SUHU SEJUK DI MALAYSIA - INILAH REALITI

Friday, 24 January 2014

SUHU SEJUK DI MALAYSIA



Ramai yang memperkatakan tentang suhu dan cuaca sejak dua tiga hari ni kan?... Ada pula yang meramalkan salji akan turun di Malaysia. Benarkah??.... Itu saya tak tahu. Yang pasti sejak seminggu ni memang sejuk je cuaca. Berangin. Bayangkan rumah saya tingkat 4. Atas sekali. Memang tak buka tingkap tau. Angin kuat... Rasa sejuk. Bukan main bahagia kipas kat rumah saya ni. Sebab tak perlu gigihkan diri berpusing untuk tuannya ni. hihi.. Kalau kat office, sejuknya jangan cerita. Dahla sejuk di luar, ditambah denfan aircond lagi. Aircond tu memang tak boleh adjust. Sebab automatik untuk satu bangunan. Kalau basuh kain tu, sidai kejap je dah kering. Alhamdulillah.... Kuasa Allah...

Kat paper pun ada cerita ni. Nampaknya suhu di Kuala Krai mencatatkan suhu terendah iaitu 17.2·c. 
Kawasan lain pula :-



Chuping = 22.3·c
Subang = 22.3·c juga.
Kuantan = 21.1·c
Petaling jaya =23.6·c
Mersing =24.8·c
Kuching = 22.5·c
Kota kinabalu =22.6·c

(berdasarkan bacaan suhu pada 22 Januari 2014-sumber dari harian metro)

Gambar : Sinar harian

Menurut apa yang terrtulis kat paper Metro ni, suhu sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan tempat terutamanya kawasan pantai timur danutara semenanjung pada minggu ini disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang dari tanah besar China yang kini sedang mengalami musim sejuk. Selain tu, keadaan cuaca yang baik dan tidak berawan di seluruh negara sepanjang minggu
ni turut membantu merendahkan suhu pada awal pagi dan waktu malam.... Sape yang terror geografi mesti tahu ni kan.... hikhik.

Antara tajuk akhbar hari ni berkenaan cuaca sejuk ni ialah "Perlis terasa nyaman", "Air paip macam ais".. Bab air paip macam ais tu saya sokong. Memang sejuklah.. serius tau. Bangun pagi, macam malas je nak mandi. Tapi kugagahi jua... Hihi.


Macam berkabus je saya tengok.. Ni masa pukul 3 lebih... Tapi memang nyaman. Sejuk terasa... Kalau pekena teh o panas pun sedap jugak ni. Hihi.

Tempat korang macam mana? Cube share sikit :-)





7 comments:

  1. rawang report mendung..
    tapi still berkipas..ber aircond.

    ReplyDelete
  2. Aah, betul tu. kat penang ni pun sama.. angin kuat je.. dari dalam opis pun boleh dengar bunyi angin.
    Subhanallah!

    ReplyDelete
  3. Isnin sampai khamis, sejuk tahap gaban. Hari nie jew panas sikit. Huhu.

    ReplyDelete
  4. tu la pasai ros, time nak mandi mmg sejuk tau. tak pernah ciksu rasa sejuk sebegitu. kat kl.mmg berangin je. tak payah pakai kipas kalau blk rumah.

    cma hari jumaat ciksu ke banting. cuaca agak panas, mcm nk jerebu. panas sangat. x rasa sejuk mcm kt kl.

    tu yg batuk selsema dmm berterusa. je..

    ReplyDelete
  5. Sejuk jgkkkkk...hihi.klu mlm tu mmg terbekk la tido.hihi.smlm nek mtor blik aitam pon angin dia len mcm..kuat sungguh..

    ReplyDelete
  6. mmg musim sejuk la skng.. kat putrajaya ni pun tgh mendung.. tp x pulak hujan..

    ReplyDelete
  7. Memg sejuk kan skang..nak mandi pun menggigil2 akak

    ReplyDelete