merajinkan diri memasaklah uols.. Buat menu simple je. Kari ayam. Permintaan dari suami.. Jadi, saya buatkanlah... Saya ni bab kari, tak terror lagi. Mesti bila buat kari jadi pekat, sebab terlebih rempah.. muahahaha.. Iyelah, orang masak guna rempah tu agak-agak je. Yang saya ni masak macam nak buat kenduri je gaya rempahnya.. 

Oklah, tanpa membuang masa saya nak kongsikan resepinya. Ni cara saya, mungkin tak sama dengan anda. Iyelah, saya ni bukan masterchef allstar, cuma masterchef junior jerr.. Hihihihi,,,


Bahan-bahan
(saya masak ikut sukatan ayam saya)

5 ketul ayam
2 biji ubi kentang

5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Sedikit halia
(dikisar)

Kayu manis
Buah pelaga
Bunga Lawang

Rempah kari daging (agak-agak je ye)
Serbuk cili
(rempah dan serbuk cili bancuh dengan air)

Santan
Garam
Minyak


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Masukkan 3 sekawan(kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga).. Bila dah harum, masukkan bahan yang dikisar. Tumis sampai naik bau dan kekuningan bawang tu. 

Lepas tu, masukkan rempah dan serbuk cili. Tumis hingga masak. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Kalau kering, tambahkan air. Tutup periuk/kuali. Bagi ayam tu cepat empuk. Bila ayam dah masak, masukkan garam. Last sekali masukkan santan. Perlahankan api dan kacau je.. Tadaaa, dah masak pun kari ayam yang sedap lagi simple :)

Ni gambar masa kat dalam kuali :




Tadaa, inilah kari ayam saya.. 




Jemput makan semua ....


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion